Khamis, 29 Ogos 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KERAJAANPERPADUAN..MARI KITA LIHATNYA

Posted: 29 Aug 2013 12:00 AM PDT


Bahasa

Pemimpin PAS tidak sekata tubuh kerajaan perpaduan dengan BN

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
August 29, 2013
Bukan masa sesuai untuk BN dan PR tubuh kerajaan perpaduan, kata Mohamad Sabu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2013.Bukan masa sesuai untuk BN dan PR tubuh kerajaan perpaduan, kata Mohamad Sabu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2013.Pemimpin PAS tidak sekata berhubung cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk berbincang dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu membabitkan kepentingan rakyat.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk BN dan PR berbincang untuk melaksanakan kerajaan perpaduan.
Beliau berkata, landskap politik Malaysia masih tebal dengan politik berasaskan parti maka sistem demokrasi yang diamalkan sekarang masih relevan kerana rakyat boleh memilih kerajaan mereka yang mereka rasa layak untuk memerintah negara.
"BN tidak sepatutnya gentar untuk menyatakan pendirian kerana sistem demokrasi Malaysia jelas meskipun BN memperoleh undi kurang 50 peratus tetapi mereka memperoleh majoriti kerusi Parlimen, maka tiada apa yang perlu ditakutkan.
"Isu Mesir membuka ruang lebih luas kepada BN dan PR untuk menyatakan pendirian kerana rampasan kuasa oleh tentera Mesir menafikan proses demokrasi," katanya kepada The Malaysian Insider pada Ahad.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkifli Ahmad, berkata perbincangan dwi parti bergantung sepenuhnya kepada keperluan umat dan isu yang dapat memberi kepentingan bersama.
Beliau berkata, jika kedua-dua belah pihak BN dan PR menemui jalan buntu dan perlu kepada persepakatan, maka kerajaan perpaduan adalah jalan terbaik bagi menangani isu masyarakat.
"Isu yang melingkari negara seperti rasuah, pengabaian demokrasi, kebebasan media dan penindasan kaum di Malaysia sangat dititikberatkan oleh PR. Jika kerajaan BN sedia duduk berbincang bagaimana isu berkenaan dapat disepakati, maka PR sentiasa positif melihat usaha perbincangan ini," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider hujung minggu lalu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula melihat tiada keperluan mewujudkan kerajaan perpaduan di antara BN dan PR kerana rakyat sendiri memilih parti gabungan dalam PR dengan terbuktinya undi popular memihak kepada PR.
Beliau berpendapat, BN sudah tidak relevan lagi kepada rakyat Malaysia maka sememangnya tiada keperluan untuk berbincang mengenai kerajaan perpaduan.
Katanya, BN kini menunggu masa untuk meninggalkan Putrajaya selepas mereka menunjukkan rasa tidak berminat membincangkan isu penting seperti pergolakan Mesir.
"PAS menghantar memorandum ke Putrajaya namun tidak dipedulikan maka isyarat itu cukup memberi isyarat kedinginan kerajaan BN," katanya yang tidak berharap BN akan memberi petanda positif.
Datuk Husam Musa yang juga seorang lagi Naib Presiden PAS enggan mengulas lanjut mengenai kerajaan perpaduan kerana usaha itu hanya omongan kosong tanpa ada maklum balas lanjut di kedua-dua pihak.
Beliau berkata, perkara yang tidak menjadi kenyataan itu tidak memerlukan ulasan lanjut kerana tiada ura-ura pun perkara berkenaan mahu dilaksanakan.
"Saya tidak mahu ulas isu berkenaan, biar kepimpinan tertinggi yang memutuskannya," sambil melemparkan senyuman ketika ditemubual.
The Malaysian Insider melaporkan pada Ahad tentang kesediaan Anwar untuk berbincang dengan BN.
Ketua Umum PKR itu berkata, antara topik perbincangan yang boleh diketengahkan adalah daripada segi ekonomi, jenayah dan kewibawaan badan kehakiman.
Katanya, PR belum berbincang tentang kerajaan perpaduan namun pihaknya terbuka bagi membincangkan isu yang berkaitan rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Anwar serta kepimpinan PR masih tidak menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan mempertikai keputusan itu. – 29 Ogos, 2013.

GENG TUKANG KUTIP UWANG..

Posted: 28 Aug 2013 09:18 PM PDT

Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.
Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan "perang" ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

"'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda," katanya.

Tiada ulasan: