Sabtu, 13 Julai 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Che Det: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) Ikat Kaki Tangan Kita

Posted: 13 Jul 2013 01:21 PM PDT


[MK] Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata".

"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.

"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam.

Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan.

Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar.

"Seandainya kita terlupa, mereka melakukan ini pada 1997/1998," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober.

Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya.

Antara perjanjian sebelum ini yang berat sebelah, menurut Mahathir, ialah jualan air murah kepada Singapura sebanyak 6 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga tahun 2060, perolehan pesawat F/A-18 dengan fungsi yang terhad yang beliau sifatkan "alat permainan yang sangat mahal" dan bagaimana Perjanjian Perdagangan Bebas Asia (Afta) yang merugikan Proton.

TPPA melibatkan sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam - yang mengadakan rundingan mengenai terma perjanjian itu secara rahsia.

Berdasarkan apa yang diketahui melalui dokumen yang bocor, pengkritik memberi amaran bahawa perjanjian itu akan menyebabkan rakyat Malaysia membayar ubat-ubatan pada harga yang lebih mahal, menjejaskan undang-undang hak cipta dan tertakluk kerajaan persekutuan untuk tindakan undang-undang luar pesisir oleh syarikat-syarikat besar.

Sabah akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18 rundingan TPPA. Ia akan diadakan di Sutera Harbour itu dari 15 Julai hingga 25 Julai.

Sampai Begini Sekali Slogan Iklan & Aksi Model Produk Ubat Kuat???

Posted: 13 Jul 2013 05:00 AM PDT




P/s: Isteri siapa? Ibu siapa?

TM sudah banyak kali komen iklan seperti ini. 

Apa pandangan anda?



Wanita Campak Bayi Baru Lahir Sebelum Dilenyek Kenderaan

Posted: 13 Jul 2013 01:00 AM PDT



[HM] Beijing: Seorang wanita mencampak anaknya keluar dari tingkap sebuah apartmen sebelum bayi terbabit dilanggar sebuah kereta, lapor media semalam.

Rakaman kamera litar tertutup di situ menunjukkan sebuah beg berisi bayi perempuan itu terhempas ke jalan raya di pinggir bangunan. Ia kemudian dilenyek sebuah kenderaan. Ibu mangsa seorang pekerja salun rambut berusia 18 tahun melahirkan bayi itu di sebuah bilik mandi di tingkat dua bangunan berkenaan Selasa lalu.

Dia tinggal di apartmen berkenaan bersama hampir 10 penghuni lain.

Sumber berkata, sejurus selepas bersalin wanita terbabit pergi ke tangga di antara tingkat dua dan tiga sebelum mencampak bayinya dari tingkap.

Tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu mati kerana terhempas atau akibat dilanggar. Wanita itu kemudian ditahan atas kesalahan membunuh sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. - AFP

Cerita lanjut di sini.


P/s: Gila kejam!!!!



JAWI TIDAK Pernah Keluarkan Surat Kebenaran Kutip Derma, Kecuali...

Posted: 12 Jul 2013 11:00 PM PDT



[HM] Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak pernah mengeluarkan surat kebenaran kepada mana-mana pertubuhan mahupun orang perseorangan yang mahu mengutip derma untuk golongan fakir, masjid atau surau sejak 10 tahun lalu.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata, sekiranya ada pihak yang menjadikan surat kebenaran dengan cop JAWI sebagai bukti, ia palsu dan bertujuan mengaburi mata masyarakat untuk menjalankan aktiviti pungutan derma.

"JAWI sudah lama tidak mengeluarkan surat kebenaran atau permit bagi mengizinkan mana-mana pihak atau individu untuk mengutip derma daripada orang ramai. Hanya kutipan derma dikhaskan untuk rakyat Gaza di Palestin saja yang mendapat kelulusan JAWI.

"Bagi pertubuhan yang mewakili golongan fakir miskin atau anak yatim, mereka sebenarnya tidak perlu pun mengutip derma, sebaliknya kemukakan permohonan kepada Baitulmal dan kami sememangnya mempunyai dana khas untuk membantu golongan ini," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata, individu yang tergolong sebagai asnaf dan fakir sepatutnya menggunakan saluran atau prosedur yang betul jika mahu memohon sebarang bantuan.

Menurutnya, bantuan boleh dimohon daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atau Baitulmal Wilayah Persekutuan (Baitulmal).

"Banyak laporan kita terima menyatakan golongan ini tidak mahu memohon bantuan dengan cara betul berikutan perlu menyediakan dokumen yang banyak," katanya.

Katanya, sepanjang operasi pemantauan dilakukan pihaknya sejak tiga minggu lalu, 12 individu ditahan membabitkan 133 tabung kutipan derma di sekitar ibu negara dan Putrajaya.



Nafi Punya Nafi, Rupa-rupanya Anak Syarikat Malaysia Antara Suspek Utama Penyebab Jerebu Terburuk dalam 16 Tahun

Posted: 12 Jul 2013 09:00 PM PDT



[Kosmo] JAKARTA - Indonesia akan mendakwa anak syarikat ladang kelapa sawit ketiga terbesar di Malaysia berhubung kebakaran haram yang menyebabkan Singapura dan Malaysia dilitupi jerebu pada bulan lalu, kata polis semalam.

Syarikat tempatan tersebut, PT Adei Plantations merupakan anak syarikat KL Kepong Bhd.

Polis mendakwa firma tersebut menyebabkan jerebu terburuk dalam tempoh 16 tahun melanda Asia Tenggara.

"Mereka akan didakwa kerana menyebabkan kemusnahan alam sekitar," kata jurucakap polis nasional, Ronny Franky Sompie.

Pihak berkuasa masih menyiasat empat syarikat lain kerana turut disyaki terlibat dalam aktiviti pembakaran haram tetapi nama-nama syarikat itu tidak didedahkan.

Pada bulan lalu, Kementerian Alam Sekitar menamakan lapan syarikat Asia Tenggara sebagai suspek.

Dalam pada itu, KL Kepong menafikan pihaknya melakukan sebarang kesalahan.

Menurut firma itu, pihaknya melaksanakan polisi pembakaran sifar, manakala kebakaran yang dikesan pula berlaku di luar kawasan konsesi mereka.

Seseorang individu yang didapati bersalah melakukan pembakaran hutan berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda 10 bilion rupiah (RM3.1 juta).

Pihak berkuasa juga boleh merampas keuntungan dan menutup operasi syarikat yang didapati bersalah.

Polis berkata, lebih 12 orang telah ditangkap kerana melakukan pembakaran terbuka setakat ini.

Namun, tidak jelas sama ada mereka merupakan pekerja mana-mana lapan syarikat terbabit atau petani tempatan.

Sebahagian petani gemar menggunakan kaedah pembakaran hutan untuk membersihkan tanah kerana kosnya yang murah. - Reuters




Gigit Puting Payu Dara Ibu, Bayi Ditikam 90 Kali

Posted: 12 Jul 2013 06:50 PM PDT


[SH] GARA-gara menggigit puting ibunya ketika menghisap susu, seorang bayi di China yang baru berusia lapan bulan ditikam sebanyak 90 kali menggunakan gunting.

Xiao Bao ditemui bapa saudaranya dalam keadaan berlumuran darah lalu bayi malang itu dikejarkan ke hospital.

Dipetik dari Dailymail, nyawa Xiao Bao terselamat dan doktor yang merawatnya terpaksa menjahit hampir sebahagian besar wajahnya dengan 100 jahitan.

Si ibu kemudiannya mengakui telah mencucuk bayinya itu.

Jiran-jiran yang mengetahui perkara tersebut meminta kepada pihak berkuasa tempatan agar mengambil Xia Bao dari penjagaan ibu kandungnya itu.

Namun pihak berkuasa tidak dapat mencampuri kes tersebut kerana bayi itu sudah memiliki dua orang bapa saudara.

Mereka juga mengatakan tidak menemukan sebarang tanda yang menunjukkan ibu kandung Xiao Bao mengalami ganguan jiwa.


P/s: Tidak sempat menterjemah berita ini yang disiarkan dalam DM semalam.




Tiada ulasan: