Ahad, 28 Julai 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SOALAN SOALAN HAKIKI

Posted: 28 Jul 2013 07:00 PM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB
tentera rampas kuasa
tentera bajak revolusi
tentera mengganas
semua betul

tapi sesudah  pru13
kenapa diminta rakyat malasyia
redha terima penipuan?

kenapa rakyat malaysia
diminta redha menerima keputusan pru13?

rakyat mesir ke jalan raya
mengapa bila rakyat malaysia
nak ke jalan raya dikatakan ini bukan caranya?

kenapa tidak ada kenyataan
mengatakan kemenangan
united malays national organisation
adalah kemenganan untuk
sagelintar  penipu besar

semua ini adalah soalan hakiki


Demokrasi Mesir, kemenangan untuk segelintir penipu besar 
T

Selepasnya Ikhwan Muslimin dituduh terlibat dengan usaha membunuh Presiden hero yang gagah berani. Akhirnya ramai pemimpin dan pengikut yang ditangkap, dibicarakan di mahkamah lakonan dan ramai tokoh yang dihukum mati.

------------

DUA SAHAJA? ATAU DUA RIBU?

Posted: 28 Jul 2013 06:00 PM PDT




           APA JADI DENGAN KES INI

Polis serbu 2 premis judi di ibu negara
KUALA LUMPUR 28 Julai - Polis merampas 66 unit komputer judi dipercayai digunakan bagi tujuan perjudian serta wang tunai berjumlah RM303 dalam serbuan dua pusat internet di Jalan Mega Mendung di sini hari ini.

Dalam serbuan oleh sepasukan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira pukul 2 petang itu, polis menahan tiga individu masing-masing dua penjaga premis dan seorang pelanggan.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... DUA SAHAJA?... BIAR BETUL?... kah kah kah..

kah kah kah...MUSTAHIL DUA SAHAJA.... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU 200 BOLEH DIPERCAYAI... kah kah kah...

kah kah kah...KALAU 2000 PASTI ANGKA YANG HAMPIR TEPAT.... kah kah kah..

woit...KALAU DUA SAHAJA....APA MAKNANYA ?... kah kah kah..

kah kah kah...MAKNANYA YANG DUA INI TAK BAYAR TOL...kah kah kah


NOTA
paling lawak
hanya dapat 303 ringgit
nampaknya rezeki tak ada
atau sengaja buat kira-kira  duit sikit
kah kah kah

NOTA
atau operasi ini
cara nak bagi molek
agar cerita mamat kawan musa hasan
yang kena tembak di kuala pilah itu
senyap tenggelam


----------

SIAPA DIA JUAL MURTABAK DI GOMBAK?

Posted: 28 Jul 2013 07:00 AM PDT



SIAPA DIA
MAT GOMBAK  YANG JUAL
MURTABAK INI?

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit... APAKAH INI PROJEK DI NEGERI SELANGOR?.... kah kah kah

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG


SPRM Siasat Projek RM30 Juta
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat kes penyalahgunaan kuasa terhadap kegagalan sebuah projek RM30 juta yang dijalankan oleh sebuah anak syarikat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbesar di negara ini.
SPRM, dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah memulakan siasatan kerana projek itu tidak menjadi kenyataan walaupun telah menelan belanja "berpuluh-puluh juta ringgit".
"Siasatan ini melibatkan semua aspek projek ini," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM  Abu Kassim Mohamed.


------------

SATU SANDIWARA DARI JOHOR

Posted: 28 Jul 2013 01:00 AM PDT



 KES  BERLAKU DI JOHOR
SATU DUNIA TAHU
YANG BUAT BUAT TAK TAHU
HANYA POLIS JOHOR

KOMENTAR TUKAR TIUB
tahukan apa maknanya berita ini?
betulkah berita ini?

jawabnya: berita ini betul

memang ada ura ura untuk tutup
sarang perjudian
sarang kongsi gelap

tapi?

tapi apa?

sebenarnya ini hanyalah teater
semua ini hanyalah sandiwara

sandiwara macam mana?

ini satu sandiwara

sandiwara ini dipentaskan
kerana johor baru ada mb baru
jadi perlu dihuru harakan
geng kongsi gelap lama
untuk beri tahu kongsi gelap ini bahawa
ada oranhg baru yang akan pungut  tol

ini adalah cara 
united malays national organisation bergerak
inilah caranya pihak berkuasa makan tol

ini lah juga cara polis bergerak
bila ocpd baru datang
bila ada ketua polis baru
maka akan ada operasi

tujuan operasi ini untuk beri tahu
bahawa 'boss baru' telah sampai
tol dan duit upti
kena bayar kepada  tim baru

tak caya tunggu dan lihat

johor ialah pusat
dan kilang dadah terbesar
di malaysia ini

Tindakan berani Johor perlu dicontohi


Kuala Lumpur: Langkah memansuhkan lesen pusat hiburan keluarga di Johor dianggap sebagai satu tindakan berani yang seharusnya dicontohi negeri lain.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, berkata pusat hiburan seumpama itu sememangnya bercanggah dengan kehendak Islam, selain mengundang banyak masalah sosial khususnya dalam kalangan generasi muda. 
Beliau berkata, aktiviti kekeluargaan seharusnya bermula dari rumah dengan pengisian kerohanian bagi membentuk peribadi murni. 


"Benda ini (pusat hiburan) sebenarnya bercanggah dengan agama, bukan budaya orang Malaysia dan bercanggah dengan budaya orang Melayu. Bukan saja ia melekakan, tetapi turut membazirkan wang dan menggalakkan pergaulan bebas.


---------

PENCERAHAN DARI PEMBACA

Posted: 27 Jul 2013 10:00 PM PDT







TAMAROD REBEL BERONTAK
Rebel rebel rebel.....tak kira siapa...kalau salah kena rebel rebel dan rebel...tentang semua penyokong imperialisme...walaupun dia sahabat baik kita...kerana pendokong imperialisme inilah yang menjahanamkan seluruh umat manusia... 

Uncle sham...pencerahan dari kamu mengelirukan ramai jiwa...tapi tujuannya satu...jatuhkan kuasa imperial...ada yang mengerti ada yang tidak...ada yang salah paham ada yang terus tak paham...tapi bagi yang membenci kuasa imperial...teruskan usaha...kerana golongan inilah puak yang terang terang menyedut seluruh kekayaan alam untuk tembolok sendiri... 

Buat penyokong dan pembenci....teruskan tujuan kamu...asalkan kamu tahu siapa musuh kamu yang terang dan nyata....tak mampu kita untuk ke tanah mesir...maka hadirlah sokongan kamu di bumi yang indah ini...tumbangkan kuasa imperial di tanah air kita... Ini bukan masa untuk menegakkan ideoloji siapa benar siapa salah...asalkan berbau imperial...wajib ditentang habis habisan... on BERITA DARI MESIR
Anonymous
on 7/28/13

TEKNIK MEMATIKAN HUJAH
Lu tau tak apasal org melayu dan malaysia termasuk india cina suka pakai kosa kata pinjaman2 arab english perancis jermen jepun ni... 


1. Untuk membodohkan org dgn melambat2kan jawapan dari pihak lawan yg tak paham atau terkejut dgn perkataan lucah tersebut. Kalo ditanya, nampak bodoh la pulak. Jadi diam terpana berpura2 paham dgn mendalam perkataan tu.

 2. Untuk menunjuk2 yg dia alim ulamak dalam perbahasan tu. Ini contoh munafik yg jelas untuk membodohkan org lain dari cabang bila bertekak, asyik dia jer nak menang. Sbb apa? Sbb pihak lawan tak terjawab disebabkan bahasa2 hebat yg digunakannya. HAMPEH..

 3. Ini adalah penjarahan minda secara halus dan berselindung atas nama penambahan kosa kata dgn hanya satu tujuan. Untuk menang dalam pertengkaran, percakaran dgn cara membodoh2kan pihak lawan.

 4. Lu pernah tgk tak ayat2 Quran pinjam English, pinjam Jermen, pinjam mana2 bahasa planet lain? Sebenarnya peraturan bahasa ni cukup mudah... untuk bagi kedua2 pihak yg bercakap ni paham on MAT MONGOL TELAH BERSABDA
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 7/27/13

JAM 5:00 PETANG INI
RADIO BANGSAR UTAMA
akan membuat siaran langung
WACANA MESIR dari
MADRASAH TARBIAH 
KAMPONG BANDA DALAM GOMBAK
semua di jemput hadir


--------

KONGSI GELAP DAN POLIS DAN MEDNTERI

Posted: 27 Jul 2013 09:30 PM PDT


 APA JADI DENGAN KES INI?

KOMENTAR TUKAR TIUB

apa yang dikatakan oleh musa hasan ini tepat
musa bekas ketua polis negara

semua ini tidak mustahil
mustahil musa hasan tidak tahu

hakikatnya dalam malaysia
perdana menteri terlibat dalam kes bunuh
menteri dalam negeri terlibat dalam kes pukul

sebelum 505 berpuluh puluh kes pukul
dilakukan oleh penyokong 
united malays national organisation
tapi TIDAK ada satu tangkapan
tidak ada satu dakwsaan

parti politk terlibat dalam kongsi gelap
kongsi gelap bergerak dalam parti politik

semua ini mengatah kepada
satu keadaaan di mana
anak muda akan bangun bertamarod

Cubaan bunuh untuk halang dedah jenayah polis, kata Musa

Musa Hassan mengesyaki cubaan membunuh R Sri Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi Pasukan Khas Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch) itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu membuat jangkaan demikian melalui akaun twitternya malam tadi, beberapa jam selepas Sanjeevan parah ditembak di Bahau, Negeri Sembilan.
"Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeevan) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," katanya melalui akaun beliau, @TSMusaHassan.


SIAPA
PILIHARAYA MUNKEE INI?

---------

PROGRAM PETANG INI SEBELUM BERBUKA PUASA

Posted: 27 Jul 2013 09:03 PM PDT





SEMUA DI JEMPUT HADIR
PETANG INI
jika diluar kuala lumpur
sila layari radio bangsar utama 


WACANA KUDETA MESIR: PENGAJARAN KEPADA GERAKAN ISLAM
  
Terima kasih kerana sudi hadir pada petang ini, hari ke 17 Ramadhan. Untuk makluman wacana kita pertang ini disirakan secara langsung kepada seluruh dunia melalui RADIO BANGSAR UTAMA BERANI LAWAN LAPORAN JELAS pada tapak atau situs (http://www.radiobangsarutama.com/)

 PARA PANEL WACANA

1) Cikgu Azmi Abd Hamid, MAPIM, SYURA, TERAS dan CAP.

2) Sdr Hishamuddin Rais atau TT, Tukar Tiub, blogger, aktivis dan pemimpin massa khususnya anak-anak muda

3) Sdr Hasni Abas, mantan Presiden Union Dewan Bahasa dan Pustaka,  SU GMP, Gerakan Mansuhkan PPSMI, aktivis sosial yang kritis

4) Sdr Ahmad Muhajir, penguasa, kolumnis dan pemerhati yang kental.  Tulisan abeliau boleh kita ikuti dalam Harakah cetak, Emel Dari Seberang.
  
 TUJUAN WACANA
  
Hari ini sudah masuk hari ke X, Presiden Morsi digulingkan oleh pihak tentera Mesir, satu episod yang kita kira bukan cukup luar biasa di negara yang paling berpengaruh di Timur Tengah.  Aspek ini akan diulas sepintas lalu oleh para pembentang kita.

Apakah tujuan utama kita dalam wacana ini mengutuk tindakan tentera dan juga campur tangan asing, khususnya Amerika dan juga tangan usil Isreal?  Sebagai latar kefahaman, aspek ini akan disentuh oleh pembicara kita.

Sebenarnya tujuan kita dalam wacana ini jauh lebih besar kerana sebenarnya kita telah jenuh mengutuk, mengecam namuan keadaan tidak pernah berubah.  Oleh itu yang kita harapkan dalam wacana ini ialah:

APAKAH  PENGAJARAN  YANG  BOLEH  KITA PEROLEHI UNTUK TINDAKAN LANJUT?

APAKAH  CONTOH-CONTOH  NYATA  SEGALA KELEBIHAN  DAN  JUGA KEKURANGAN GERAKAN  SERTA PENTADBIRAN ISLAM KONTEMPORI  MISALNYA PARTI-PARTI POLITIK ISLAM YANG DI  INDONESIA, TURKI MALAH TERENGGANU, KEDAH DAN KELANTAN?

KENAPAKAH SEMUA INI TERJADI? 

APAKAH YANG BOLEH KITA LAKUKAN SEBAGAI PERSEDIAAN DI MASA DEPAN?
  
PERBINCANGAN BERMULA: 5:15 Petang

JAM : 6:55 Petang  dibuka untuk soal jawab

Kita ada kira-kira 20 minit untuk soal jawab dan juga respons panel. 


------------

Tiada ulasan: