Tukar Tiub |
- CERAMAH TEPI PANTAI
- KESAH DAN CERITA DARI KUALA BESUT
- BERITA BARU MASUK DARI KUALA BESUT
- KESAH KESAH DARI KUALA BESUT
Posted: 12 Jul 2013 10:11 AM PDT DARI KAMPONG PASIR tadi ada ceramah di kampong pantai tak jauh dari jeti ke pulau perhentian ada 300 orang yang datang untuk pertama kali calon pas berucap nampaknya kantoi tak tahu kenapa pas memilih calon ini dia hanya berucap tak sampai 4 minit hanya mengenalkan diri yang hebat berucap ialah yb dari rantau panjang tapi kempen gerombolan juga lembik yang kelihatan budak budak muda sedang memasang bendera dacing diharapkan mereka dapat upah kerana dalam pru13 yang lalu ramai telah kena kencing terutama pengundi luar isu utama disini ialah anak tempatan ini kerana calon gerombolan bukan anak tempatan dikatakan berasal dari kemaman tapi duduk di putrajaya ini sedang menjadi isu heboh dari warong ke warong kekuatan calon pas ialah dia anak tempatan peniaga pasir tuan punya kilang kayu ertinya peniaga bumiputer yang kaya tadi diumumkan jika calon pas ini menang dia tidak akan ambil duit gaji semua duit gaji akan digunakan untuk orang ramai ini janji calon pas kita lihat dan tunggu ------- |
KESAH DAN CERITA DARI KUALA BESUT Posted: 12 Jul 2013 10:11 AM PDT DARI RESTAURAN UNGGUN API KAMPONG NAIL sedang duduk di restauran unggun api tak jauh dari jeti ke pulau perhentian ini restoran cool tak jauh juga dari padang ceramah pas tapi malam ini ceramah di tepi pantai BERBUKA sekali dalam hidupwajib berbuka ditepi laut indah menghadap laut dan pulau angin dan ombak BERTEMU JUGA KHIRNYA akhirnya bertemu dengan gulai itik serati berbuka dengan kerabu mangga gulai pisang patin tempoyak goreng kacang pulut ikan ulam petai gulai batang keladi bersama kurma dari tunisia dan buah manggis terbaik tapi awas jangan beli air tuak di kuala besut tipu air tuak campur gula tak ada gas gagal gagal gagal sekali dalam hidup saperti melintasi sungai dari bintulu ke kuching - wajib berbuka puasa di tepi laut kuala besut PASAR RAMADAN pilihan masakan tempatan agak murah harganya dari kuala lumpur kakak tempat aku membeli gulai batang keladi membenarkan aku membeli 1 ringgit sahaja lalu mencuba pelbagai jenis di kl mustahil ada kakak yang sudi berbuat demikian panjangkan umur kakak ini dan murahkan rezeki kakak ini TERDENGAR BERITA ada juga difahamkan ada pasar ramadan yang lebih besar di kg raja akan cuba tapi esok telah berjanji dengan abang jual daging akan datang untuk mendapatkan 2 kilo daging teduh untuk yang tak biasa dengan daging daging teduh adalah yang terbaik lembut dan enak juga dipanggil daging batang pinang UNTUK GENG KING KONG DAN SARONG PARTY BOY banyak minah saleh cun berkopek tegang mudar mandir dalam pekan kuala besut ada yang nak pergi ada yang nak pulang dari pulau perhentian bulan julai ini adalah bulan menenui untuk orang pulau dan untuk mat sarong parti selamat mencuba dan jangan lupa pakai kondom POLITIK POLITIK dari heboh heboh politik telah terswbar berita bahawa pas memiliki peluang yang baik dari culaaan kemungkinan pas menang adalah baik menang tipis kenapa? kerana mengundi hari rabu ramai pemgundi luar tak balik mengundi juga berita telah tersebar bahawa ramai pengundi luar telah kena kencing pada pru13 pengudi diluar dijanji 200-300 ringgit tak tahu siapa sudah kelepet duit ini pasal itu kesah ini mula tersebar dalam restoran unggun api ini baru sakejap tadi kesah ini telah terdengar malah sesudah pru13 lalu hampir bergaduh kerana ramai kena kencing tup tup yb mati maka ini jadi berita hangat petang tadi di pasar ramadan ada mamat dan minah dacing menyebarkan buku komik mat mongol kah kah kah sapa yang belum ada sila cari cukup lawak ini kesah mat mongol tapi tetiba saje mat mongol kahwin dengan rosmah tak ada cerita bini pertama mat mongol tak ada kesah rosmah menjanda 7 kali kah kah ah di jalan besar ada mamat beri baju t kami benci najib tak tahu siapa punya kerja mungkin ini geng muhyiddin TOK BALI telah difahamkan bahawa ikan dari tok bali banyak ikan dari siam ertinya ikan ini telah dicampur dengan kimia mayat maka rancagan untuk cari ikan di tok bali telah dibatalkan PASAR IKAN KUALA BESUT ada pasar besar tepi sungai ini nelayan naik tapi di sepanjang jalan dari kuala besut ke jerteh ada banyak pasar dan kedai jual ikan segar boleh mencuba nasib ok akan disambung.. ------ |
BERITA BARU MASUK DARI KUALA BESUT Posted: 11 Jul 2013 11:40 PM PDT TERBARU DARI KUALA BESUT cerita sudah tersebar calon united malays national organisation bukan orang tempatan calon gerombolan ini kelentong calon gerombolan ini berasal dari kemaman dalam politik kampong ini anak tempatan atau orang luar menjadi isu dan nampaknya calon gerombolan ini sedang menyamar CUACA PANAS kuala besut panas tapi disejukkan oleh angin laut tempat menulis ini tidak jauh dari laut -------- |
Posted: 11 Jul 2013 11:20 PM PDT TUKAR TIUB DI KUALA BESUT pagi ini kami sampai ke kuala besut hampir jam 6 pagi kami sampai kami bersahur di simpang gua musang ikan percik gulai ayam ikan masin pajeri nenas ha ha ha kami tahu kami dah sampai kelantan kerana kuah yang kami makan terasa manis kami juga meminta semangkok sup perut muda perut tembusu - untuk merasa ok tapi tidak akan mengulangi kerana tidak dapat menandingi satay temubusu di kajang yang top dalam ingatan ( ketika menulis ini - tedengar pak iman berkhutubah tentang bazaar ramadan ) tempat menginap tak jauh dari jeti ke pulau perhentian PAGI INI awal cuba mencari kedai gunting rambut cuba mencari siber cafe gagal tak sedar bahawa hari ini jumaat semua tutup ngelencong ke jertih dijalan behenti di pasar ikan usssha ussaha lihat lihat nampaknya ok membuat persediaan untuk membeli dan bawa pulang ke rumah jumpa daging segar 24 ringgit satu kilo di kuala lumpur 30 ringgit satu kilo kadang kadang 27 ringggit nak pesan daging batang pinang atau ada yang panggil daging teduh tapi tuan tukang sembelih dah pulang (akan cuba lagi) MENCARI GULAI ITIK maklumat sedang dikumpul untuk mencari gulai itik petang ini diharapkan berjumpa di bazar ramadan dari apa yang difahamkan memang ada gulai itik PELANCUNG POLITIK bendera kelihatan disana sini bendera pas dan bendera dacing contohnya kalau bendera dacing ada terpasang 250 helai pasti akan ada bendera pas terpasang 275 helai hakikatnya bendera pas lebih banyak pekerja pas kerja untuk perjuangan pekerja geromblan bekerja untuk duit SUASANA KEMPEN masih cooltak sibuk kalau tak ada bendera terpasang dijalan maka kita tak tahu ada prk di kuala besut ini NAMPAK awal tadi ternampak satu kumpulan DAPmereka baru pulang dari penamaan calon nampak mereka dalam kedai makan undi china tak banyak - ada 220 kerna itu idris jusuh berani suruh pas jangan tanding PERTANDINGAN INI BAIK untuk orang kuala besut prk ini adalah doa yang dimakbulkan bayangkan sebuah rumah dihapan tempat kami meninap banglo 3 bilik disewa sebanyak 5 ribu untuk 3 minggu inilah rezeki untuk orang kampong MARILAH KITA BERDOA dalam bulan puasa ini marilah kita berdoa agar sebulan sekali ada yb yang padam bayangkan betapa baiknya untuk ekonomi petang jumaat bulan ramadan ini hendaknya adalah lagi yb yang akan pergi jika mereka pergi sekarang maka inilah pengorban an yang terbaik untuk penyokong pengoraban yang terbaik untuk penyokong parti lawan CUBA TEKA KAMI DIMANA hahaha... nama kampong kami? namanya sungguh ganjil: kampong nail ertinya kampong paku ini mengikut kesahnya banyak paku ditemui kerana disini orang bertukang buat perahu dan kapal maka jadi kampong nial - kah kah kah tapi ada satu lagi kampong yang kami lintasi kah kah kah kampong cawat cukup erotik cukup memberahikan prk disini NOTA minta maaf ketika menulis ini gunakan lap top kawan tak biasa dan tak ada tikus maka lambat dan bercelaru NAK GI MANDI LAUT sesudah upload ini akan ke laut untuk sejukkan badan dan nak pastikan tak lapar SABENTAR TADI jam 2:00 tadi malikul sembab lalu dijalan depan tempat care aku menulis banyak kereta bodek mengiringinya termasuk sebuah ambulan ini jika malikul tersedak biji saga maka akan segera diselamatkan kah kah kah OK - nanti akan up date lagi ------ |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan