"BERANI KERANA BENAR!" |
Merdeka ! :Jadikan sambutan 'luar biasa' Posted: 29 Aug 2013 12:02 AM PDT Sehinggakan ada yang beranggapan tidak sempurna sambutan jika tidak diserikan dengan aktiviti yang sudah menjadi acara lazim untuk meraikan sesuatu sambutan itu. Atas dasar keterbukaan, agama Islam tidak menghalang umatnya untuk meraikan sesuatu sambutan, malah dituntut untuk memperingati hari tersebut dengan apa juga kaedah selagi tidak berlebih-lebihan dan bertentangan dengan syariat. Malah, pendakwah bebas, Don Daniyal Don Biyajid berkata, perkara sama turut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dan seluruh umat Islam ketika pemerintahan baginda. Namun, sambutan Hari Kemerdekaan yang lazimnya disambut dengan perkara biasa tersebut pastinya akan lebih memberi nilai jika disambut dengan perkara di luar daripada kebiasaan. Don Daniyal berkata, sebaik-baiknya sambutan kemerdekaan adalah dengan cara Rasulullah SAW seperti mana yang dilakukan sewaktu menyambut hari kemenangan umat Islam. "Islam tidak menghalang untuk meraikan sesuatu sambutan. Nabi Muhammad SAW juga mengamalkannya seperti yang dilakukan ketika pembukaan Kota Mekah. Rasulullah SAW bertakbir bersama para sahabat. "Oleh itu, sebaik-baik perkara yang harus dilakukan oleh umat Islam ketika menyambut malam kemerdekaan adalah dengan bertakbir sebagaimana sunah Rasulullah SAW tersebut. Ia bertepatan dengan erti kemerdekaan sebenar iaitu bebas daripada cengkaman. "Pada zahirnya kita menyambut kemerdekaan tanah air iaitu bebas daripada cengkaman penjajah. Begitu juga dalam aspek kerohanian, umat Islam harus bebas daripada cengkaman mengikut hawa nafsu," kata Don Daniyal. Tambahnya, selain itu, umat Islam juga dituntut untuk menghiasi malam kemerdekaan dengan amal ibadah seperti memperbanyakkan solat sunat, seperti solat hajat, tahajud dan sebagainya. Ini katanya bagi melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan nikmat kebebasan dan keamanan yang dikecapi. "Jika tidak berkemampuan, sekurang-kurangnya umat Islam digalakkan menghadiri solat berjemaah, menghadiri ceramah atau majlis zikir. Berhibur juga tidak menjadi masalah dengan lagu yang bermanfaat seperti selawat, qasidah dan nasyid," kata Don Daniyal. Dalam pada itu ujarnya, sambutan kemerdekaan juga tidak sepatutnya dijadikan peluang untuk dicemari dengan perbuatan yang bertentangan dengan syariat. "Elakkan mencemarkan sambutan kemerdekaan dengan perbuatan maksiat seperti mengambil peluang melakukan pergaulan bebas yang keterlaluan, mendedahkan aurat serta membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. "Selain itu, dalam keseronokan menyambut kemerdekaan, perkara paling utama sebagai umat Islam untuk mendirikan solat agar tidak diabaikan," katanya. |
You are subscribed to email updates from "BERANI KERANA BENAR!" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan