RAKYAT MARHAEN |
- TG Nik Aziz: AS, jangan angkuh dengan kuasa
- PRK Kuala Besut: Pasar nelayan akan diwujudkan kerana PRK...selepas 56 tahun memerintah...!!!
- PRK Kuala Besut: 'Che Long' Akui Tiada Cita-Cita Politik Dan Peribadi
- Persempadanan Semula: Apa Lagi Helah SPR?
- Mangsa Kapitalis: Rumah ganti tidak siap, pelarian perang Lahad Datu hidup dengan RM15 sehari
- PRK Kuala Besut: Kemiskinan aset BN ‘ikat’ pengundi
- PRK Kuala Besut: Pekerjaan terhad bentuk jurang masyarakat
- PRK Kuala Besut: Muslimat akan pastikan Che Long menang
- PRK Kuala Besut: Populariti bekas Adun, pengaruh Idris Jusoh bayangi calon
- PRK KUALA BESUT: LAWATAN CHE LONG DI PASAR RAMADHAN DISAMBUT DENGAN DEMO ANAK MUDA!
- PERANG ‘16:16’ DI PRK KUALA BESUT – SLOGAN BN SEPATUTYA ‘MAJORITI 4,000’
- PRK Kuala Besut : Muhyiddin Rasmi Pembinaan 'Lay Out ' Tok Saboh Atas Runtuhan Rumah rakyat
- Israel behind mystery attack on Syrian port - US sources
- PRK Kuala Besut : Bukan Pertandingan Siapa Lebih Mesra Media - Khalid Samad
- PRK Kuala Besut : PR Punya Formula Selesaikan Masalah 16:16
- PRK Kuala Besut: "Seluruh Gaji Dan Elaun Untuk Rakyat" - Salahuddin Ayub
- PRK Kuala Besut: "Undi Ambo Untuk Islam" - Che Long
- Najib meraban kaitkan Mesir dengan Malaysia
- Mesir: Lautan Himpunan Tolak Rampaskuasa, Tuntut 4 Perkara
- Mesir ; Kudeta Bakal Tumbang Tidak Lama Lagi
- Mesir akan terus menjadi tempat permainan kuasa asing
- Kami sedia sambut hari raya di sini - Penyokong Morsi
- Kajian: 63% bantah kudeta, sokong Morsi presiden sah
- Kerajaan tidak benar laksana kerajaan sementara PRU13 lalu, kata SPR
- Anak Razak Baginda (Altantuya) berhujah soal bangsa dengan NGO
TG Nik Aziz: AS, jangan angkuh dengan kuasa Posted: 13 Jul 2013 07:43 PM PDT Sikap AS itu adalah kelangsungan daripada penghinaan yang pernah dilakukan oleh regim sekular Mesir sebelum ini di bawah pimpinan Gamal Abdel Nasir, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak. Sesungguhnya penghinaan AS itu samalah dengan puak-puak Ahli Kitab yang sentiasa bersikap suka menghina orang Arab dan sanggup berdusta terhadap ALLAH. Menurut Al-Quran, Ahli Kitab itu berkata: "tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi (ditujukan kepada orang-orang Arab), dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap ALLAH sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)." (Maksud Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 75). Berdasarkan firman ALLAH SWT ini, seharusnya umat Islam menganggap penghinaan AS itu sebenarnya turut menghina secara langsung persoalan hak dan akidah umat Islam Mesir, malah di seluruh dunia. |
PRK Kuala Besut: Pasar nelayan akan diwujudkan kerana PRK...selepas 56 tahun memerintah...!!! Posted: 13 Jul 2013 07:39 PM PDT BESUT - Pasar nelayan akan diwujudkan di Kuala Besut di sini dalam masa terdekat bagi membolehkan nelayan menjual hasil tangkapan mereka secara terus kepada pelanggan tanpa melalui orang tengah. Menteri Pertanian dan Industi Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan pasar yang dijangka menelan kos RM200,000 itu akan disegerakan selepas tapak sesuai dikenal pasti memandangkan konsep pasar itu memerlukan ia dibangunkan berhampiran tempat pendaratan ikan. "Pasar itu sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan nelayan selain memudahkan pengguna membeli ikan segar pada harga lebih murah," katanya selepas merasmikan Program Mesra Ramadan di Kampung Seberang Barat di sini semalam. Sementara itu, Ismail Sabri menyelar dakwaan bahawa wang bantuan sara hidup RM200 yang diberikan kepada nelayan pada setiap bulan adalah cara untuk mengikat golongan itu supaya terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional. Sebaliknya, beliau menjelaskan wang itu diberi kepada semua nelayan tanpa mengira fahaman politik dengan tujuan membantu menambah pendapatan mereka terutama pada musim tengkujuh. - Bernama |
PRK Kuala Besut: 'Che Long' Akui Tiada Cita-Cita Politik Dan Peribadi Posted: 13 Jul 2013 07:29 PM PDT BESUT: Calon PAS, Endut @ Azlan Yusof menyifatkan kesediaannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bukan untuk kepentingan peribadi atau mengejar cita-cita politik. Sebaliknya kontraktor kayu itu berkata, penglibatannya dalam politik dan bertanding dalam pilihan raya merupakan tanggungjawab demi memperjuangkan parti. "Saya bukan bertanding untuk diri sendiri...untuk parti. Ini merupakan perjuangan parti yang diamanahkan kepada saya," katanya ringkas ketika ditemui di sini, Sabtu. Bagaimanapun Azlan yang dikenali sebagai 'Che Long' berkata, kesediaannya menceburi bidang politik adalah bagi membantu rakyat. "Niat saya nak tolong masyarakat di Kuala Besut. Saya cuba untuk membantu menyediakan keperluan asas serta menyelesaikan isu kemiskinan," katanya. Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Azlan bakal berhadapan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang merupakan seorang jurutera awam. Azlan dan Tengku Zaihan masing-masing merupakan calon muka baru. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu. |
Persempadanan Semula: Apa Lagi Helah SPR? Posted: 13 Jul 2013 07:22 PM PDT Persempadanan semula kawasan pilihanraya di Malaysia dilakukan pada 1958, 1966, 1974, 1983, 1992 dan 2003. Mengikut Perlembagaan Persekutuan dibawah perkara 113, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) diberi amanah untuk melakukan kajian semula persempadanan kawasan pilihanraya setiap 10 tahun. Persempadanan semula tersebut dilakukan berlandaskan kepada keadaan geografi dan topografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi. Ia juga atas kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi Parlimen dan DUN. Tujuan persempadanan semula dilakukan bagi memastikan tidak berlaku ketidak seimbangan sesuatu kawasan berpenduduk yang menyulitkan pentadbiran disebabkan berlakunya pertambahan penduduk. Keadaan ini lebih ketara berlaku di kawasan bandar akibat peningkatan proses pembangunan yang menjurus kepada migrasi penduduk secara aktif. Maka asas utama persempadanan semula ini samaada Parlimen atau Dun perlu berpaksi kepada rasionaliti jumlah pemilih, keluasan sempadan kawasan dan aksessibiliti yang dapat memudahkan wakil rakyat untuk berhubung dan berkhidmat kepada pengundi. Berdasarkan tahun akhir persempadanan semula pada 2003 maka SPR tidak ada pilihan selain melakukannya pada tahun ini. Walaupun ura-uranya mahu dilakukan pada 2011 lalu. SPR memberikan alasannya untuk dilakukan selepas PRU 13 kerana tidak mahu mengganggu perjalanan PRU tersebut. Apapun alasannya SPR yang berada dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh dan masa untuk mengkaji semula dan menyiapkan persempadanan kawasan pilihanraya yang baru. 'Gerrymandering' Selamatkan Najib Pada PRU 10 pada 1999, Ahli Parlimen Pekan yang kini menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 241 undi. Akibat persempadanan semula pada 2003, SPR telah memasukkan beberapa kem tentera yang sebelum ini berada dikawasan parlimen Kuantan ke dalam kawasan pilihanraya parlimen Pekan. Sejak itu Najib yang ketika itu menjadi Menteri Pertahanan berada dalam kemenangan selesa dalam setiap kali PRU walaupun Parlimen Kuantan akhirnya tergadai kepada Pakatan Rakyat sejak PRU 2008 hingga kini. Cara inilah juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh SPR bagi memastikan kemenangan besar Umno-BN dalam PRU selepas melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya. Walaupun kaedah ini terpaksa menggadai kawasan lain kepada pihak lawan. Dalam pengajian Sains Sosial dan Sains politik, kaedah yang digunakan oleh SPR untuk meneruskan kemenangan Najib itu disebut sebagai kaedah "Gerrymandering' Gerrymandering ialah satu tindakan memanipulasi pihak yang mempunyai kuasa politik dalam sesuatu negara/negeri dalam penyusunan dan pengaturan semula kawasan-kawasan pentadbirannya bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya yang akan datang. Read More / Baca Lagi >> |
Mangsa Kapitalis: Rumah ganti tidak siap, pelarian perang Lahad Datu hidup dengan RM15 sehari Posted: 13 Jul 2013 07:18 PM PDT Bagi rakyat Malaysia, bukan suatu yang menyenangkan untuk menetap di satu-satunya kem pelarian perang. Bernard Muddin tinggal beratapkan kayu untuk berteduh dari kepanasan matahari Kampung Tanjung Batu di Sabah – tempat yang semakin dilupakan. Kampung itu antara kawasan pertempuran beberapa bulan lalu, sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh rakyat Malaysia selama beberapa dekad. Ia menjadi perhatian dunia apabila penceroboh bersenjata dari Filipina menceroboh kawasan Lahad Datu pada Fabuari untuk membuat tuntutan bagi 'sultan' mereka. Pasukan keselamatan Malaysia menyerang dalam perang terbuka. Pada Mac, 65 orang terbunuh, antaranya enam orang awam di kampung berkenaan. Sekarang tiada lagi tindakan ketenteraan, tiada lagi laporan media, tiada lagi badan bebas atau sukarelawan, tiada badan bukan kerajaan, tiada personaliti berprofil tinggi yang cuba mencari peluang untuk bergambar. Muddin hanya duduk dan menunggu rumah baru yang dijanjikan siap bulan lalu. Untuk nasi dan makanan kering yang dihantar dua kali sebulan, untuk RM15 sehari yang keluarganya terima dari Jabatan Pertahanan Awam. "Kami terpaksa mengemas barang dan dipindah oleh pasukan keselamatan ke pusat pemindahan di Dewan Cenderawasih," kata Muddin kepada The Malaysian Insider merujuk kepada tempat pertama mereka dihantar sebelum tiba di kampung itu. "Selepas pengganas Sulu dihalau keluar oleh pasukan keselamatan Malaysia, kami fikir boleh pulang ke rumah. "Sebaliknya, kami dapati yang tinggal di Kampung Tanduo hanyalah sekam dan runtuhan rumah kami," katanya. Isterinya, Siti Rokiah Julpitli duduk di sebelahnya. Mereka ada lima anak akan tetapi tiga orang lemas di laut. Dua anak perempuannya yang berumur 19 dan 22 turut menetap di pusat pemindahan itu. Apakah selamat untuk Muddin dan keluarganya bersama 300 orang yang menetap di pusat pemindahan ini? Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Kemiskinan aset BN ‘ikat’ pengundi Posted: 13 Jul 2013 07:12 PM PDT BESUT: PAS mendakwa Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan kemiskinan rakyat sebagai aset penting kepada parti itu untuk mengikat pengundi setia bersama BN. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata Umno menjadikan kemiskinan rakyat itu sebagai aset penting kepada parti agar masyarakat dan pengundinya 'terlekat' kepada BN. "Kemiskinan itu seolah-olah menjadi aset kepada BN, menggunakan itu supaya rakyat dan pengundi 'terlekat' kepada BN. "Ini bukan suatu cara yang baik untuk membangunkan masyarakat, hendak membina masyarakat dan hendak membawa kemajuan kepada masyarakat. Bukan caranya meletakkan kebergantungan terus-menerus kepada BN sejak berpuluh tahun lalu," ujarnya. Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Markaz Besar Pilihan Raya N1 Dun Kuala Besut, di Kampung Baru, Kuala Besut dekat sini, semalam. Turut serta ialah Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. |
PRK Kuala Besut: Pekerjaan terhad bentuk jurang masyarakat Posted: 13 Jul 2013 07:10 PM PDT Masalah kemiskinan dan kemiskinan tegar masih menjadi fokus utama dalam kempen Pilihan raya Kecil N01 Kuala Besut yang sedang rancak berlangsung. Jemputlah datang untuk meninjau kawasan penempatan penduduk di pesisir pantai dan di sekitar perkampungan Tok Saboh. Tanda-tanda kemelaratan hidup rakyat di negeri 'Kuwait Malaysia' dapat disaksikan oleh semua orang. Sebagai contohnya, 'Rumah 30 Tok Saboh', istilah yang sedia difahami oleh masyarakat setempat. Seramai 30 keluarga diberikan rumah papan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau dikenali sebagai 'rumah ssekin' oleh masyarakat tempatan. Setelah lebih kurang 30 tahun berlalu, walaupun rumah papan tersebut telah berganti dengan rumah PPRT baru, tetapi kemiskinan menyebabkan anak-anak yang telah berkeluarga sendiri, beranak-pinak masih menetap dengan ibu bapa di sebuah rumah PPRT yang keluasannya sedia dimaklumi sehingga dua atau tiga keluarga menghuni sebuah rumah. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Muslimat akan pastikan Che Long menang Posted: 13 Jul 2013 07:08 PM PDT DEWAN Muslimat Pas Pusat tidak kecewa dengan pemilihan Pas meletakkan calon lelaki mewakili parti bagi menentang calon BN pada PRK Dun Kuala Besut, 24 Julai ini. Walaupun pada PRU13 lalu kerusi tersebut ditandingi calon Muslimat, Napisah Ismail, Dewan Muslimat menerima perkara itu dengan terbuka. Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Dewan Muslimat sebelum ini turut mencadangkan Napisah untuk bertanding semula di Kuala Besut pada PRK ini, namun Napisah menarik diri kerana faktor kesihatan. Sehubungan itu katanya, tidak timbul langsung isu kecewa atau tidak puas hati dengan pelantikan calon lelaki, malah Muslimat akan mengerahkan sepenuh tenaga memastikan calon bertanding mendapat sokongan sebahagian besar pengundi wanita di Kuala Besut. "Kita akan bekerja memberi kerjasama sepenuhnya dan insya-ALLAH, kita pastikan calon kita menang," katanya ketika ditemui di Majlis Penamaan Calon PRK Dun Kuala Besut di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut di Kampung Raja, Kuala Besut, di sini, kelmarin. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Populariti bekas Adun, pengaruh Idris Jusoh bayangi calon Posted: 13 Jul 2013 07:01 PM PDT Populariti Datuk Seri Idris Jusoh dan rekod cemerlang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar bakal menjadi cabaran besar buat calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan. Calon PAS Endut @Azlan Jusoh dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dilihat perlu menyaingi rekod A Rahman yang sangat disenangi penduduk setempat terutama masyarakat di Pulau Perhentian. Mengakui perkara itu, Ketua Kampung Pulau Perhentian, Zainuddin Mohd, 44, berkata A Rahman mengambil berat keadaan masyarakat, malah sanggup berada bersama mereka sehingga jam 2 pagi mendengar masalah penduduk. "Kalau nak banding kita tidak boleh buat perbezaan, macam Dr Rahman ini perlu jadi 'role model', kepada calon (yang bertanding)," katanya Zainuddin kepada The Malaysian Insider. Zainuddin yang menjadi ketua kampung sejak dua tahun lalu juga mengakui sikap A Rahman harus dicontohi calon BN. "Dia (A Rahman) tiada protokol. Tengku Zaihan perlu contohi dia," katanya yang mesra dengan panggilan Abang Din. Beliau berkata, pengaruh Idris yang juga Ahli Parlimen Besut turut menjadi cabaran calon bertanding. Hal itu juga diakui penduduk Pulau Perhentian, Dazrul Che Daud, yang berkata Menteri Pendidikan II itu sangat disenangi penduduk kerana usahanya membangunkan kawasan itu. "Majoriti orang di sini suka Idris. Dia bagus, buat kerja," katanya kepada The Malaysian Insider. Kerusi DUN Kuala Besut menjadi tumpuan ekoran kematian A Rahman dan menjadi kerusi pertama berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam tempoh kurang dua bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Read More / Baca Lagi >> |
PRK KUALA BESUT: LAWATAN CHE LONG DI PASAR RAMADHAN DISAMBUT DENGAN DEMO ANAK MUDA! Posted: 13 Jul 2013 03:03 PM PDT Betul kah anak-anak muda Kuala Besut tolak calon PAS PRK DUN N01 Kuala Besut Endut@Azlan Yusof@ Che Long. Ini berdasarkan rakaman gambar sekumpulan anak-anak muda sedang memegang plakad berarak ketika calon PAS Che Long sedang membuat lawatan mesra di Pasar Ramadhan Kuala Besut petang semalam. Rupa-rupa demo bukan bantah tidak menyokong calon PAS sebaliknya demo berikan sokongan padu kepada Che Long agar mencapai kemenangan dengan cemerlang. Dalam lawatan Che Long di Pasar Ramadhan petang semalam jelas sekali para peniaga pasar Ramadan yang juga anak watan Kuala Besut menerima kunjungan beliau dengan penuh mesra. Harapan DUN Terengganu menjadi 16-16 selepas 24hb Julai 2013 ini dikira Ins'ya Allah amat cerah. |
PERANG ‘16:16’ DI PRK KUALA BESUT – SLOGAN BN SEPATUTYA ‘MAJORITI 4,000’ Posted: 13 Jul 2013 02:53 PM PDT "Kebimbangan Muhyiddin dan pemimpin BN lain ada kewajarannya jika kedudukan 16:16 dan pastinya rakyat Kuala Besut perlu sedar pujukan pembangkang itu akan hanya meletakkan kerajaan Terengganu tidak stabil, sekali gus mengundang pelbagai masalah." Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mahu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) mengatur segera gerak kerja sesuai dengan Ramadan. Selain itu, katanya, gerak kerja itu perlu menghormati pandangan dan sensitiviti pengundi. Namun, di sebalik itu, apakan gerak kerja ittu berfokus dan mempunyai slogan untuk kempen BN di PRK Kuala Besut ini? Apakah 'Gelombang Biru Semakin Biru Di Kuala Besut' cukup 'umphh'? Saya fikir tidak! Semua pihak dalaam BN mengharapkan rakyat Kuala Besut tidak terpedaya dengan pujukan pembangkang mahu menjadikan kerusi pembangkang 16-16 dengan BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. Muhyiddin berkata, 17,683 pemilih berdaftar di kawasan itu seharusnya memilih jalan paling mudah bagi mengelakkan ia terjadi, iaitu dengan memilih calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, dan menolak calon PAS, Endot@Azlan Yusof, 48. Jadi, untuk menjuruskan pemikiran pengundi di PRK ini, selain menyesuaikan dengan gerak kerja yang mahukan kemenangan bergaya, UMNO dan BN perlu menanam ingatan dan dibenak setiap pengundi dengan slogan 'Majoriti 4,000'. Dengan slogan sedemikian, pekerja parti digerak dan ditanamkan dengan semangat 'Majoriti 4,000' sementara pengundi pula dikerah untuk menjamin sasaran majoriti 4,000 itu dicapai dengan jayanya. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut : Muhyiddin Rasmi Pembinaan 'Lay Out ' Tok Saboh Atas Runtuhan Rumah rakyat Posted: 13 Jul 2013 02:52 PM PDT BESUT - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri muhyiddin Yassin hari ini 13 Julai, merasmikan pembinaan flat empat tingkat diatas tanah 'lay out' Tok Saboh yang sebelumnya adalah tapak rumah rakyat miskin yang dirobohkan pada 4 Oktober 2012. Berikut adalah liputan buletinonline mengenai berita tersebut; Rampas Tanah, Roboh Rumah; Wakil Rakyat Umno Hanya Kata 'Nasiblah!' BESUT - Ketika wakil rakyat Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu tersenyum lebar diagunerahkan tanah masing-masing antara antara dua hingga lima ekar seorang tetapi tanah dan rumah rakyat dirampas dan dirobohkan. Kejadian yang memilukan hati itu berlaku sekitar jam 10.30 pagi di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tok Saboh di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Besut pada 4 Oktober lalu, ketika tuan rumah tiada di rumah. Tinjauan mendapati sejumlah lima buah rumah rakyat yang telah siap termasuk dalam pembinaan diroboh oleh pihak berkuasa kerajaan BN Terengganu. Anak-anak Rosli hanya mampu mengutip alatan dapur rumah mereka yang teah dirobohkan Mangsa kejadian roboh rumah, Encik Rosli Jaafar, 50, melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian tersebut kerana sebelum ini diberi kebenaran membayar Lesen Menduduki Sementara (TOL) bagi Jadual I pada bulan Mac 2012 lalu. Beliau keliru dengan tindakan Pejabat Tanah Daerah Besut yang sebelum ini membenarkan pembayaran lesen Jadual I serta melakukan kerja-kerja mengukur tanah bagi lot PT.1359 berkenaan. "Saya rasa sangat dukacita, kecewa, sedih dan keliru dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Pejabat Tanah Besut dan agensi terlibat. |
Israel behind mystery attack on Syrian port - US sources Posted: 13 Jul 2013 02:45 PM PDT |
PRK Kuala Besut : Bukan Pertandingan Siapa Lebih Mesra Media - Khalid Samad Posted: 13 Jul 2013 02:40 PM PDT |
PRK Kuala Besut : PR Punya Formula Selesaikan Masalah 16:16 Posted: 13 Jul 2013 02:36 PM PDT |
PRK Kuala Besut: "Seluruh Gaji Dan Elaun Untuk Rakyat" - Salahuddin Ayub Posted: 13 Jul 2013 02:36 PM PDT |
PRK Kuala Besut: "Undi Ambo Untuk Islam" - Che Long Posted: 13 Jul 2013 02:34 PM PDT |
Najib meraban kaitkan Mesir dengan Malaysia Posted: 13 Jul 2013 08:09 AM PDT DATUK Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Akhirnya, kata Najib, ia menyebabkan rakyat menuntut perubahan sekali lagi. Read More / Baca Lagi >>Siapa pun yang menjadi pemimpin kepada kerajaan tua BN tidak akan mensia-siakan peluang untuk mengeksploit kemelut di Mesir perihal bahayanya menukar kerajaan. Tun Mahathir Mohamad sewaktu berkuasa sehingga kini pun masih bercakap dalam nada yang sama; bahaya menukar kerajaan. Sekalipun, katanya, kerajaan yang ada (BN) bukanlah sempurna. Walhal situasi di Mesir berbeza sama sekali dengan Malaysia. Pertama kali rakyat bangkit menentang rejim Hosni Mubarak dua tahun lalu setelah merasakan kerajaan pimpinannya tidak membawa apa-apa perubahan dalam menjaga kebajikan rakyat, sedangkan pada ketika itu rakyat mengalami tekanan ekonomi yang sangat teruk. Isu utamanya masih persoalan 'bread and butter' atau periuk nasi, bukan perjuangan berteraskan ideologi. Cuma solidariti kebangkitan rakyat dibantu oleh pelbagai golongan, antaranya yang memperjuangkan keadilan sosial, menuntut demokrasi, yang menolak sekular dan memperjuangkan Islam, pejuang kebebasan bersuara, golongan miskin serta yang sekadar hadir untuk mencatat sejarah. Tanpa dipimpin oleh sesiapa, mereka semua bersatu menumbangkan rejim Mubarak yang tidak pernah mempamerkan model demokrasi sebenar di negaranya. |
Mesir: Lautan Himpunan Tolak Rampaskuasa, Tuntut 4 Perkara Posted: 13 Jul 2013 07:54 AM PDT MESIR12 Julai 2013 tarikh Mesir: Perhimpunan menolak rampasan kuasa serta mendesak Presiden sah Dr Muhammad Morsi dibebaskan yang bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi lautan manusia memenuhi wilayah Kaherah. Dianggarkan puluhan juta keluar menyertai himpunan tersebut semalam yang bertumpu di beberapa kawasan termasuk di Dataran Raba'ah yang menjadi pusat himpunan. Selain Raba'ah, tempat-tempat lain termasuk Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Iskandariyyah dan Almenia, Qina, Aswan, Asyut dan di Fayoum. Menjelang solat Jumaat, Khutbah membakar semangat di Dataran Raba'ah disampaikan Timbalan Menteri Wakaf Dr.Jamal Abdul Sattar. Dianggarkan lebih 3 juta penyokong memenuhi Dataran Raba'ah semalam. Kemudian selepas itu, pentas Raba'ah menyaksikan ucapan-ucapan bersemangat menuntut pembebasan Morsi. Antara yang ucapkan berkali-kali termasuk matlamat himpunan tersebut iaitu; 1) Kembalikan Presiden Mesir Dr.Mursi ke Istana Ittihadiyah tanpa apa-apa syarat bagi beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara. 2) Segera mengadakan Pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang dibubarkan. 3) Perlu menjayakan "Jawatankuasa Kebangsaan" yang diperintahkan oleh Presiden Mursi sebelum ini yang disertai oleh semua pihak dan lapisan masyarakat. 4) Sesiapa yang tidak berpuas hati untuk menghukum Presiden Mursi atau menyingkirkannya mestilah dilakukan mengikut perlembagaan." |
Mesir ; Kudeta Bakal Tumbang Tidak Lama Lagi Posted: 13 Jul 2013 07:53 AM PDT Melihat kepada penentangan rakyat yang semakin membuak-buak dan memuncak tidak mustahil pentadbiran Kudeta zalim di Mesir akan tumbang dengan sendirinya tidak lama lagi bayangkan puluhan juta rakyat berhimpun menyatakan bantahan semalam selepas solat Jumaat. Mereka berikrar untuk kekal di sana sehingga kerajaan zalim runtuh. Mereka sanggup berhari raya di kawasan perhimpunan mereka khususnya di Dataran Raba'ah Semalam Pentas Raba'ah mengumumkan bahawa jumlah kehadiran penyokong Morsi sehingga kini iaitu 3 juta di Dataran Rabaah Adawiyyah, Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah (2 juta), Giza (350 ribu), Ramsis (500 ribu), Istana Ittihadiyyah (150 ribu), Qina (100 ribu), Aswan (30 ribu), puluhan ribu di Fayoum, ratusan ribu di Asyut serta jutaan lagi di Iskandariyyah dan Almenia. Media juga melaporkan bantahan terhadap kudeta ini telah merebak ke seluruh dunia di mana mereka-mereka yang cintakan kedamaian dan demokrasi mula menyatakan sokongan terbuka kepada Morsi dan menentang tindakan rampasan kuasa yang meragut mandat rakyat kepada Morsi. Di Palestin rakyatnya berhimpun membantah rampasan kuasa ini. Begitu juga di beberapa negara umat Islam lain. Tidak syak kudeta bakal jatuh tersungkur dengan sendirinya. Sementara itu laporan menunjukkan bahawa sebagian besar rakyat Mesir menentang rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Morsi Sebuah laporan dari the Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion telah mengadakan kajian dan mendapati bahawa kebanyakan rakyat Mesir menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi. Dari dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan hanya 26 peratus menyokong kudeta tersebut, manakala sejumlah 63 peratus menentangnya, dan 11 peratus responden tidak memberikan pendapat. Kajian ini menjadikan rakyat seluruh Mesir sebagai responden dan dikatakan tahap kredibiliti kajian ini adalah lebih daripada 95 peratus. Kajian itu juga merumuskan bahawa jumlah orang yang menentang rampasan kuasa tentera itu hampir sama dengan dengan jumlah yang menyokong Konstitusi dalam referendum yang diadakan tahun lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Mesir akan terus menjadi tempat permainan kuasa asing Posted: 13 Jul 2013 07:48 AM PDT Mesir sudah menjadi sebuah negara yang kacau bilau. Mesir yang terkenal dalam sejarah sebagai negara yang bermulanya tamadun moden manusia kini boleh dianggap sebagai sebuah negara yang sudah hancur lebur dalam mana di negara itu sudah tidak tentu lagi mana yang benar dan mana yang salah. Semalam telah dijangka puluhan juta rakyat yang menyokong Mohamad Morsi akan berhimpun di Dataran Raba'ah dan ini merupakan himpunan terbesar di negara itu selepas tumbangnya Hosni Mubarak dua tahun lepas. Hosni Mubarak berkuasa selama 30 tahun dan isu yang dibangkitkan oleh rakyat ialah rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh beliau dan keluarga beliau. Itu adalah isu yang nyata benar. Tetapi kita tidak bertanya siapa dan tangan siapa yang bermain dalam isu penentang terhadap Mohamad Morsi itu? Isu rasuah itu dijadikan oleh pihak kuasa asing untuk membawa rakyat ke jalanan untuk menentang Hosni sehingga Hosni rebah dan jatuh dimata rakyat dalam kehinaan. Morsi mengambilalih kuasa setelah ketiadaan Mubarak melalui pilihanraya rakyat. Morsi yang mendapat 52 peratus sokongan rakyat hanya berkuasa selama hampir dua tahun sahaja kerana beliau telah ditumbangkan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan sokongan tentera Mesir setelah jutaan rakyat berhimpun di Dataran Tahrir beberapa ketika. Semalam, setelah Morsi ditumbangkan oleh sebahagian rakyat dengan bantuan tenteranya maka Mesir kembali bergolak dalam mana penyokong Mohamad Morsi kembali ke jalanan menentang pihak tentera dan yang menyingkirkan Morsi melalui sokongan tentera tadi. Begitulah keadaannya di Mesir dan keadaan ini berlaku tentunya kerana adanya permainan pihak luar dan pengaruh asing untuk melemahkan Mesir. Kehadiran Morsi sebagai pemimpin baru Mesir sebenarnya tidak di senangi oleh pihak barat terutamanya AS yang begitu tidak senang dengan pendirian Mesir terhadap isu Palestin dan Israel. Kuasa Barat yang begitu senang kedudukan mereka semasa pemerintahan Hosni Mubarak telah begitu gusar dengan pendirian Morsi dalam isu Timur Tengah yang masih bergolak sejak 1967 dahulu. |
Kami sedia sambut hari raya di sini - Penyokong Morsi Posted: 13 Jul 2013 07:46 AM PDT Dianggarkan puluhan juta keluar menyertai himpunan tersebut semalam yang bertumpu di beberapa kawasan termasuk di Dataran Raba'ah yang menjadi pusat himpunan. Selain Raba'ah, tempat-tempat lain termasuk Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Iskandariyyah dan Almenia, Qina, Aswan, Asyut dan di Fayoum. Menjelang solat Jumaat, Khutbah membakar semangat di Dataran Raba'ah disampaikan Timbalan Menteri Wakaf Dr.Jamal Abdul Sattar. Dianggarkan lebih 3 juta penyokong memenuhi Dataran Raba'ah semalam. Kemudian selepas itu, pentas Raba'ah menyaksikan ucapan-ucapan bersemangat menuntut pembebasan Morsi. Antara yang ucapkan berkali-kali termasuk matlamat himpunan tersebut iaitu; 1) Kembalikan Presiden Mesir Dr.Mursi ke Istana Ittihadiyah tanpa apa-apa syarat bagi beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara. 2) Segera mengadakan Pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang dibubarkan. 3) Perlu menjayakan "Jawatankuasa Kebangsaan" yang diperintahkan oleh Presiden Mursi sebelum ini yang disertai oleh semua pihak dan lapisan masyarakat. 4) Sesiapa yang tidak berpuas hati untuk menghukum Presiden Mursi atau menyingkirkannya mestilah dilakukan mengikut perlembagaan." Read More / Baca Lagi >> |
Kajian: 63% bantah kudeta, sokong Morsi presiden sah Posted: 13 Jul 2013 07:46 AM PDT MESIR: Sebuah laporan dari the Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion telah mengadakan kajian dan mendapati bahawa kebanyakan rakyat Mesir menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi. Dari dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan hanya 26 peratus menyokong kudeta tersebut, manakala sejumlah 63 peratus menentangnya, dan 11 peratus responden tidak memberikan pendapat. Kajian ini menjadikan rakyat seluruh Mesir sebagai responden dan dikatakan tahap kredibiliti kajian ini adalah lebih daripada 95 peratus. Kajian itu juga merumuskan bahawa jumlah orang yang menentang rampasan kuasa tentera itu hampir sama dengan dengan jumlah yang menyokong Konstitusi dalam referendum yang diadakan tahun lalu. Ini menunjukkan, yang menyokong Morsi di negara itu belum terpengaruh secara negatif oleh propaganda media yang dikawal tentera. Media pro-kudeta menyatakan bahawa majoriti rakyat Mesir menyokong rampasan kuasa. Melalui hasil kajian itu, mereka mendapati demografi penyokong rampasan kuasa adalah dari kawasan luar bandar. Di kawasan Mesir Hulu peratusan menyokong rampasan kuasa ini mencecah 83 peratus, berbeza dukawasan bandar seperti Kaherah iaitu 52.8 peratus. Kajian itu juga mendapati, 91 peratus bersetuju dan mengatakan bahawa rampasan kuasa ini adalah usaha untuk menghapuskan "kerajaan Islam". Read More / Baca Lagi >> |
Kerajaan tidak benar laksana kerajaan sementara PRU13 lalu, kata SPR Posted: 13 Jul 2013 07:44 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan garis panduan berhubung kerajaan sementara selepas pembubaran parlimen pada April lalu adalah kerana tidak mendapat lampu hijau daripada pihak kerajaan, kata anggota badan penggendali pilihan raya itu Datuk Dr. P. Manogran (gambar). Menurut Manogran lagi, kementerian berkaitan juga tidak membenarkan SPR melakukan sedemikian. "Kementerian yang berkaitan tidak membenarkan SPR untuk menyediakan satu garis panduan kepada kerajaan sementara menyebabkan kuasa SPR untuk melaksanakan peraturan berkenaan tidak berjaya," kata beliau semasa berucap di sebuah forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini. Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap persepsi orang ramai yang terus menyalahkan SPR berhubung permasalahan yang berlaku semasa pilihan raya lalu sedangkan SPR sendiri sudah mengambil tindakan seperti membuat laporan polis terhadap ejen daftar pemilih yang cuai. "Kita telah memberi kebenaran kepada ejen parti politik, badan bukan kerajaan dan wakil Institut Pengajian Tinggi untuk membantu SPR bagi melancarkan proses pendaftaran pemilih. Read More / Baca Lagi >> |
Anak Razak Baginda (Altantuya) berhujah soal bangsa dengan NGO Posted: 13 Jul 2013 07:43 AM PDT Anak perempuan penganalisis politik, Abdul Anak Razak Baginda berhujah dengan seorang pemimpin NGO Tindak Malaysia berhubung soal bangsa dan reformasi pilihan raya. Dengan memperkenalkan dirinya sebagai Rowena, dia menyoal pemimpin Tindak Malaysia, Wong Piang Yow mengenai ketiadaan bangsa dalam pembentangannya mengenai cadangan reformasi pilihan raya di forum Majlis Peguam dalam Kuala Lumpur. Dia berkata rakyat Malaysia masih mengundi mengikut garis perkauman dan bertanya bagaimana mungkin masyarakat minoriti melindungi status majoriti Melayu. Rowena (kiri) menarik perhatian hadirin terhadap negara Bahrain yang ditadbir oleh kerajaan majoriti Sunni, dan menurutnya, mereka tidak dapat melindungi majoriti Syiah. Di Malaysia, katanya, Wong mencadangkan sesuatu di mana golongan minoriti diberi kuasa, tetapi Rowena bertanya bagaimana mereka hendak melindungi hak-hak majoriti. Wong berkata soalan itu aneh, sambil menegaskan bahawa ia adalah perkara biasa bagi majoriti untuk melindungi minoriti dan bukan sebaliknya. "Bangsa majoriti di seluruh dunia biasanya akan menghasilkan perdana Menteri. "Anda bertanya bagaimana minoriti boleh melindungi majoriti, minoriti tidak dapat melindungi diri mereka sendiri, jadi bagaimana mereka boleh melindungi orang lain, " katanya. Representasi bangsa Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan