Sabtu, 17 Ogos 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ini bukti Najib tak ada pendirian...

Posted: 17 Aug 2013 08:44 AM PDT


Isu perlantikan anaknya Nedim sebagai Pegawai Khas dalam Kementerian Pelancongan oleh Nazri Aziz pada mulanya telah didedahkan oleh beberapa buah blog Pro UMNO..

Bagaimanapun oleh kerana ianya mencetuskan kritikan dari berbagai pihak, media-media tunggangan UMNO/BN mempersalahkan pihak Pakatan Rakyat pula..

Isu ini juga telah memperlihatkan kepada semua akan sikap tiada prinsip yang dimiliki oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia..

Ianya jelas apabila dalam masa lebih kurang 24 jam, beliau telah menukar pendiriannya mengenai perkara ini..

Pada 16 Ogos Najib telah dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata..

Tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata apa yang tidak dibenarkan adalah sekiranya ia melibatkan pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan.

"Kalau sukarela dan bukan anggota pejabat menteri, kita tiada halangan. (Boleh jika) dia bantu dari segi program dan tak melibatkan sebarang pembayaran kerajaan," katanya.

Perdana menteri memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di Felda Sungai Tiang di Pendang hari ini ~ Bernama

Beliau telah bersetuju dengan tindakan Nepotisma yang diamalkan oleh Nazri Aziz itu pada  16 Ogos.. tetapi pada 17 Ogos pula..

Menteri Kabinet atau Anggota Parlimen boleh menggunakan anggota keluarga mereka sebagai pembantu khas di kawasan parlimen masing-masing, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata mereka boleh menggunakan khidmat anggota keluarga asalkan tidak menggunakan peruntukan kerajaan atau mencampuri urusan dalam kementerian.

"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Taman Tasik Abu Bakar, Pekan hari in ~ Bernama

Di mana prinsip Najib?.. semalam boleh.. hari ini tak boleh..

Selain mengatakan anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan, sebaliknya melalui duit poketnya sendiri, Nazri dengan nada sombongnya juga berkata, "ini kementerian saya, saya boleh boleh lantik sesiapa saja."

Dalam hal ini Nazri barangkali terlupa bahawa kementerian bukanlah milik individu. Kementerian bukan seperti syarikat sendirian berhad.

Kementerian adalah milik kerajaan dan menteri duduk di situ hanyalah atas ehsan Perdana Menteri melantiknya setelah beliau dipilih sebagai wakil rakyat.

Hanya setelah menjadi wakil rakyat atau dewan negara, barulah seseorang itu boleh dilantik sebagai menteri.

Ini menjadikan seseorang menteri sebenarnya sentiasa terikat kepada sokongan dan undi rakyat.

Selagi rakyat menyokongnya, dapatlah jadi menteri tetapi setelah tidak lagi mendapat sokongan rakyat, kedudukan menteri terpaksa dilepaskan dan kementerian juga kena ditinggalkan.

Jadi, janganlah sombong dan bongkak sangat kerana dapat jadi menteri seolah-olah boleh melakukan apa saja.

Pesan Dr. Juanda untuk seluruh ummat Islam di Malaysia.. Jangan kahwin dengan pengikut Syiah.

Posted: 17 Aug 2013 07:28 AM PDT


Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya hari ini menasihati umat Islam di negara ini yang ingin berkahwin, agar tidak memilih pengikut ajaran Syiah sebagai pasangan hidup.

Katanya selain menjaga keharmonian akidah umat Islam di negara ini yang mengamalkan fahaman Sunnah Wal Jamaah, langkah itu juga mengelakkan konflik jika pasangan bercerai.

"Kita tidak mengharamkan pernikahan tersebut sebaliknya kita melarang dan memberi peringatan agar pasangan terbabit berfikir sedalam-dalamnya jika berlaku masalah dalam perkahwinan tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Juanda berkata larangan itu juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan diperakui Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis (MAIPs) November tahun lepas.

"Langkah tersebut bertitik tolak daripada satu kes yang dilaporkan di Mahkamah Syariah Perlis melibatkan seorang isteri yang menuntut cerai daripada suaminya iaitu pengikut tegar ajaran Syiah, empat tahun lalu.

"Kes itu masih belum selesai berikutan perbezaan ajaran antara pasangan tersebut sekali gus menyebabkan status perkahwinan wanita yang mempunyai dua anak terbabit ibarat digantung tidak bertali," katanya.

Ditanya langkah yang diambil pihaknya jika pasangan berkeras untuk meneruskan perkahwinan, Juanda berkata pihaknya akan menemu bual pasangan yang mengikuti ajaran Syiah bagi mengenal pasti tahap pemahamannya mengenai ajaran itu.

Mengulas langkah yang diambil untuk menyekat penyebaran ajaran Syiah, Juanda berkata Perlis mengambil langkah awal, antaranya tidak menerima kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran itu.

"Kita telah melihat dan mengkaji bagaimana ajaran Syiah ini tersebar, satu caranya ialah melalui kemasukan pelajar-pelajar dari Iran, Pakistan dan Lubnan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di Perlis tidak menerima mana-mana kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran tersebut," katanya. - Bernama

Siapa Pulak Tuduh Pejabat Perdana Menteri Adakan Perbincangan Kerajaan Perpaduan Dengan Anwar Ibrahim?

Posted: 16 Aug 2013 06:28 PM PDT


Setelah beberapa media melaporkan akan adanya tawaran yang telah diberikan oleh pihak Najib kepada Anwar untuk membentuk Kerajaan Perpaduan, tiba-tiba Pejabat Perdana Menteri menafikan mereka mengadakan pertemuan dengan Anwar..

Persoalan yang timbul dengan penfian tersebut di sini ialah siapakah yang telah mendakwa Pejabat Perdana Menteri mengadakan pertemuan itu..

Sedangkan jika kita membaca apa yang didedahkan oleh Asia Sentinel ( di SINI ) dan juga The Edge Review ( di SINI ) langsung tidak disebut bahawa Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan itu..

Yang didedahkan ialah wakil kepada Najib telah berunding dengan wakil kepada Anwar Ibrahim.

Jadi memanglah Pejabat Perdana Menteri tidak terlibat...

PMO Nafi Adakan Perbincangan Kerajaan Perpaduan Dengan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, PMO menegaskan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Anwar serta kepimpinan Pakatan Pembangkang sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

Beberapa portal berita memetik Anwar telah mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "kenyataan politik yang berniat nakal".

Kenyataan itu menyebut, usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU-13 bagi mendapat persetujuan Najib dan Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU-13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri.

Namun, Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU-13. Oleh itu, kenyataan Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan" bagi kepentingan politik pembangkang khususnya ketuanya ~ mStar

Tiada ulasan: