Jumaat, 30 Ogos 2013

Addin

Addin


Berita Gempar Yang Tak Di Siarkan Utusan

Posted: 30 Aug 2013 09:37 AM PDT

Kira-kira 1,000 warga asing Bangladesh memasuki Malaysia secara tidak sah setiap hari dan menggunakan dokumen palsu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R Sivarasa (gambar).

Beliau berkata, kes pemerdagangan manusia ini berlaku membabitkan kerjasama beberapa pihak di Malaysia dan Bangladesh.

"Beribu-ribu warga Bangladesh memasuki negara kita melalui visa pelancong setiap bulan untuk bekerja di sini.

"Pada setiap hari, enam pesawat dari Dhaka mendarat di KLIA dengan kira-kira 1,000 penumpang menggunakan visa pelancong. Saya difahamkan majoriti daripada mereka bukan pelancong tulen tetapi datang dengan tujuan mencari kerja," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya hari ini.

Sivarasa berkata, kebanyakannya tidak pulang ke Dhaka dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan malah warga asing berkenaan dapat memperoleh dokumen palsu dengan harga 32,000 Taka Bangladesh atau RM1,300 bagi mendapatkan dokumen itu.

Beliau mendedahkan pihak yang terlibat ialah ejen jualan am Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang beroperasi di Bangladesh iaitu Union Tours and Travel Limited (UTT), kakitangan di bahagian pemprosesan visa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh dan kakitangan Imigresen di KLIA.

Katanya, sejak UTT dilantik oleh MAS, penerbangan dari Bangladesh ke Malaysia meningkat kepada dua pesawat sehari.

"Peranan UTT di Dhaka ialah bersekongkol dengan kakitangan pemprosesan visa di Suruhanjaya Tinggi di Dhaka bagi memastikan mereka yang menggunakan visa pelancong tidak menghadapi masalah ketika daftar masuk di Lapangan Terbang Dhaka.

"Imigresen di KLIA juga terlibat dalam jenayah ini dengan tidak memeriksa setiap penumpang secara rapi. Kelalaian ini mengakibatkan pekerja Bamgladesh dieksploitasi di tempat kerja oleh majikan atau tempat mereka ditahan.

"Sikap sambil lewa memberi kerugian kepada negara kerana tidak dapat mengutip yuran pekerja asing yang berkhidmat secara sah," katanya.

Sivarasa berkata, amalan haram ini mendapat liputan meluas di Bangladesh dan akhbar tempatan giat melaporkan keadaan salah laku itu. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)



Najib Terkedu Dengan Pendedahan Ini

Posted: 30 Aug 2013 07:38 AM PDT

Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri, Endless Possibilities yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Sekarang kita ada bukti cukup. 

Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan," kata Anwar ketika ditemui pemberita di majlis hari raya KEADILAN Lembah Pantai, hari ini.Anwar berucap dalam majlis hari raya parlimen Batu di Dataran Dewan Masyarakat Fasa Tiga, Bandar Baru Sentul"Sekarang lebih berat. 

Ia tak mungkin secara kebetulan" tegas Anwar.Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.

Manakala Najib dijangka melancarkan kempen '1Malaysia, Endless Possibilities' pada 17 September depan.Justeru kata Anwar, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno-BN.

"Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia."Sampai sekarang dia kata kebetulan. 

Ternyata ada pengaruh asing, termasuk apa didakwa 'pengaruh Israel'," kata Anwar.Tegasnya, slogan baru Endless Possibilities (Kemungkinan Berterusan) hanyalah semata-mata strategi perhubungan awam (public relation).

"Yang kita bangkitkan isu jenayah, pertikaian pada kehakiman dan pelbagai masalah (lain)."Yang dia (Najib) hanya hentam pembangkang," kata Anwar. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Anwar Tak Setuju Sekat filem Tanda Putera

Posted: 30 Aug 2013 03:30 AM PDT

PKR tidak setuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang menasihatkan pengusaha pawagam di Pulau Pinang supaya jangan menayangkan filem kotroversi, Tanda Putera, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR itu berkata, Malaysia adalah negara merdeka dan sesiapa sahaja berhak menyampaikan pandangan masing-masing sambil menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hanya memberikan nasihat kepada pengusaha pawagam di negeri itu.

"Guan Eng hanya menasihatkan bukannya melarang untuk menayangkan Tanda Putera. Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang itu.

"Apa yang dikesalkan ialah filem itu mempromosikan propaganda Barisan Nasional (BN) malah pengarahnya sendiri Datin Paduka Shuhaimi Baba mengakui filem berkenaan bergenrekan fiksyen.

"Filem itu dilihat memainkan sentimen kaum dan tidak perlu filem berkenaan dipaparkan kepada generasi muda terutama mereka yang mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) bagi menggambarkan kisah sebenar peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969," katanya ketika menyampaikan perutusan Hari Merdeka kali ke-56 di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata, orang ramai perlu faham filem berkenaan adalah agenda BN dan ia digunakan semata-mata bagi menyampaikan agenda politik sempit pemimpin BN.

Terdahulu, agensi berita nasional, Bernama melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menghalang tayangan filem Tanda Putera di pawagam di negeri itu membuktikan sikap hipokrit parti itu yang kononnya memperjuangkan kebebasan media dan bersuara.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan tindakan DAP kerana parti itu sememangnya hanya akan memperjuangkan sesuatu perkara apabila ia berkaitan dengan kepentingan mereka.

Katanya, apabila DAP menganggap filem itu berunsur perkauman, parti itulah yang sebenarnya bersikap demikian sambil menyifatkan tindakan DAP lebih bermotifkan politik dan cuba menutup sejarah sebenar negara.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut berhubung keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan penayangan filem 'Tanda Putera'.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pertemuan akan diadakan antara kementerian dan Pejabat Peguam Negara bagi melihat peruntukan undang-undang berkaitan dengannya.

Menyifatkan tindakan kerajaan Pulau Pinang itu tidak rasional, Ahmad Shabery percaya pihak berkenaan berfikiran sempit dan autoritarian kerana membuat keputusan drastik tanpa menonton dahulu filem itu. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Ali Rustam Kena Belasah Dengan Kawan Sendiri

Posted: 30 Aug 2013 03:24 AM PDT


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan mana-mana pemimpin yang ingin bertanding dalam pemilihan parti kali ini supaya tidak terlalu ghairah mengejar jawatan dan mengukur kemampuan mereka.

Katanya, mana-mana pemimpin yang menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Umno amat dialu-alukan tetapi tidak perlu terlalu ghairah untuk bertanding sehingga tidak melihat kemampuan diri sendiri.

"Jangan kerana ghairah sempena musim pemilihan, bila dipilih nanti, kita lupa tentang tanggungjawab dan amanah yang cukup berat.

"Kalau itu tak diambil kira oleh mereka yang menawarkan diri dan melihat kemampuan mereka untuk pastikan parti kita kukuh, sekiranya berlaku sesuatu pada parti, jangan salahkan orang lain.

"Salahkan diri sendiri kerana ini merupakan amanah kita nak berdepan dalam pemilihan parti ini," katanya di majlis rumah terbuka hari raya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di ibu negara hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita mengenai ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengumumkan untuk bertanding dalam pemilihan parti Oktober ini.

Mohd Ali sebelum ini dilapor mengesahkan akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini tetapi belum mengesahkan jawatan yang akan ditandinginya.

Susulan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan pertambahan kerusi BN dan merampas sebuah negeri, beliau turut meminta agar pucuk pimpinan parti sentiasa menjaga "rumah tangga" parti supaya Umno sentiasa dihormati oleh semua pihak.

"Saya rasa pucuk pimpinan, daripada presiden dan naib-naib Presiden, kita faham itu tugasnya dan itu jadi pertimbangan kita.

"Sesiapa nak bertanding silakan. Tetapi jangan kerana ghairah nak kejar jawatan dalam parti, (sehingga) parti kita tidak dihormati oleh orang," tambahnya. ~malaysiakini





Iklan C (ii)



Filem Tanda Putera Tidak Berkualiti, Perabih Duit Rakyat Je.. Gambar Sebagai Bukti

Posted: 30 Aug 2013 01:13 AM PDT


Adegan-adegan di atas melucukan, sekaligus membuktikan bahawa pengarah flem berkenaan tidak berhati-hati, gopoh, tidak profesional dan sewajarnya tidak layak untuk ditayangkan kepada umum.

Ia amat menjatuhkan martabat perfileman Melayu, dan sepatutnya tidak mempunyai sebarang merit untuk dibenarkan menggunakan wang rakyat di dalam penghasilan filem berkenaan.

Difahamkan filem Tanda Putera itu dihasilkan dengan kos RM4.8 juta dan merupakan filem terbitan Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Perbadanan Kemajuan Multimedia.

Ertinya wang rakyat sudah dibazirkan untuk penghasilan sebuah filem yang rendah mutunya, tidak layak untuk ditayangkan di mana-mana pawagam, cuma digembar-gemburkan sesetengah pemimpin politik UMNO untuk kepentingan partinya.




Iklan C (ii)



Punca Guru Besar SK Seri Pristana Tidak Di Kenakan Apa-Apa Hukuman Tersebar

Posted: 30 Aug 2013 12:08 AM PDT

Guru besar kontroversi SK Seri Pristana bebas daripada sebarang tindakan kerana "tidak melakukan kesalahan jenayah" apabila mengarahkan murid di sekolahnya untuk makan di bilik mandi sekolah.

Ini diputuskan dalam mesyuarat antara Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Jabatan Pendidikan Selangor dalam mesyuarat pada Rabu.

Pengarah Pendidikan Selangor, Mahmud Karim memberitahu The Malaysian Insider, Mohd Nasir Mohd Noor (gambar) memikirkan keselamatan muridnya apabila mengeluarkan arahan untuk makan di bilik mandi semasa waktu rehat.

Katanya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dimaklumkan berhubung perkara berkenaan dan tindakan penjaga yang mendedahkan insiden itu berlaku berikutan beliau tidak mendapat maklumat perbincangan itu.

"Ibu yang mendedahkan perkara berkenaan di laman sosial Facebook seharusnya mendapat penjelasan daripada pihak pentadbira sekolah terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada umum," katanya ketika ditemui di pejabatnya.

"Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) menafikan dakwaan pelajar bukan Islam diambil gambarnya oleh pihak sekolah dan sehingga kini kami masih belum dimaklumkan kejadian itu.

"Pihak yang mendakwa guru SK Seri Pristana mendiskriminasi pelajar bukan Islam juga tidak benar. Perkara ini berlaku berikutan salah tanggapan penjaga dan dan tafsiran yang kurang tepat mereka terhadap pendidik sekolah itu," katanya.

Beliau berkata, pendidik di negeri itu diingatkan supaya bertindak secara rasional dan sentiasa mengamalkan etika profesional.

"Penjaga juga digesa menghormati institusi pendidikan dan tidak memandang remeh institusi pendidikan negara.

"Dalam masa terdekat ini, JPS akan mengatur beberapa siri pertemuan dengan ibu bapa bagi menjernihkan kembali hubungan penjaga dan sekolah supaya sesi persekolahan dapat berlangsung dengan lebih harmoni," katanya.

Katanya, PIBG sekolah berkenaan sentiasa mendapat maklumat dari pihak sekolah.

The Malaysian Insider melaporkan pada Rabu polis mengakui dakwaan beberapa pelajar SK Seri Pristana disoal-siasat berhubung kontroversi makan di dalam bilik persalinan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang, berkata pelajar berkenaan "disoal secara temuduga".

Junaidi berkata, polis diberikan kebenaran oleh guru besar sebelum memasuki kawasan sekolah dan diberikan masa 30 minit untuk menemuduga pelajar.

Katanya, temuduga dengan enam pelajar itu berjalan dalam kelas yang disediakan oleh guru besar.

Sebelum ini, Junaidi dilaporkan mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menafikan menyoal pelajar terbabit.

Beliau memberi alasan pihak polis tidak mampu untuk menghubungi semua penjaga tersebut untuk meminta kebenaran sekiranya mahu menemuduga.

Dalam sidang media pada Selasa, beberapa ibu bapa mendakwa anak mereka mengalami trauma selepas disoal polis.

Ibu bapa kepada pelajar mendakwa sesi temuduga itu berjalan tanpa pengetahuan mereka.

Susulan penahanan itu, ibu bapa kepada sekurang-kurangnya 10 pelajar berkata mereka akan menukarkan anak mereka ke sekolah lain dari SK Seri Pristana selepas tiga ibu bapa melakukannya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Ini Isyarat Daripada Najib Supaya Menteri Lantikannya Letak Jawatan

Posted: 29 Aug 2013 07:36 PM PDT

Nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) kepada P Waythamoorthy supaya berada dalam barisan yang sama dengan kerajaan adalah lebih kurang sama seperti memberitahunya supaya berhenti menjawat jawatan timbalan menteri, kata beberapa penganalisis politik.

Aktivis hak Hindu itu berada dalam keadaan `panas' apabila beliau mempersoalkan polis yang menembak mati lima penjenayah India di Pulau Pinang minggu lalu dan menuduh kumpulan disyaki samseng itu ditembak dari jarak dekat, bukan sebab wujud berbalas tembakan.

Penganalisis politik Universiti Putra Malaysia, Dr Jayum Jawan, berkata teguran Najib kepada Waythamoorthy diterima seolah-olah perdana menteri mahu timbalan menteri itu keluar daripada pentadbirannya.

"Saya berpendapat PM bersikap baik, beliau tidak mahu cakap pergi, atau saya tendang awak keluar, tetapi Waythamoorthy patut tahu bagaimana menterjemahkan bayangan yang diberikan PM itu," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Tiga menteri Kabinet, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta peguam itu meninggalkan kerajaan jika beliau tidak mahu seiringan dengan tindakan kerajaan.

Najib menyertai tiga menteri berkenaan semalam apabila beliau menegur Waythamoorthy dengan berkata sebagai ahli kerajaan, dia perlu bersama dengan pendirian kerajaan.

Dr Jayum berkata, timbalan menteri itu mengambil tindakan yang salah apabila bercakap mengenainya secara umum, sepatutnya perkara itu dibincangkan bersama rakan dalam kerajaan.

Katanya, jika Waythamoorthy meninggalkan kerajaan, tidak ada kerugian kepada masyarakat India kerana mereka masih diwakili oleh presiden dan timbalan presiden MIC iaitu Datuk Seri G Palanivel dan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

"Palanivel dan Dr Subramaniam mengambil langkah bijak apabila tidak menyuarakan pendapat mereka di luar Kabinet. Ini adalah cara yang betul, daripada bercakap di luar dan cuba berlagak jadi hero," katanya.

Katanya, Waythamoorthy tidak memperolehi apa-apa keuntungan pun apabila menonjolkan dirinya lebih vokal daripada yang lain.

Pengarah Pusat Inisiatif Polisi, Dr Lim Teck Ghee berkata, ulasan Najib turut boleh membawa makna bahawa Waythamoorthy adalah satu beban.

Lim berkata, ia juga boleh diterjemahkan sebagai Umno tidak boleh dan tidak akan menghormati memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangai antara Waythamoorthy – pada ketika itu ketua Hindraf – dengan kerajaan sebelum pilihan raya umum ke-13.

MoU itu adalah rangka tindakan lima tahun bagi kemajuan masyarakat India, dengan mensasarkan untuk membawa kaum India yang miskin ke dalam arus perdana pembangunan kebangsaan.

"PM ada perkara lebih besar untuk difikirkan daripada perjuangan Hindraf dan fokusnya sekarang lebih kepada survivalnya sendiri terutama ketika menjelangnya pemilihan Umno tidak lama lagi.

"Waythamoorthy tidak ada pilihan lain kecuali meletak jawatan. Dia akan menyebabkan reputasinya rosak teruk tetapi sekurang-kurangnya dengan sedikit kehormatan," katanya.

Waythamoorthy enggan beralah dengan desakan menyuruhnya meletak jawatan dan turut berkata, beliau akan terus memperjuangkan isu itu.

"Saya tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku di negara ini hanya kerana saya dalam kerajaan," katanya.

Waythamoorthy ketika menjelaskan alasannya untuk bercakap mengenai perkara itu, berkata tembakan itu menyebabkan lima samseng keluar dari jalanan, tetapi ia tidak menyelesaikan peningkatan jenayah.

Beliau berkata, akhbar melaporkan, kira-kira 800 belia India yang kebanyakannya dipercayai ahli geng 04 berkumpul ketika majlis pengkebumian seorang daripada lima penjenayah yang terbunuh dalam kejadian itu.

Katanya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah juga melaporkan bahawa rekod polis mendapati 71 peratus daripada ahli geng itu adalah kaum India.

Pada April lalu, Waythamoorthy bagi pihak Hindraf, menandatangani rangka tindakan lima tahun dengan kerajaan mensasarkan untuk membantu masyarakat India yang miskin.

"Ia tentu dapat membantu belia India yang tidak terkawal ini daripada masuk ke kancah jenayah dan menyertai aktiviti ekonomi yang lebih produktif. Ini adalah pendekatan menang-menang. Saya memilih untuk menyertai kerajaan atas tujuan ini," katanya.

Profesor akademik Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Syed Arabi Idid, mempunyai penerimaan berbeza terhadap kenyataan Najib terhadap Waythamoorthy.

Beliau berkata, kenyataan perdana menteri kepada Waythamoorthy adalah amaran, bukan petanda meminta timbalan menteri itu meninggalkan kerajaan.

"Jika PM mahu dia pergi, beliau akan berkata demikian. Apa yang Datuk Seri Najib mahu ialah Waythamoorthy mengikut pendirian kerajaan," katanya.

Dr Syed Arabi berpendapat Waythamoorthy patut diberikan peluang kerana beliau masih baru dalam politik.

"Beliau mungkin memerlukan lebih masa untuk faham peranannya dalam kerajaan, tetapi jika beliau mahu kekal dalam kerajaan, beliau patut mengambil nasihat PM," katanya.

Penganalisis bebas, Khoo Kay Peng, bersetuju dengan Dr Syed Arabi dan berkata, nasihat Najib supaya mengikut pendirian kerajaan patut diterima secara tersurat.

"Salah satu masalah utama Waythamoorthy ialah beliau dibawa masuk ke dalam pentadbiran tanpa tujuan tertentu. Dan oleh kerana peranannya tidak dijelaskan, beliau buat apa yang dilakukan itu untuk menjadikan dirinya relevan," katanya cuba untuk merasionalisasikan kenyataan Waythamoorthy terhadap kejadian tembakan itu.

Khoo berkata, Putrajaya perlu memberikan timbalan menteri itu kerja yang khas dan mencadangkan supaya Waythamoorthy memimpin jawatankuasa untuk mengkaji masalah jenayah dan gengsterisme di kalangan belia India.

"Beliau adalah orang terbaik bagi tugas itu, dan itu akan menyebabkan beliau fokus kepada sesuatu," katanya.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata teguran Najib adalah peringatan kepada Waythamoorthy supaya patuh kepada tatakelakuan kerajaan.

"Waythamoorthy mengambil keputusan untuk menyertai kerajaan dan beliau tidak sepatutnya bercakap mengenai isu sensitif secara umum seperti itu. Beliau sepatutnya perlu cuba menyelesaikannya dalam lingkungan sistem.

"Tetapi, saya tidak fikir Najib bermaksud untuk Waythamoorthy mengosongkan jawatannnya," katanya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Anwar Singkir Timbalan Pendakwaraya

Posted: 29 Aug 2013 06:55 PM PDT

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah tidak boleh menjadi timbalan pendakwa raya dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kerana peguam kanan itu berada dalam senarai saksi pendakwaan.

Ini adalah pendirian Anwar untuk menyingkirkan peguam itu sebagai pendakwa utama kes liwat yang akan didengar di Mahkamah Rayuan bulan depan.

"Walaupun Shafee tidak pernah memberikan bukti, beliau ditawarkan kepada pihak pembela sebagai saksi kes itu.

"Shafee adalah sebahagian daripada pihak pendakwaan. Kemungkinan beliau juga memberikan kenyataan kepada polis," kata Anwar dalam afidavit yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.

Anwar berkata, Shafee tidak seharusnya dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya kerana Jabatan Peguam Negara mempunyai pengamal undang-undang lain yang layak untuk mengendalikan rayuan itu.

Malah, katanya, perbelanjaan untuk menggunakan khidmat Shafee adalah menggunakan wang pembayar cukai.

Shafee pada 22 Julai lalu berkata, pelantikannya mengikut Seksyen 376 (3) dan Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah dan akan dibayar amaun minimum kerana mempunyai kontrak masih berjalan di antaranya dengan kerajaan.

Anwar berkata, Seksyen 376 (6) hanya mengenai pelantikan seorang yang layak dan sesuai sementara 379 menyentuh mengenai pekerjaan.

Katanya, Shafee tidak boleh dilantik mengikut dua seksyen itu kerana ia mempunyai maksud lain.

Ketua pembangkang itu berkata, mengikut Seksyen 376 (3), seorang peguam boleh dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya tanpa gaji sementara mengikut Seksyen 379 peguam dipilih dan gaji dibayar menggunakan dana awam.

Tarikh pendengaran itu ditetapkan selama dua hari bermula 17 September.

Shafee sebelum ini dipetik sebagai berkata, pelantikan sebagai Timbalan Pendakwaraya tidak seharusnya dijadikan isu politik kerana beliau bukan ahli politik atau anggota sebarang parti politik dan beliau dipilih atas kelayakannya.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut mempertahankan langkah melantik Shafee, walaupun memperlihatkan Jabatan Peguam Negara berat sebelah dan mengikut rentak kerajaan.

Gani berkata, memberikan lesen kepada peguam persendirian untuk mewakili Putrajaya bukan sesuatau yang baru, menjadikan inkues Teoh Beng Hock sebagai contoh iaitu Datuk Tan Hock Chuan sebagai pegawai bertugas dalam kes itu.

Beliau berkata, pendakwa utama perbicaraan Anwar, Datuk Yusof Zainal Abiden yang bersara pilihan juga pernah mewakili pembangkang.

Bagaimanapun, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata pelantikan Shafee sebagai timbalan pendakwa raya adalah perkara luar biasa dan memberikan persepsi bahawa pegawai dari Jabatan Peguam Negara tidak kompeten.

Menurut Abu Talib yang menjadi Peguam Negara selama 13 tahun sejak 1980, terdapat ramai pegawai berpengalaman untuk menjalankan rayuan yang beliau anggap sebagai kes "straight forward".

Beliau berkata, menjalankan rayuan kes itu mudah kerana Anwar hanya dibebaskan selepas diberikan pembelaan dan persepsi terhadap kerajaan tercemar dengan pelantikan Shafee.

Anwar dibebaskan Januari tahun lalu selepas dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik.

Seramai 27 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung melebihi tiga tahun itu.

Anwar memberikan keterangan dari dalam kandang saksi. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Tiada ulasan: