Nuffnang

Pengikut

PERAKITE

sumber :-

PERAKITE


Kaum India paling ramai jadi gengster

Posted: 30 Aug 2013 08:53 AM PDT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 49 nama kongsi gelap dengan kaum India mendahului senarai sebagai ahli yang paling ramai menyertai pertubuhan haram tersebut diikuti Cina dan Melayu.
Dengan jumlah keseluruhan seramai 40,313 orang, samseng-samseng yang telah dikenal pasti menyertai kumpulan tersebut terlibat dalam jenayah berat seperti pengedaran dadah, tarik kereta, menjaga tempat letak kereta, memungut wang perlindungan, pengawal kelab malam, bunuh, mendatangkan cedera dan penggunaan senjata api.
Daripada jumlah itu, KDN memberitahu, seramai 28,926 samseng merupakan kaum India, 8,214 kaum Cina manakala bakinya pula terdiri daripada gengster Melayu.
Kesemua mereka menyertai kumpulan kongsi gelap di Semenanjung bergelar Geng 04, Geng 08, Geng 36, Geng 007, Tiga Line, Geng 30, Geng 21, Geng 24, Geng 18, Geng 35, Geng 303 dan Geng Satu Hati.
Selain itu, mereka juga menyertai Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, Hong Hong San, Pneh, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Ah Heng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor.

tersalah langkah merompak akibat tekanan hidup

Posted: 30 Aug 2013 08:48 AM PDT

  • Pesalah minta tambah sebatanZainuddin dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, semalam.
AYER KEROH - Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah.

Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan.

Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774. Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012.

Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya.

Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.

"Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket.

"Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf," katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian.

Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh, Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua.

"Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu," katanya.

Tanda Putera ditayang esok di P Pinang

Posted: 30 Aug 2013 08:42 AM PDT

Tanda Putera akan mula ditayangkan di negeri Pulau Mutiara itu Sabtu.

Rangkaian panggung wayang GSC berkata, tayangan akan dibuat di negeri itu bermula Sabtu ekoran penjelasan kerajaan negeri semalam bahawa arahan yang melarang penayangannya hanya satu nasihat.

"Filem ini tergolong dalam Skim Wajib Tayang Lembaga Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan diluluskan oleh lembaga penapisan dengan pengelasan P13," kata jurucakap jabatan penjenamaan dan komunikasi korporat Esther Chew dalam kenyataan.

GSC sebelum ini memutuskan tidak menayangkan Tanda Putera di kesemua panggung wayangnya di negeri tersebut ekoran "arahan" kerajaan negeri.


Kerajaan negeri menjelaskan, "arahan" itu sebenarnya hanya bermaksud "nasihat".


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT