Rabu, 21 Ogos 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Warga Emas Tusuk Garpu ke dalam Kemaluan untuk Nikmati Seks

Posted: 21 Aug 2013 07:30 AM PDT


[HM] Canberra: Banyak cara untuk anda menikmati keseronokan seksual. Tetapi memasukkan garpu ke dalam kemaluan bukan satu daripadanya.

Doktor di Canberra, Australia baru-baru ini berjaya mengeluarkan garpu besi sepanjang 10 sentimeter dari kemaluan seorang lelaki yang memasukkan benda asing itu, kononnya untuk menikmati cara baru keseronokan seks Lelaki berusia 70 tahun itu mengunjungi jabatan kecemasan Hospital Canberra mengadu kemaluannya berdarah.

Dia mengaku memasukkan garpu itu ke dalam uretranya. Malangnya, keseronokan yang diimpikan menjadi mimpi ngeri baginya apabila garpu berkenaan tersekat menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau. Meskipun begitu, dia mengambil masa hingga 12 jam sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Menurut laporan dalam keluaran terbaru Jurnal Pembedahan Antarabangsa, garpu itu tersekat begitu teguh di dalam kemaluan mangsa hingga doktor berdepan dengan kesukaran untuk mengesannya.

Sebaik berjaya menentukan kedudukannya, pelbagai cara digunakan untuk mengeluarkan garpu itu dan akhirnya berjaya selepas mengguna forsep serta pelincir yang banyak.

Lelaki tua itu kemudian dibenarkan pulang dan dijangka tidak berdepan dengan masalah jangka panjang.

Menurut artikel itu yang berjudul "Benda asing yang aneh dalam uretra,' kes benda asing tersekat di bahagian saluran kencing jarang berlaku.

Pengarang laporan itu berkata, bagaimanapun, ini bukan kali pertama seseorang lelaki cuba memasukkan benda asing ke dalam kemaluan mereka.

Pada masa lalu, kabel telefon, kokain, penyedut, guli, mentol lampu dan ular adalah antara yang pernah dikeluarkan dari kemaluan lelaki.

Doktor Krishanth Naidu, Maurice Mulcahy dan Amanda Chung berkata, mereka memilih untuk menerbitkan kes luar biasa itu supaya ia boleh dibincangkan di kalangan pengamal perubatan memandangkan kes memasukkan garpu ke dalam kemaluan jarang berlaku.

Menurut laporan itu, dalam 20 kes sepanjang sembilan tahun lalu, perbuatan memasukkan objek asing ke dalam kemaluan tidak banyak berlaku dengan lelaki 1.7 kali lebih ramai terbabit dalam perbuatan itu berbanding wanita. - Daily Mail


P/s: Ngeri!!!


[Terkini Gambar] Bas Jatuh Gaung, 37 Orang Disahkan MAUT

Posted: 21 Aug 2013 06:15 AM PDT

Foto: The Star

Bas Jatuh Gaung di Genting, 33 Dikhuatiri Terbunuh

[MK] Sebuah bas awam terhumban ke dalam gaung ketika menuruni Genting Highlands petang ini dan menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, 33 penumpang dikhuatiri terkorban dan 16 lagi cedera.


Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata setakat ini 32 mangsa masih berada di bawah gaung sedalam 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.

Bomba menjangka terdapat 49 mangsa di dalam bas tersebut.


Sehingga kini 16 mangsa sudah diselamatkan dan seorang yang terbunuh sudah dibawa ke hospital.

Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas awam Genting Highlands.

Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.48 petang.


Katanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut berangkat ke lokasi nahas bagi meninjau kerja-kerja menyelamat mangsa.

Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.

Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.

Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.

Sehingga jam 7.15 malam, 12 orang disahkan maut manakala 21 lagi dikhuatiri turut terkorban


Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan. 

Sementara itu, Bernamamelaporkan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Seri Dr Abu Hassan Ashaari berkata setakat pukul 6.28 petang, lima mayat mangsa nahas dihantar ke hospital berkenaan. 

Mangsa lain turut dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong, di Pahang untuk rawatan. 

"Setakat ini Hospital Selayang menerima tujuh pesakit, HKL (5), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa," katanya. 

Mangsa yang terlibat dalam lingkungan umur 19 hingga 50 tahun, katanya yang ditemui di hospital berkenaan. 






Foto: The Star

Foto: The Star


P/s: Takziah


Kemas Kini:


37 Disahkan Maut

[AA] KARAK: Seramai 37 orang disahkan maut setakat 8.15 malam dalam kemalangan bas persiaran yang terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Daripada angka tersebut, 24 dipercayai lelaki dan 13 lagi perempuan.

Jumlah penumpang bas yang mula-mula dijangka hanya 49 orang juga, kini meningkat kepada 53 apabila polis menemui 4 lagi mayat.

Pada masa ini kerja-kerja oleh anggota bomba dan penyelamat sedang dijalankan untuk mengeluarkan kira-kira tujuh lagi penumpang.

Menurut sumber, bas itu terhumban ke dalam gaung sedalam 50 meter.

Difahamkan, seorang wanita menjadi mangsa pertama dikeluarkan dari lokasi kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang.

Sebanyak 30 ambulan difahamkan ditugaskan untuk membawa mangsa ke hospital berhampiran.

Difahamkan keluarga mangsa terlibat menunggu di Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Mangsa difahamkan sudah mula dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur namun sumber enggan mengulas lanjut.

Pada 2012, dua pelancong india maut manakala 22 lagi cedera apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 4.5, jalan genting highlands-kuala lumpur

Sementara pada 2010, 7 maut manakala 21 lagi penumpang cedera dalam tragedi maut bas pelancongan yang terbabit dalam kemalangan setelah terbabas lalu terbalik di KM38 genting sempah.



Surau yang Tidak Bersalah Menjadi Mangsa

Posted: 21 Aug 2013 01:35 AM PDT


Arahan Roboh Surau Tempat Meditasi dalam 21 Hari

[MK] Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) mengarahkan pihak Tanjung Sutera Resort supaya merobohkan suraunya yang menjadi tempat meditasi sekumpulan penganut Buddha, dalam masa 21 hari, bermula hari ini.


Arahan itu disampaikan dalam notis bertarikh 20 Ogos 2013 yang ditampal di pintu masuk surau tengah hari ini, yang ditandatangani Pengerusi MDKT, Hasrin Kamal Hashim.

Alasan diberikan, pembinaan surau itu menyalahi Seksyen 70 Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 kerana dibina tanpa kebenaran bertulis majlis daerah.

Notis itu juga menyatakan pihak resort akan dibawa ke mahkamah jika gagal berbuat demikian atau menanggung kos merobohkannya yang akan dilakukan oleh majlis daerah.

"Tuan adalah dengan ini diberitahu supaya meruntuhkan bangunan itu dari tempoh 21 hari dari tarikh notis ini diterima," notis itu dipetik.

Seorang pekerja resort yang ditemui menjelaskan beliau menerima notis itu dari pihak MDKT yang hadir ke surau itu tengah hari tadi.


Malaysiakini sedang menghubungi pemilik resort untuk mendapatkan maklum balas beliau.

Selain notis berkenaan, sebelum ini ditampal satu notis 'Amaran penyalahgunaan bangunan' bertarikh 13 Ogos 2013 di surau tersebut.

Ia mengarahkan pemilik resort itu "membuat pemulihan kegunaan bangunan" kerana mengubah "surau menjadi tempat kuil tanpa kebenaran bertulis YDPT MDKT".

Notis itu mendakwa melanggar Seksyen 70 (12) Bahagian V, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974.


P/s: Malang!

Sayang masjid yang dicemari babi dan anjing pun boleh disucikan.

Masjid yang kedudukan kiblat salah pun boleh dibetulkan.

Malang!




Prof Agus Jawab Kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan

Posted: 20 Aug 2013 10:52 PM PDT


Kenyataan TMB Kelantan di sini.

[FB Prof Agus] Apabila TMB menjawab posting saya tentang isu Kelantan dalam Malaysian Insider hari ini, empat perkara tersentap di hati saya. Pertama, jawapan beliau adalah self-indulgent (syok sendiri). Justeru syok sendirilah, maka jawapan yang beliau berikan penuh fantasi dan terkeluar dari isu sebenar yang saya timbulkan. 

Apakah isu sebenar yang saya timbulkan? Isu yang saya timbulkan ialah soal pembangunan negeri, yakni lebuh raya rakyat, stadium dan bekalan air bersih. Saya tidak sentuh langsung soal pelantikan Datuk Husam kerana itu adalah soal parti yang di luar dari keperluan dan keprihatinan saya. Yang saya pentingkan ialah kemudahan yang diperlukan oleh rakyat untuk tindakan kerajaan negeri, bukannya soal pelantikan Datuk Husam.

Jika betullah saya menulis tentang perasaan tidak puas hati saya berkenaan dengan pelantikan Datuk Husam, boleh TMB bagitahu saya bila saya tulis hal ini? Di mana saya tulis? Untuk pengetahuan TMB, usahkan untuk menulis hal ini, bercakap dan mengulas hal ini pun saya tidak berminat. Justeru TMB mempunyai famtasi yang tinggi dalam soal ini, sebab itulah saya katakan beliau syok sendiri.

Kedua, jawapan TMB tersebut menunjukkan sikap tergesa-gesa beliau dalam memberikan respons kepada kenyataan saya. Saya bertanya: adakah TMB membaca posting saya sebelum membuat kenyataan balas atau sekadar cakap dengar sahaja? Justeru tergesa-gesalah jawapan TMB tiada roh dalam memahami denyut nadi rakyat. Yakinlah majoriti rakyat bukan sekadar jemu, tetapi sudah jenuh untuk bercakap soal pembangunan yang dijanjikan oleh kerajaan negeri. Saya sendiri juga bukan sekadar letih, tetapi sudah lelah, semput nafas untuk bercakap soal pembangunan Kelantan. 

Ketiga, jawapan TMB tersebut meyakinkan saya bahawa beliau 'semakin alergik' kepada teguran dan kritikan. Kata Aritotle, jika tidak mahu ditegur dan dikritik "do nothing, say nothing and be nothing." Sekarang ini TMB sudah berada dipuncak sebagai pemimpin kerajaan negeri, maka bersedialah sedikit untuk ditiup angin. Jika angin sepoi-sepoi pun sudah dianggap ribut, maka susahlah untuk TMB mendaki lebih tinggi lagi mendokong hasrat rakyat.

Keempat, jikalah ini jawapan yang diberikan dalam peperiksaan, maka markah yang saya berikan kepada jawapan TMB ialah OUB (out of bound). Tergelincir! Jika saya mahu ulas hal ini, teruk jadinya. Maka, biarlah saya sekadar menjelaskan apakah yang OUB itu? OUB itu ialah apabila 'kita' tidak menjawab perkara yang ditanya? Misalnya, soalan saya ialah "mengapakah kerajaan Kelantan lewat melaksanakan janji untuk melaksanakan lebuh raya rakyat?" Jawapan yang diberikan ialah "kerana Agus tidak puas hati Datuk Husam tidak dilantik menjadi Exco." Aduh, berat jawapan itu? Lain ditanya, lain yang dijawab.

Begitulah juga dengan jawapan TMB kepada kenyataan saya. Jawapannya cuba mengaitkan pelantikan Datuk Husam dengan perkenan Tuanku Sultan, sedangkan saya langsung tidak menyentuh hal tersebut. Pada saya, jawapan dan respons sebegini tidak beretika dan menunjukkan tahap 'keupayaan' .... yang sekiranyalah terjadi kepada pelajar saya, pastinya saya akan memberi tugasan tambahan (extra assignment) sebelum saya menilai sekali lagi untuk menggagalkannya.

Sambung baca di sini. - 21/8/13


Kabinet Tolak CCRIS untuk Peminjam PTPTN

Posted: 20 Aug 2013 09:33 PM PDT



[MK] Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, perkara itu baru diputuskan kabinet dalam mesyuaratnya sebentar tadi.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. 

"Terima kasih pada PM & menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Khairy dalam twitnya pagi ini.


Lelaki Perkosa Kambing Dilarang Dekati Ladang

Posted: 20 Aug 2013 06:43 PM PDT



[HM] Wiltshire: Seorang lelaki yang mengadakan seks dengan seekor kambing dilarang mendekati semua ladang di Britain bagi melindungi haiwan berkenaan.

Robert Newman mulanya menafi melakukan seks dengan kambing itu di sebuah ladang di Wiltshire April lalu.

Bagaimanapun, lelaki berusia 23 tahun itu mengubah pengakuannya ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Wiltshire Barat Laut, semalam.

Mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 12 September depan. Buat sementara waktu, mahkamah mengarahkan dia tidak mendekati semua ladang ternak haiwan serta tidak keluar rumah antara 7 pagi hingga 7 malam.

Minggu lalu, seorang lelaki Amerika menghadapi enam tuduhan jenayah kerana melakukan kekejaman ke atas haiwan selepas melakukan seks dengan seekor kucing berulang kali.

Ryan Havens Tannenholz, 28, dari Idaho gemar berpakaian seperti anjing yang digelar Bubblegum Husky sebelum memperkosa kucing itu.

Setahun lalu, seorang bapa tiga anak dari Gloucestershire didapati bersalah mengadakan seks dengan anjing bekas isterinya.

Nicholas Saunders, 46, ditangkap mengadakan seks dengan anjing benama Shasha di atas katil bekas isterinya, Kelly Thacker.



Identiti Ibu Didakwa Dera Anak 5 Tahun Didedahkan

Posted: 20 Aug 2013 06:03 PM PDT

CHOONG dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk dibicarakan pagi semalam atas tuduhan mendera anaknya hingga koma.
[HM] Ipoh: Seorang suri rumah hanya menekup muka dengan tangan selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas dua tuduhan menganiaya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap anak perempuannya berusia lima tahun pada 12 Ogos lalu.

Choong Mee Chin, 30, didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana memukul kepala dan seluruh badan mangsa dengan menggunakan kayu rotan di ruang tamu rumahnya di No 19, Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, pada kira-kira jam 9 pagi, pada hari berkenaan.

Bagi tuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) iaitu sengaja mendatangkan cedera parah ke atas mangsa pada masa, tempat dan tarikh yang sama.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain diperintahkan menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Hulu Kinta.

Tertuduh yang didakwa di hadapan Majistret Suhaima Mohd Noor tidak menunjukkan sebarang reaksi selain hanya menekup muka ketika dibawa masuk dan keluar dari mahkamah.

Berita awal di sini.

Kes Atlet Dituduh Rogol Pengiring Disebut 20 September

Posted: 20 Aug 2013 05:51 PM PDT

TIGA atlet bola baling yang menghadapi tuduhan merogol pegawai pengiring bola baling dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.
[Kosmo] PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan kes tiga atlet lelaki skuad bola baling yang didakwa merogol seorang pegawai pengiring ketika temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 pada Julai lalu untuk sebutan semula pada 20 September depan.

Hakim Yasmin Abdul Razak menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Tan Gin Han memaklumkan pihaknya belum mendapat laporan perubatan, forensik dan kimia bagi kes tersebut.

Mengikut pertuduhan, Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, dan Mohammad Shaizzad Md. Shafie, 19, didakwa merogol mangsa berusia 20 tahun di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), antara pukul 4 pagi dan 4.10 pagi pada 4 Julai 2013.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Tiada ulasan: