Jumaat, 12 Julai 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Wanita Sorok Pistol dalam KEMALUAN & Dadah dalam DUBUR. Wow!!!!

Posted: 11 Jul 2013 11:46 PM PDT


[HM] Oklahoma City: Seorang wanita dihukum penjara 25 tahun selepas disabitkan kesalahan menyorok senjata api dalam kemaluannya, selain dadah di dubur.

Selepas tuduhan dibicarakan, Christie Harris mengaku bersalah pada minggu lalu.

Keputusan penghakiman dibacakan kepada tertuduh semalam.

Christie didakwa menyorokkan methamphetamine - juga dikenali sebagai ice dengan niat mahu mengedarnya.

Dia juga dituduh menyembunyikan sepucuk pistol revolver dalam kemaluannya. Christie ditahan pada Mac lalu selepas seekor anjing pengesan membawa polis ke kereta dipandunya.

Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa jenis dadah dan sepucuk pistol separa automatik. Ketika dijel, Christie enggan melondehkan seluar dalamnya untuk membolehkan pegawai bertugas membuat pemeriksaan bahan larangan.

Dokumen mahkamah menyatakan, Christie memberitahu dia ketika itu datang bulan.

Bagaimanapun, Christie akhirnya mengalah dan ia membolehkan pegawai pemeriksa yang bertugas melihat "objek kayu dan logam" terjulur dari kemaluan suspek. 

Apabila diperiksa, objek itu ialah sepucuk pistol revolver. Pegawai bertugas turut menemui dua pek berisi sejumlah besar bahan kristal yang didapati kemudian sebagai ice. - Agensi



Perbuatan Lelaki Rakam Aksi Seks dengan Isteri; Aksi Adik, Kakak dan Ibu Isterinya Mandi Dilaporkan kepada Polis

Posted: 11 Jul 2013 07:29 PM PDT



[HM] Kuching: Seorang isteri nekad melaporkan kepada polis mengenai suaminya yang suka merakam dan menyimpan video aksi seks mereka serta aksi adik, kakak dan ibu wanita berkenaan yang dirakam curi ketika mereka mandi.

Wanita berusia 24 tahun itu turut kecewa apabila menemui lebih 20 rakaman video aksi seks milik suaminya berusia 31 tahun dengan beberapa wanita tidak dikenali.

Menurut sumber, itu kali kedua suri rumah melaporkan perbuatan jelik suaminya kepada pihak berkuasa selepas kali pertama pada 22 Jun lalu.

Menurutnya, wanita itu terjumpa rakaman video aksi mereka melakukan seks ketika mengemaskan ruang kerja dan memeriksa komputer suaminya, "Lebih memalukan apabila wanita itu turut menemui rakaman adik perempuannya, kakak serta ibunya mandi.

"Wanita itu tidak pasti bila suaminya merakamkan video terbabit, tetapi yakin ia dilakukan sendiri berdasarkan kelibat suspek ketika dia mengambil kamera digunakan selepas rakaman.

"Turut ditemui satu pemacu mudah alih mengandungi rakaman aksi seks suaminya dengan dengan lebih 20 wanita," katanya.

Sumber itu berkata, tidak tahan dengan perangai suaminya yang memalukannya serta ahli keluarga perempuan lain, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tabuan Jaya, petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.






[Video] Cerita Lama, Namun Masih Jadi Modal Fitnah...Anwar Jawab Fitnah IMF dan Bank Dunia di Parlimen

Posted: 11 Jul 2013 05:22 PM PDT





P/s: Memang bacul Ahli Parlimen BN! Mereka hanya berani bersuara di belakang!!!


Tiada ulasan: