Khamis, 29 Ogos 2013

Addin

Addin


Kematian Eksekutif Penerbangan AirAsia X Penuh Tragis

Posted: 29 Aug 2013 09:48 AM PDT

Rakan dan keluarga di upacara pengebumian Shahrinawati petang tadi.
Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar semakin bertambah tragis.Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.

Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.

"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.

Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiatan mendapati sebaliknya.

Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.

Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.

Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi. Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang pemimpin yang baik.

"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.

Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang. "Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.

Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Eksekutif Air Asia X Mati Di Bunuh Ketika Kerajaan Giat Perangi Penjenayah

Posted: 29 Aug 2013 07:05 AM PDT

Perompak bersenjata membunuh seorang eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X berhampiran kediamannya di Ampang malam tadi ketika Putrajaya sedang berusaha memerangi jenayah berhubung penggunaan senjata api.

Shahrinawati Abu Bakar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas perompak dipercayai menyerangnya selepas beliau meletakkan kenderaannya di luar rumah.

"Mereka menyerangnya menggunakan parang," menurut emel Air Asia X kepada The Malaysian Insider.Ketua Eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani berkata, Shahrinawati, sebagai "seorang anak muda yang berbakat" dan telah dihantar ke Melbourne untuk mendapatkan pengalaman antarabangsa.

"Beliau juga telah bertunang dengan pegawai keselamatan kami dan akan berkahwin dalam tiga bulan akan datang," kata emel tersebut.Pembunuhan gadis tersebut berlaku ketika insiden bunuh menggunakan senjata api memuncak di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 22 kematian direkodkan sejak Mei.

Statistik Putrajaya mendapati kes bunuh dan rompakan menggunakan senjata api meningkat pada suku ketiga tahun 2013, berbanding tempoh sama pada 2012 walaupun kadar jenayah keseluruhannya menurun.

Statistik yang dikeluarkan Pemandu menunjukkan jenayah indeks sebanyak 74,127 bermula Januari hingga Jun 2013, menurun 2,120 kes daripada 76,247 yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Kes jenayah bagaimanapun meningkat daripada 14,811 kepada 15,098 bagi tempoh sama.Daripada jumlah itu, rompakan (termasuk samun berkumpulan) menggunakan senjata api turut meningkat daripada 69 kepada 74 kes.

Kes bunuh meningkat daripda 291 pada 2012 kepada 322 kes bagi tempoh enam bulan pada 2013.Jun 2013 menunjukkan kes tertinggi dengan 14 kes rompakan berkumpulan menggunakan senjata api dan tiga kes rompakan menggunakan senjata api.

Jenayah indeks merujuk kepada jenayah yang kebiasannya berlaku. Jenayah kejam adalah sub kategori jenayah indeks, termasuk kes bunuh, rogol, rompakan berkumpulan, dan rompakan tanpa atau dengan senjata api.

Putrajaya telah mengisytiharkan perang terhadap 40,313 individu yang dikenalpasti daripada 49 organisasi yang dipercayai geng penjenayah.Antara geng berkenaan adalah Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata ahli geng berkenaan dipercayai terlibat kes bunuh dan juga aktiviti melibatkan dadah.Mereka melanggar peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 5(1) Akta Persatuan 1966, yang digazetkan semalam. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Panas!! Tayangan Pembukaan Filem Tanda Putera Hanya Di Hadiri 12 Penonton

Posted: 29 Aug 2013 03:49 AM PDT

Filem kontroversi Tanda Putera mula ditayangkan hari ini dengan dewan tayangan di Mid Valley Megamall pada jam 11 pagi hanya menarik 12 penonton.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kebanyakan penonton juga adalah komuniti Melayu yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.

Mereka bagaimanapun melihat filem kisah hidup Tun Abdul Razak, perdana menteri kedua itu tidak membawa sebarang mesej perkauman, sebaliknya segala dakwaan rasis dan perkauman dalam jalan cerita filem itu adalah untuk menunjukkan latar belakang dan jalan cerita.

"Saya melihat tiada isu perkauman, saya tidak nampak jalan cerita menyentuh isu perkauman, ia hanya menunjukkan jalan cerita, lagipun ia adalah fakta sejarah sebenarnya," kata Mohd Razif Ahmad Fuad, 30, seorang penjawat awam ketika ditemui The Malaysian Insider.

Filem berkenaan sebelum ini menerima kritikan keras pelbagai pihak termasuk DAP yang mendakwa fakta berkenaan insiden 13 Mei dalam filem itu diseleweng, termasuk babak "kencing di tiang bendera."

Babak berkenaan bagaimanapun masih dipaparkan dalam filem itu.

Hanim Azira, 29, bagaimanapun menegaskan filem berkenaan adalah hasil yang baik menunjukkan bagaimana tokoh negara akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan negara.

"Ia filem yang bagus. Menunjukkan tokoh sanggup lakukan apa sahaja demi negara," katanya yang bekerja sebagai broker.

Rakan Hanim, Zaidi Sidek, 33, juga melihat filem itu tidak menimbulkan isu perkauman sebaliknya lebih menjurus kepada semangat patriotik.

Kedua-dua mereka turut mengakui mengambil cuti semata-mata untuk menonton Tanda Putera.

Isu dan kontroversi yang menyelubungi filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu juga berjaya menarik penonton apabila seorang remaja mengakui menonton filem berkenaan selepas kontroversi itu dipaparkan media.

"Saya tonton kerana dengar kontroversi dan selepas menontonnya saya berpendapat tiada isu rasis, tetapi ia bergantung kepada penerimaan penonton," katanya yang enggan dikenali. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Kenyataan Presiden MIC Yang Memeranjatkan Pemimpin Umno

Posted: 29 Aug 2013 12:45 AM PDT

Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel (gambar) berkata, idea untuk bergabung parti tidak seharusnya hanya ditujukan kepada parti India tetapi terhadap juga kepada semua parti Melayu dalam negara.

Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar itu berkata, parti Melayu seperti Umno, PAS dan PKR adalah antara parti yang perlu bergabung terlebih dahulu.

"Jadi jika mereka membuat cadangan, mereka (Melayu) perlu bergabung juga, baru negara menjadi lebih kuat," katanya ketika diminta mengulas mengenai cadangan parti India dan Cina dalam Barisan Nasional (BN) untuk bergabung di Hotel Istana, Kuala Lumpur hari ini.

"Sesetengah (parti India) berminat untuk bergabung dengan MIC dan sesetengahnya tidak mahu."

Cadangan menggabungkan parti komponen kaum India diilhamkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menjaga kepentingan kaum India.

Beliau menjelaskan tiada guna persaingan antara parti tetapi meminggirkan kepentingan kaum India.

Katanya, penggabungan itu penting kerana sokongan India menyumbang 48 peratus sokongan kepada BN pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebelum ini menggesa parti komponen Cina di bawah gabungan pemerintah itu bergabung menjadi sebuah parti tunggal.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata cadangan untuk menggabungkan parti komponen India di bawah BN sebelum ini perlu diperluaskan kepada parti komponen Cina supaya BN mampu memberi dimensi baru kepada rakyat. ~the malaysian insider

Addin:

Pemimpin Umno cakap tak serupa bikin..


Iklan C (ii)



Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Kecam Guru Besar SK Pristana Dan Polis

Posted: 28 Aug 2013 11:03 PM PDT

Bekas timbalan menteri pendidikan terkejut kerana polis dan pihak pentadbiran SK Seri Pristana membenarkan murid di sekolah itu disoal siasat polis.

"Polis tidak perlu masuk ke premis sekolah untuk bertanyakan hal itu," kata Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar) yang juga Ketua Biro Pendidikan MCA."Kenapa perlu menyoal murid? JIka betul mereka perlu berbuat demikian, mereka perlu mendapat kebenaran penjaga," katanya.

Beliau berkata, banyak lagi perkara lebih penting yang boleh polis lakukan berbanding menyoal siasat murid.

Wee berkata, kejadian sebegini akan lebih mencetuskan kemarahan orang ramai dan merosakkan nama baik sekolah kebangsaan.

"Kemelut SK Seri Pristana perlu segera dihentikan, jika tidak bakal memberi kesan yang lebih buruk," katanya menggambarkan masalah ini sudah tidak dapat dibendung lagi.

Wee juga menggesa guru besar, Mohd Nasir Mohd Noor mengambil langkah pro-aktif supaya masalah sebegini dapat dicegah dari awal lagi.

"Beliau perlu tampil menunjukkan keikhlasan dan sedia mendengar keluhan penjaga. Namun hari ini guru besar itu dilihat cenderung mendiamkan diri menjadikan kes di sekolah berkenaan semakin meruncing.

"Adakah pihak sekolah berasa pelajar bukan Islam akan kembali ke sekolah itu lagi? Objektif kerajaan untuk menyatupadukan murid berbilang kaum akan gagal. Inilah harga yang mereka perlu bayar," katanya.

SK Seri Pristana menjadi perhatian umum sejak sebulan lalu apabila seorang penjaga memuat naik gambar murid bukan Islam makan pada waktu rehat di bilik mandi pada bulan Ramadan lalu.

Guru besar dan sebahagian guru di sekolah berkenaan turut membuat empat laporan polis selepas menerima ancaman bunuh daripada penjaga.

Warga siber menyelar polis dan melabel mereka pembuli profesional kerana menyoal murid.

"Bagaimana murid boleh disoal polis tanpa kehadiran penjaga? Ini satu ancaman.

"Kita pelik dengan sikap polis yang tahu undang-undang dan batasan mereka tapi masih melakukan hal itu. Mereka sepatutnya harus disekolahkan."

"Ibu bapa perlu membawa kes ini ke mahkamah. Kita tidak boleh membiarkan mereka yang bersalah, terlepas dalam kes ini," antara komen warga siber berhubung kes sekolah itu. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)



Akhirnya Polis Mengaku Setelah Tembelang Pecah

Posted: 28 Aug 2013 09:02 PM PDT

Pihak polis akhirnya mengakui kebenaran terhadap dakwaan beberapa pelajar SK Seri Pristana (gambar) yang mengatakan mereka disoal-siasat dalam kontroversi makan di dalam bilik persalinan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata pelajar tersebut "disoal berdasarkan secara temuduga".

"Mereka bukan disoal-siasat," kata beliau menafikan laporan pegawai polis telah mengganggu sesi pembelajaran atau mengganggu dan mengancam para pelajar berkenaan.

Junaidi menambah pihak polis telah diberikan kebenaran oleh pengetua sekolah sebelum memasuki ke dalam sekolah.

"Kami diberikan masa 30 minit untuk menemuduga pelajar."

Temuduga dengan enam pelajar tersebut berjalan di dalam kelas yang telah disediakan oleh pengetua sekolah, menurut Junaidi.

Sebelum ini, Junaidi dilaporkan mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menafikan telah menyoal pelajar terbabit.

"Laporan awal menggambarkan polis telah mengganggu dan mengancam pelajar tersebut. Itu yang saya nafikan," kata Junaidi apabila disoal tentang kenyataannya sebelum ini.

Beliau memberi alasan pihak polis tidak mampu untuk menghubungi semua penjaga tersebut untuk meminta kebenaran sekiranya mahu menemuduga.

Dalam sidang media semalam, beberapa penjaga mendakwa anak mereka mengalami trauma selepas disoal pihak polis.

Penjaga kepada pelajar mendakwa sesi temuduga tersebut berjalan tanpa pengetahuan mereka.

Selain itu, mereka juga mendakwa seorang individu tidak dikenali yang diiringi pengetua Mohd Nasir Mohd Noor telah mengambil gambar beberapa pelajar dimana yang dikatakan penjaga mereka bertanggungjawab mendedahkan kontroversi makan di bilik persalinan tersebut.

Insiden tersebut menyebabkan penjaga, V. Kumancan dituduh mengancam pengetua terbabit, namun beliau telah menafikannya.

Kumanca, 31, kemudiaan telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan, namun dijangka akan didakwa atas tuduhan mengancam.

Susulan penahanan tersebut, penjaga kepada sekurang-kurangnya 10 pelajar berkata mereka akan menukarkan anak mereka ke sekolah lain dari Seri Pristana.

Kontroversi menyelebungi warga SK Seri Pristana tercetus selepas Guneswari memuat naik gambar murid bukan Islam di SK Seri Pristana makan di bilik persalinan semasa bulan Ramadan lalu.

Gambar yang disiarkannya di Facebook mengejutkan pengguna internet yang kemudian berkongsi gambar itu, dan akibatnya menyebabkan kekecohan di media sosial.

Ramai yang menyokong sementara ada juga pihak yang mengkritik dan mengugutnya.

Pengguna internet yang memberikan maklum balas negatif kebanyakannya membuat komen berbaur perkauman, meminta Guneswari dan ibu bapa bukan Islam yang lain menghantar anak mereka ke sekolah vernakular jika mereka tidak gembira dengan SK Seri Pristana, sekolah yang terbabit dalam kontroversi itu.

Malah, guru besar Mohamad Nasir diarah mengambil cuti seminggu berikutan kontroversi tersebut. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Tiada ulasan: