Jumaat, 30 Ogos 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Diesel tumpah rupanya.. patutlah Selangor tak ada air..

Posted: 30 Aug 2013 09:10 AM PDT


Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mengaktifkan tindakan kecemasan (ERP) kod merah akibat tumpahan diesel yang melibatkan hampir keseluruhan kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Operasi SYABAS Datuk Ir Lee Miang Koi berkata, gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat ekoran tumpahan diesel yang dikesan pada muka sauk air mentah loji rawatan air itu.

"Sebagai tindakan segera, pihak SYABAS telah mengaktifkan ERP kod merah di Wilayah Wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat pada jam 3.00 petang, 30 Ogos 2013 (Jumaat) bagi memantau kawasan-kawasan yang terlibat dan membuat penghantaran bekalan air kecemasan kepada pengguna terkesan dari masa ke semasa," katanya.

Dalam kenyataannya, Lee berkata, SYABAS telah menggunakan semua sumber logistik yang ada bagi membekalkan bekalan air bantuan kepada pengguna terlibat.

Bagaimanapun, katanya, dia amat terhad dan bergantung kepada simpanan air terawat sedia ada di kolam imbangan keempat-empat loji rawatan dan kolam perkhidmatan SYABAS di setiap kawasan pengguna.

"Oleh yang demikian, pihak kami memohon bantuan dari pihak kerajaan negeri Selangor dan kerajaan persekutuan dalam menyediakan sumber logistik seperti lori tangki air dan tangki statik yang mencukupi dengan kadar segera bagi menghadapi gangguan bekalan air dalam skala besar seperti ini." katanya.

Setakat ini, seorang pengguna Facebook dikesan memuatkan gambar memaparkan keadaan tumpahan itu yang diambil pada jam 10.30 pagi ini.

Bagaimanapun, keasliannya belum dapat dapat dipastikan.

Lori tangki terbalik

Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia berpunca daripada insiden sebuah lori tangki diesel terbalik.

Menurutnya, muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor pada kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, Mahdzir berkata proses pembersihan sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa lama.

Sungai Selangor merupakan sumber bekalan air untuk dirawat oleh empat loji berkenaan sebelum disalurkan ke rumah pam dan kolam-kolam.

Mahdzir berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan membuka bilik operasi untuk membantu memberi maklumat secara berterusan kepada penduduk.

Sementara itu, SYABAS berkata pihak pengendali loji masih melakukan kerja-kerja pembersihan dan tempoh pemulihanan dijangka mengambil masa.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred, dalam kenyataan, berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan kejadian itu dari masa ke semasa.

~ Malaysiakini

Demi pelajaran anak-anaknya Bapa ini terpaksa mencuri...

Posted: 30 Aug 2013 02:03 AM PDT


Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah.

Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan.

Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774.

Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012. 

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya.

Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.
"Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket. 

"Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf," katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian.

"Saya bersimpati terhadap pilihan yang salah oleh tertuduh. Namun, atas faktor kepentingan awam dan trauma mangsa akibat senjata digunakan. Walaupun ia mainan atau tiruan tapi ia sedikit sebanyak mengancam mangsa," kata Nurfarhana.

Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh,

Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua.

"Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu," katanya ~ Sinar Harian

Ketua Wira Perkasa belasah Najib lagi.. dia kata Najib lembik pulakdah..

Posted: 29 Aug 2013 06:00 PM PDT


Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris meneruskan serangannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membangkitkan isu murtad dan isu kalimah Allah pula.

Beliau mengaitkan kedua-dua isu itu dengan "betapa pentingnya kuasa yang menjadi penentu survival Islam Melayu di Malaysia ini".

"Kita dapat melihat betapa lemahnya pimpinan Hj Najib yang mana keputusan-keputusan Hj Najib banyak merugikan umat Islam Melayu di Negara ini.

"Ini adalah bibik-bibik sama seperti Kamal Antartuk yang menyebabkan kerajaan Uthmaniah (kerajaan Islam) tumbang.

"Apakah ini umat Islam mahukan?" tulis beliau dalam posting bertajuk "Akibat daripada pimpinan yang lemah" dalam blognya..

Akibat daripada Pimpinan yang Lemah 

Asalamuaalaikum,

Kita tentu pernah mendengar cerita Natrah & Lina Joy, kedua-duanya berkaitan dengan Agama, Isu Natrah yang mana sehingga mengorbankan nyawa dan mahkamah Belanda mengarahkan Natrah perlu balik kepada Agama asalnya Kristian.

Kerana uundang-undang negara itu apabila kanak-kanak yang berusia bawah 16 tahun agamanya ditentukan oleh keluarganya Isu Lina Joy pula berbeza, Lina Joy atau nama Islamnya Azlina Jailani merupakan wanita Melayu yang berumur 42 tahun tetapi kini mengaku telah murtad (keluar dari agama Islam) dan memeluk agama Kristian Katolik.

Lantaran itu beliau cuba menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalan MyKad yang dimilikinya.

Rayuan dan permohonannya dibuat dengan mengenepikan kuasa mahkamah syariah, tetapi secara lansung melalui proses undang-undang sivil.

Pada mulanya beliau ke Mahkamah Tinggi, kemudian ke Mahkamah Rayuan, seterusnya ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN).

Isu murtad merupakan subjek yang sensitif bagi orang Melayu yang hampir 100 % menganut agama Islam di Malaysia Kebolehpercayaan kerajaan boleh disalahtafsir jika gagal menangani isu-isu sebegini dan boleh mencetuskan rusuhan sebagaimana Rusuhan Natrah di Singapura tahun 1950 dahulu.

Dua-dua isu ini berbeza Natrah yang kembali ke Agama asalnya Kristian atas arahan mahkamah Belanda, dan Lina Joy yang mahu memadam status Islam dalam Mykad nya, tetapi tetap dibawa ke mahkamah.

Ini menunjukkan Islam diserang dari pelbagai sudut.

Sekarang Kalimah ALLAH pula diheret ke mahkamah. Penggunaan Kalimah ALLAH ini boleh memesongkan Akidah Umat Islam.

Perkara ini adalah klimax kepada umat Islam dI Malaysia ini. Bayangkan jika kita tidak pertahankan Kaimah ALLAH ini sudah pasti akan lebih banyak umat Islam di Malaysia ini menjadi seperti Lina Joy.

Di sini saya juga melihat petapa pentingnya Kuasa yang menjadi penentu survaival Islam Melayu di Malaysia ini.

Kita dapat melihat betapa lemahnya pimpinan Hj Najib yang mana keputusan-keputusan Hj Najib banyak mmerugikan umat Islam Melayu di Negara ini.

Ini adalah bibik-bibik sama seperti Kamal Antartuk yang menyebabkan kerajaan Uthmaniah (kerajaan Islam) tumbang.

Apakah ini umat Islam mahukan?

Dalam masa yang sama mari bersama-sama saya pada 10hb Sept 2013 kita ke Mahkamah kita Pertanhanan Kailmah ALLAH, daripada digunakan oleh bukan orang-orang bukan Islam...........

ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!

Wasalam Irwan Fahmi Ideris 

Berani semacam saja mamat ni.. siapa back-up agaknya?.. yang pakai Baju Melayu warna krim kat atas tu ke?

Ketua Wira Perkasa tak sedar diri!!.. Perkasa ada apa? soal Khairy..

Posted: 29 Aug 2013 03:30 PM PDT


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan kenyataan Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris yang mendesak Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebagai tidak 'berpijak di bumi nyata'.

"Presiden anda (Ibrahim Ali) pun sudah kalah dalam pilihan raya lepas tu perasan nak minta Perdana Menteri letak jawatan.

"Anda perlu tahu kedudukan anda dulu. Apa Pemuda Perkasa ini?" katanya ketika ditemui pemberita di majlis Jamuan Raya Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di Bukit Kiara di sini hari ini.

Khairy berkata, Irwan Fahmi langsung tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kapasitinya yang hanya ketua sayap kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik.

"Saya rasa dia patut letak jawatan dulu. Siapa dia nak minta Perdana Menteri letak jawatan? "Dia bukan Ketua Pemuda Umno. Dia Pemuda Perkasa…Perkasa ada apa," soalnya.

Irwan Fahmi dalam entri blognya "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan." berkata kepimpinan Najib terbukti gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.

Beliau berkata slogan 1 Malaysia yang dibawa Najib gagal mendapat sokongan kaum Cina, malah menganggap Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang kononnya membantu rakyat sebenarnya adalah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan.

"Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal," katanya Ahad lalu ~ Free Malaysia Today


Lagi apa yang Ketua Wira Perkasa tu kutuk Najib sila baca di SINI

Tiada ulasan: