Tukar Tiub |
- KEPUTUSAN SIRUL DAN AZILAH
- AL- FATIHAH
- DEMO TIBAI AMERIKA JUMAAT INI
- SIAPA PEMBUNUH UPAHAN ITU?
- LAGI AJARAN SUNNI WAL RASUAH
- SUNNI WAL SAUDI
- DEMO JUMAAT 23 HARIBULAN INI
- YA AMPOOON - YA MAU LANA
Posted: 21 Aug 2013 07:00 PM PDT MARI TEKA APA TERJADI ESOK JENG JENG JENG JENG JENG JENG aku ada firasat yang lebih tepat wahai TT Hakim memutuskan mereka bebas kerana prima facie apa kelancau...ape2 la alasan dia..then bebas je diorang terus mati kena tembak kat luar then hapus lah semua bukti dan saksi hidup.. maka akan tergantunglah cerita dan motif pembunuhan altantuya,maka selamatlah najib akan hal ini,dan kemudian mainkan isu ISA dengan harapan kerana akta inilah mereka terbunuh..kah..kah..kah... on SOALAN HAKIKI MASIH BELUM DIJAWAB Publish | Delete | Spam Hamidi Fizie Bin Ahmad on 8/21/13 KAH KAH KAH KAH KAH KAH Keputusan rayuan kes bunuh Altantuya pada Jumaat Keputusan rayuan dua anggota Unit Tindakan Khas yang disabitkan bersalah membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu akan dikemukakan oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat. Hasnal Rezua Merican, salah seorang peguam Korporal Sirul Azhar Umar mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini lewat petang semalam. "Ya benar. Pendaftar telah memaklumkan kepada kami bahawa keputusan akan dihantar pada 9 pagi pada Jumaat," kata Hasnal Rezua. SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal | ||
Posted: 21 Aug 2013 06:00 PM PDT AL- FATIHAH untuk yang terkorban Bas jatuh gaung di Genting, 37 terkorban dikemaskini Seramai 37 orang terkorban dalam nahas bas terburuk di negara ini apabila bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.6 Jalan Genting Highlands hari ini. -------- | ||
Posted: 21 Aug 2013 07:00 AM PDT DULU JUAL NEGARA PADA BRITISH sekrang NAK JUAL NEGARA PADA AMERIKA BANTAH TPPA: DEMONSTRASI DAN PERARAKAN DITERUSKAN 23 OGOS INI Selepas siri awal penentangan terhadap perjanjian rahsia TPPA yang berlangsung dalam bulan puasa 19 Julai lalu, kini bantahan diteruskan lagi demi memastikan tanahair tidak dijajah dalam bentuk yang baru. Perlawanan menentang 'penjualan negara' ini perlukan konsistensi selagi masih belum terlambat. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik gerakan yang bermotto "Kekalkan Kemerdekaan - Tolak TPPA", akan bersama kumpulan anak muda lain untuk pertahan kedaulatan negara dari dicemar oleh 'sotong kurita beracun'. SAMM menyeru orang ramai khususnya warga kota menyertai satu lagi protes bantahan terhadap Perjanjian TPPA pada 23 Ogos ini di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak selepas solat Jumaat. Kemudian pada jam 2.30 petang, para demonstran akan berarak ke arah Kedutaan US untuk digegarkan oleh rakyat Malaysia yang cintakan tanahair. Perjanjian TPPA yang telah dibincangkan secara rahsia selama ini, harus disekat kerana didapati bakal memberi kesan negetif yang besar terhadap rakyat dari pelbagai sudut termasuklah soal kedaulatan negara. Maka SAMM ambil tanggungjawab mobilisasi dan menggesa semua anak muda ayuh bersama dalam aksi kali ini, dan sebarkan maklumat berikut; Himpunan Bantah TPPA Tarikh: 23 Ogos 2013 (Jumaat) Masa: 2.00pm (lepas solat) Lokasi: Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak Perarakan: Masjid Tabung Haji - Kedutaan US SAMM mengalu-alukan penglibatan lebih banyak pihak dalam demonstrasi dan perarakan ini. Semua pihak harus bersatu memastikan negara diselamatkan dari cukong konglomerat bertaraf dunia yang memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat. Tunjukkan kepada dunia satu signal penolakkan yang besar terhadap perjanjian yang menjadi 'jerangkap samar' kepada negara yang menyertai TPPA. Rakyat bersatu tidak akan dikalahkan. Jumpa 23 Ogos di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak. CHE'GUBARD Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal | ||
Posted: 20 Aug 2013 10:00 PM PDT SIAPA TUKANG UPAH SIAPA DI BELAKANG PEMBUNUH UPAHAN BRO GOA TERPERANJAT BILA LU TERPERANJAT Bro, goa terperanjat bila goa lihat ramai orang Malaysia terperanjat. Lu bukan terperanjat berok. Lu terperanjat macam kumpulan cikah yang kena sumpit Orang Asal. Bersepah lari lintang pukang tak tentu hala. Bising tak tentu arah. Terjun kemudian memanjat. Kemudian meloncat. Kemudian menjerit ke hulu ke hilir tanpa arah. Mencikah-cikah dalam akhbar. Cikah dan ungka menjadi bising bila dengar tembakan demi tembakan. Ada tuan empunya bank kena tembak. Ada Mak Cik kena tembak. Ada Pak Cik kena tembak. Ada yang menembak kena tembak. Dalam satu minggu tiap hari goa baca ada tembakan. Ada yang mati. Ada yang cedera. Ada yang nazak. Ini macam filem koboi. Tapi belum sampai tahap gaban saperti di Kabul atau di Baghdad. Tembakan sepetol dan tembakan senapang setiap hari inilah yang bikin para cikah, ungka dan lotong menjadi bising. Anak Lelaki Iskandar Kutty bilang inilah harga yang wajib dibayar kalau kita semua mahu kebebasan. Para politikus yang baru menang pilihan raya juga menokok nambah cerita. Ngo Melayu Islam yang ahlinya tak seramai kumpulan berok di Zoo Hulu Klang turut sama tercirit mulut. Cakap mereka penuh dengan aji no moto. Ngo Melayu Islam ini mahu ISA dan Akta Darurat di pekenalkan semula. Goa ingat mereka sedar jika banduan dan orang tahanan kurang maka kontrektor Bumiputera tak ada bisnes. Sunnah wal Rasuah susah berjalan. Susah cari makan. Goa rasa pelik juga kenapa ramai sangat yang terperanjat. Fikir punya fikir goa mula faham. Di Malaysia ini ramai orang telah jadi bonsai. Mereka tak dapat berfikir secara rasional. Mereka tak ada keupayaan untuk memiliki fikrah yang kritikal. Perangai Orang Bonsai suka bertanya pada Ustaz untuk mencari naz dan sanad. Orang Bonsai amat malas membaca. Malas menyelidik. Suka bertanya-tanya kerana tidak ada harga diri. Berjiwa hamba dan amat suka jadi tukang ikut dari belakang. Goa lihat kalau lalat masuk ke mulut akhirnya akan keluar menjadi langau – Si Mamat ini melopong mendengar jawapan dan temberang Ustaz. Tapi kali ini Utaz-ustaz ini pun tak tahu apa yang nak dikelentong. Kerana ini kes sepetol bukan kes burung punai dan ikan sepat. Kalau hal punai dan sepat Sang Ustaz ini cukup arif. Akan berbuih-buih mulut Ustaz yang baru berbini dua atau tiga. Bro, biar goa cakap betul betul. Hal tembak menembak ini goa tak hairan langsung. Goa langsung tak rasa pelik. Goa hanya mahu tanya kenapa baru sekarang lu nak terperanjat. Kenapa baru sekarang lu mencikah. Kenapa dulu lu tak terperanjat. Bang dang bang ini bukan baru. Dah bertahun-tahun ada bang bang bang. Mari goa buka cerita bagaimana Aminulrashid mati. Anak muda kiut ini mati ditembak. Tujuh belas das tembakan. Hebat bro. Macam koboi Clint Kayu Timur. Budak kiut ini anak saudara Piyan Habib – kawan gua. Siapa yang tembak? Budak yang ini baru bersunat ditembak oleh penembak upahan. Penembak Upahan? Biar betul bro. Betul ini bukan fitnah. Lu baca dalam akhbar Aminulrashid ini ditembak polis? Goa bilang polis ke ... mata-mata ke... mereka semua sama. Mereka ini 'macai upahan' – diupah oleh United Malays National Organisation. Lu tak ingat ke macam mana Kugan mati? Ingat tak macam mana Francis Udayapan mati? Ingat jangan tak ingat. Jangan buat buat lupa. Ingat tak satu keluarga India mati ditembak di Kelantan sebelum PRU 1999. Isteri orang India yang mati ini sedang sarat mengandung. Anak dalam perut pun mati sama. Bro, lu ingat tak tiga anak muda mati ditembak di Shah Alam. Peluru masuk ke dahi mereka dari atas. Kenapa diatas? Kerana mereka sedang 'menyembah' polis minta ampon jangan ditembak. Bro, lu ingat tak anak muda mati di Sepang. Ibunya menangis merayu. Mungkin kes anak-anak muda ini lu lupa. Lu ingat ini semua kes Mat Rempit atau kes Mat Pet. Lu silap besar bro. Ini ada satu kes lu mesti ingat. Mustahil lu lupa kes seorang Minah Cun. Minah slim lagi bergetah. Minah ini telah ditembak beberapa kali di Segambut. Minah ini bukan Minah Indon. Minah ini bukan penyamun. Penembak Upahan United Malays National Organisation sedap-sedap main sepetol. Nasib baik Minah ini tak jadi arwah. Kerana itu goa dapat dengar kesah dari mulut Minah ini sendiri. Bro, kalau lu lupa semua kes sepetol dan tembak menembak ini maka goa nasehatkan lu jangan suka makan kepala ikan – nanti lu cepat lupa. Lu jangan makan aji-no-moto atau makan Ketaki atau Mek Dogal – semua makanan ini menjadikan otak lu lembab. Bila otak lembab lu menjadi pelupa. Goa nasehatkan lu amalkan makan petai , kerdas dan jering untuk penyegar ingatan. Ini petua dari arwah nenek goa. Bro, satu hal goa nak beri tahu. Ini kesah lama. Goa masih ingat lagi cakap Lim Kit Siang bapak mentua Betty.Orang Tua ini cakap dalam masa sepuluh tahun yang lalu - bukan ratus-ratus mati dalam tahanan polis atau mati ditembak polis malah ada ribu ribu. Ini Orang Tua yang cakap. Bukan goa cakap. Orang Tua ini cakap bukan dalam warong Ah Seng tapi dalam Parlimen. Ini Parlimen tempat Dato Nazri Aziz kencing dari atas tingkap. Masa Orang Tua Lim bercakap para Cikah Melayu dan Lotong Bumiputera tak heboh. Tak ada Ngo Melayu Islam buat bising? Angka pembunuhan yang dilakukan oleh pasokan 'beruniform' melonjak naik. Kenapa ketika Orang Tua Lim ini bercakap tak ada yang mencelah dan menafikan. Goa ingat pada masa itu Ngo Melayu Islam ini belum dapat bayaran bulanan dari 'Penaja'. Moto Ngo Melayu Islam ini cukup molek - kalau ada 'fulus' semua boleh 'lulus' Bro, dengar goa cakap – lu jangan ketawa. Ngo Melayu Islam ini kalau ada upah akan buat apa saje laporan polis. Mereka sanggup buat laporan mengatakan Barak Obama ini lahir di Kuala Pilah. Barak Obama ini anak Lebai Bidin dan anak tiri kepada Bidan Limah. Malah mereka sanggup menuduh Sophia Loren bintang filem Itali itu sebenarnya Melayu yang bernama Sopiah binte Haji Loren. Goa tak fahamlah apa pasal lu terperanjat dengan kes tembak dan kes bunuh. Lu pergi jumpa Nazri Aziz. Sila tanya sama Nazri : anak Menteri mana terlibat kes bunuh tapi tak pernah didakwa. Lu jangan buat-buat donno. Lu jangan buat-buat lupa. Di Johor berapa banyak kes tembak dan kes pukul. Ada yang mati dan ada yang tak mati. Tapi satu habuk pun tak ada sesiapa yang didakwa dakwi. Bro, lu lupa kes gaduh besar dalam kelab malam dua tahun dulu? Ada sepetol keluar masuk. Ada kepala kena ketuk oleh sepetol.Ya ampoon ya maulana kes ini langsung tak tahu apa sudah jadi. Apa sudah jadi goa pun tak tahu. Anak Raja Gopal mana keluar sepetol pun goa sudah lupa. Satu lagi goa mahu cakap kalau lu rajin lu pergi tanya Datuk Seri Hishammudin Hussein. Tanya sama dia semasa isteri dia shopping luar negara siapa yang bayar? Opps... Maaf. Jangan tanya ini. Tanya masa isteri dia pergi shopping luar negara dia ada Tan Seri Ta Ta...oppps ..silap lagi. Ada dia bai bai pada isteri dia atau tidak – ada ta ta atau tidak. Bro, gua dengar lu ada motosikal besar. Goa ada satu idea. Goa cadangkan lu join kelab motor besar yang patronya Datuk Dr Zahid Hamidi. Nanti bila ada 'outing' lu buat baik-baik dengan Datuk Zahid. Kemudian lu tanya dia tentang kes pukul orang. Mustahil bunyinya – Menteri Dalam Negeri Malaysia terlibat dalam kes pukul memukul. Goa hanya baca dalam akhbar. Betul atau tidak goa tak tahu. Bro, goa cakap lu jangan terperanjat. Apa nak dihairankan. Kes anak Nazri Aziz ke? Kes pukul Zahid Hamidi ke? Kes kerabat main sepetol ke? Kes kepala samseng ' sponsor' anak bini menteri ke? Ini Malaysialah bro. Semua boleh kautim. Ini kerajaan ketuanan Melayu. Goa harap lu faham - kes tembak menembak ini bukan baru. Tiap hari ada rakyat kena bedil. Bro, lu mahu tahu apa sebab semua ini ini berlaku? Orang China cakap – ikan jadi busuk mula dikepala. Negara jadi hancur bila menteri membunuh. Bila menteri memukul. Bila anak menteri membunuh. Lu ingat goa bohong? Bro lu jangan buat-buat lupa. Perdana Menteri Malaysia Najib bin Razak ada terlibat kes bunuh. Lu jangan lupa Minah Cun Miss Altantuya. Minah ini mati bukan kena sepetol tapi kena bom C4. Bro... lu hairan ke? Lu ingat sepetol bang bang bang ini ada kerana ISA tak ada? Lu ingat sepetol banyak menembak ada kerana Akta Darurat di mansuh. Brader , lu jangan jadi bangang. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam akhbar minguan SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akbar ini sila pukul talipin: 03-92-21-10-45 SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal --------- | ||
Posted: 20 Aug 2013 09:31 PM PDT
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH kah kah kah....NASIB BAIK HUKUM BERBOHONG TIDAK POTONG LIDAH...kah kah kah.. kah kah kah...KALAU POTONG LIDAH TERSEKSA MAK DATIN BINI JAMIL... kah kah kah.. kah kah kah,... SEKSA MACAM MANA?.... kah kah kah.. kjah kah kah... SEKSA TAK DAPAT KENA JOLOK DENGAN LIDAH.... kah kah kah TAIPING 20 Ogos - Dua individu termasuk seorang doktor wanita dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak kerana memiliki dokumen dan buku berkaitan Syiah... SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal | ||
Posted: 20 Aug 2013 08:39 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB saudi arabia dieram dan dinetaskan oleh kuasa imperial anglo-amerika pada tahun 1971 perjanjian bretton wood lingkup nilai dolar jatuh kerana perang vietnam akhirnyta dolar tidak lagi bersandarkan emas presiden nixon pada tahun 1972 buat janji dengan raja saudi jual beli bahan bakar minyak petrol wajib menggunakan dolar sahaja hanya dolar amerika yang boleh digunakan untuk beli bahan bakar minyak dengan ini nilai dolar melonjak nixon janji kaum keluarga saudi akan di jaga oleh amerika dari di ganggu gugat hari ini amerika cetak dolar hari ini amerika eskpot dolar hari ini raja saudi hidup selamat inilah persokongkolan kuasa imperial anglo-amerika dengan raja saudi raja saud kemudian jual agama ekspot masjid ekspot kitab ekspot imam ekspot dinar maka ramai umat islam jadi ngok maka ramai orang melayu jadi bangang dalam masa yang sama amerika ekspot kertas hijau yang dipanggil dolar satu dunia kena tipu satu dunia kena kelentong SUNNI WAL SAUDI NOTA Recognizing that the US, and the rest of the world, was going to need and use more oil, a lot more oil, and that Saudi Arabia wanted to sell the world's largest economy (by far the US) more oil, Nixon and Saudi Arabia came to an agreement whereby Saudi oil could only be purchased in US dollars. This caused an immediate and strong global demand for US dollars. Kebenaran milik Allah, bukan di Barat bukan di Timur
Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas. Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud. Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan? Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka. Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam. Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun : فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72 Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS) SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal | ||
Posted: 20 Aug 2013 08:00 PM PDT PENGUMUMAN obama akan datang najib akan persembahkan perjanjian jual negara ini kepada obama obama ialah wakil kaum kapitalis antarabngsa tak percaya sila lihat dan tunggu kalau tak lawan sekarang negara akan terjual DEMO TIBAI NAJIB JUAL NEGARA PADA OBAMA DEMO BANTAH TPPA Dibulan kemerdekaan ini, kami berbesar hati jika anda peduli serta ambil tahu tentang kesan buruk Perjanjian Trans Pacific Partnership (TPPA) dan turut serta dalam bantahan awam terhadap perjanjian yang berat sebelah ini... Masa depan Malaysia adalah masa depan anda jua TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA AKTIVITI : Mengadakan himpunan aman dan berarak ke Kedutaan Amerika dari Bangunan Tabung Haji (hampir dengan kedutaan). TUJUAN: Public Pressure membantah TPPA. MESEJ : BantahTPPA tajaan U.S campur tangan ruang polisi Negara dan memperjudikan masa depan negara. TEMA : Stop Neo Kolonism. Kekalkan Kemerdekaan, Tolak TPPA. TARIKH : 23/8 (bersempena persidangan di Brunei, serentak dlm masa seminggu bantahan dari negara lain). MASA : 2.15 ptg. TURUN BERAMAI RAMAI TIBAI NAJIB SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal --------- | ||
Posted: 20 Aug 2013 07:39 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB tukar tiub tidak menentang sultan tukar tiub tidak menentang raja raja dan sultan ada hak yang sama dalam negara malaysia tidak lebih tidak kurang sebagai manusia kita hortmat sesama manusia hakikatnya sesiapa sahaja boleh jadi sultan sesiapa sahaja boleh jadi raja itu hak mutlak individu kalau mereka mahu jadi sultan jadilah kalau mereka mahu jadi raja jadilah tapi kena cari makan sendiri kena buat kerja sendiri pandai pandailah buat kerja jadi peguam ke jadi doktor ke jadi peniaga ke jadi guru ke jadi pensharah ke jadi pemandu teksi ke jadi tuan punya warong ke buka syarikat pelancungan ke buka kedai dobi buka tadika hakikatnya jadilah apa saje carilah kehidupan dalam dunia ini mengakulah sultan sampai kiamat mengakulah raja selagi ada bulan dan bintang ini tak salah tak ada orang akan ganggu TAPI bayar top up sendiri bayar sewa bilik sendiri bayar bil leterik sendiri pergi pasar chow kitt beli sayur bayar sendiri pergi tesco bayar apa yang dibeli jangan minta orang lain bayar jangan minta-minta duit HAKIKATNYA jangan makan tanggung berak cangkung jangan semua nak makan free jangan jadi free loader JUGA jangan paksa-paksa orang ramai jangan rotan rotan orang ramai jangan hukum hukum orang ramai jangan paksa orang ramai jadi anak anjing jangan paksa orang ramai cium tapak kaki jangan guna patik pacal yang hina patik ertinya anak anjing menjunjung ke bawah duli duli ertinya tapak kaki kenapa nak jadi anak anjing kenapa pulak nak junjung tapak kaki ini kerja bangang ini kerja bodoh nak jadi raja jadi lah SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan akan di wakaf kepada dapor jalanan projek memberi makanan kepada warga kota tanpa tempat tinggal ----------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan