RAKYAT MARHAEN |
- 34 didakwa kerana anjur Blackout 505
- DAP calls Utusan, Umno Youth hypocrites, directs them to pursue Khairy over “communist ties”
- Kantoi: KDN luluskan ‘The New Village’ bukan Finas
- KULIAH SUBUH 19 RAMADHAN 1434
- Tazkirah Qaryah 19 Ramadhan 1434H | Ust Marzuk Shaary
- Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Model vs Ahli Sukan ...Aurat !
- Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Lebih kenal Rasulullah SAW atau Artis ?
- Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Tak suka tazkirah...Keldai !
- Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Sifatkan Abd Fatah As-Sisi Pengkhianat Rakyat Mesir
- Keabsahan 2 menteri, 3 timbalan diketahui di mahkamah esok
- Diesel habis: Nanti menteri kata jangan guna diesel?
- MESIR HARI INI...
- Mesir: KENAPA Najib DIAM tak berbunyi langsung... !!
- Shahidan akui pilihanraya Kemboja lebih baik dari Malaysia?
- Barat sedang membunuh demokrasi di Mesir
- Shahrizat digesa berundur, jangan sekat cabaran
- Kemungkinan Polis Terlibat Dalam Kes Tembak Sanjeevan..??
- Zahid Hamidi: Polis tidak terlibat dengan tembakan pengerusi MyWatch.....
- Tayangan filem “The New Village” digantung, kata Zahid Hamidi
- Dilema Cina, dilema Melayu dan dilema rakyat serta negara
- Sidang Media oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 29 Julai 2013 (isnin)
- Erdogan Slammed The Islamic World For Their Silence انتقدتها أردوغان الع...
- Syeikh Muhd Zainul Asri (PAKSI): Gembira Menunggu Kematian
- Bicara Nuzul Al Quran 17 Ramadhan 1434H | Dr Abdul Basit
- Special task force to probe attempted murder
34 didakwa kerana anjur Blackout 505 Posted: 28 Jul 2013 09:02 PM PDT (Aktivis anak muda ketika mereka dalam lokap selepas ditahan kerana berdemonstrasi depan Parlimen) KUALA LUMPUR: 33 aktivis anak muda yang membuat perhimpunan di perkarangan Parlimen akan didakwa di mahkamah Jalan Duta hari ini. Mereka didakwa selepas berdemontsrasi termasuk aksi tidur di jalan raya pada 24 Jun 2013 bagi menyatakan protes terhadap penipuan pilihanraya di hari pertama Parlimen bersidang untuk penggal ke-13. Seorang lagi rakan mereka, Azhar Achil, akan didakwa di mahkamah Klang ekoran perhimpunan di Sabak Bernam dalam salah satu aksi #Blackout #SuaraRakyat505. Azhar adalah Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor. Beliau didakwa menganjurkan sebuah perhimpunan rakyat di Sabak Bernam dalam salah satu aksi Jelajah SAMM #Blackout #SuaraRakyat505. | ||||
DAP calls Utusan, Umno Youth hypocrites, directs them to pursue Khairy over “communist ties” Posted: 28 Jul 2013 09:01 PM PDT Umno Youth and Malay daily Utusan Malaysia were slammed as hypocrites and practicing double standards for failing to condemn Khairy Jamaludin for forging ties with communist parties said the DAP. Secretary-general Lim Guan Eng said Khairy should have been hauled up after forging an alliance between Barisan Nasional Youth and the Communist Youth League of China (CYL). "These organisations are stoking the fires of racism by questioning the approval of a Chinese-language film "The New Village" which they allege glorifies communism." "On the other hand, the same organisations kept quiet when Malaysia established close diplomatic relationships with China, Cuba and Vietnam, all of whom practice the communist system. "Both Umno Youth and Utusan Malaysia criticised 'The New Village' as twisting historical facts and encourages the public to glorify the Malayan Communist Party," Lim said in a statement today. Khairy is also the Umno Youth chief. Lim said he did not want to comment on the film as he had not seen it but questioned why Utusan and Umno Youth remained silent when Youth and Sports Minister Khairy announced the setting up of a permanent secretariat in October 2009 to strengthen ties between Barisan Nasional Youth and the Communist Youth League of China. "It is very clear that both Umno Youth and Utusan Malaysia are hypocrites who practice double standards. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Kantoi: KDN luluskan ‘The New Village’ bukan Finas Posted: 28 Jul 2013 08:58 PM PDT Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tidak wajar dipersalah berikutan kelulusan penayangan filem The New Village yang didakwa memuja tokoh komunis dan hanya melibatkan pelakon Cina sahaja. Pengerusi Skim Wajib Tayang Finas, Datuk Mustapha Maarof, berkata mereka hanya melakukan prosedur biasa iaitu menentukan tarikh filem untuk ditayang di pawagam. "Bukan kita yang meluluskan filem itu. Tugas kami hanya menentukan tarikh tayangan selepas ia diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF) "Patut tanya pihak berwajib bukan kami. Saya tidak rasa ia patut jadi isu. Saya tidak faham kenapa ada (pihak) cuba jadi batu api dalam hal ini," katanya kepada The Malaysian Insider, semalam. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) pula, berkata tidak adil untuk menghakimi sesebuah filem hanya berdasarkan kepada trailer sahaja, merujuk filem The New Village yang dijadual ditayang 22 Ogos ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, berkata sesetengah pihak menimbulkan kontroversi berdasarkan trailer filem yang tidak memberi gambaran menyeluruh sesebuah filem. "Hal ini sama seperti kontroversi yang melanda Tanda Putera dahulu kerana orang ramai membuat kesimpulan mudah hanya berdasarkan tontonan trailer di internet," katanya kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Posted: 28 Jul 2013 08:52 PM PDT | ||||
Tazkirah Qaryah 19 Ramadhan 1434H | Ust Marzuk Shaary Posted: 28 Jul 2013 08:51 PM PDT | ||||
Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Model vs Ahli Sukan ...Aurat ! Posted: 28 Jul 2013 08:46 PM PDT | ||||
Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Lebih kenal Rasulullah SAW atau Artis ? Posted: 28 Jul 2013 08:43 PM PDT | ||||
Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Tak suka tazkirah...Keldai ! Posted: 28 Jul 2013 08:43 PM PDT | ||||
Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Sifatkan Abd Fatah As-Sisi Pengkhianat Rakyat Mesir Posted: 28 Jul 2013 08:19 PM PDT 1) Kepada Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi yang telah mengkhianat janji sewaktu mengangkat sumpah dilantik ke jawatan itu di hadapan Mursi. Sisi juga beranggapan dia telah diberikan "kuasa" melalui himpunan menyokongnya Jumaat lepas manakala selain mereka itu bukan rakyat Mesir bahkan bukan manusia. Lalu dia menggunakan "kuasa" itu melakukan apa yang disukainya. 2) Menyifatkan Adli Mansour, Presiden sementara sebagai "boneka"dan kerajaan kudeta pimpinan Perdana Menteri Hazim Beblawi sebagai "kerajaan zalim". 3) Sisi sebelum menyingkir Mursi telah memansuhkan perlembagaan 2012 yang telah diperakui dengan sokongan 64 peratus pengundi. Lalu Sisi membentuk jawatankuasa penggubal yang terdiri hanya 10 orang dalam tempoh hanya sebulan bagi mengadakan pindaan perlembagaan. Sedangkan pada zaman Mursi tahun lalu, perlembagaan dibincang oleh 100 orang panel yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh 6 bulan sebelum diadakan pungutan suara pada Disember 2012. 4) Syeikh Qaradhawi turut menyalahkan Sisi terlibat dengan pembunuhan terbesar yang membunuh lebih 140 orang dan mencederakan 4,500 yang lain. | ||||
Keabsahan 2 menteri, 3 timbalan diketahui di mahkamah esok Posted: 28 Jul 2013 08:03 PM PDT Persoalan mengenai kelayakan dan keabsahan sebagai senator menyelubungi isu pelantikan dua menteri dan tiga timbalan menteri. Mereka ialah Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low (gambar), selain P Waythamoorthy, Dr Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipa. Abdul Wahid dan Low dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Waythamoorthy selaku timbalannya manakala Dr Loga (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan) dan Ahmad Bashah (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri) Mengikut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, sebaik sahaja Perdana Menteri menamakan mereka sebagai senator, mereka terus menjadi ahli Dewan Negara. Bagaimanapun, Ahli Parlimen DAP, M Kula Segaran mempertikaikannya kerana berpendapat, seseorang calon senator mesti mengangkat sumpah di Dewan Negara, terlebih dahulu. Hanya selepas itu, katanya, seseorang senator itu mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri dan ia menjadi amalan sebelum ini. Masalah interpretasi Perlembagaan Persekutuan itu bagaimanapun, hanya dirungkai di Mahkamah Tinggi, esok. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Diesel habis: Nanti menteri kata jangan guna diesel? Posted: 28 Jul 2013 08:02 PM PDT KUALA LUMPUR: Hari ini berlaku fenomena kebanyakan stesen minyak di seluruh negara telah kehabisan minyak diesel. Read More / Baca Lagi >>Sehubungan itu, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini. Berikut ialah kenyataan beliau selanjutnya yang ditulis jam 10.10 malam tadi ketika tersadai di stesen Shell pekan Bentong bersama puluhan pemandu lori. Che'GuBard sendiri sudah 6 jam terperangkap di pekan Bentong kerana kenderaan yang dinaiki telah kehabisan diesel. Che'GuBard dalam rangka lawatan ke pantai timur, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk progam bersama SAMM Pahang sebelum ke Kemaman lewat malam ini untuk program seterusnya. Satu pengalaman yang luar dugaan apabila mendapati dari Gombak hingga ke pekan Bentong, 9 stesen minyak yang disinggahi semuanya kehabisan minyak diesel. Di hampir semua stesen minyak kelihatan lori dan kenderaan yang menggunakan diesel tersadai. | ||||
Posted: 28 Jul 2013 02:59 PM PDT | ||||
Mesir: KENAPA Najib DIAM tak berbunyi langsung... !! Posted: 28 Jul 2013 02:54 PM PDT DEWAN RAKYAT BRITISH GESA BRITAIN PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN MESIR Dewan Rakyat British menggesa kerajaannya, di bawah pimpinan perdana menteri David Cameron supaya mengisytiharkan bahawa apa yang berlaku di Mesir merupakan rampasan kuasa oleh tentera. Mereka juga menggesa kerajaan British agar memutuskanhubungan diplomatik dengan kerajaan yang melakukan rampasan kuasa dan menolak untuk berurusan dengannya. United Kingdom hanya akan berurusan dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. | ||||
Shahidan akui pilihanraya Kemboja lebih baik dari Malaysia? Posted: 28 Jul 2013 02:53 PM PDT Menteri JPM, Shahidan Kassim dijemput bersama 291 anggota delegasi antarabangsa Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) dan Centris Asia Pacific Democrats International (CAPDI) untuk memantau pilihan raya Kemboja. Shahidan dibawa melawat bebeberapa pusat pengundian di ibu negara Kemboja, Phnom Penh termasuk kawasan Parlimen Takmao yang ditandingi Perdana Menteri Hun Sen. Sebelum itu mereka diberi peluang memeriksa bahan pilihan raya termasuk dakwat kekal dan kertas undi. Kata Shahidan seperti dilaporkan Bernama pilihanraya yang dijalankan Jawatankuasa Pilihan Raya Nasional Kemboja (NEC) teratur dan aman bagi mencerminkan integriti. Penipuan tak mungkin berlaku kata Shahidan. Bekas timbalan perdana menteri Kanada Sheila Copps yang juga pemerhati berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan proses pilihan raya Kemboja. Mungkin Shahidan mengakui pilihanraya Kemboja lebih baik dari Malaysia. Kerja NEC lebih teratur dari SPR Malaysia? Rasanya daripada cakap-cakap Shahidan, jawapannya ya!! Ini kerana pilihanraya Malaysia dipalit penipuan dan negara Kemboja berani menjemput sehingga 291 delegasi asing untuk memerhati pilihanraya mereka. Adakah Malaysia berbuat demikian? Rasanya tidak kerana SPR Malaysia bimbang penipuan mereka terbongkar. Kalau tak takut, bukan kemacai yang dijemput menjadi pemerhati. Jemputlah bekas timbalan perdana menteri Kanada contohnya!! Juga NEC Kemboja taklah seburuk SPR Malaysia kan!! | ||||
Barat sedang membunuh demokrasi di Mesir Posted: 28 Jul 2013 02:44 PM PDT Barat dakwa mereka guru demokrasi dunia. Akhirnya mereka bersama autokrasi membunuh rakyat Mesir. Mereka takut umat Islam jadi guru demokrasi sebenar. Demokrasi dicedok daripada sistem syura Islam demi keadilan. Apabila umat Islam kembali kepada syura, akan nyatalah kepalsuan demokrasi barat. Di Mesir mereka cuba bunuh Islam, tetapi hakikatnya mereka sedang membunuh ajaran demokrasi mereka sendiri. Mesir baru saja cuba pulihkan demokrasi ala barat. Dunia barat ketakutan menyaksikan demokrasi baru 'Arab Spring' yang diperkenalkan umat Islam akan lebih adil untuk seluruh rakyat, miskin dan kaya. Apabila guru demokrasi adalah golongan kapitalis dan liberalis, maka ia hanyalah nyanyian palsu. Suara rakyat diguna demi kekuasaan golongan kaya saja. Syura yang menjadi sumber demokrasi barat diasaskan atas taqwa. Barat ambil kulit syura dan meninggalkan isinya. Akhirnya nyatalah kepalsuan. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Shahrizat digesa berundur, jangan sekat cabaran Posted: 28 Jul 2013 02:40 PM PDT Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil digesa berundur daripada jawatannya dan tidak menggunakan alasan 'perlawanan emak dan anak' bagi menghalang cabaran bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said. Bekas setiausaha wanita Umno Malaysia, Datuk Faridah Abu Hassan berkata Shahrizat dahulu juga mencabar Datuk Seri Rafidah Aziz untuk jawatan itu walaupun didakwa pernah bersumpah atas nama Allah untuk tidak berbuat demikian. "Jadi sekarang ini, kenapa pula dia nak kata Azalina jangan bertanding? "Shahrizat tak boleh sekat mana-mana pihak untuk bertanding dan pertandingan tidak memecahbelahkan perpaduan wanita," katanya sewaktu mengulas perkembangan terkini pergerakan itu menjelang pemilihan parti hujung tahun ini. Beliau ditemui selepas mesyuarat agung tahunan Umno cawangan Jalan Foss yang diketuainya di Kuala Lumpur malam tadi. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Kemungkinan Polis Terlibat Dalam Kes Tembak Sanjeevan..?? Posted: 28 Jul 2013 07:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Semua tanda seolah-olah menunjukkan bahawa kes tembakan aktivis anti-jenayah R.Sri Sanjeevan mempunyai kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai salah laku polis, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Bekas ketua polis, menerusi akaun Twitter @TSMusaHassan berkata beliau berharap polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan suspek memandangkan Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman. Beliau menambah: "(Akibat) pendedahannya mengenai penglibatan polis dengan aktiviti-aktiviti jenayah bersindiket dan aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang." Sanjeevan, yang mengetuai pemantau jenayah MyWatch telah ditembak oleh seorang pembonceng motosikal yang berhenti di sebelah kereta BMW beliau ketika beliau menurunkan tingkap kereta untuk merokok di simpang berhampiran Taman Awana Indah di Jempol, Negeri Sembilan kira-kira pukul 4.30 petang Sabtu, beberapa portal berita melaporkan. Sanjeevan berjaya memandu melarikan diri walaupun cedera teruk, meninggalkan penyerang di belakang, tetapi berhenti kira-kira 300 meter dari tempat kejadian di mana rakannya yang berada di dalam kereta, Ramesh Balakrishnan, 35, mengambil alih kenderaan untuk membawa mangsa ke Hospital Jempol. Sanjeevan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk pembedahan. Beliau dikatakan berada dalam keadaan stabil. Dalam pendedahan terbaru pada akaun Twitter beliau, Sanjeevan berkata: " Polis @PDRMsia memberitahu beberapa rakan sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api & memberitahu mereka supaya melepaskan beberapa tembakan di rumah saya untuk menakut-nakutkan saya / keluarga" dia menulis di Twitternya @SanjeevanSS | ||||
Zahid Hamidi: Polis tidak terlibat dengan tembakan pengerusi MyWatch..... Posted: 28 Jul 2013 07:32 AM PDT Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi hari ini mengatakan polis tidak terlibat dalam kes tembakan Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan. Menurut Menteri Dalam Negeri itu, beliau akan memastikan polis akan mempercepatkan penyiasatan kes itu dan menahan mereka yang terlibat. "Saya sendiri mengenali beliau dan saya pasti tiada polis yang terlibat dalam kejadian," katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa di Penjara Sungai Buloh. Semalam, Sri Sanjeevan, 29, cedera diperut akibat ditembak seorang pembonceng motosikal apabila mangsa yang memandu kereta jenis BMW menurunkan cermin kereta untuk merokok. Kejadian itu berlaku pada 4.30 petang di satu persimpangan berdekatan Taman Awana Indah di Jempol, Negri Sembilan. Sebelum insiden itu, Sri Sanjeevan menghantar tweet di @SanjeevanSS: "A @PDRMsia cop told some syndicate fellow that he'll get them firearm & told them to fire few shots at my house to scare me/family!". (Seorang anggota polis memberitahu beberapa anggota sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api buat mereka dan menyuruh mereka melepaskan beberapa tembakan di rumah saya bagi menakutkan saya/keluarga). Read More / Baca Lagi >> | ||||
Tayangan filem “The New Village” digantung, kata Zahid Hamidi Posted: 28 Jul 2013 07:31 AM PDT Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem "The New Village" yang seharusnya menemui penonton di pawagam pada 22 Ogos oleh kerana filem itu perlu menjalani satu lagi tapisan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Menteri Dalam Negeri itu berkata, keputusan itu dibuat selepas heboh di media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung jalan ceritanya. "Kita akan putuskan kemudian melihat kembali filem tersebut termasuk mengambil kira komen komen seperti dalam akhbar dan blog" katanya dalam satu sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan Penjara Sungai Buloh. Menurut Ahmad Zahid, KDN ada menerima permohonan tapisan filem The New Village pada 4 September 2012. Bagaimanapun apabila ditanya mengapa dulu pihaknya meluluskan filem tersebut beliau memberi komen babak yang ada dalam filem itu tidak keterlalaluan ketika itu. "Filem itu telah ditapis tiga panel ahli LPF dan diluluskan pada 7 September 2012. Jesteru itu kita tidak akan beragak agak untuk membatalkan filem itu sekiranya didapati mengandungi babak mengagungkan komunis. "Kita akan beritahu kelak tarikhnya jadi sehingga waktu itu saya harap tidak akan timbul sebarang spekulasi mengenai hal ini," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Dilema Cina, dilema Melayu dan dilema rakyat serta negara Posted: 28 Jul 2013 07:28 AM PDT
Pengarang buku 'Malay Dilemma' ini kini mengarang satu lagi 'dilema', kali ini 'Chinese dilema' dan saya tidak berminat untuk menerima pandangan yang tidak diperlukan itu. Sesungguhnya ia bukannya 'Chinese dilema' dan bukannya dilema sesiapa. Yang dalam dilema sekarang ialah rakyat Malaysia sendiri khususnya orang Melayu dan sedikit dari bangsa-bangsa lain di negara ini.
Lim Kit Siang (LKS) memberikan reaksi dengan mengatakan Mahathir sebagai rasis kerana mencipta ciptaan barunya iaiatu 'Chinese dilema'. Apa yang dikatakan oleh LKS itu tidak salah dan ia adalah benar. Tetapi apa yang tidak terfikir oleh LKS, beliau juga memimpin parti yang terbentuk persepsi yang ia adalah parti yang tertumpu kepada imej parti Cina dan itu jelas dilihat dan kita tengok secara terang-terangan. Itulah sebabnya saya katakan dilemma ini bukan sahaja dilemma Cina seperti yang diperkatakan oleh Mahathir, ia adalah dilema semua bangsa dalam negara ini. Rakyat sebenarnya dalam dilema, bukannya Mahathir dan bukan juga LKS. Di satu pihak rakyat khususnya orang melayu dalam dilema yang teramat sangat. Mereka tersepit diantara menerima kerajaan yang korup dan tercemar dalam segala-galanya dengan memilih pihak yang hanya mementingkan bangsanya sendiri dalam perjuangan politik mereka. | ||||
Sidang Media oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 29 Julai 2013 (isnin) Posted: 28 Jul 2013 07:17 AM PDT Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Rakan-rakan media yg dihormati, Satu sidang media akan diadakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari esok. Butiran seperti berikut: Tarikh: 29 Julai 2013 (Isnin) Masa: 11.30 pagi Tempat: Ibu Pejabat KEADILAN, Tropicana, Petaling Jaya Antara perkara yang akan disentuh di dalam sidang media esok adalah: 1 – Cubaan membunuh Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan 2 – Keputusan mahkamah berkaitan petisyen pilihan raya 3 – Pendakwaan terpilih ke atas Rafizi Ramli dan peserta himpunan #Black505 Dengan segala hormatnya pihak media dijemput hadir utk membuat liputan. PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM | ||||
Erdogan Slammed The Islamic World For Their Silence انتقدتها أردوغان الع... Posted: 28 Jul 2013 07:13 AM PDT | ||||
Syeikh Muhd Zainul Asri (PAKSI): Gembira Menunggu Kematian Posted: 28 Jul 2013 07:07 AM PDT | ||||
Bicara Nuzul Al Quran 17 Ramadhan 1434H | Dr Abdul Basit Posted: 28 Jul 2013 07:07 AM PDT | ||||
Special task force to probe attempted murder Posted: 28 Jul 2013 07:06 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan