Kelab Greenboc |
- SPR Perlu Jawab Isu Penipuan PRU 13, Bukan Alih Isu
- Haramkan Buku Pak Lah, Apakah Khairy Setuju Dengan Pemuda Perak?
- Usul Kerajaan Perpaduan Bukti Najib & UMNO Dalam Keadaan Sesak Nafas
- [BERGAMBAR] Letupan lagi: Kereta Diletakkan "Mercun Kelapa", Seorang Cedera
- MERDEKA CENTER: Tanpa Undi Awal & Undi Pos, BN Gagal Pertahan Putrajaya
SPR Perlu Jawab Isu Penipuan PRU 13, Bukan Alih Isu Posted: 13 Aug 2013 01:15 AM PDT Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu memberi respon terhadap hasil kajian Merdeka Centre mengenai penipuan pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) tanpa mengalihkannya kepada isu lain. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, SPR mesti menyelesaikan isu itu supaya intergritinya tidak dipertikai atau cuba menyimpang dari persoalan pokok termasuk mengubah sistem pilihan raya sedia ada. "SPR sepatutnya diyakini sebagai badan bebas. Kalau sebahagian besar rakyat mempertikai pilihan raya, jangan cuba teruskan dengan cara sombong dan angkuh seolah-olah kamu boleh teruskan (sesuka hati). "Orang ramai perlu dipulihkan keyakinan itu. Kalau diteruskan juga maka di Parlimen nanti, kita akan bertempur habis habisan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas cadangan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada parti politik mengenai cadangan mengubah sistem pilihan raya di negara ini. Anwar berkata, Abdul Aziz perlu menjawab dakwaan penipuan PRU 13 yang ditunjukkan dalam laporan Merdeka Centre, bukannya mengalih persoalan kepada isu lain selepas kewibawaan SPR dipertikai. Merdeka Centre mengesahkan kemenangan Umno-BN kerana faktor undi awal dan undi pos sekaligus tanpa kaedah itu, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen. Sejak beberapa tahun lalu, parti pembangkang giat berkempen supaya undi pos dimansuhkan dengan alasan ia membuka ruang untuk menipu. Ekoran keputusan PRU 13, PKR, DAP dan PAS memfail petisyen untuk membatalkan keputusan di beberapa kerusi. Undi awal dan pos yang kontroversi itu membolehkan BN menang 22 kerusi Parlimen, seterusnya menguasai lagi Putrajaya. Tanpanya, BN hanya ada 111 kerusi iaitu sama jumlah dengan kerusi yang dimenangi Pakatan. Tanpa undi kontroversi itu, MIC tidak akan ada dua wakilnya dalam Kabinet iaitu Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) dan presidennya, Datuk Seri G Palanivel (Cameron Highland). Malah, BN juga akan hilang beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan. =selangorku |
Haramkan Buku Pak Lah, Apakah Khairy Setuju Dengan Pemuda Perak? Posted: 12 Aug 2013 10:45 PM PDT Pemuda Umno Perak: Haramkan penjualan buku Pak Lah IPOH: Pemuda Umno Perak mahu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penjualan buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia. Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Haron berkata langkah itu wajar kerana buku tersebut mempunyai unsur untuk mensabotaj dua mantan Perdana Menteri Malaysia. "Barisan Pemuda Umno Perak merasakan buku ini mempunyai unsur sebotaj namun kita menyeru KDN untuk mengkaji dan membaca isi kandungan buku ini dan sekiranya ia selari dengan apa yang kita rasakan, penjualannya haruslah diharamkan," katanya. Beliau yang juga calon Naib Ketua Pemuda Umno berkata demikian kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Pemuda Umno Perak di Kompleks Belia dan Sukan, semalam. Buku itu yang disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin telah menimbulkan kontroversi apabila ada kandungannya mengandungi temuramah bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi memperlekehkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat umum sebagai usaha untuk melaga-lagakan bekas pemimpin utama negara. "Saya masih belum membaca isi kandungan buku tersebut, walaubagaimanapun saya telah mengkaji buku ini di internet memang terdapat unsur sabotaj terhadap Tun Abdullah dan Tun Mahathir," katanya. Beliau mengesa agar rakyat tidak terkeliru dengan isi kandungan buku tersebut serta berprasangka buruk. "Jika mahu jual luar, terpulang, tetapi tindakan mengharamkan buku ini harus diambil serius oleh kerajaan kerana kemungkinan besar isi kandungannya boleh menjatuhkan imej negara," tambahnya. -FMT ULASAN GB Sedang menunggu komen menantu Pak Lah yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin terhadap usul pengharaman buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia". Apakah Khairy bersetuju dengan Pemuda Perak yang mengusulkan untuk mengharamkan penjualan buka kisah bapa mertuanya? |
Usul Kerajaan Perpaduan Bukti Najib & UMNO Dalam Keadaan Sesak Nafas Posted: 12 Aug 2013 08:15 PM PDT Anwar sahkan, Najib tawar kerajaan perpaduan dengannya, lapor Asia Sentinel Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan. Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India. "Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar. Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib. Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu. Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13. Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan Rakyat sendiri. Di kalangan Umno, ramai yang berpendapat walaupun Barisan Nasional lemah, tetapi parti komponen utama itu tetap kuat, menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen selepas PRU13. Dalam suasana yang ada, pemimpin Umno berpandangan, menawarkan sebarang hubungan dengan pembangkang akan melambangkan kelemahan Umno. Dalam hal ini, Asia Sentinel membuat andaian tentang kerajaan perpaduan sebagai,"Ia adalah usaha Najib untuk membuka gelanggang baru melawan Mahathir, yang banyak membiarkan blogger kawalannya menyerang perdana menteri yang cedera itu. -TMI ULASAN GB Usul dan tawaran Kerajaan Perpaduan oleh Najib membuktikan bahawa kerajaan BN yang diterajui oleh beliau kini sedang berada di dalam keadaan lemah dan goyah. Sekalipun UMNO mendabik dada mengakui partinya masih kuat, dengan menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen, namun hakikatnya, hanya kerusi yang kuat tetapi tidak pada undi popularnya. Apatah lagi kini MCA dan MIC telah di tolak oleh rakyat Cina dan India sebagai parti yang mewakili kaum mereka masing-masing. Maka BN hanya bertunjangkan UMNO dan ia tidak lagi menggambarkan "realiti" masyarakat Malaysia yang sebenar. Apabila keadaan sedemikian berlaku maka, lambat laun nafas UMNO akan sesak dan akan tumbang dengan sendirinya bersama panji Barisan Nasionalnya itu. Maka benarlah apa yang GB katakan sebelum ini, kememangan yang diperolehi dengan penipuan itu adalah satu kemenangan yang rapuh, kemenangan yang batil, kemenangan yang tiada berkat padanya dan akhirnya kemenangan yang sedemikian akan tetap binasa. Demikian hukum kebenaran dan keadilan. |
[BERGAMBAR] Letupan lagi: Kereta Diletakkan "Mercun Kelapa", Seorang Cedera Posted: 12 Aug 2013 04:45 PM PDT George Town: Seroang perempuan warganegara China mengalami kecederaan ringan apabila 'mercun kelapa' (mercun berbentuk buah kelapa) yang diletakkan di bawah sebuah kereta meletup tatkala beliau melalui Lorong Cinta di Jalan Chulia jam 2.30 petang. Perempuan itu merupakan seorang sahabat kepada seorang perempuan warganegara Malaysia. Sahabatnya itu terselamat dari terkena letupan berkenaan . Kereta Honda Civic yang diparkir di pinggir jalan telah mengalami kerosakan teruk di bahagian belakangnya. Pemilik kereta berkenaan yang telah pergi untuk makan tengahari di restoran berhampiran, hanya menyedari kejadian berkenaan apabila beliau kembali ke keretanya. Satu laporan polis telah dibuat di balai polis di sini. Difahamkan mercun yang meletup itu adalah dari jenis yang dibuat dan didapati secara meluas di negeri Thailand dan diharamkan di negara ini. Ia dipanggil 'mercun kelapa' kerana betuknya seperti buah kelapa, dan merupakan bahan mercun yang diseludup masuk dan amat popular di sini semasa musim perayaan kerana ia boleh mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga boleh didengari beberapa kilometer jaraknya. Perempuan yang cedera berkenaan telah mendapat rawatan di Hospitan Pulau Pinang dan dilaporkan stabil. |
MERDEKA CENTER: Tanpa Undi Awal & Undi Pos, BN Gagal Pertahan Putrajaya Posted: 12 Aug 2013 06:55 AM PDT BN menang PRU13 kerana undi pos dan undi awal Terima kasih kepada undi awal dan undi pos yang kontroversi kerana membolehkan Barisan Nasional (BN) menang 22 kerusi Parlimen dan seterusnya menguasai lagi Putrajaya, kata badan penyelidik bebas, Merdeka Centre. Tanpa undi pos dan undi awal juga, MIC tidak akan ada dua wakilnya dalam kabinet iaitu Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) dan presidennya, Datuk Seri G Palanivel (Cameron Higland). Tanpa undi jenis ini, BN juga akan hilang beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Apa yang lebih penting lagi, tanpa 22 kerusi Parlimen ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai jumlah kerusi 111 sahaja iaitu jumlah kerusi yang sama dengan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat. Maklumat ini diperolehi The Malaysian Insider melalui kajian bentuk pengundian dalam pilihan raya 5 Mei lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre. Data dari semua saluran mengundi di 222 kerusi parlimen dikaji menggunakan dua langkah sistem cluster yang direka khas untuk mengenalpasti kumpulan atau clusters. Kajian menunjukkan bentuk pengundian pilihan raya 2013 dan mengesahkan pembezaan antara bandar dan luar bandar di Malaysia di samping swing 20 peratus pengundi Cina dari BN. Merdeka Centre mengesahkan tanpa undi awal dan undi pos, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen. Penemuan ini sudah tentu menyedihkan ahli politik pembangkang kerana sejak beberapa tahun lepas mereka berkempen supaya undi pos dimansuhkan dengan alasan ia membuka ruang untuk menipu. Ekoran keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, PKR, DAP dan PAS telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan di beberapa kerusi. Bantahan utama mereka adalah tentang penipuan dalam undian pos dan undi awal, dengan menunjukkan bagaimana mereka hanya mendapat undi yang sangat sedikit dalam undi ini berbanding pengundian biasa di seluruh negara. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, terdapat 372,000 pengundi awal dan pengundi pos di seluruh negara di kalangan petugas keselamatan, petugas SPR dan media. Kehadiran mereka dalam beberapa kawasan sangat penting kerana pertembungan yang sengit. Secara puratanya terdapat 1,100 pengundi pos dan 800 pengundi awal bagi setiap kerusi Parlimen. Menurut Merdeka Centre, selepas menganalisa data itu, mereka merumuskan, BN boleh kehilangan sehingga 30 kerusi Parlimen jika tidak ada undi awal dan undi pos. Kerusi-kerusi itu adalah: Segamat (93.3% pengundi pos dan undi awal untuk BN), Bagan Serai (82.6% BN), Muar (87.2% BN), Pulai (88.8% BN), Jerai (74.2% BN), Balik Pulau (89.5% BN),Machang (79.2% BN), Labis (89.75% BN), Kuala Selangor (71.7%for BN), Beaufort (71.7%for BN), Kuala Kangsar (76%for BN), Hulu Selangor (83.9% BN), Sungai Besar (75.1% BN), Baram (89.2% BN), Kulim-Bandar Baharu (88.8% BN), Pasir Gudang (89% BN), Tangga Batu (86.4% BN), Titiwangsa (78.9% BN), Tasek Gelugor (68% BN), Tenom (87.6% BN), Bentong (89.9% BN), Cameron Highlands (91.3% BN), Merbok (80.5% BN), Ketereh (81.6% BN), Setiawangsa (81.9% for BN), Mas Gading (72.3% BN), Keningau (78.4% BN). Antara mereka yang menang kerana undi pos dan undi awal adalah Presiden MIC, Palanivel. Dia menang kerusi Cameron Highland dengan majoriti 462 undi selepas mendapat 91.3 peratus undi pos dan undi awal. Calon lain adalah Datuk Chua Tee Yong, anak presiden MCA. Dia menang kerusi Labis dengan 353 undi majoriti selepas mendapat 89.7 peratus undi pos dan undi awal. Dalam laporannya, Merdeka Centre merumuskan, "Implikasi dari undi pos dan undi awal dalam pilihan raya ini sudah pasti menyebabkan masyarakat sivil dan pembangkang akan terus menekan SPR membuat reformasi dalam proses pilihan raya." -TMI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan