Sabtu, 17 Ogos 2013

Addin

Addin


Situasi Terbaru Dari Mesir

Posted: 17 Aug 2013 09:40 AM PDT

Lelaki cedera ini sedang cuba diangkat anggota polis antirusuhan dan tentera selepas pihak berkuasa Mesir 'membersihkan' kawasan khemah bantahan penyokong Encik Mursi di dataran Rabaa al-Adawiya di Kahirah, Rabu lalu.
Ribuan penyokong Persaudaraan Islam berhimpun di jalan raya selepas solat Jumaat

KAHIRAH: Angka korban keganasan terus meningkat di Mesir, sedang ribuan penyokong kumpulan Persaudaraan Islam (Ikhwan) berhimpun di jalan-jalan raya Kahirah dan beberapa kawasan lain negara itu semalam di sebalik perintah darurat yang dikenakan pihak tentera.

Sekurang-kurangnya empat penunjuk perasaan dan seorang pegawai polis dilaporkan terbunuh semalam.

Sumber-sumber pasukan keselamatan mengatakan keempat-empat penunjuk perasaan yang setia kepada bekas presiden yang digulingkan, Encik Mohamed Mursi, telah mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di bandar Ismailia dekat Terusan Suez.

Keganasan juga dilaporkan di kawasan-kawasan lain. dengan seorang pegawai polis dilaporkan terbunuh dalam serangan di pusat pemeriksaan Kahirah.

Beribu-ribu penunjuk perasaan telah keluar daripada masjid-masjid selepas solat Jumaat bagi menyahut seruan kumpulan Ikhwan supaya diadakan "Hari Kemarahan'' ekoran kematian 638 orang penunjuk perasaan dalam pertempuran Rabu lalu - hari paling berdarah di Mesir sejak beberapa dekad lalu.

Pemerintah Mesir telah meluluskan penggunaan kekerasan yang boleh membawa maut ke atas pembantah yang menyerang polis dan institusi-instusi negara, sementara masyarakat antara bangsa menyeru kedua-dua pihak agar menahan diri seberapa boleh demi mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah.

Serangan balas terbaru ke atas pasukan keselamatan dilakukan oleh pihak pembantah, kelmarin, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh askar dan seorang anggota polis terbunuh di Semenanjung Sinai, dan seorang lagi anggota polis maut di Assiut, sebuah bandar di bahagian tengah Mesir.

Kritikan daripada masyarakat antarabangsa terus diluahkan dan Majlis Keselamatan PBB telah mengadakan satu mesyuarat tergempar mengenai krisis itu.

Encik Gehad al-Haddad, seorang jurucakap Ikhwan, mengumumkan mengenai perarakan semalam menerusi laman Twitternya.

"Perhimpunan antirampasan kuasa... akan bertolak dari semua masjid di Kahirah dan menuju ke arah Dataran Ramsis selepas solat (Jumaat) dalam acara 'Jumaat penuh Kemarahan'," kata beliau dalam tulisannya.

Cik Laila Moussa, seorang jurcakap bagi Pakatan Islamis Anti-Rampasan Kuasa, sebuah kumpulan yang membantah penggulingan Encik Mursi, berkata protes-protes serupa sedang dirancang di seluruh negara itu.

Beliau berkata mereka yang taat kepada Encik Mursi, termasuk dua bekas anggota parlimen Mesir, telah ditahan dalam satu serangan pada waktu fajar, sebelum bermulanya protes-protes itu.

Kelmarin, kumpulan Tamarod, yang menganjurkan pemberontakan terhadap pemerintahan Encik Mursi, juga menggesa rakyat Mesir supaya berarak di jalanan.

Ia semalam berkata mereka seharusnya keluar berhimpun "untuk menolak pengganasan domestik dan campur tangan asing".

Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, pula memberi responsnya terhadap kejadian di Mesir itu dengan mengumumkan pembatalan latihan bersama tentera Amerika-Mesir.

"Sedang kami mahu mengekalkan hubungan dengan Mesir, kerjasama tradisional kami tidak boleh diteruskan seperti biasa apabila orang awam dibunuh di jalan raya dan hak asasi diketepikan," kata beliau.

Namun, pejabat presiden Mesir semalam menjawab bahawa kenyataan Encik Obama itu boleh menggalak tindak balas kumpulan militan. ~agensi




Iklan C (ii)


(Gambar) Sekitar Himpunan Munajat Di Padang Merbok Kutuk Kezaliman Tentera Mesir

Posted: 17 Aug 2013 07:50 AM PDT


Tindakan kerajaan Umno BN yang membisu terhadap tragedi pembunuhan rakyat Mesir membuktikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dayus dan penakut, demikian lapor selangorku.com.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie, berkata Malaysia sepatutnya berani membuat kenyataan tegas dan keras mengutuk tindakan kudeta tentera Mesir yang mengorbankan lebih 3, 000 orang awam.

"Tindakan berdiam diri ini seolah-olah mengiya suara-suara yang menyatakan kerajaan Malaysia tunduk kepada kuasa besar dan merestui perbuatan kejam tentera Mesir. 

"Di sebalik laungan Malaysia sebagai negara Islam, kesenyapan pemimpin negara dalam tragedi itu mencerminkan pemimpin negara ini, penakut dan pengecut. "Sedangkan kenyataan mengutuk dan mengecam pun tidak berani dibuat, apatah lagi menghantar bantuan kepada saudara seagama di sana," katanya kepada TV Selangor, hari ini. 

Sehingga kini, kerajaan Malaysia belum membuat kenyataan rasmi berhubung pendirian terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir. Tentera Mesir merampas kuasa dan menahan Presiden Mohamad Morsi serta menyerang lokasi perhimpunan penyokong pro-demokrasi di Dataran Rabaah Adawiyah pada 14 Ogos lalu. 

Sebelum ini, PAS, DAP dan PKR masing-masing membuat kenyataan lantang mengutuk dan mengecam tindakan ketenteraan Mesir terhadap orang awam di negara Timur Tengah itu. Kecewa dengan sikap kerajaan Persekutuan yang acuh tidak acuh, Shuhaimi menggesa kerajaan Negeri mengambil inisiatif bagi membantu rakyat Mesir. 

Sementara itu, Sinar Harian mepalorkan rakyat Malaysia hari ini terus melahirkan rasa simpati dan kebersamaan dengan rakyat Mesir yang terus bersabung nyawa demi sebuah demokrasi. Bermula jam 4 petang tadi telah berlangsungnya himpunan yang digelar Himpunan Munajat Perdana 100k yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. 

Himpunan diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kekejaman tentera Mesir ke atas rakyatnya sendiri. Tindakan membunuh rakyat sendiri dengan menggelarkannya sebagai "operasi pembersihan" tidak mampu diterima dan dianggap sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan. 

Himpunan yang dianjurkan oleh Pemuda Pas ini turut menyeru negara menyatakan pendirian tegasnya di atas pembunuhan beramai-ramai di Mesir. Para peserta membantah kekejaman tentera Mesir semakin ramai membanjiri Padang Merbok sekitar jam 6 petang. 

Kelihatan beberapa pimpinan PR turut serta seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan, Exco Kelantan Hashim Daud dan Adun Tungku. 'Hidup rakyat, hancur Sisi' antara ungkapan yang dilaungkan berulang kali oleh para peserta himpunan. 







Iklan C (ii)


Zahid Hamidi Nafi Jadi Broker Kerajaan Perpaduan

Posted: 17 Aug 2013 06:22 AM PDT

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini menafikan menjadi broker kerajaan perpaduan antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Kenyataan Menteri Dalam Negeri itu hadir selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut membuat kenyataan sama menafikan khabar angin tentang perkara tersebut, serta menyifatkan ianya sebagai satu spekulasi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang.

"Tak adalah, jangan membuat spekulasi lah."Kalau berita itu datang daripada Perdana Menteri kita boleh tulis," kata Ahmad Zahid apabila disoal The Malaysian Insider tentang perkara tersebut dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Najib semalam berkata dakwaan berkenaan hanyalah "daya imaginasi" kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan antara BN dan PR.

Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat masih tidak menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan menerimanya.

"Satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya.

"Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui namun Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13," kata Najib dalam satu kenyataan diedarkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam.

Perdana menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan" kepentingan politik pihak pembangkang.

Asia Sentinel melaporkan pada Isnin Anwar mendedahkan Najib telah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan PKR.

Anwar berkata beliau menolak cadangan berkenaan berikutan isu asas mesti diselesaikan dahulu seperti menghentikan serangan perkauman ke atas kaum Cina dan India melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)


Biadap!! Raja Abdullah Arab Saudi Sokong Secara Terbuka Tindakan Ganas Tentera Mesir

Posted: 17 Aug 2013 04:24 AM PDT


Raja Abdullah menggesa warga Arab bersatu menentang percubaan untuk menggugat kestabilan Mesir.Raja Arab Saudi itu menggesa penduduk Timur Tengah untuk menghalang percubaan pengganas untuk mengganggu gugat keamanan rantau itu.

"Kerajaan Arab Saudi dan rakyatnya bersatu menentang keganasan di Mesir, katanya dipetik dari laporan Al Jazeera.

"Saya menggesa kerajaan Mesir, Arab dan negara Islam lain bersatu menentang keganasan yang telah menggugat keamanan wilayah Arab dan orang Islam," katanya.

Beliau turut menanam keyakinan keadaan di Mesir akan kembali seperti sedia kala.Arab Saudi nerupakan bekas sekutu rapat bekas presiden Hosni Mubarak dan mempunyai hubungan tegang dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Beliau menyumbang US$5 bilion (RM16.4 bilion) kepada Mesir selepas Dr Mohamed Morsi dan Ikhwanul Muslimin digulingkan tentera bulan lalu.

Keganasan tercetus sejak beberapa hari lalu diantara penyokong bekas presiden Morsi dan kumpulan menentangnya sehingga menyebabkan ada yang terbunuh dan ramai cedera. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Kerajaan Tarik Balik Status PR Pemilik Resort 'Surau Meditasi Buddha'

Posted: 17 Aug 2013 01:09 AM PDT

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan kerajaan sudah menarik semula status penduduk tetap (PR) pemilik resort Tanjung Sutera Beach Resort Syed Ahmad Syed Salim Alkaff, 45, semasa beliau ditahan reman selama empat hari baru-baru ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, Putrajaya berhak menarik balik status PR mana-mana individu sekiranya bertindak menyentuh sensitiviti agama seperti pemilik resort surau'meditasi' Buddha di Johor itu.

"Beliau (Syed Ahmad) telah diberitahu tentang penarikan status PR semasa ditahan reman.

"Saya ingin tegaskan disini, kerajaan dan Jabatan Pendaftaran berhak menarik balik status penduduk tetap mana-mana individu yang menyentuh sensitiviti agama, khususnya penganut Islam," kata Ahmad Zahid dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Aidilfitri Pengasih . ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Catatan Kisah Mesir Dari Penuntut Malaysia

Posted: 16 Aug 2013 11:23 PM PDT


Tindak-tanduk dan taktik serangan merupakan identiti kepada tentera atau pihak yang menyerang. Sepertimana seorang manusia dikenali identitinya melalui cara dia berinteraksi dengan manusia lain, begitulah sekelompok tentera atau pihak yang menyerang dikenali, iaitu melalui cara mereka 'berinteraksi' atau taktik serangan mereka ke atas pihak yang diserang.

Sebagai contoh, sikap menghormati rumah ibadat dan strategi tidak menghapuskan tanaman telah menjadi identiti kepada tentera Islam semenjak zaman Rasulullah s.a.w. Tentera Islam dikenali membawa rahmat dan keadilan, bukannya menghancurkan dan memusnahkan segala yang dimiliki pihak lawan.

Di dalam penggempuran kejam yang berlaku pada 14 Ogos lalu di Medan Rabaah dan Nahdhah, pelbagai bentuk serangan telah berlaku.

Selain penembakan rambang dan penembakan spesifik menggunakan penembak tepat (sniper), taktik serangan yang juga dilakukan ialah taktik 'scorched earth' dan 'demolition'.

Strategi 'scorched earth' ialah strategi penghapusan sebarang bentuk infrastruktur atau aset yang menjadi kekuatan pihak lawan.


Strategi ini dilaksanakan melalui bakar atau roboh (demolition) infrastruktur dan sumber (air/elektrik/perubatan) yang dijangka memberi kelebihan (advantage) kepada pihak lawan.

Strategi ini telahpun dilarang menurut salah satu protokol di dalam Konvensyen Geneva 1977. Hanya beberapa negara yang tidak mengikuti larangan ini, antaranya Amerika Syarikat dan Israel.

Disebabkan mereka tidak terikat dengan peraturan ini, strategi 'scorched earth' dan 'demolition' ini amat kerap digunakan oleh mereka terutamanya di dalam peperangan-peperangan yang terkini seperti yang terjadi ke atas Iraq, Afghanistan dan Gaza.

Strategi ini juga sebenarnya merupakan strategi yang telah digunakan oleh ramai pemimpin kejam seperti Stalin pada tahun 1941, Hitler pada tahun 1945 melalui Nero Decree, dan yang terkini oleh Bashar Al-Assad di dalam perang sivil yang sedang berlaku di Syria.

Masjid dibakar

Strategi ganas dan tidak berperikemanusiaan ini didapati digunakan oleh tentera dan polis di Mesir yang menyerang Medan Rabaah dan Nahdhah. Mereka melampaui batas apabila Masjid Rabaah Al-Adawiyah yang berada di Medan Rabaah juga turut dibakar hangus.

Perkara ini mengejutkan seluruh rakyat Mesir dan warga dunia. Yang pertama kerana ia merupakan salah satu strategi kejam yang hanya digunakan oleh tentera yang dikenali tidak berperikemanusiaan seperti tentera Israel.

Yang kedua kerana pada peristiwa ini, bukan rumah biasa yang dibakar. Mereka telah membakar rumah Allah, binaan yang paling mulia di atas muka bumi.

Hal ini mendedahkan betapa sebenarnya tentera dan polis di Mesir mempunyai kaitan dengan tentera-tentera lain yang menggunakan strategi kejam yang sama, khususnya Amerika Syarikat dan Israel.

Samada mereka menerima arahan langsung untuk bertindak sedemikian, ataupun mereka telah dilatih untuk melakukan strategi yang sama ke atas umat Islam di Mesir.

Melalui penggunaan strategi ini, tentera Mesir telah meletakkan diri mereka pada barisan yang sama dengan tentera dan pemerintah kejam yang lain di dunia ini, yang telah banyak melakukan kemusnahan dan bertindak kejam ke atas umat Islam.

Hal ini sepatutnya mengundang respon segera dan tindakan yang keras daripada seluruh warga dunia dan badan-badan hak asasi manusia yang bertaburan di pelbagai negara. Malangnya bukan itu yang berlaku.

Ternyata sesetengah negara dan badan yang kononnya memperjuangkan hak asasi tidak menyatakan sebarang pendirian keras terhadap kerajaan tidak sah yang berlaku kejam di Mesir.

Sikap 'double-standard' dunia terhadap mereka yang berhimpun secara aman dan dizalimi serta dibunuh kejam di Medan Rabaah ini harus berakhir.

Mereka harus disokong, dan kerajaan kudeta Mesir harus segera didakwa dan dibicara.

Penulis ialah pelajar di Institusi Fakulti Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah dan Timbalan Pengerusi ISMA Mesir.





Iklan C (ii)

Usaha Dr. Morsi Yang Di Sembunyikan

Posted: 16 Aug 2013 07:47 PM PDT


Pihak Tamarrod dan media Barat juga sering menggambarkan IM membolot kuasa dan ingin meng'Ikhwan'kan Mesir dengan penguasaan terhadap kesemua institusi politik di Mesir.

Sebagai contohnya, IM memenangi hampir 50 peratus daripada kerusi parlimen, IM juga memenangi majoriti besar daripada Majlis Shura Mesir, IM juga mendominasi ahli majlis penggubalan perlembagaan yang baru, dan paling utama berjaya mendapatkan kerusi presiden untuk akil mereka, iaitu Mursi. IM dan Mursi juga dituduh sebagai tidak bersikap inklusif dan terlalu eksklusif dalam menentukan hala tuju negara tersebut.

Amat pelik alasan yang dikemukakan ini jika dilihat dari sudut sistem demokrasi. Bukankah yang memilih IM adalah rakyat melalui jalan demokrasi yang bersih dan adil? Bukankah itu yang diminta rakyat semasa revolusi 25 Januari 2011?

Bukankah mereka yang dipilih rakyat wajib menjalankan tanggungjawab mereka demi membawa aspirasi rakyat?

Jika ketepikan logik demokrasi pun kita akan dapati tuduhan yang dilemparkan ke atas IM tidak berasas sama sekali. Jika dilihat kepada komposisi gabenor-gabenor yang dilantik, walaupun Mursi berhak meletakkan kesemua gabenor daripada kalangan IM, namun hanya 35 peratus gabenor di seluruh Mesir adalah daripada anggota IM.

Dalam bidang birokrasi pula, hanya 100 orang IM yang terlibat dalam jawatan tertinggi kerajaan. Lebih menarik, dalam Kabinet kerajaan, hanya empat kementerian sahaja dijawat IM, malah jawatan perdana menteri pun diberikan kepada Hesham Qindil,yang bukan ahli IM.

Berbalik kepada isu inklusif, bukankah sewaktu Mursi memulakan tugasnya sebagai presiden beliau pernah menawarkan timbalan presiden kepada Hamdy Sabahin, tetapi ditolak mentah-mentah oleh Sabahin.

Lebih pelik sejurus selepas beliau menolak jawatan tersebut, beliau mengadakan sidang akhbar mengatakan Mursi dan IM ingin membolot kesemua jawatan penting dalam kerajaan.

Mursi juga pernah menawarkan jawatan yang sama kepada Baradei, tetapi ditolak mentah-mentah oleh al-Baradei.

Begitu juga dengan Majlis penasihat presiden yang telah menyaksikan wajah dari pelbagai kumpulan yang dilantik oleh Mursi dalam pentadbirannya daripada kalangan golongan liberal, Kristian, Salafi dan juga sekular.

Malangnya ada di antara mereka yang menerima, dan ada di antara mereka yang menolak, dan membuat tuduhan IM ingin membolot kuasa.

Bagi pihak berhaluan kiri pula, hujah yang sering digunakan ialah IM adalah pro-AS, neo-liberalisme dan mendukung ideologi kapitalis.

Hubungan rapat Mursi dengan golongan pelabur dan juga ahli perniagaan di Mesir juga dijadikan hujah untuk menolak apa yang mereka label sebagai 'Islamis neo-Liberal'.

Bagi pihak Mursi, mereka menolak dakwaan tersebut. Menurut mereka, Mursi menjalankan dasar pandang ke timur dan selatan.

Antara negara dilawat Mursi ataupun delegasi rasminya adalah Rusia, China an Brazil. Dapat difahami jika tujuan lawatan mereka untuk mendapatkan pelaburan daripada para pelabur negara-negara tersebut, adalah untuk membangunkan ekonomi Mesir.

Apakah salah bagi sesebuah kerajaan untuk membangunkan ekonomi negaranya dengan menggalakkan pelabur asing datang ke negaranya?

Berbalik kepada hubungan Mursi dengan AS, adalah maklum bahawa Mesir sebagai kuasa politik serantau di Asia barat perlu mengadakan hubungan diplomatik dengan kuasa besar dunia itu.

Malah sesiapapun yang menjadi presiden Mesir mesti mengadakan hubungan dengan AS, namun persoalannya hubungan yang bagaimana?

Amat pelik tatkala kumpulan berhaluan kiri ini giat menuduh IM sebagai pro-AS dan Neo-Liberal, tidakkah mereka memerhatikan pemimpin Tamarrod, al-Baradei, yang terang-terang mengundang Barat, terutamanya AS untuk masuk campur menjatuhkan Mursi?

Lupakah mereka tentang hubungan al-Baradei dengan AS? Lebih ironik lagi adalah kewujudan golongan liberal dan sekular di antara kelompok Tamarrod yang menentang Mursi dan IM dari awal lagi dikenali sebagai penerima dana asing, terutamanya AS.

Malah Parlimen Mesir selepas revolusi 25 Januari di awal pentadbiran mereka telah membuat undang-undang mengekang bantuan dana asing ke Mesir di peringkat individu dan ahli politik serta NGO kerana menyedari bahayanya pengaruh dana asing yang disalurkan melalui gerakan- gerakan tersebut.

Persoalannya, mengapakah kumpulan berhaluan kiri boleh bersama dengan ejen-ejen tersebut untuk bersama-sama menjatuhkan Mursi?

Antara hujah lain yang kerap digunakan oleh kumpulan Tamarrod juga ialah IM mengekang kebebasan sepanjang mereka berkuasa.

Pendakwaan ke atas komedian Bassam Yusuf yang menghina Islam dalam rancangan 'Talkshow' beliau, dan juga Tawfiq Ukasya yang telah memfitnah beliau selama tiga jam di media pada 27 Mei 2012 telah dijadikan sebagai contoh.

Agak ironinya hujah ini ialah sepanjang Mursi menjadi presiden selama setahun, Mursi tidak pernah menutup mana-mana stesen TV, radio mahupun akhbar.

Lebih malang lagi selama setahun beliau menjadi presiden, beliau menjadi sasaran kritikan, cemuhan, lawak jenaka, malah fitnah oleh media-media yang rata-ratanya dikuasai oleh penentang IM dan golongan yang anti-Islam.

Malah, mereka bebas bersiaran tanpa sebarang sekatan. Sikap profesional Mursi dan juga keteguhan beliau menjunjung kebebasan media tidak pula mendapat liputan media Barat, mahupun golongan yang memperjuangkan kebebasan media dan hak asasi manusia.

Sepanjang tempoh setahun itu juga, tidak ada seorang pun wartawan atau pengacara ataupun editor akhbar mahupun media yang ditangkap ataupun diseksa tanpa bicara.

Mengenai Bassam Yusuf dan Tawfiq Ukasya pula, kedua-dua mereka telah dihadapkan ke muka pengadilan dan diberikan hak menurut undang-undang dan perlembagaan.

Sebaliknya selepas 30 Jun, stesen tv milik Ikhwan, milik Aljazeera dan milik Salafi telah ditutup. Wartawan ditangkap dan ada yang dibunuh. Ini mengulangi pengalaman di zaman Mubarak.

Malah Mursi membiarkan sahaja pengamal-pengamal media milik liberal dan sekular mengejek, memfitnah dan memburuk-burukkan dirinya dan IM setiap hari sepanjang setahun beliau memerintah.

Tuduhan yang turut dilemparkan juga ialah IM bersikap anti-Kristian, dan Mursi mengamalkan diskriminasi terhadap golongan Koptik.

Sikap yang ditunjukkan oleh golongan Koptik ini merupakan kesan indoktrinisasi berterusan di zaman Mubarak yang sering menakut-nakutkan golongan Koptik terhadap IM.

IM digambarkan sebagai golongan pengganas dan ekstremis. Alasan ini juga ditolak oleh fakta memandangkan di antara kepimpinan parti milik IM, iaitu FJP ada seorang Kristian, iaitu Rafiq Habib.

Presiden Mursi sendiri telah berhasrat melantik wakil wanita Koptik menjadi timbalan presiden sejurus beliau memenangi Pilihan raya Presiden.

Bila berlaku serangan ke atas gereja, Mursi bangkit mengecam dan berpihak kepada gereja. IM sepanjang sejarah mereka tidak pernah bermusuh dengan pihak gereja dan juga tidak pernah membunuh walau seorang pun Kristian.

Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai apa yang berlaku di Mesir ialah, Kudeta adalah sesuatu yang telah dirancang untuk menaikkan semula saki-baki rejim Mubarak, mengekang kebangkitan Islamis dan juga menjatuhkan reputasi Islamis sebagai tidak mampu memerintah dan tidak mempunyai kebolehan untuk mentadbir.

Walau bagaimanapun, hal ini tidaklah pula boleh memberikan markah penuh kepada IM dalam keadaan mereka menjadi mangsa.

Bagi pihak IM, apa yang berlaku sepatutnya menjadi titik tolak untuk mereka melakukan retrospeksi mengenai strategi dan juga langkahlangkah sumbang mereka yang perlu dijauhi untuk menghadapi masa mendatang.

Begitu juga, mereka perlulah mengambil masa untuk membuat anjakan dan penstrukturan semula beberapa langkah strategik dan juga beberapa kandungan dalam doktrin IM yang telah diterjemahkan sepanjang gerak kerja mereka pasca evolusi 25 Januari sehingga membawa kepada kudeta 3 Julai 2013.

Dr. Mazlee Malik




Iklan C (ii)


Berita Yang Tidak Di Siarkan Oleh Utusan.. Saksikanlah

Posted: 16 Aug 2013 07:22 PM PDT


MELAKA: Kira-kira 1000 umat Islam Melaka berhimpun di hadapan Masjid Negeri Al Azim hari ini bagi mengutuk keganasan kerajaan haram tentera membunuh rakyat Mesir.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dalam ucapannya pada himpunan itu melahirkan kekesalan dan kesedihan di atas kezaliman dan keganasan kerajaan haram Mesir yang membunuh rakyat yang tidak berdosa dan merampas kuasa dari Presiden yang sah iaitu Dr Mohamad Morsi.

"Kita mengutuk pembunuhan terhadap saudara kita rakyat Mesir yang tidak berdosa yang dilakukan oleh rejim tentera pimpinan Jeneral Al Sisi''Umat Islam juga menuntut supaya kuasa Presiden Morsi dikembalikan kerana beliau dilantik secara sah oleh rakyat melalui pilihanraya"ujar Kamaruddin.

Beliau juga menggesa kerajaan haram Mesir menghentikan pembunuhan, pemusnahan masjid dan harta benda awam.

'Kita juga menggesa pertubuhan negara-negara umat Islam OIC, Liga Arab dan kerajaan-kerajaan negera umat Islam mengambil pendirian tegas terhadap tindakan kejam dan zalim kerajaan haram Mesir.'

"Sehingga semua kerajaan umat Islam dan pertubuhan-pertubuhan tersebut diam membisu malah ada yang turut menyokong tindakan kejam kerajaan haram Mesir"tambah Kamaruddin.

Kamaruddin turut melahirkan kekesalan di atas sikap kerajaan Malaysia yang tidak menyatakan pendirian terhadap isu ini."Apakah kerajaan Malaysia takut kepada Yahudi, Amerika dan sekutu-sekutunya sehingga kerajaan kita takut untuk menyatakan pendirian tegas kita".

'Kita menggesa satu sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu umat Islam Mesir yang semakin parah sekarang"ujar beliau lagi.Himpunan tersebut dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Ikram negeri Melaka. 

Turut berucap pada himpunan tersebut ialah wakil Ikram, Zairi Suboh, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Musa Mohamed dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Md Dawi. ~harakahdaily




Iklan C (ii)

Kedudukan BN Makin Genting Pada PRU14 - Kajian Merdeka Center

Posted: 16 Aug 2013 06:21 PM PDT

Kajian Merdeka Center mengenai bagaimana rakyat Malaysia mengundi pada pilihan raya umum (PRU) lepas memberikan banyak penemuan berguna yang mempunyai implikasi penting untuk pilihan raya akan datang.

The Malaysian Insider telah menyiarkan laporan eksklusif mengenai kajian itu sejak beberapa hari lalu dan ini adalah diantara trend dari penemuan kajian mereka.BN dalam keadaan gentingAngka kerusi marginal meningkat. Terdapat 80 kerusi marginal tahun ini berbanding 63 pada 2008. 

Kerusi marginal adalah di mana margin kemenangan kurang dari 5% dan mempunyai risiko lebih tinggi kepada parti penyandang.Pada masa sama, bilangan kerusi marginal Barisan Nasional (BN) meningkat sekali ganda dari 26 ke 51, isyarat bahawa Pakatan Rakyat (PR) memperkukuhkan kedudukan mereka dari lima tahun lalu dan berjaya menggempur kawasan BN.

Tiga puluh lapan daripada kerusi marginal BN adalah di Malaysia Barat, 10 di Sabah dan tiga di Sarawak.Peningkatan kerusi marginal di Sabah adalah kerana semakin kurang undi Kadazandusun terhadap BN oleh kerana pelbagai isu yang belum diselesaikan termasuk kebanjiran pendatang haram di negeri itu.

Daripada 51 kerusi marginal BN, 44 di kawasan pedalaman yang satu ketika dahulu dilihat sebagai deposit tetap BN.Sebagai perbandingan, terdapat 29 kerusi marginal PR: 20 di kawasan majoriti Melayu, empat di kawasan majoriti Cina dan lima di kerusi campuran.

Peratusan keluar mengundi Terengganu, Sarawak dan SabahPeratusan keluar mengundi tertinggi adalah di Terengganu sebanyak 87%, manakala dua negeri Malaysia Timur merekodkan jumlah pengundi terendah dengan Sarawak sebanyak 75% dan Sabah 79%.

Oleh kerana keadaan geografi, kemiskinan dan jarak jauh antara rumah dan tempat mengundi, peratusan keluar mengundi di Sarawak rendah.Di Sabah terdapat ketakutan berikutan pencerobohan pemberontak Sulu dan peperangan di negeri itu.

Calon bebas memberi kesanWalaupun kesemuanya kalah dalam PRU lepas, kehadiran "calon bebas" kritikal di sekurang-kurangnya enam kerusi Parlimen.Di sana mereka berjaya mengurangkan sokongan PR dan membantu calon BN menang kurang separuh daripada jumlah keseluruhan undi.

Contohnya di Mas Gading, calon BN yang menang mendapat 41.1% undi dan PR mendapat 26.3%. Calon bebas mendapat undi lebih tinggi daripada PR iaitu 32.6%.PR perlu lakukan lebih banyak di Malaysia Timur dan selesaikan maslah dengan parti-parti pembangkang di sana berhubung pembahagian kerusi.Bagaimana BN menang Perak?

PR menang dengan selesa di hampir kesemua saluran mengundi di Perak dari pengundi kali pertama kepada pengundi tua akan tetapi mereka masih kalah negeri yang mereka menang lima tahun lalu.Bagi pengundi kali pertama dan golongan muda Malaysia, margin jelas, 56.2% kepada PR dan 43.3% kepada BN.Bagi pengundi berumur 31-40, jurangnya lebih besar 58.58% kepada PR berbanding hanya 41.1% kepada BN.

Bagi pengundi berumur 41-50, 53.8% kepada PR dan 45.7% kepada BN.Bagi yang berumur 51-60, 58.2% kepada PR dan 41.5% kepada BN. Bagi yang lebih tua, PR tetap mendahului dengan 53.7% berbanding 45.8% kepada BN. Jadi bagaimana BN berjaya mempertahankan Perak?

Melalui perwakilan tidak sama rata.Contohnya, jika satu kerusi Parlimen mempunyai 10,000 pengundi dan satu lagi mempunyai 100,000 pengundi, pengundi kawasan pertama  mempunyai nilai 10 kali ganda undi.Perwakilan tidak sama rata adalah apabila kawasan pedalaman yang luas diberikan perwakilan sama dengan kawasan padat bandar. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Tiada ulasan: