Biaqpila |
- 70 PENYOKONG MURSI DITEMBAK MATI
- PENGERUSI MY WATCH PARAH DITEMBAK
- LAWAK AHAD: USTAZ HILANG SELIPAR
- RAYUAN ANAK MUDA
70 PENYOKONG MURSI DITEMBAK MATI Posted: 28 Jul 2013 07:00 AM PDT Rangkaian televisyen Al Jazeera melaporkan 120 orang mati dan 4,500 cedera dalam serangan ke atas penyokong Ikhwan yang berkumpul berhampiran sebuah masjid di Kaherah. Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, tentera mula menembak sebelum solat Subuh. "Mereka menembak bukan untuk mencederakan, tetapi sengaja untuk membunuh. Kepala dan dada menjadi sasaran," katanya. Seorang wartawan berkata, dia melihat 20 mayat di selimut kain putih yang berlumuran darah di kawasan lapang yang dijadikan pusat rawatan sementara oleh anggota Ikhwan di Masjid Rabaa al-Adawiya, sebuah masjid di timur laut Kaherah. Mangsa lain dibawa ke hospital berlainan. Penyokong dan penentang Mursi mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara semalam, menghimpunkan ratusan ribu di jalan raya serta memburukkan lagi perpecahan di kalangan rakyat negara paling ramai penduduk itu. Lebih 200 orang terbunuh dalam keganasan yang meletus sejak penggulingan Mursi, termasuk sembilan kelmarin, kebanyakannya penyokong Ikhwan. Ketua Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang memainkan peranan utama menggulingkan Mursi selepas tunjuk perasaan menentang pemerintahannya, menggesa rakyat Mesir mengadakan perhimpunan untuk memberikannya mandat bagi menangani keganasan. Ratusan ribu menyahut gesaannya, tetapi penyokong Ikhwan tetap dengan tunjuk perasaan mereka, menuntut pelantikan semula Mursi yang semalam menghadapi tuduhan jenayah, termasuk membunuh. Gehad berkata, polis mula menembak gas pemedih mata selepas jam 3 pagi (6 pagi waktu Malaysia), menyasarkan penunjuk perasaan. "Ketika asap menyelubungi kawasan itu, peluru pula mula terbang," katanya. Beliau berkata, selain polis beruniform serba hitam, tembakan juga dilepaskan daripada anggota bersenjata yang menguasai bumbung bangunan di universiti kawasan berkenaan dan sebuah jambatan berhampiran. Agensi berita rasmi Mesir yang anti-Mursi memetik sumber keselamatan sebagai berkata, hanya gas pemedih mata dilepaskan untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Tidak ada senjata digunakan. Gehad berkata, penyokong Mursi terpaksa mengguna batu untuk mempertahan diri mereka. Di atas pentas masjid Rabaa, seorang penceramah menggesa orang ramai berundur selepas polis melepaskan tembakan. Bagaimanapun, penyokong lelaki enggan berundur kerana melindungi wanita dan kanak-kanak yang berada di dalam masjid itu. Ini kali kedua pembunuhan beramai-ramai dilakukan polis dan tentera Mesir terhadap penyokong Mursi. Pada 8 Julai lalu, 53 orang mati apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai selepas solat Subuh berhampiran perkarangan pejabat tentera di Kaherah. "Kejadian hari ini (semalam) lebih ganas. Tembakan dilepaskan secara rambang," kata Gehad. - Agensi HM KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
PENGERUSI MY WATCH PARAH DITEMBAK Posted: 28 Jul 2013 05:25 AM PDT Seremban – Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan, 29, parah manakala rakannya terselamat selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang Taman Awana Indah, Bahau, dekat sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa bersama rakannya, B Ramesh, 35, menaiki kereta BMW warna perak. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, sebaik menghampiri tempat kejadian mangsa yang baru saja mengambil rakannya itu dari taman berkenaan untuk keluar minum di pekan Bahau, dikatakan membuka cermin tingkap sambil menghisap rokok. "Tiba-tiba muncul sebuah motosikal Yamaha LC dari arah belakang di sebelah pemandu dinaiki dua lelaki dipercayai berbangsa India. "Pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya melepaskan sedas tembakan dari jarak dekat dan mengenai rusuk kanan mangsa sebelum suspek turun dan cuba menghampiri kereta terbabit. "Bagaimanapun, mangsa yang dalam kesakitan berjaya memecut keretanya manakala kedua-dua suspek dikatakan berpatah balik ke arah Rompin untuk melarikan diri," katanya. Hamzah berkata, kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, rakan mangsa berjaya memberhentikan kereta itu dan mengalih mangsa ke tempat duduk belakang sebelum memecut ke hospital. "Setakat ini, tiada saksi mengecam suspek malah mangsa juga tidak mengesyaki sesiapa. Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Pilah dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya. Menurut Hamzah, polis melakukan siasatan terperinci dari segenap aspek bagi mengetahui motif serangan serta mengesah suspek terbabit. Katanya, pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) melakukan siasatan dengan diselia pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri. "Saya tidak dapat memberikan komen lanjut kerana siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada sebarang petunjuk mengaitkan mana-mana pihak dalam kejadian ini. "Kita membuka siasatan kes ini mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh," katanya. Sementara itu, media pada Februari lalu melaporkan Sri Sanjeevan membuat kejutan apabila mengeluarkan kenyataan menerusi sebuah laman web mendakwa kononnya dia diancam akan ditembak polis kerana cuba membongkar aktiviti perjudian di Jelebu. Serentak itu, polis kontinjen negeri menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan itu. HM/MNH KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
LAWAK AHAD: USTAZ HILANG SELIPAR Posted: 27 Jul 2013 06:00 PM PDT Keesokan harinya ketika ke masjid untuk solat terawikh ustaz tersebut ternampak seorang budak memakai seliparnya yang hilang semalam. Ustaz tu pun menghampiri budak tersebut dan bertanya kenapa dia mencuri selipar barunya.Budak tersebut dengan selamba menjawab,"kan ustaz ada cakap dalam tazkirah semalam,kita kena buang yang buruk dan ambil yang elok..." |
Posted: 27 Jul 2013 03:00 PM PDT RAYUAN BANTUAN WANG JAMINAN MAHKAMAH DAN BANTUAN GUAMAN Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan sekutu gerakan anak muda lain seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sentiasa kedepan dalam menyusun massa rakyat termasuk siri mobilisasi protes terbuka bagi menyuarakan perbagai isu rakyat. Khususnya selepas PRU ke 13 isu penipuan SPR menjadi tumpuan mobilisasi. Kami terlibat secara langsung menjadi pengerak utama dalam hampir semua mobilisasi. Semua dilakukan secara rela tanpa arahan atau mengharap imbuhan hanya demi melihat negara ini diselamatkan. Semua dilakukan dengan sedar betapa tinggi risiko yang bakal dihadapi termasuk terpaksa menyediakan wang jamin dan khidmat guaman jika didakwa. Bermula dengan kes pendakwaan Safwan Anang dibawah akta hasutan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, syukur peguam datang secara sukarela tanpa bayaran tetapi SAMM telah mempersiapkan wang jamin sebanyak RM 5,000 bagi mengeluarkan Safwan dari penjara Sg. Buloh. Kemudian kes che'GuBard yang didakwa sebagai penganjur Himpunan #suararakyat505 #blackout505 di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya di mana che'GuBard setakat dua sesi mahkamah ini mewakili diri sendiri dan dalam proses mencari peguam sukarela. Cuma agak bernasib baik dalam membela diri sendiri che'GuBard mencipta sejarah berjaya membuatkan Hakim memutuskan dibenar ikat jamin tanpa nilai wang. Selepas itu Azhar Achil, Penyelaras SAMM Selangor juga telah didakwa di Mahkamah Majisteret Kelang kerana dituduh menganjurkan Ceramah Mobilisasi menjelang program #blackout di Padang Merbok. Beliau yang juga dalam mewakili diri sendiri mahkamah telah menetapkan RM 4,000 sebagai ikat jamin dan wang tabungan SAMM digunakan. Satu lagi kes dimana SAMM telah masuk wang ikat jamin ialah apabila aktivis pelajar sdr. Akram Ahmar yang didakwa engkar bersurai di depan Lokap Berpusat PDRM Jinjang ketika acara solidariti bersama Adam Adli yang direman telah diminta RM500 oleh mahkamah untuk diikat jamin. Cabaran paling besar menjelang Syawal , Isnin ini 29 Julai tangkapan kejadian protes di depan Parlimen pada hari pertama sesi parlimen akan didakwa. Seramai 33 orang akan didakwa (3 daripadanya wanita). Berdasarkan makluman dari pegawai penyiasat (IO) kes berkenaan dari IPD Dang Wangi menyatakan 33 akan dituduh dibawah Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai himpunan haram dan 17 orang dari mereka akan diberikan tuduhan tambahan iaitu akta 147 iaitu cubaan merusuh. Jumlah cukup besar iaitu seramai 33 orang, bayangkan jika seorang wang jamin RM3,000 bagi satu kesalahan maka ia mencecah RM150,000 nilai jaminan yang diperlukan. Jika tidak maka akan ada yang akan berpengalaman meraikan Eidulfitri dalam Penjara Sungai Buloh. Kepada peguam yang sudi membantu untuk memberi khidmat guaman secara sukarela kami mohon untuk tampil ke depan dari seluruh negara kerana selain kes ini kami akan cuba membina rangkaian peguam rakyat bagi kes-kes perlawanan rakyat di seluruh negara. Kepada yang berkemampuan diharap dapat bersama menyumbang bagi kami mengumpulkan dana yang cukup bagi tujuan ikat jamin, jika ada baki maka akan dikumpulkan bagi menjamin orang kena tuduh (OKT) berkaitan kes perlawanan rakyat dimasa hadapan. Wang jamin mahkamah ini tidak hilang selepas kes selesai ia boleh diambil balik. Untuk itu bagi penyumbang dana dalam jumlah besar dan punya keberanian agar tampil ke depan sebagai penjamin sendiri dan wang jaminan akan dibuat dalam buku akaun dibawah nama penyumbang (dalam akaun bank yang dibekukan mahkamah) dan selepas kes selesai penyumbang boleh tampil ke mahkamah dapatkan surat bagi mengambil semula wang jamin tersebut. Kepada peguam yang sedia berkhidmat harap dapat hubungi Safwan Anang 0148408219, Azmir Mustafa 0122231239 dengan smskan atau email ke samm4anakmuda@gmail.com butiran akuan sedia menyediakan khidmat guaman dan di mana . Bagi penyumbang dana bagi tujuan membantu gerakan dan khususnya ikat jamin kes 33 orang yang akan didakwa Isnin (29 Julai ini) boleh terus masukkan ke akaun Maybank 555041113224 atas nama Solidariti Anak Muda. Selepas menyumbang harap dapat sms ke no 0126937908 atau email ke samm4anakmuda@gmail.com bagi makluman pengesahan. Kami anak muda tekad untuk terus berjuang dengan sedaya upaya kami demi menyelamatkan satu satunya tanah air kita bersama , Malaysia. Namun kini kami memerlukan anda bersama semampu boleh. Sekian dan terima kasih. che'GuBard Penyelaras SAMM anakmudamalaysia KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan