RAKYAT MARHAEN |
- PRK Kuala Besut: Che Long ada kelebihan tersendiri pada pengundi
- LENSA MESIR: HARI JUMAAT PETANG DAN MALAM 12 JULAI 2013.
- PRK Kuala Besut: Che Long Dihina Kerana Tidak Berkelulusan Tinggi... Tapi Ramai Pekerja Bertaraf "Jurutera Dan Arkitek"
- PRK Kuala Besut: Cipta sejarah atau kestabilan?
- PRK Kuala Besut: PAS bertemu seramai mungkin pengundi untuk tawan Kuala Besut
- PRK Kuala Besut: Hasil minyak gagal ubah nasib penduduk
- PRK Kuala Besut: Che Long pernah jadi ahli Umno ketika zaman " tak cerdik ".
- PRK Kuala Besut: Polis beri amaran kepada parti degil
- Fareed's Take: Islamists & democracy in Egypt
- 'Ustaz nakal jangan sampai jual agama'
- Fenomena 'ustaz Youtube'
- Dr Asri : Pandangan Beliau Terhadap PAS
- PRK Kuala Besut: Che Long Mudoh Baso Sene Kiro
- PRK Kuala Besut: Bagaimana Rakyat Terengganu Nak Senang Seperti Pemimpin UMNO
- PRK Kuala Besut: Seawal minit pertama calon UMNO@BN dah mula sogok duit beli pengundi seramai 1,091 orang....
- Konspirasi Besar2an Untuk Menjatuhkan Mursi
- Son of Morsi to Pro-MB Demonstrators: We Are Willing to Sacrifice Our Lives for the Revolution
- Ucapan Osama Mursi: Teruskan Langkahmu Wahai Ayahandaku!
- Himpunan solidariti umah 'Mesir berdarah' Ahad ini
- Mesir Hari Ini
- Israel Bukan Musuh Arab?
- Malala Yousafzai's address to the UN
- #PRKBESUT13 #PRKN1 : SIDANG MEDIA SEMPENA HARI PENAMAAN CALON
- PRK KUALA BESUT: SIDANG MEDIA PENAMAAN CALON
- Ribuan penyokong Mursi bantah rampasan kuasa
PRK Kuala Besut: Che Long ada kelebihan tersendiri pada pengundi Posted: 12 Jul 2013 08:43 PM PDT | ||||||||||||||||||
LENSA MESIR: HARI JUMAAT PETANG DAN MALAM 12 JULAI 2013. Posted: 12 Jul 2013 08:39 PM PDT Di bawah ini adalah gambar sekitar di dataran Rabiatul Awadiah di Kaherah Mesir, 12 Julai 2013, tarikh Mesir.
| ||||||||||||||||||
Posted: 12 Jul 2013 08:37 PM PDT Sekalipun calon PAS yang dikenali sebagai "Che Long" itu hanya berkelayakan SPM, tetapi beliau telah membuktikan bahawa beliau berjaya di lapangan perniagaan dengan menjadi seorang kontraktor Kelas A... berbanding lawannya berpendidikan peringkat universiti tetapi hanya mampu menjawat jawatan makan gaji sebagai seorang jurutera. Sebagai kontraktor Kelas A, Che Long sudah pastinya mempunyai "pekerja-pekerja" bertaraf "jurutera" di projek-projek kendalian syarikatnya dan disitulah kelebihan orang yang menjalankan perniagaan sendiri berbanding dari mereka yang makan gaji! Seorang peniaga itu, walau sekecil mana pun kelulusannya tetap "seorang tuan yang bebas" berbanding yang mencari rezeki dengan makan gaji yang sentiasa terikat kemana saja dia pergi! Kedua, ingat pesan Rasulullab, orang berniaga itu ada kelebihannya kerana, 9/10 dari rezeki adalah di dalam dunia perniagaan. Malah Nabi Muhammad sendiri seorang peniaga di masa mudanya sebelum beliau diutuskan menjadi Rasul, dan semasa beliau diangkat menjadi Rasul pun, Rasulullah adalah seorang yang "ummi" (tidak tahu membaca dan menulis) namun baginda beriman dengan ayat-ayat Allah (mafhum surah Al-A'raf: ayat 158). Ketiga jangan lupa semasa PRK Manek Urai pada pertengangan tahun 2009 dimana Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempat untuk mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada calon PAS ketika itu, Fauzi Abdullah. Muhyiddin telah dilaporkan berkata: "Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi." Kata-kata tersebut jelas ditujukan kepada calon PAS yang merupakan seorang pemborong ikan yang tidak berkelulusan tnggi seperti calon BN. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||
PRK Kuala Besut: Cipta sejarah atau kestabilan? Posted: 12 Jul 2013 08:32 PM PDT Ketika PAS bertungkus lumus untuk menghasilkan kedudukan 16:16 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selepas 24 Julai ini, Umno pula berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerajaan negeri Terengganu kekal di tangan mereka. Bagi PAS, mereka mahu mencipta sejarah baru di Terengganu. Dengan kedudukan 16:16, mereka yakin pihak yang paling untung adalah rakyat Terengganu. "Ingat tak semasa kerajaan negeri Terengganu diperintah oleh PAS 1999 hingga 2004 lalu, siapa yang untung. Rakyat Terengganulah yang paling untung," kata seorang pemerhati politik Terengganu kepada The Malaysian Insider. Ketika itu, kerajaan Pusat di perintah BN manakala kerajaan negeri di perintah oleh PAS. Hasilnya, hampir semua rakyat Terengganu mendapat perhatian penuh kedua-dua kerajaan. Melalui wang zakat, kerajaan negeri membantu rakyat. Kerajaan Pusat pula memperkenalkan Wang Ehsan pada ketika itu. Semua rakyat yang bermasalah akan dibantu segera oleh kedua-dua belah pihak. Pendek kata, rakyat Terengganu ditatang umpama minyak yang penuh. Apa yang mereka hendak semuanya akan dapat. Ada lawak terkenal ketika itu. Bila pemimpin datang, mereka akan bertanya, apa yang rakyat mahu. Rakyat berkata, "Kampung kami selalu dilanda banjir." Pemimpin itu berkata, "Kami akan bina jambatan." Apabila rakyat berkata, "Tapi kampung kami tidak ada sungai." Pemimpin itu berkata, "Kita akan bina sungai." Namun selepas PAS kalah pada 2004, suasana itu tidak ada lagi. Rakyat yang menerima bantuan kerajaan pusat tidak akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri. Ini kerana, pihak yang mengendalikan bantuan itu semuanya datang dari satu pihak sahaja iaitu Barisan Nasional (BN). Hinggalah musim pilihan raya datang, suasana itu akan muncul semula. Inilah nostalgia yang mahu dihidupkan kembali oleh PAS dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut. Ia hanya boleh dilakukan kalau PAS menang dalam pilihan raya ini dan membuka jalan untuknya kembali mentadbir Terengganu semula. Jika itu berlaku, sekali lagi rakyat yang dapat untung. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||
PRK Kuala Besut: PAS bertemu seramai mungkin pengundi untuk tawan Kuala Besut Posted: 12 Jul 2013 08:29 PM PDT Untuk cuba menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN), PAS menggunakan pendekatan bertemu dengan seramai mungkin pengundi bagi memastikan kemenangan dicapai. Calon PAS bagi kerusi itu, Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long sibuk sejak diumumkan sebagai calon. Beliau dibawa ke hulu ke hilir oleh rakan-rakannya dalam PAS dan Pakatan Rakyat (PR) untuk bertemu dengan seramai mungkin rakyat menjelang pilihan raya kecil (PRK) bagi DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini. Sebaik saja selesai penamaan calon semalam, Che Long terus bergerak ke sana ke mari. Mungkin kerana itulah, beliau membuat persediaan awal. Ketika semua orang memakai kasut kulit untuk berarak, Che Long memilih untuk memakai kasut sukan. Namun kerana beliau adalah anak tempatan yang lahir dan membesar serta berniaga di Kuala Besut, ia tidak menjadi masalah kepadanya. Hampir semua orang sudah mengenalinya. Apa yang beliau perlukan hanya menyapa serta bersalam dengan mereka dan pastikan mereka yakin beliau mampu membantu menyelesaikan masalah mereka selepas ini. Pada hari pertama, sebaik sahaja selesai penamaan calon, Che Long memilih untuk solat Jumaat di Masjid Kuala Besut. Ia terletak dalam Unit Peti Undi (UPU) Seberang Barat. Kuala Besut mempunyai lapan peti undi. PAS hanya menang dua peti undi sahaja dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu iaitu di Bukit Puteri (majoriti 90 undi) dan Kampung Nangka (majoriti 79 undi). Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||
PRK Kuala Besut: Hasil minyak gagal ubah nasib penduduk Posted: 12 Jul 2013 08:26 PM PDT Antara rumah penduduk di pesisir pantai Kuala Besut. BESUT: Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Kuala Besut memerlukan perubahan dan pembangunan. Katanya, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya raya dengan hasil minyak tetapi keadaan penduduk di Kuala Besut masih ramai yang miskin. "Ini bermakna, kekayaan hasil petroleum lebih 20 tahun dulu tidak berjaya mengubah masyarakat di sini," ujarnya kepada pemberita, semalam. Beliau yang juga Naib Presiden PAS mendakwa kerajaan BN Terengganu sengaja mengabaikan pembangunan di Kuala Besut kerana menganggap rakyat tetap menyokong BN. Namun, katanya, senario politik Terengganu akan berubah jika PAS berjaya memenangi PRK ini dengan menambah 16 kerusi Dun. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||
PRK Kuala Besut: Che Long pernah jadi ahli Umno ketika zaman " tak cerdik ". Posted: 12 Jul 2013 08:23 PM PDT Bagaimanapun, Azlan atau lebih mesra dengan panggilan Che Long enggan memanjangkan isu berkenaan, sebaliknya menyifatkan penyertaan itu ketika zaman 'tidak cerdik' dan ketika itu juga, tidak ramai penduduk di sekitar rumahnya menjadi ahli Pas. "Tidak payah kiralah (zaman sertai Umno) kerana ketika itu orang Pas di kampung saya hanya lapan orang sahaja. Betul saya pernah sertai Umno tapi itu dulu, sekarang saya sudah sertai Pas dan ramai orang muda turut memberikan sokongan kepada saya (Pas)," katanya ketika ditemui sebaik selesai proses penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, Kampung Raja, di sini, semalam. Menurut Che Long lagi, sejarah penyertaannya dalam Umno juga dilihat dari sudut positif, terutamanya bagi menarik rakyat di kawasan berkenaan untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut. | ||||||||||||||||||
PRK Kuala Besut: Polis beri amaran kepada parti degil Posted: 12 Jul 2013 08:19 PM PDT BESUT – Polis Terengganu akan mengambil tindakan terhadap mana-mana parti politik yang didapati melanggar peraturan termasuk membawa kanak-kanak ketika perarakan penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, Kampung Raja, di sini, semalam. Read More / Baca Lagi >>Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, tindakan itu dibuat susulan laporan yang dibuat pegawai polis bertugas di kawasan berkenaan selepas mendapati ada penyokong parti politik tetap berdegil dan melanggar larangan dengan membawa kanak-kanak ke lokasi berkenaan. "Kita akan buat laporan untuk tindakan, malah kita turut merakam gambar mereka yang terlibat dan secara terang-terangan melanggar arahan serta undang-undang ditetapkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut sebaik selesai proses penamaan calon, di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Hamzah. | ||||||||||||||||||
Fareed's Take: Islamists & democracy in Egypt Posted: 12 Jul 2013 08:15 PM PDT | ||||||||||||||||||
'Ustaz nakal jangan sampai jual agama' Posted: 12 Jul 2013 08:13 PM PDT | ||||||||||||||||||
Posted: 12 Jul 2013 08:13 PM PDT | ||||||||||||||||||
Dr Asri : Pandangan Beliau Terhadap PAS Posted: 12 Jul 2013 08:11 PM PDT | ||||||||||||||||||
PRK Kuala Besut: Che Long Mudoh Baso Sene Kiro Posted: 12 Jul 2013 08:03 PM PDT | ||||||||||||||||||
PRK Kuala Besut: Bagaimana Rakyat Terengganu Nak Senang Seperti Pemimpin UMNO Posted: 12 Jul 2013 08:02 PM PDT | ||||||||||||||||||
Posted: 12 Jul 2013 03:15 PM PDT Tapi macam biasa la kut, aksi macam ni SPR takkan kata sebagai penyogokkan dan kalau buat petisyen pun aku yakin akhirnya orang yang buat petisyen tu terpaksa bayar kos RM30,000 pasa petisyen tu ditolak. Bharian melaporkan: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman hari ini menyerahkan sijil bagi "Dana Bakti Remaja" kepada penduduk di Kampung Baharu di sini.Taktau la pulak kalau aksi ni tak boleh ditafsirkan sebagai beli undi tak kira la inisiatif kerajaan negeri ka sapa ka tapi bila yang bagi tu calon, diringi pulak oleh bekas Adun apa lagi persepsinya, tak timbul dah inisiatif kerajaan negeri tapi yang disembangkan tentunya calon BN yang bagi. Akta kesalahan Pilihanraya 1954 seksyen 10 tertulis: 10. PenyogokanTapi taktau la pulak kalau kesalahan tu dibuat sebelum hari penamaan calon tak boleh disabitkan tapi ayat kat atas tu jelas menyebut " sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya". Lagi jelas bila bantuan tu diberikan kepada yang berumur diantara 21 dan 40 tahun. Umur 21 tahun tu dipillih pasai umur layak mengundi. Kalau betul nak bagi kepada remaja patutnya sijil tu dibagi kepada yang berumur seawal 12 atau 13 tahun macam dikategorikan oleh wikipedia. Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. - wikipedia.Tapi macam biasa la kut, aksi macam ni SPR takkan kata sebagai penyogokkan dan kalau buat petisyen pun aku yakin akhirnya orang yang buat petisyen tu terpaksa bayar kos RM30,000 pasal petisyen tu ditolak. | ||||||||||||||||||
Konspirasi Besar2an Untuk Menjatuhkan Mursi Posted: 12 Jul 2013 03:10 PM PDT Kejatuhan Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi, masih menjadi tanda tanya di kalangan para peneliti politik Timur Tengah. Siapakah sebenarnya di belakang gerakan menjatuhkan beliau? Golongan pembanghkang? Tentera? Atau siapa? Di antara sebab rasa tidak puas hati rakyat Mesir terhadap pemerintahan Presiden Dr. Muhammad Mursi ialah keadaan ekonomi yg memburuk dan keamanan yg meruncing. Bekalan petrol yg tidak mencukupi, menyebabkan kereta2 terpaksa beratur panjang di stesyen2 minyak. kekurangan gas masak juga menyulitkan suri rumah dan restauran2. Elekterik pula seringkali terputus. Di samping itu kadar jenayah bertambah. Rompakan, kecurian, serangan dan seumpamanya semuanya membuat rakyat merasa resah dan tidak selamat. Polis tidak menjalankan tugas mereka dan seolah2 tidak wujud. Trafik tidak terkawal dan jalan raya menjadi sesak serta tak keruan. Anda dapat melihat pada masa kempen tunjuk perasaan yg membawa kpd kejatuhan Mursi bagaimana banyak pejabat2 Partinya dan juga markas Ikhwan Muslimun telah dibakar begitu sahaja tanpa ada pihak polis cuba menghalangnya. Begitu juga serangan2 ke atas penyokong2 Mursi dobiarkan begitu sahaja tanpa polis masuk campur. Akan tetapi apabila Mursi jatuh segala2nya kembali pulih seperti biasa dalam sekelip mata. Bekalan petrol, gas dan elektrik semuanya menucukupi dan tidak terputus2 lagi. Malah polis mula muncul, bukan untuk mengawal jenayah, tetapi untuk mengambil tindakan ke atas penokong2 Mursi. Konspirasi ini melibatkan banyak pihak. Selain puak pembangkang yg sebenarnya tidak berdaya utk menghadapi Mursi dan Ikhwan, konspirator besar terdiri drps saki baki regim Mubarak, termasuk pihak tentera sendiri, yg menguasai ekonomi dan masmedia di Mesir. Tentera umpamanya menguasai kira2 40% drpd ekonomi Mesir, terutamanya dlm bidang pengeluaran barangan. Kroni2 Mubarak juga tidak kurang penguasaanya ke atas ekonomi Mesir. Gudang2 simpanan barangan dimiliki mereka. Syarikat2 pengangkutan yg berperanan mengidar barangan dalam tangan mereka. Read More / Baca Lagi >> | ||||||||||||||||||
Son of Morsi to Pro-MB Demonstrators: We Are Willing to Sacrifice Our Lives for the Revolution Posted: 12 Jul 2013 03:00 PM PDT | ||||||||||||||||||
Ucapan Osama Mursi: Teruskan Langkahmu Wahai Ayahandaku! Posted: 12 Jul 2013 02:59 PM PDT Memakai t-shirt Polo berwarna ungu dan kaca mata hitam Ray Ban, Osama Mursi berjalan menuju ke ruang temu bual dengan tenang dan yakin. "Apa yang saya nampak pada hari mendatang? Revolusi ini akan berjaya dan pemimpin yang sah bakal kembali. "Rakyat Mesir tidak akan sesekali takut lagi dengan ancaman penahanan ini," katanya dipetik CNN. Lebih seminggu lalu, ayah Osama, Presiden Mesir, Mohamed Mursi telah diguling oleh pihak tentera Mesir. "Ini adalah satu rampasan kuasa revolusi, rampasan terhadap demokrasi, rampasan kuasa Perlembagaan dan kehendak rakyat. Sementara itu, Menteri Pertahanan pada dasarnya mengatakan kepada jutaan rakyat yang mengundi dalam pemilihan Presiden dan referendum Perlembagaan "anda tidak tahu apa yang terbaik untuk anda. Saya tahu apa yang terbaik untuk anda'," katanya. Menurut agensi berita Al-Ahram, kerajaan baru sedang dibentuk dan Presiden sementara, Hazem El-Beblawi berkata, 70 peratus pemilihan jawatan di kementerian telah selesai. Pembentukan kerajaan baru dijangka diumumkan Isnin ini. Jutaan rakyat Mesir memenuhi jalanan pada 30 Jun lalu dan melaungkan 'pergi' terhadap Mursi, . Menurut Osama, perkataan 'rampasan kuasa' merupakan penghinaan dan istilah kotor yang merendahkan kepercayaan rakyat selama ini. | ||||||||||||||||||
Himpunan solidariti umah 'Mesir berdarah' Ahad ini Posted: 12 Jul 2013 02:52 PM PDT Program ini yang menampilkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan pidato serta mengupas isu terkini rampasan kuasa yang berlaku di Mesir. Program ini dijadual bermula jam 8.30 malam dengan solat Isyak dan Tarawih sebelum pidato dimulakan. Sheikh Abdul Ghani Al-Syahid Ahmed Yassin juga akan tampil menyampaikan pidato khas pada malam tersebut. Selain beliau, turut akan menyampaikan pidato termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Tuan Guru Harun Taib, Ketua Dewan Pemuda Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Mohd Yusoff. | ||||||||||||||||||
Posted: 12 Jul 2013 02:48 PM PDT | ||||||||||||||||||
Posted: 12 Jul 2013 02:46 PM PDT UAE telah menyuntik dana 3 billion ke Mesir selepas berjaya menumbangkan Dr.Muhammad Mursi. Ya Allah kau laknatkan mereka yang menentangMu. Berikan kemenangan kepada Dr.Muhammad Mursi dan rakyatnya. "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan" | ||||||||||||||||||
Malala Yousafzai's address to the UN Posted: 12 Jul 2013 02:43 PM PDT | ||||||||||||||||||
#PRKBESUT13 #PRKN1 : SIDANG MEDIA SEMPENA HARI PENAMAAN CALON Posted: 12 Jul 2013 02:42 PM PDT | ||||||||||||||||||
PRK KUALA BESUT: SIDANG MEDIA PENAMAAN CALON Posted: 12 Jul 2013 02:40 PM PDT | ||||||||||||||||||
Ribuan penyokong Mursi bantah rampasan kuasa Posted: 12 Jul 2013 02:39 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan