Rabu, 21 Ogos 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Unity Government ini ialah untuk membuangkan orang yang bermasalah ...

Posted: 21 Aug 2013 11:55 AM PDT

Saya ingin mengajak kalian supaya mengimbas kembali kata-kata TGHA ketika beberapa hari sebelum pencalonan jawatan Presiden dan lain-lain jawatan bermula untuk Pemilihan Muktamar kali ke 55 berlangsung.

Walaupun TGHA menyedari ramai dari kalangan ahli dan pemimpin PAS sendiri tidak memahami lontaran idea UGnya, TGHA tidak mahu mengambil kesempatan pada Muktamar tersebut untuk membentang dan memperjelaskan lontaran idea UGnya itu kepada perwakilan dan para pemerhati dari kalangan ahli parti sendiri dari seluruh negara yang sudah tentunya akan mendapat penjelasan first hand dari beliau sendiri.

Walaupun ramai yang beranggapan bahawa episod UG adalah perkara yang telah berlalu dan dah tutup buku, tapi percayalah, air yang tenang itu jangan disangka tiada buaya....Maka jom baca seterusnya dengan penuh teliti, word by word ... supaya jangan pula ada yang menuduh kalian " tidak faham kerana kesibukan, tak membaca ...."

Presiden PAS tarik balik cadangan Unity Government
Uploaded on Apr 19, 2009


Transkrip : (Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, menarik balik cadangan menubuhkan kerajaan Perpaduan atau Unity Government, yang dilontarkan semasa zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu. Penarikan itu katanya, berikutan masih ramai dikalangan orang Umno dan PAS sendiri yang tidak faham, dan tidak cuba mengkaji konsep itu sehingga menimbulkan tafsiran berbagai)

0.33 ~ Saya melihat masih ramai yg tak faham tentang Unity Government.Termasuk err ... orang PAS sendiri dan err…err… pimpinan pun tak faham ini kerana kesibukan tak membaca buku-buku politik dan tak membaca istilah-istilah politik.

0.52 ~ Di mana dalam politik, ada kerajaan yang sepenuhnya, ada Unity Government, ada coalition-Government dan ada Front Nasional; di Malaysia ini, Front Nasional; Front Nasional itu Barisan Nasionallah !

1.04 ~ Yang ada pembangkang, kerajaan Campuran. Kerajaan Campuran ini ialah kerajaan yg antara satu parti yang memerintah dan parti yang lain ada sama dalam memerintah dgn syarat-syarat yg dibuat ; di mana kebiasaanyanya dia terikat. Partinya terikat dgn syarat-syarat bersama dengan err apa ni…err kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan, iaitulah Kerajaan Campuran dan kerajaan Barisan Nasional.

1.34 ~ Unity Government bukan Kerajaan Campuran; dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham hah! Kerana ada PAS duduk faham, masuk Barisan Nasional, campur dengan diorang semula.Ini menandakan tak faham apa ini Unity Government!

1.47 ~ Saya ketawa dan lucu ; orang Umno membangkang, orang PAS … orang Umno ada yg bersetuju, orang Umno ada yg bersetuju dan banyak Umno yang bantah! Tapi orang PAS ni bangkang , dia tak tahu ! Ini menandakan dia tak tahu apa dia Unity Government !

2.02 ~ Barangkali kalau dia tahu apa bentuknya, saya rasa dia boleh err ….. (terima?) Ini satu benda…(tengok dia keratnya?)

2.07 ~ Err…banyak orang tak faham, maka saya tarik balik. Cadangan saya itu, saya tarik balik.Sehingga orang kita faham betul-betul.

(Lontaran cadangan yg dibuat sebelum ini jelasnya, setelah mengambil kira berbagai faktor yg dibincangkan diperingkat kepimpinan PAS dan juga telah dipersetujui oleh parti Pakatan Rakyat yg lain, namun masih ramai yg tidak memahaminya.)

2.29 ~ Dan sebenarnya Unity Government kita bincang dalam, dalam  dialog politik dikalangan kepimpinan PAS.Kita telah membincang dalam semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah Unity Government.Ini juga menjadi perbincangan. Termasuklah aspek Undi Tak Percaya.

2.47 ~ Dan Unity Government yg saya kemukakan , masa err.. Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, ini disokong oleh PKR, disokong oleh DAP!

2.57 ~ Dan err…DAP dan PKR bersetuju! Dan saya telah memaklum kepada DAP! 

3.02 ~ Dan DAP menyertai dalam beberapa usaha dilakukan. Tetapi oleh kerana …err ..kita melihat orang Umno sendiri errr takut, nak buat Unity Government mungkin dia takut kerana akan ada orang dia dibicarakan di mahkamah; dia tak berani, dengan sebab itu, tak jadi! 

3.17 ~ Dengan sebab itu, saya tarik balik cadangan saya dan saya yakin di suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya. Orang akan fikir balik; bila masa tenang balik, dia akan fikir balik , bila keadaan yang menasabah!

3.30 ~ Dan Unity Government ini ialah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara! Bukan sahaja dalam kerajaan, termasuk dalam pembangkang sendiri. 

3.34 ~ Saya kemuka kepada Datuk Seri Abdullah Badawi pada masa itu..errr masa itu, kerana kita melihat dia yang paling kurang masalah.

3.38 ~ Dan saya tidak nampak pemimpin-pemimpin Umno yang ada  ini, termasuk Dr Mahathir ; Dr mahthir tidak terima Unity Government kerana saya rasa Dr Mahathir dia faham apa Unity Government, kerana dia faham, Unity Government termasuklah dia sendiri pun akan dibawa ke Mahkamah!

(Bercakap dirumahnya Jumaat lalu, beliau terus memperincikan bagaimana bentuk dan konsep cadangan Kerajaan Perpaduan sebelum ini.)

4.10 ~ Unity Government ini, Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik, tiada pembangkang langsung! Semua parti duduk dalam kerajaan.Dan semua parti ini ada identiti , ada saksiah, ada keperibadian dan dia berhak untuk membangkang.

4.25 ~ Dimana Unity Government ini, membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan. Ini kita memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini, di mana orang Umno tak boleh bangkang parti dia, kalau bangkang kena pecat!

4.39 ~ Err..kita, termasuklah kita membebaskan Umno sendiri! Ini kena faham. Dalam masa yang sama Unity Government ini mestilah berlaku perubahan yang adil untuk semua rakyat … termasuklah SPR, termasuklah badan kehakiman, termasuklah pentadbiran – konsepnya mesti berubah!

4.59 ~ Bukan apa yang ada hari ini, sebagai contoh di Indonesia , saya sebut tadi. Unity Government di Indonesia, berlaku pemisahan kuasa di antara SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Pemilu, di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dalam badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke Mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan menteri-menteri ke mahkamah kalau melakukan kesalahan.

5.29 ~ Ini kita nak bersihkan negara hah! Di Israel sebagai contoh, Presiden Israel pun dibawa ke mahkamah.Perdana Menteri pun akan disiasat, dibawa ke mahkamah; ini Unity Government. Dan Pilihanraya , pilihanraya di Indonesia, ialah pilihanraya yang berubah.

5.43 ~ Di mana Barisan nasional, dia tidak hak untuk menggunakan TV , termasuklah semua parti boleh guna TV.Rakyat ada kebebasan. Ini Unity yang kita kena faham! 

(Sehubungan penarikan itu, ramai berpendapat isu Kerajaan Perpaduan dijangka tidak lagi menjadi perkara yang penting yang penting dalam perbahasan Muktamar PAS Jun nanti.)

Komen al-Husseyn : Kalau ikut transkrip minit ke 0.33 diatas,TGHA kata bahawa orang PAS dan pimpinan tak faham UG ini kerana kesibukan tak membaca buku-buku politik dan tak membaca istilah-istilah politik!

Dan katanya lagi :
1.34 ~ Unity Government bukan Kerajaan Campuran; dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham hah! Kerana ada PAS duduk faham, masuk Barisan Nasional, campur dengan diorang semula.Ini menandakan tak faham apa ini Unity Government!
1.47 ~ Saya ketawa dan lucu ; orang Umno membangkang, orang PAS … orang Umno ada yg bersetuju, orang Umno ada yg bersetuju dan banyak Umno yang bantah! Tapi orang PAS ni bangkang , dia tak tahu ! Ini menandakan dia tak tahu apa dia Unity Government !
2.02 ~ Barangkali kalau dia tahu apa bentuknya, saya rasa dia boleh err ….. (terima?) Ini satu benda…(tengok dia keratnya?)
2.07 ~Err…banyak orang tak faham, maka saya tarik balik. Cadangan saya itu, saya tarik balik.Sehingga orang kita faham betul-betul.
TGHA amat menyakini (di minit 1.47) bahawa, serkiranya orang PAS memahami apa itu UG, pastinya mereka tidak akan membangkang! Maka saya turut rasa nak ketawa dan lucu dan nak tanya,takkanlah begitu ramai sekali manusia PAS termasuk pemimpinnya yang bengap sehinggakan susah sangat nak difahamkan mengenai konsep UG tersebut sehinggakan TGHA terpaksa menarik balik cadangan tersebut? 

Dimana silapnya maka ramai orang PAS yang tidak boleh memahaminya? Dan kenapa tidak pernah ada majlis penerangan atau seminar mengenainya?

" Menurut Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman semalam di Parimen, idea ini tidak pernah dibincangkan di dalam Majlis Syura (majlis tertinggi di dalam PAS di dalam soal perlaksanaan dasar dan halatuju parti) yang diketuai oleh Mursyidul Am PAS" (Sila rujuk di sini )

Inilah teka teki yang masih belum dijawab oleh Geng UG.Seperkara lagi, apa benarkah sebagaimana dakwaan TGHA :

2.47 ~ Dan Unity Government yg saya kemukakan , masa err.. Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, ini disokong oleh PKR, disokong oleh DAP!
2.57 ~ Dan err…DAP dan PKR bersetuju! Dan saya telah memaklum kepada DAP! 

3.02 ~ Dan DAP menyertai dalam beberapa usaha dilakukan.....

Mengulas perkara diatas, Lim Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan :

Pertamanya, bahawa persoalan mengenai bicara perpaduan untuk menubuhkan satu kerajaan Pakatan Rakyat-Barisan Nasional tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan di mana-mana mesyuarat Pemimpin Pakatan Rakyat.
Keduanya, apa yang dikatakan cakap-cakap perpaduan untuk menubuhkan kerajaan Umno-PAS, adalah sesuatu yang saya baca di media. Perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau di bincangkan dalam mana-mana mesyuarat Pemimpin PR. (Korang boleh tengok sendiri di sini
Bukti bahawa PR sebulat suara menolak idea Kerajaan Perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) UG ini ialah apabila Majlis Pimpinan  Pakatan Rakyat telah menandatangani persetujuan pada 22 Jun 2009, termasuk TGHA yang sebelum ini telah mengakui, bahawa UG itu adalah cetusan ideanya 

"Majlis PR Pemimpin Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan Umno / Barisan Nasional, yang jelas satu percubaan yang berniat jahat dan terdesak untuk menjejaskan keutuhan PR," kata Anwar di sini

Korang mungkin kata, TGHA dah tarik balik lontaran cadangan UGnya itu sebagai mana ungkapannya berikut :
0.33 ~ Saya melihat masih ramai yg tak faham tentang Unity Government.Termasuk err ... orang PAS sendiri dan err…err… pimpinan pun tak faham ini kerana kesibukan tak membaca buku-buku politik dan tak membaca istilah-istilah politik.
Tapi benarkah TGHA benar-benar telah melupakan agenda UGnya itu? Jawabnya : TIDAK! TIDAK! TIDAK!TGHA masih tetap yakin dengan konsep UGnya itu dan menyalahkan ahli PAS dan pemimpin PAS kerana malas baca buku-buku politik dan tidak memahami istilah-istilah politik... blah... blah.. blah...

Bukankah amat jelas pendiriannya itu apabila beliau sendiri menyatakan ketegasannya sikap keyakinannya terhadap UGnya: 
2.07 ~ Err…banyak orang tak faham, maka saya tarik balik. Cadangan saya itu, saya tarik balik.Sehingga orang kita faham betul-betul barulah... (lihat minit 1.26 versi Buletinonline di sini )
3.17 ~ Dengan sebab itu, saya tarik balik cadangan saya dan saya yakin di suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya. Orang akan fikir balik; bila masa tenang balik, dia akan fikir balik , bila keadaan yang menasabah!
Sebab itulah Geng UG semakin galak dengan projek penyingkiran untuk membuangkan orang yang mereka anggap bermasalah.

Mereka sudah berjaya melakukannya di Kelantan dan seterusnya dalam proses untuk merealisasikan 'mesej' melalui 'wassup' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang antara lainnya berbunyi seperti berikut:
"Wujudnya ajk pusat dan ahli pas yg berfikiran Islam liberal yg sangat membahayakan jamaah dan seterusnya meruntuhkannya. Maka ana mencadangkan mereka yg ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang...
       1) Khalid Samad
       2) Dr Zulkifli Ahmad                                                                    
       3) Hanifa Maidin                                  
       4) Mujahid Rawa
       5) Husam Musa

*USTAZ SHAHRIL AZMAN (PAHANG)"Sumber

Maka amat benarlah sekali sebagaimana yang diungkapkan oleh TGHA di minit 3.30 ~ Dan Unity Government ini ialah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara! Bukan sahaja dalam kerajaan, termasuk dalam pembangkang sendiri!!

Korang tahu tak sebab apa TGHA tarik semula lontaran cadangan UG tersebut? Bacalah di sini

Tiada ulasan: