Tukar Tiub |
- UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION GADAI NEGARA
- GERAKAN TIBAI NAJIB BERGERAK LAGI
- LAGI LAGI KESAH DARI KUALA BESUT
- SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH BUNUH ALTANTUYA
- GEROMBOLAN HANYA DAPAT 47% UNDI - JANGAN ANGKUH
- MAT SAID LAWAN IDRIS JUSUH
UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION GADAI NEGARA Posted: 13 Jul 2013 07:00 PM PDT Perjanjian TPPA Merosak Ekonomi Rakyat, Menggadai Kedaulatan Negara ! Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa semua pihak bersatu menentang perjanjian TPPA yang disifatkan sebagai satu bentuk penjajahan baru. Lebih malang apabila penjajahan baru ini dihalalkan oleh pemerintah di atas kepentingan tertentu yang tidak menyebelahi rakyat. Perjanjian multilateral terikat TPPA yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam juga berkisar tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka. Persoalannya, sejauh manakah industri perkhidmatan kita bersedia untuk berdepan syarikat gergasi super multinasional barat? Dari pengamatan SAMM, kesan TPPA sangat besar dan menyeluruh khususnya terhadap rakyat yang berpendapatan sederhana. Ianya lebih dari soal globalisasi perdagangan, ia turut meliputi penggubalan undang-undang bagi memberi laluan kepada agenda tersembunyi Amerika dan konglomerat dunia untuk terus menjarah negara, tanpa sempadan. Namun walaupun punya impak yang besar, perjanjian yang bakal ditandatangani pada Oktober nanti telah dibincangkan secara senyap dan penuh kerahsiaan. Apakah yang cuba disorokkan? Apakah melihat Perjanjian TPPA ini agak teknikal maka rakyat tidak berhak untuk mendapat penerangan dan memberi maklumbalas? Kita amat yakin banyak pemain industri tempatan masih memerlukan bantuan kerajaan dalam meletakkan perniagaan mereka ke landasan maju dan berdaya saing terutama golongan bumiputera sedangkan TPPA dilihat tidak mesra kepada dasar yang membezakan antara pemain tempatan dan antarabangsa. Bagaimanakah kerajaan memastikan kedaulatan Malaysia akan dijaga dan bukan dijadikan bahan belasahan Konglomerat Kapitalis di Tribunal Timbangtara Antarabangsa kelak? Contoh, di Australia, Kerajaan mereka disaman oleh Philip Morris Tobacco Company hanya kerana mereka mahu implement kotak rokok plain. Belum pun TPPA dilaksanakan sepenuhnya, konglomerat kapitalis sudah mula menunjukkan sikap sebenar mereka walaupun perundangan yang ingin dilaksanakan itu sebenarnya memberikan kebaikan untuk rakyat tetapi ia merupakan kemusnahan kepada konglomerat kapitalis. Justeru, konglomerat bertindak menafikan kedaulatan sesebuah negara dalam melaksana tindakan berlandas dasar dan perundangan negara tersebut. Kesedaran rakyat tentang isu TPPA amatlah penting. Maka SAMM bersama sekutu NGO dan front anak muda mahasiswa telah bertekad memastikan kefahaman tentang TPPA diperluas dan seterusnya melakukan beberapa aksi bagi menghalang kerajaan sewenang-wenangnya memetrai perjanjian yang menjahanamkan kehidupan rakyat negara ini. Bagi menambah momentum perlawanan terhadap perjanjian TPPA, beberapa siri demonstrasi telah disusun dan dijadualkan berlangsung pada 19 Julai 2013 bertempat di Masjid Wilayah. Demonstrasi 19 jun ini juga akan menyaksikan perarakan dari Masjid Wilayah ke ibu pejabat MITI untuk disampaikan sebuah memorandum. SAMM gesa warga lembah klang khususnya anak muda yang berkesempatan untuk hadir menyatakan bantahan terhadap perjanjian TPPA. Rundingan rahsia TPPA yang mengheret Malaysia harus dihentikan segera. SAMM tidak menolak kemungkinan mesyuarat perjanjian TPPA pusingan ke-18 yang akan berlangsung di Kota Kinabalu bermula 15 Julai ini digagalkan oleh rakyat. Ia sekaligus menunjukkan kepada dunia bahawa masih ada penentangan dari rakyat bagi menjamin negara ini tidak dijajah kembali dalam bentuk ekonomi global. Harus semua ingat, kesan TPPA terhadap rakyat adalah sangat besar dan cukup radikal, maka untuk melawan perjanjian dan persekongkolan penuh rahsia TPPA ini juga perlu bersifat radikal agar dunia tahu rakyat Malaysia tidak semudah diperkotak-katikkan. che'GuBard Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ------- |
GERAKAN TIBAI NAJIB BERGERAK LAGI Posted: 13 Jul 2013 01:00 AM PDT KOMENTAR TUKAR TIUBapa maknanya berita ini?berita ini adalah berita tibai najib jangan lupa sila ingatkan kembali sesudah bersih 2 najib telah pergi jumpa pope dan membuka hubungan diplomatik MAT MONGOL YANG BUKA HUBUNGAN sebelum ke rome najib hampir pengsan apabila baginda elizebeth pakai baju kuning dalam bilik tamu dihiasi bunga ros kuning Usir Duta Vatican CityKUALA LUMPUR 12 Julai - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam-Melayu mendesak kerajaan mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino kerana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran negara. "Tindakan biadab dan kurang ajar duta tersebut secara jelas membuktikan kehadiran beliau di negara ini bukanlah dengan niat yang baik tetapi tersirat agenda yang lebih licik. ----------- |
LAGI LAGI KESAH DARI KUALA BESUT Posted: 13 Jul 2013 12:00 AM PDT KUALA BESUT PAGI INI RESTORAN UNGGUN API ada rojak buah ada rojak ayam memang enak aku layan kerang bakar ini bukan makan serious aku melepak dalam restoran ini untuk mendengar gosip politik dalam restoran ini ada banyak jenis yang datang sentiasa penuh hingga ke sahur ada pelanggan tempatan dan ada pelanggan luar macam aku amat sibut sekarang kerana restoran ini tak jauh dari salah satu pusat pas BERSAHUR MELINTASI SEMPADAN pagi kelmarin aku melintasi sempadan masuk ke kelantan menuju ke tok bali bukan ke pasar tapi mencari sahur aku dapat maklumat ada ikan bakar dan pulut ikan lalu merentas jalan maklumat memang tepat banyak kedai makan dan restoran pasar tok bali aku ternampak tutup lalu pusing pulang ke kuala besut lalu singgah disebuah restoran ikan bakar aku memesan dua jenis ikan boleh dibakar kering boleh dibakar dengan rempah aku memilih dengan rempah dan paling menarik datang bersama ikan bakar ialah sepinggan nasi bersama ulam pucuk ketereh ulam timun ulam kacang botol bersama budu bersama air asam aku hanya minum air panas rasakan nikamtnya! PAGI INI aku bangun awal pagi initelah ada temu janji dengan penjual daging juga wajib ke pasar ikan tanpa mandi aku telah pergi ke pasar ikan memang ramai mak cik dan pak cik memang ramai tok peraih ramai mak cik beli ikan ujung minggu masak ikan comel comel agar suami tak cari bini baru pasar ini terletak disebelah jeti tepi kuala sungai besut yang masuk ke laut ini bangunan baru untuk sesiapa yang selalu mencari ikan segar yang selalu mencari ikan baru naik pasti akan tahu bahawa disetiap wilayah nelayan akan ada bangunan jabatan perikanan yang menyediakan tempat untuk ikan naik ikan akan ditimbang untuk dijadikan stastik maka kita tahu berapa banyak ikana yang dimakan oleh warga malaysia SATU KOMPLIN seharusnya aku ada cadangandalam setiap kapal dan perahu nelayan ada jaring - ada jaring penapis apabila ikan masuk pukat maka ikan ini wajib masuk ke jaring penapis dulu mana ikan kecil jatuh kembali ke laut yang besar sahaja boleh dibawa ke darat dengan cara bagini kita dapat memastikan ikan kita tidak lupus jika ikan kecil lagi anak ikan pun kita baham maka pasti ikan dilaut akan pupus IKAN DIPASAR aku beli dua jenis ikan merahikan ini aku kenal daging manis dan juga ikan parang bukan untuk aku tapi untuk kawan yang ibunya mahu buat asam pedas ikan parang harganya agak demokratik tetapi apabila aku sampai ke kereta ada seorang mak cik yang bertanya harga ikan ikan aku aduh! mengikut kata mak cik ini pagi ini harga ikan mahal kerana puasa kerana orang luar ramai datang suami mak cik ini muncul dia menyokong kesah isterinya nampak sang suami dan isteri datang dengan teksi milik mereka DAGING DAGING aku menepati janjipak cik penjual daging menyimpan tiga kilo daging untuk aku tapi BUKAN batang pinang yang aku mimpikan lalu aku hanya membeli sekilo satengah aku masih lagi belum bertemu daging batang pinang yang aku kenal NAK POTONG RAMBUT dari kelmarin aku mencari gedai guntingpusing pusing tapi gagal hari ini di jalan pantai tempat ceramah kelmarin aku terjumpa seorang abang melayu tukang gunting kedainya koyak rabak tapi amat menarik dinding terbuka luas dan angin laut datang menderu kedai gunting ini cukup menarik kedai gunting yang berlatarkan laut luas sayangnya abang tukang gunting yang bertopeng ini hanya menggunting rambut aku perlu bercukur lalu aku mengundur diri dan mengucapkan selamat hari raya abang ini ketawa TABIAT LAMA aku memiliki satu tabiatmacam anjing jika berjalan ke tempat baru sang anjing akan terkencing aku pula - jika sampai ke tempat baru akan potong rambut dan bercukur dieropah ramai orang ada satu tabiat bila sampai ke tempat baru anak anak muda eropah dapat cari kekasih baru di kuala besut ini mustahil tabiat ini boleh dilakukan tapi mungkin di pulau perhentian akan minah saleh yang sedang ingin mencari mamat tak kulup BERBUKA PETANG INI DI MANA masih belum tahu masih berangan angan merancang nak ke kota bahru ------- |
SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH BUNUH ALTANTUYA Posted: 12 Jul 2013 10:00 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB persoalan hakiki ialah kenapa razak baginda yang terlibat dalam kes bunuh altantuya dibebaskan tanpa diminta ulang bicara ini persoalan yang masih belum dijawab TERLIBAT KES BUNUH BUNUH PENYEDAP NAJIB KEADILAN mengecam tindakan Kerajaan Persekutuan mebuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes A Kugan. Tindakan ini langsung tidak prihatin kerana tindakan ini hanya memanjangkan penderitaan keluarga Kugan, termasuk ibunya N. Indra, yang telah terpaksa berjuang begitu lama dan gigih untuk memenangi keadilan untuk anaknya. Tidak patut seorang ibupun melalui pengalaman getir sebegini dan kita sewajarnya mengutuk sikap tidak berperikemanusiaan Kerajaan Persekutuan. Rayuan ini juga sekali lagi menarik perhatian terhadap kegagalan Kerajaan Persekutuan menerima kritikan terhadap dasar-dasar mereka dan ketakutan, malah fobia, terhadap apa jua bentuk kebertanggungjawaban. Justeru, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya membebankan keluarga malang ini dengan penderitaan berpanjangan dan membazir masa dan wang yang berharga, tetapi sebaliknya melaksanakan reformasi terhadap Polis Di Raja Malaysia sebagaimana didesak masyarakat sivil selama ini termasuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC). Pendokong IPCMC telah berkali-kali menekankan bahawa badan ini bukanlah satu konspirasi untuk menghina atau melemahkan PDRM tetapi sebaliknya melahirkan institusi polis yang benar-benar bebas dan berkesan demi Malaysia yang lebih selamat. Harus diingat, cadangan IPCMC ini mula-mula dibuat oleh Suruhanjaya Di Raja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah. Tujuannya juga agar tragedi seperti kes Kugan ini dan begitu banyak lagi kematian di dalam tahanan – yang menjejaskan nama baik negara – tidak akan berulang lagi. Jelas dan nyata sekali Kerajaan Persekutuan tersilap dalam membuat keputusan ini. NIK NAZMI NIK AHMAD PENGARAH KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYA -------- |
GEROMBOLAN HANYA DAPAT 47% UNDI - JANGAN ANGKUH Posted: 12 Jul 2013 09:01 PM PDT
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...HABIS NEGARA KENA JUAL.....kah kah kah kah kah kah.... NAK TANYA PUN TAK BOLEH... kah kah kah... -------- |
Posted: 12 Jul 2013 08:36 PM PDT PENCERAHAN DARI WARGA KUALA BESUT RESTORAN UNGGUN API "dalam restoran unggun api ini baru sakejap tadi kesah ini telah terdengar malah sesudah pru13 lalu hampir bergaduh kerana ramai kena kencing tup tup yb mati maka ini jadi berita hangat" Terbaekk ah berita ni bro tt.. on KESAH DAN CERITA DARI KUALA BESUT Anonymous on 7/13/13 MAT SAID LAWAN MAT DERIS pilihanraya ini penting untuk UMNO sebelum perhimpunan agung umno nanti..ini pertemuan dua musuh perang dingin antara Mat Said melawan Idris Jusoh...ini juga hidup dan nyawa BN/UMNO di Terengganu yg kaya dgn minyak...soal calon PAS tidak penting..tatkala PAS makin pudar di Kedah dan kelantan...PAS Terengganu makin kuat dan berpengaruh.. MAt Said dah ada 'banker' baru...seorang taikon yg dapat projek mining bukit besi dan pasar kedai payang...bangun anak muda..peliharalah Pasar Kedai Payang..kekalkan identiti sejarah turun temurun...kesianlah makcik pakcik tua nak meniaga..nanti pasar digantikan dgn hotel dan mek Donel,giant,Louis Vutton dan Birkin... on BERITA BARU MASUK DARI KUALA BESUT Anonymous on 7/13/13 KES PEWAJA calon BN dr kemamang?WTF... ini pertarubgab Mat Said VS Iblis Jusoh...nampaknya mat said nak sebar pengaruh di Besut...Mat said juga ada kroni..abu juling...jgn lupa beli The Star..Sabtu.. Abu Juling nak cuci tangan kat Perwaja..Abu Juling nak hentam Madey..Abu Juling nak salahkan ramai orang..Abu Juling nak duit modal buat Pasar kedai Payang..projek mat said..projek kasi undi pada Pakatan...mungkin jadi isu di besut nanti..rafizi bila nak masuk??? on CERAMAH TEPI PANTAI Anonymous on 7/13/13 DARI JAMIE D - ATAU JAMES DEAN Jamie D berkata... dah lama aku kagum, style penceritaan yang simple tapi ada pelbagai peristiwa dalam 1 masa. kisah2 begini hanya boleh dibaca beberapa kali dalam TT; ketika mencari makan di param dlm bulan ramadhan, ketika senja berlabuh, ketika musim pilihanraya atau ketika merantau melihat2 tempat org. Unik, itu yg aku suka. dalam serius ada lawak. mana tak lawak, elok2 bercerita pasal bakal calon yb, gulai itik + tuak, tiba2 terselit pasal minah salleh tetek kencang dan sarkot!! LPF takleh tapis! ini jujur at the highest level! i like!! kahkahkah ------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan