Rabu, 21 Ogos 2013

Addin

Addin


(Kemaskini) Status Terkini Bas Jatuh Gaung Di Genting Highlands

Posted: 21 Aug 2013 10:08 AM PDT


Nahas bas di Genting Highland meragut nyawa sekurang-kurangnya 25 penumpang setakat ini selepas bas terjunam ke dalam gaung petang ini sewaktu menuruni bukit.

Setakat ini, hanya 17 mayat berjaya dikeluarkan kata Timbalan Ketua Pengarah Bomba Datuk Soiman Jahid.

Seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

Lapan lagi penumpang masih belum berjaya dikeluarkan.

Bas tersebut dipercayai membawa kira-kira 49 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang.

Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat.

Pegawai Bomba Shukri Md Noor memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menerima panggilan pada jam 2.22 petang dan kemalangan dilaporkan berlaku di KM3.8, jalan menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur. ~the malaysian insider



Bas jatuh gaung di Genting Highland, 37 maut, 16 cedera

Nahas bas di Genting Highland meragut nyawa sekurang-kurangnya 37 penumpang setakat ini selepas bas terjunam ke dalam gaung petang ini sewaktu menuruni bukit.

Setakat ini, hanya 17 mayat berjaya dikeluarkan kata Timbalan Ketua Pengarah Bomba Datuk Soiman Jahid.

Seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

Bas tersebut dipercayai membawa 53 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang.

Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat.

Pegawai Bomba Shukri Md Noor memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menerima panggilan pada jam 2.22 petang dan kemalangan dilaporkan berlaku di Kilometer 3.8, jalan menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur.   ~the malaysia insider















Iklan C (ii)


Gambar Pemimpin Wassatiyah Berhari Raya Tersebar

Posted: 21 Aug 2013 04:53 AM PDT


Bila aku solat jumaat, tok khatib yang juga imam membaca khutbah tidak jemu-jemu mengingatkan makmum dengan menjaga tatasusila ketika kita menjalani suka ria berhari raya, terutama dalam adat aurat dan mahram antara sepupu, ipar duai dan banyak lagi....

Namun bila aku tengok gambar ni,

adui....

Ni pun imam juga, sewaktu PRK Kuala Besut,, berapa kali duk jadi imam, tapi bila raya,,, hancoq.... tok imam rupa ini,, sesia la sesiapa yang jadi makmum berimam dengan dia ni... ~manjungmari



Iklan C (ii)



DAP Buat Gempak Lagi.. Saksikanlah

Posted: 20 Aug 2013 10:33 PM PDT

DAP memberi masa 48 jam kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia untuk membuktikan segala pertuduhan yang dilemparkan dalam dua artikel berkaitan dengan Father Augustus Chan atau bakal berhadapan tindakan mahkamah.

Ketua Biro Guaman Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata akhbar berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab (LOD) yang dihantar parti itu kerana dikatakan membuat fitnah dengan menulis semula kenyataan dalam risalah Laporan Ekuiti daripada penulis rekaan Father Augustus Chen.

"Pengarang Zulkifli Jalil dan Kasthuri Jeevendran serta akhbar Utusan Malaysia harus menjawab segala pertuduhan ini asas segala pertuduhan tidak berasas.

"Dakwaan yang mendakwa Lim Kit Siang memanipulasi pemilihan parti Disember lalu adalah tidak berasas dan penulis menulis semula risalah berkenaan tanpa memastikan kebenarannya," kata Gobind dalam satu sidang media hari ini di Ibu Pejabat DAP. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Kerajaan Mahu Apa Lagi?

Posted: 20 Aug 2013 08:07 PM PDT


Mahasiswa disenarai CCRIS, Tarif Letrik Naik, Apa Lagi Kerajaan Mahu?

Kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan dan bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 5 Mei lalu, akhirnya 'klimex' tersebut dibuktikan sebagai titik bermulanya nasib yang lebih malang untuk rakyat Malaysia. Mungkin untuk tempoh 5 tahun, dan tidak mustahil untuk tempoh lagi 50 tahun.

Semua harus sedar bahawa PRU13 adalah peluang terbaik untuk bukan sahaja menyelamatkan negara ini, malah rakyatnya juga. Semua harus sedar betapa perubahan dasar negara ini untuk menjadi lebih mesra rakyat, mesra kepada rakyat dalam ertikata sebenar hanya boleh berlaku selepas tumbangnya regim Barisan Nasional. Ini fakta yang klasik, walaupun masih belum dibuktikan namun ia satu kepercayaan umum.

Minggu ini ada dua berita tidak baik, pertama mengenai kenaikkan tarif letrik dan kedua fasal peminjam PTPTN yang gagal membayar pinjaman secara konsisten bakal kehilangan hak untuk 'hidup' apabila nama disenaraikan dalam sistem CCRIS. Ini sangat pelik, apakah negara ini sudah rosak apabila pinjaman untuk melanjutkan pelajaran sudah setaraf dengan pinjaman kad kredit, sewa-beli kenderaan dan pinjaman perumahan. Padahal terma 'pinjaman' itu sendiri sepatutnya diganti biasiswa.

Kedua-duanya berita di atas punya kesan langsung yang menambah kesempitan hidup rakyat dan diburukkan lagi oleh beberapa siri kenaikan harga barang keperluan asas dan harga perkhidmatan.

Di sebalik keuntungan berbilion syarikat monopoli TNB, khabaran kenaikkan tarif sudah kedengaran sejak awal tahun. Ia dititik-beratkan lagi ketika memasuki musim pilihanraya dengan detonasi kenaikkan tarif letrik akan berlaku sekiranya kerajaan BN kekal memerintah. Nah, ia benar-benar berlaku.

Apakah rasional sebuah syarikat monopoli berkaitan kerajaan yang sudah untung berbilion, menaikkan lagi tarif letriknya. Tidak kiralah apa jua alasannya samada untuk menampung kos operasi TNB atau menokok tembolok pengusaha IPP, soalnya mengapa rakyat terus menjadi mangsa? Sebagai syarikat monopoli yang mana tiada satupun bil letrik dibayar kepada pihak selain TNB, sepatutnya tidak mencari keuntungan syarikat semata-mata tetapi rakyat yang menjadi pelanggan setia ini juga perlu dipelihara.

Kerajaan sepatutnya menyebelahi rakyat, sepatutnya menjadi pelindung rakyat, kerana itu kerajaan itu dipilih rakyat. Namun apakan daya, ini kerajaan 47 peratus, kerajaan undi pos, kerajaan dakwat pewarna makanan, penyangak yang menipu ini mana mungkin berniat menjaga rakyat.

Rungutan mula kedengaran, tarif letrik dikatakan mula naik mendadak sebanyak dua kali ganda dari kebiasaan sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan, kenaikkan luar biasa ini berlaku setelah pengenalan meter letrik jenis baru. Ia bukan kes terpencil, pengalaman kenaikkan bil secara luar biasa ini dirasai semua.

Jika sebelum ini ramai pengguna yang kurang berkemampuan dan tidak punya banyak perkakas elektrik mendapat manfaat bil letrik percuma apabila mempunyai bil bawah RM20, kini angka RM20 sebulan itu hampir mustahil dicapai dengan penggunaan meter baru yang serba kejam. Itu belum lagi dikira kenaikkan tarif letrik.

Rakyat yang cuba meminimakan penggunaan eletrik, bergelap demi sedikit 'cahaya' supaya mendapat pengecualian RM20, namun keistimewaan ini ditarik secara terancang. Apakah kenaikkan tarif ini juga satu cara untuk pastikan semua bil letrik melebihi RM20 dan seterusnya tercicir dari dikecualikan pembayaraan.

Inilah bonus kepada rakyat Malaysia hasil dari kekalnya sebuah kerajaan korup yang bermodalkan retorik 'negara aman'. Lebih menarik, minggu ini kita dikurniakan 'bonus kombo' apabila dua hadiah musibah dipakejkan sekali. Sedang menunggu giliran untuk diberikan kepada rakyat termasuklah pelaksanaan cukai GST sepenuhnya, pengenalan TPP dan seribu kamera AES sebagai bonus minggu akan datang.

Justeru, apa lagi yang kerajaan mahu dari poket rakyat? Apakah rakyat hanya perlu pasrah dan berserah?

Kami dari SAMM tidak sesekali menyerah. SAMM dan beberapa front anak muda serta front mahasiswa telah bertekad mengambil jalan yang lebih radikal demi memastikan keadilan berada di tempatnya. Masa depan kami menjadi pertaruhan demi masa depan seluruh anak bangsa.

Radikal? Radikal itu bukan maksudnya bakar kereta, mohon jangan ditafsir dengan sifat bebal. Sifir 'jangan gopoh' dan sifir ikut saluran petisyen yang digunapakai akhirnya memakan diri apabila sekali lagi diperbodoh oleh regim penyangak. Bodoh ini dibayar pula dengan jumlah jutaan ringgit - ini contoh kebodohan berbayar.

Bagi SAMM, penipuan pilihanraya yang didalangi oleh SPR perlu dibangkitkan semula. Jawatankuasa SPR perlu diburu selagi tidak melepaskan jawatan masing-masing. Ingatlah bahawa hak rakyat untuk menikmati penurunan harga petrol seterusnya kelegaan harga keperluan asas dinafi oleh demokrasi mati, hasrat mahasiswa untuk PTPTN dimansuh turut dimusnahkan gara-gara penafian hak menukar kerajaan.

Dataran Merdeka wajib menjadi sasaran supaya diduduki sebagai tanda protes dan bantahan khususnya di atas penafian demokrasi yang berterusan. BERSIH 4.0 dilihat platform terbaik untuk perlawanan terbaru.

Akhir sekali, mungkin ada yang bertanya mengapa ulasan saya mengenai nasib peminjam PTPTN yang disenarai CCRIS sangat minima dalam tulisan ini, cukuplah sekadar saya berpesan kepada peminjam PTPTN yang disenarai-hitam: Ayuh lawan, atau melaratlah sampai mati! Sad but true...


Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM




Iklan C (ii)


Tuan Guru Nik Aziz Tempelak Penguasa Arab Saudi Dan Syeikh Al-Azhar

Posted: 20 Aug 2013 07:31 PM PDT


Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya.

Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.

Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak.

Saya menghormati keilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari.

Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Arab Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera.

Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik ALLAH, tidak di Barat dan tidak Timur.

Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan ALLAH SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran.

Di samping menjaga dua tanah Suci, Arab Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika Syarikat (AS) sekian lama.

Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Arab Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia.

Jika darah Abdullah bin Zubair RA pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini?

Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Arab Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa.

Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan ALLAH SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau.

Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-ALLAH, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas




Iklan C (ii)


Selepas 1Malaysia Hilang Taring, Najib Perkenal Slogan Baru "Endless Possibilities"

Posted: 20 Aug 2013 06:28 PM PDT

Jika slogan pertama kurang memberi kesan, cuba lagi. Datuk Seri Najib Razak kini bersedia untuk melancarkan penjenamaan baru bagi pendekatan Malaysia, disasarkan kepada rakyat Malaysia selepas Pilihan Raya Umum 2013 yang membangkitkan kemarahan ramai.

Kempen terbaru itu yang dipanggil `Endless possibilities', dijangka dilancarkan pada 17 September, sehari selepas Malaysia menyambut Hari Malaysia yang ke-50, kata sumber memberitahu The Malaysian Insider.

Mereka berkata, slogan `Endless Possibilities' akan menggantkani slogan 1Malaysian yang diperkenalkan perdana menteri ketika beliau mula menjawat jawatan itu pada April 2009. Satu laman web baru – www.malaysia.my juga kini dibina.

"Kempen `Endless Possibilities' sudah bermula awal tahun ini tetapi pelancarannya ialah pada 17 September depan. Semua menteri sudah diberikan penerangan mengenainya," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Najib turut dilihat menggunakan butang lencana berlogo `Endless Possibilities', yang berupa lingkaran tiada penghujung berjalin dengan M dan Y dalam warna merah, kuning dan putih berlatarbelakangkan warna biru, bersama dengan butang lencana logo 1Malaysia.

Slogan 1Malaysia dengan tagline `Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan' dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak jelaskan konsepnya, tetapi itu yang direka," kata bekas perdana menteri dalam satu temubual Disember lalu.

Najib berkata, beliau memutuskan bahawa ia perlu ada `elemen strategi tidak jelas yang membawa pelbagai makna' ketika beliau memperkenalkannya tiga tahun lalu, bagi membolehkan konsep itu diperluas untuk memasukkan pendapat lain daripada masyarakat.

Tetapi, jabatan kerajaan, agensi dan usahawan mengambil slogan 1Malaysia, menghasilkan pelbagai program, insiatif, produk dan perkhidmatan berdasarkan kepada tema itu, termasuk stesen radio dan tandas awam.

Bagaimanapun, slogan itu gagal membantu Najib mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu mendapat 133 kerusi parlimen, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya 2008.

Sejak PRU13, slogan 1Malaysia tidak lagi digunakan, sama ada daripada kerajaan atau rakyat walaupun ia begitu giat ditonjolkan dalam kempen pilihan raya dan jelajah Janji Ditepati BN.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa slogan `Endless Possibilities' sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.

Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu.

Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.

Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN.

"Taklimat ringkas daripada Pejabat Perdana Menteri ialah untuk mempromosi Malaysia sebagai negara yang dinamik dengan infrastruktur lengkap membangun dan pelan pembangunan ekonomi agresif untuk masa depan.

"Dengan memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, klip video itu disiarkan menerusi CNN untuk menarik pelabur dan syarikat asing ke dalam negara," menurut penjelasan yang diletakkan bersama klip video itu dalam laman YouTube.

Terdapat juga beberapa pengiklanan bercetak dengan slogan baru itu dalam majalah antarabangsa untuk tujuan perniagaan dan pelancongan sepanjang tempoh lapan bulan lalu. Tetapi sumber berkata, penggunaan secara meluas akan hanya berlaku selepas pelancaran pada 17 September ini.

"Tunggu dan lihat. Ia akan menjadi kempen yang besar dan mengkagumkan. Kempen ini ada `kemungkinan yang tidak berpenghujung'," katanya. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)


Apa Sudah Jadi? Dekat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Pun Dah Tak Selamat..

Posted: 20 Aug 2013 05:57 PM PDT

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja warga asing ditemui terbaring di tepi jalan kira-kira 200 meter dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dengan keadaan perut terburai, sebelum disahkan mati, dipercayai menjadi mangsa samun.

Mangsa dikenali sebagai Muzammel Hokque, 39, ditemui bersama dua beg plastik berisi barang makanan dipercayai baru dibeli dari pasaraya berhampiran

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu disedari oleh seorang pemuda, berusia 26 tahun yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkan kepada polis Bukit Aman.

Menurut sumber, ketika ditemui, warga Bangladesh itu masih hidup namun hanya mampu mengerang sambil berguling menahan sakit selama kira-kira 20 minit sebelum disahkan mati oleh paramedik sebaik ambulan tiba.

Sementara itu, sumber polis berkata, mangsa dipercayai di samun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barangan keperluan di Jalan Silang.

Menurutnya, selain barang dibeli, turut ditemui dompet bersama pengenalan diri dan permit sah, namun tiada wang. "Hasil pemeriksaan didapati terdapat satu bekas tusukan di rusuk kiri namun tiada kesan darah.

"Mangsa mungkin cuba menyelamatkan diri namun tidak sempat mendapat bantuan," katanya.Mayat kemudian di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). ~bernama




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: