Khamis, 4 Julai 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRK N01 KUALA BESUT : Penamaan Calon 12/7 (Jumaat) Hari Undi 24/7 (Rabu)

Posted: 04 Jul 2013 09:16 PM PDT

Penamaan Calon 12/7/2013 (Jumaat) 
Undi Awal 20/7/2013 (Sabtu) 
Hari Undi Biasa 24/7/2013 (Rabu)

Morsi: Dipilih secara demokratik, diturun secara jijik oleh Zionis Mesir

Posted: 04 Jul 2013 08:38 PM PDT


Ketika Mubarak diguling oleh rakyat Mesir dan mereka tercari-cari bakal Presiden Mesir yang baru, Majlis Syura Ikhwan Muslimin (IM) telah membuat keputusan untuk tidak terlibat dalam pemilihan bagi mengisi kekosongan kerusi Presiden tersebut. Sebaliknya IM menyatakan bahawa mereka ingin terlibat dalam membangunkan kembali Negara Mesir dengan secara aktif terlibat di Parlimen bagi membentuk dasar-dasar dan polisi-polisi yang akan menguntungkan rakyat Mesir.

Dalam pilihanraya Parlimen Mesir yang pertama selepas kejatuhan Hosni Mubarak , Freedom and Justice Party (FJP), sayap parti politik IM, telah memenangi jumlah kerusi tertinggi. FJP telah memenangi 235 kerusi daripada 498 kerusi yang dipertandingkan. Ini merupakan penguasaan 47% daripada keseluruhan kerusi Parlimen.

IM telah mengambil pendekatan yang sederhana seperti yang yang dituntut oleh Islam. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan banyak membimbing umat dan amat bersifat inklusif. Antaranya adalah bahawa mereka akan bekerjasama dengan semua parti untuk sama-sama membangunkan negara Mesir baru. Pada ketika itu penulis telah berpeluang untuk mengadakan temuramah dengan salah seorang Naib Murshid Am IM, Dr Mahmoud Ezzat yang telah melakukan lawatan ke Malaysia pada bulan Januari 2012. Artikel tersebut telah disiarkan oleh Malaysia Harmoni: http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/pandangan/1467

Hasrat IM untuk tidak terlibat bagi mengisi kerusi Presiden Mesir ini telah mendapat pelbagai reaksi rakyat Mesir termasuk anggota dan pimpinan IM sendiri. Antaranya adalah anggota Majlis Syura IM pada masa itu, Dr. Abdel Moneim Aboul Fotouh yang telah secara terbuka membantah keputusan tersebut. Beliau berpandangan tindakan IM tersebut adalah tidak progresif dan melangkah ke belakang. Beliau akhirnya dipecat keanggotaannya dalam IM.

Walaubagaimanapun apabila pilihanraya Presiden semakin hampir, atas keperluan dan tuntutan semasa,  IM telah merubah keputusan awalnya dan kemudiannya bersetuju untuk menghantar calon untuk bertanding. Melalui FJP, IM telah menghantar dua calon iaitu Dr Khairat Al-Shater dan Dr Muhammad Morsi sebagai calon tambahan kerana dirasakan bahawa kemungkinan besar Dr Khairat Al-Shater tidak akan melepasi penapisan kelayakan untuk bertanding dan itulah yang berlaku.

Akhirnya seperti yang kita maklum Dr Morsi telah memenangi pilihanraya tersebut dan telah menjadi Presiden Mesir yang pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih melalui pilihanraya yang bebas dan adil.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Gagal - Mengingatkan Najib Tentang Kegagalan Dan Tradisi Umno Menolak Pemimpin Yang Gagal

Posted: 04 Jul 2013 08:37 PM PDT

Pilihanraya ke 13 baru saja berakhir. Walaupun menang dengan 133 kerusi dan masih mengekalkan kuasa tetapi semua orang lebih banyak bercakap mengenai kegagalan BN dan Najib. Tun Mahathir sendiri dalam ulasan awalnya mengenai keputusan pilihanraya, tidak menyangka Najib lebih teruk daripada Pak Lah manakala Tun Daim pula menyalahkan penasihat-penasihat Najib atas keputusan buruk ini.
Dan bayangkan keputusan PRU 13 jika tanpa bantuan Mahathir dan Daim. Pastinya keputusan lebih buruk dan mungkin sudah menjadi pembangkang hari ini.
Setelah menghasilkan buku Najib Perdana Menteri Terakhir, Kesilapan-Kesilapan Najib dan Asalkan Bukan Najib sebelum pilihanraya lalu, penulis kini tampil dengan buah tangan terbaru yang bertajuk Najib Gagal.
Buku ini memperhalusi pelbagai aspek kegagalan yang diraih Najib hasil keputusan pilihanraya umum yang lalu yang tidak pernah  dianalisa oleh mana-mana pihak sebelum ini. Buku ini juga ingin mengingatkan Najib bahawa beliau sebenarnya mengulangi sejarah buruk BN hilang undi popular pada pilihanraya 1969 dan menambah-burukkan  jumlah kerusi BN kepada 133 berbanding 140 yang dicapai oleh Pak Lah pada 2008. Berdasarkan pencapaian buruk Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 1969 dan Pak Lah  pada 2008, kedua-dua pemimpin itu ditolak kemudiannya kerana UMNO berpendapat pemimpin yang gagal meraih 2/3 majoriti dan tidak mampu mengekalkan undi popular adalah dianggap pemimpin yang gagal.
Read More / Baca Lagi >>

MB: SYABAS guna NRW beli kereta, baiki pejabat

Posted: 04 Jul 2013 08:35 PM PDT



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menurunkan kadar air tanpa hasil (NRW) mendorong kerajaan negeri membekukan perbelanjaan modal kepada syarikat itu.

Menurutnya, kerajaan negeri menyediakan RM784 juta kepada SYABAS dalam tahun 2011 seperti termaktub dalam perjanjian konsesi bagi membantu mencapai sasaran mengurangkan NRW kepada 20 peratus.

Namun, sehingga kini kadar NRW SYABAS tetap kekal melebihi 33 peratus, dakwanya.

Menurutnya, SYABAS hanya menggunakan 32 peratus daripada wang tersebut untuk mengurangkan NRW.

"Yang lain, mengikut audit negara diguna untuk membeli kereta dan membaiki pejabat-pejabat yang tiada kena mengena dengan NRW itu," katanya di sidang DUN Selangor pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

Muslim Brotherhood calls for demonstration

Posted: 04 Jul 2013 07:18 PM PDT


Friday's protest could be a gauge of Morsi's support base [Reuters]
The Muslim Brotherhood has called for mass protests in response to the military coup that led to the fall of former President Mohamed Morsi.
An Islamist coalition, led by the Brotherhood, urged people on Thursday to take part in a "Friday of Rejection" protest following weekly prayers.
The call is being seen as a test of whether Morsi still has a support base in the country, and how the army will deal with it.
Egypt's army released a statement later on Thursday on its Facebook page, saying that everyone had a right to peaceful protest, but that right should not be abused.
Excessive protests, the army warned, could lead to civil unrest, while re-iterating that it was not targeting any political group.
"Wisdom, true nationalism and constructive human values that all religions have called for, require us now to avoid taking any exceptional or arbitrary measures against any faction or political current," the statement said.
Glorious revolution
Read More / Baca Lagi >>

TV3 GELAR DR.MURSI DIKTATOR, JOM TENGOK APA PULA SINAR HARIAN GELAR DR. MURSI

Posted: 04 Jul 2013 07:15 PM PDT


Tahniah Sinar Harian anda bukan penyambung lidah yahudi.......

Malaysia perlu tolak kerajaan tentera Mesir

Posted: 04 Jul 2013 06:55 PM PDT

Mohd Azmi Abdul Hamid
MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan kerajaan Malaysia perlu menolak kerajaan tentera Mesir yang melakukan rampasan kuasa dan mengkhianati hasrat majoriti rakyat Mesir yang telah memileh Mohamed Morsi sebagai presiden Mesir secara demokratik dalam pilihan raya yang sah pada 2012 yang lalu.

51 % rakyat Mesir yang memilih Morsi untuk menjawat kerusi Presiden  Mesir tidak boleh diketepikan dengan mendakwa rakyat menolak beliau atas alasan demonstrasi yang diadakan yang tidak mewakili 3 % pun dari rakyat Mesir .

Dengan hanya beberapa ribu yang menunjuk perasaan anti Morsi berbanding jutaan yang menyatakan sokongan kepada Morsi tidak melayakkan beliau dijatuhkan oleh tentera dengan cara rampasan kuasa.

Jika Kerajaan Malaysia menerimanya bermakna Malaysia menolak demokrasi yang mengabsahkan kehendak rakyat majoriti dalam sistem demokrasi.
Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU13: Suara hati penyokong PAS

Posted: 04 Jul 2013 06:54 PM PDT

Ahmad Lutfi Othman,
Saya cuba mencari ruang untuk merakamkan pandangan penyokong akar umbi PAS dan Pakatan Rakyat, termasuk yang temui semasa perarakan Black505, 22 Jun lalu. Kebanyakan mereka datang dari luar ibu kota, mewakili hampir seluruh pelosok tanahair, dan mempunyai keprihatinan yang cukup tinggi dalam usaha memperkasakan parti menjelang PRU14.

"Kita memang patut teruskan bantahan terhadap SPR dan lebih bertegas mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya meletakkan jawatan, tetapi jangan lupa pula bahawa masih banyak yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi parti, terutama di kawasan majoriti Melayu," kata seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai aktivis PAS dari Johor. Beliau datang berkumpulan, bersama lebih 20 rakan yang mahu Parti Islam terus diperkasakan, dengan disiplin ahli-ahli yang lebih ketat.

"Eloklah dalam tempoh empat atau lima tahun ini, terutama untuk dua tahun pertama," tambah rakannya yang kelihatan lebih muda, mungkin dalam usia awal 20-an, "kita perbetulkan apa yang silap, koreksi kelemahan diri, periksa mengapa sokongan pengundi Melayu masih terbatas. Ia bukan hanya menyentuh PAS tetapi juga rakan-rakan dalam Pakatan. Persepsi negatif pengundi juga disebabkan oleh kenyataan dan tindakan kita sendiri."

Beliau sempat membisikkan rasa terganggu dengan situasi menjelang muktamar PAS, November ini. "Tapi lebih elok bersaing secara sihat dalam pemilihan kali ini, daripada berbalah dekat PRU14 nanti," katanya, ketawa kecil. "Saya nampak ada bibit-bibit perpecahan disebabkan isu-isu yang ditimbulkan agak personal dan kontroversial," sambungnya, perlahan.

"Biasalah," pintas saya, "PAS sebuah parti besar, ahli-ahlinya mewakili masyarakat yang lebih kompleks, kita patut lebih profesional menguruskan perbedaaan pendapat dan kemajmukan idea. Kalau nak menang, PAS tidak boleh terpisah daripada kerencaman dalam negara kita, itu belum kira Sabah dan Sarawak lagi."
Read More / Baca Lagi >>

Pertahankan Demokrasi, Hormati Pilihan Rakyat

Posted: 04 Jul 2013 06:52 PM PDT

Abdul Hadi Jusoh

Sehari dua ini kita dikejutkan dengan satu rampasan kuasa 'ala rimba' terhadap sebuah kerajaan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat melalui sistem pilihanraya. Saya percaya, kejatuhan Kerajaan Mesir dibawah pimpinan reformis Dr. Morsi di tangan pihak tentera, telah membuakkan emosi kemarahan dan kebimbangan umat Islam seluruh dunia.
Namun, jika ditelusuri pasti ada hikmah di sebalik kepahitan yang terpaksa dialami oleh saudara-saudara kita di bumi anbiya sana. Semuanya adalah dalam pengetahuan Allah SWT, yang tidak akan sesekali menjadi penyebab kepada kezaliman kepada mana-mana makhluk ciptaan-Nya. Hatta, seekor semut sekalipun pasti akan terbela haknya.
Pasti ada sesuatu kenapa Allah SWT 'menarik semula' satu kemenangan yang telah diraih berdasarkan jalan demokrasi, yang memberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka secara bebas. Tetapi akhirnya, diaibkan dengan satu rampasan kuasa oleh pihak-pihak yang dulunya sama-sama mahu mempertahankan prinsip demokrasi untuk menjatuhkan diktator bekas Presiden Hosni Mobarak satu ketika dulu.
Barangkali, asas kemarahan, kebencian dan kedengkian lebih menguasai pertimbangan untuk membuat pilihan pada waktu itu berbanding dengan niat dan hasrat untuk menggembalikan keadilan Islam yang sebenar di bumi Mesir gedung ilmu. Kerana, asas pertimbangan Allah SWT adalah kepada niat dan hasrat yang tersembunyi. Bukannya kepada yang dizahirkan, walaupun ia nampak begitu sempurna pada pandangan mata kasar kebanyakan manusia.
Barangkali itu jugalah, Allah SWT 'menarik semula'kemenangan saudara-saudara kita di sana, agar ianya tidak menjadi penyebab kepada mudarat yang lebih besar kepada umat dan agama dikemudian hari. Terutama oleh kalangan mereka yang bersikap 'opportunis' yang menjadikan semangat dan kecintaan rakyat kepada Islam sebagai 'kuda tunganggan' untuk meraih habuan kebendaan setelah berkuasa kelak.
Read More / Baca Lagi >>

“Apa yang kerajaan ‘pakat’ dengan Lynas? – Fuziah

Posted: 04 Jul 2013 06:38 PM PDT

Fuziah SallehKUALA LUMPUR, 4 JULAI: Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan sama ada kerajaan Malaysia telah 'berpakat' dengan Lynas kerana kenyataan yang bercanggah berhubung bahan buangan sisa toksik radioaktif.
Fuziah membandingkan kenyataan media Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).
Menurut Fuziah, Setiausaha Eksekutif AELB pada 8 September 2012 menyatakan Lynas wajib mengeluarkan sisa radioaktif dari Malaysia.
"Maksudnya AELB dan Mosti berkata, sisa mesti dikeluarkan daripada Malaysia. AELB menyatakan Lynas telah memberi surat terima untuk mengeluarkan sisa daripada Malaysia," kata Fuziah di Dewan Rakyat hari ini.
Namun menurut Fuziah, dalam syarat Lesen Pengoperasian Sementara (TOL) Lynas perlu menyediakan tapak pelupusan sisa kekal (PDF) dalam masa 10 bulan.
Justeru Fuziah menyimpulkan, berdasarkan syarat tersebut, tapak pelupusan sisa kekal berada di negara ini.
"Bila kita tanya dimana tapak PDF, ia tidak diberitahu. Kalau (sisa) kena bawa keluar negara, ia perlu dibawa keluar negara.
"Sekarang, timbul laporan daripada Lynas untuk mengitar semula sisa dalam bentuk baja, nak buat jalan, nak buat gypsum boards.
"Ini bercanggah dan berbeza. Rakyat Malaysia dan Kuantan khususnya perlu tahu. Apa yang sebenarnya berlaku. Kerajaan dah 'pakat' dengan Lynas?, soal Fuziah

Majlis Peguam bangkang cadangan undang-undang baru ganti EO

Posted: 04 Jul 2013 06:35 PM PDT

Majlis Peguam Malaysia membidas cadangan kerajaan untuk menggubal undang-undang baru bagi menggantikan Akta Ordinan Darurat (EO) kerana bimbang undang-undang itu bakal menjadi replika EO yang sekadar ditukar kepada nama baru.
Pengerusinya, Christopher Leong, membangkang undang-undang baru ala EO dikembalikan terutama jika ia hanya undang-undang lama tetapi `dipakaikan baju baru' menggunakan nama lain.
"Majlis Peguam belum melihat dan tidak tahu isi kandungan dan cadangan undang-undang baru itu. Apa yang penting, kami tidak bersetuju jika ia sama seperti EO. Undang-undang itu tidak boleh diterima kerana ia terdedah kepada penyalahgunaan," katanya.
Malah, katanya, kerajaan mengakui bahawa EO membawa mudarat kepada rakyat hingga menyebabkan ia dimansuhkan di Parlimen, tahun lalu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berhubung keputusan kerajaan menggubal undang-undang baru bagi menggantikan EO dan Akta Kediaman Terhad berikutan peningkatan kadar jenayah dalam negara selepas pemansuhan EO.
Leong berkata, pihak berkuasa belum menunjukkan data dan bukti ketara mengaitkan peningkatan jenayah jalanan dengan pemansuhan EO.
Read More / Baca Lagi >>

Munajat selamatkan Mesir di Masjid Negara hari ini

Posted: 04 Jul 2013 06:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Satu himpunan bagi membantah rampasan kuasa oleh tentera terhadap kerajaan mesir pimpinan presiden Mohamad Morsi akan diadakan hari ini.

Himpunan yang dinamakan Munajat Perdana Selamatkan Mesir akan diadakan di Masjid Negara sejurus selesai solat Jumaat hari ini.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) ini turut akan dihadiri pimpinan utama parti-parti politik, NGO Islam serta aktivis hak asasi.

Dalam satu kenyataan pagi ini, DPPWP menyeru semua umat Islam perihatin untuk turun bersama menolak tindakan rampasan kuasa sekaligus menyatakan solidariti terhadap Dr Morsi yang dipilih melalui sistem demokrasi yang sah.
Read More / Baca Lagi >>

Sekatan masuk ke Malaysia Timur Oleh Kerajaan BN menimbulkan persoalan

Posted: 04 Jul 2013 05:47 PM PDT

Sekatan masuk terhadap aktivis terkemuka dari British ke Sarawak beberapa hari lalu menimbulkan tanda tanya kerana negeri itu dan Sabah terbukti menjadi "deposit tetap" gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN).
Maka, mengapa mereka menjadi begitu gelisah sehingga mengharamkan enam tokoh pembangkang terkemuka setakat tahun lalu termasuk Nurul Izzah Anwar dan Datuk Ambiga Sreenevasan, sebelum mengharamkan Clare Rewcastle Brown pada Rabu lalu daripada memasuki negeri itu.
Apabila ditanya mengenai keengganan Malaysia Timur membenarkan kemasukan aktivis - semua daripada mereka adalah rakyat Malaysia kecuali Rewcastle, Datuk Dr Ewon Ebin dari BN hanya mengatakan kerajaan negeri di Malaysia Timur bertindak "mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan" negeri mereka.
"Mereka bukan suka-suka menghalang kemasukan semua orang. Mereka mempunyai sebab," kata Ahli Parlimen Ranau itu, enggan memberikan komen lanjut.
Rewcastle, yang juga adik ipar bekas perdana menteri Britain Gordon Brown, datang ke Sarawak untuk memberi keterangan dalam saman fitnah yang digambarkan sebagai disusun terhadap beliau.
Beliau adalah bekas wartawan BBC dan kini bertugas sebagai editor laman web pendedah maklumat Sarawak Report dan Radio Free Sarawak.
Clare kemudian menerima notis dari Jabatan Imigresen yang menghalangnya daripada memasuki Sarawak dan hampir tiga jam selepas itu, beliau dihantar pulang ke Singapura untuk mengambil penerbangan ke London.
Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan pula melontar pertanyaan: "Apa bentuk ancaman yang dibawa beliau kepada Sarawak. Jika dia seorang pengganas, mungkin kita boleh faham. Dia disaman, kemudian dihalang masuk ke Sarawak untuk kes pembelaannya. Ini betul-betul mengarut."
"Apa jenis imej yang cuba dipapar kepada dunia? Inikah bentuk layanan sesebuah negara demokratik kepada orang luar?" katanya.
Read More / Baca Lagi >>

TV3 BIADAP: USTAZ DON DANIYAL KECAM TV3 KERANA MENGGELAR PRESIDEN MESIR DR MORSI AL HAFIZ, SEBAGAI DIKTATOR..!!

Posted: 04 Jul 2013 05:40 PM PDT

Kebiadapan TV3 yang amat keterlaluan menggelar Presiden Mesir yang sah dipilih rakyat secara demokrasi mengikut perlembagaan, Dr Morsi sebagai diktator mengundang amarah dari pendakwah muda yang tersohor kini, Ustaz Don Daniyal.

Luahan hati di paparkan di laman sosial FBnya.

Apabila mengulas berkenaan presiden Mesir, Dr Morsy yang merupakan seorang pemimpin islam, tetapi ana sangat sedih dengan kenyataan ini TV3 menggelar beliau sebagai diktator.

Apa ini?
Tolonglah..

Dia seorang pemimpin islam yang berani menegakan yang Haq malah Al Hafiz.


Ya Allah.
Engkau jagalah pemimpin islam di mesir iaitu Dr Morsi Al Hafiz..

Engkau berikan kekuatan kepada dia. Kuatkan keimanan beliau. .

Ana nasihatkan kepada media dimalaysia.

Tentera islam bukan pemberontak tetapi mujahidin menegakan syria islam..ubahla. Takbir

KENALI SIAPA DIA PRESIDEN DR MOHAMED MORSI AL HAFIZ YANG DIGELAR TV3 SEBAGAI DIKTATOR!

Posted: 04 Jul 2013 05:38 PM PDT

MOHAMED Mursi Isa' al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik
Read More / Baca Lagi >>

Zionis Mesir Mengulingkan Kerajaan Islam Mesir.....!!!

Posted: 04 Jul 2013 05:37 PM PDT


Pemimpin Ikhwanul Muslimin telah ditahan pada hari Khamis (4/7) setelah tentera menggulingkan Muhammad Mursi dari kerusi presiden. Mereka ditahan di penjara yang sama.

Ketua Parti Gerakan dan Keadilan, Saad El-Katatni ditahan bersama Rashard al-Bayoumi, salah satu wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin. Mereka ditahan di penjara Torah, penjara yang juga ditempati mantan presiden Hosni Mubarak serta anaknya Alaa dan Gamal. Mubarak dipenjara setelah penggulingannya pada 2011. Sementara anaknya dipenjara kerana tuduhan korupsi.

Mursi dipenjara oleh pihak berkuasa tentera. Pihak berkuasa keselamatan menyatakan Mursi ditahan di salah satu pusat intelijen tentera.

Pejabat berita MENA yang disiarkan NYTimes melaporkan anggota Ikhwanul Muslimin juga telah ditangkap. Mereka dituduh memulakan rusuhan dan menganggu keamanan.

Mursi digulingkan dari kekuasaannya oleh tentera. Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour menggantikan tempat sebagai presiden. Mansour mengangkat sumpah pada Khamis (4/7) waktu tempatan.

Sementara itu kumpulan Ikhwanul Muslimin, parti yang didokong oleh Presiden Mesir Mohamed Mursi, menggambarkan penggulingan Mursi pada Rabu malam waktu tempatan (3/7) sebagai satu pengkhianatan.

"Hari menyedihkan buat aspirasi demokrasi Mesir, pengkhianatan terhadap revolusi dan jutaan orang Mesir percaya pada demokrasi," kata kumpulan itu sebagaimana dilaporkan Xinhua .
Read More / Baca Lagi >>

Media Malaysia melabelkan Dr Mursi sebagai diktator. Apakah pula komen PM Malaysia mengenai rampasan kuasa di Mesir?

Posted: 04 Jul 2013 05:35 PM PDT


Tinggal kenangan...Perdana Menteri mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir di Cairo selepas lawatan beliau ke Gaza.

 Media Malaysia melabelkan Dr Mursi sebagai diktator. Apakah pula komen PM Malaysia mengenai rampasan kuasa di Mesir?

PRK Kuala Besut: Ustaz lawan Ustaz ?

Posted: 04 Jul 2013 05:29 PM PDT

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut besar kemungkinan bakal menyaksikan pertembungan dua ustaz antara calon Umno dan PAS apabila nama yang paling popular meniti di bibir kalangan penyokong kedua-dua parti itu adalah personaliti ustaz atau mereka yang mendalami bidang agama Islam.
Calon yang paling popular di kalangan penyokong Umno adalah Nik Yusniza Nik Ismail, bekas Kadi Daerah Besut yang kini bertugas sebagai Pegawai Agama di Dungun.
Di pihak PAS pula, dua daripada tiga nama senarai pendek yang dikemukakan PAS dikatakan juga golongan ustaz.
Dua nama itu ialah bekas Adun Kuala Besut (1999), Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad manakala seorang lagi ialah Bendahari PAS Besut, Azlan Yusof.
Daripada 13 pilihan raya umum (PRU) dan satu PRK di Kuala Besut, PAS pernah memenangi empat kali iaitu pada PRU 1959, PRU 1969, PRU 1974 dan PRU 1999.
"Oleh itu, peluang untuk PAS menang dalam pilihan raya ini adalah cerah," kata Ketua Ulama PAS Terengganu yang juga tokoh PAS Besut, Husein Awang.
Husein pernah bertanding di DUN Kuala Besut dalam PRU 1990 tetapi tidak berjaya. Beliau kalah dengan majoriti hanya 246 undi sahaja.
Pada 1959, calon PAS yang menang ialah Mohamad Senari, Mohamad Said menang pada 1969, Husein Jusoh menang (1974) manakala pada 1999 kerusi itu dimenangi Nik Zawawi Nik Salleh.
Bagi Husein, yang pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu (1999 - 2004), semangat penyokong PAS untuk memastikan parti mereka menang dalam PRK ini amat tinggi.
"Semua mahu PAS menang untuk melihat apa akan berlaku apabila dalam DUN ada 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN dan 16 Adun Pakatan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Calon BN team Idris? Mat Said kena cantas lagi.....

Posted: 04 Jul 2013 05:27 PM PDT

PRK Dun Kuala Besut KUALA TERENGGANU – Pembangkang menjangka calon diketengahkan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK ) Dun Kuala Besut ini dipilih dari 'kem' Datuk Seri Idris Jusoh.

Adun Chukai, Hanafiah Mat berkata, perkara itu cukup jelas melalui pelantikan Ketua Umno Bahagian Besut itu sebagai Timbalan Pengarah PRK Dun Kuala Besut, seolah-olah mengetepikan kredibiliti Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Beliau berkata, perkara itu bukan sahaja mengejutkan beberapa pemimpin Umno, tetapi ada turut kecewa Ahmad tidak dilantik sebagai timbalan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengarah PRK di kerusi N1 itu.

"Adakah ini menandakan perselisihan di antara dua pemimpin ini masih berlanjutan? Melalui maklumat yang ada kita dimaklumkan bahawa Adun yang meninggal itu merupakan 'orang' Ahmad Said.
Read More / Baca Lagi >>

Guru, pelajar MTT solat hajat untuk Mesir

Posted: 04 Jul 2013 05:25 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Guru-guru dan para pelajar Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Kampung Tok Jiring, dekat sini mengadakan solat hajat memohon keselamatan kerajaan Islam Mesir di bawah pimpinan parti Ikhwanul Muslimin, hari ini.

Solat hajat tersebut dipimpin oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,Datuk Abu Bakar Chik yang juga memberi penerangan ringkas perkembangan politik semasa di Mesir.

Katanya, apa yang berlaku di Mesir turut dirasai oleh semua gerakan Islam seluruh dunia termasuk di negara ini kerana Ikhwanul Muslimin pilihan rakyat.

"Kita sangat rasa dukacita dan sedih dengan tindakan pihak tentera yang mungkin berkompromi dengan pemberontak untuk menjatuhkan kerajaan Islam Mesir di bawah kepimpinan parti Ikhwanul Muslimin," ujarnya.Read More / Baca Lagi >>

MUKA PENGKHIANAT: TENGOK WAJAHNYA YG MEROSAK KUASA ISLAM INI..

Posted: 04 Jul 2013 03:54 PM PDT

Adly Mansour
Presiden haram mesir yg merampas kuasa dari morsi.

 
Jeneral mesir yg haram jadah merampas kuasa dari morsi.

Mesir: Bukti Israel Dalang Mengulingkan Dr Morsi

Posted: 04 Jul 2013 03:26 PM PDT

 
Mesir dan Gaza...

Di antara tindakan awal pihak tentera Mesir selepas penggulingan Presiden Morsi ialah menutup terus 'Rafah Gate' yang merupakan laluan utama ( satu-satunya) perhubungan di antara Gaza dan dunia luar melalui Mesir. Pihak bersenjata Mesir juga telah menutup ratusan terowong-terowong bawah tanah di antara Gaza dan Mesir yang merupakan talian hayat kepada penduduk Gaza dan dikepung Israel sejak tahun 2007 lagi.

Kepada pihak yang menyokong penggulingan Morsi : Anda harus insaf bahawa ini adalah di antara ribuan 'pahala permulaan anda' kerana menyokong penggulingan Presiden Mesir yang sah yang telah dipilih oleh rakyat Mesir...

Mengapa Israel?
Pada 4 November 2012 iaitu kira-kira 10 hari sebelum serangan Israel ke atas Gaza, dilaporkan berlangsung pertemuan antara Amru Musa dengan bekas Menteri Luar Israel, Tzipi Livni (gambar).

Dalam pertemuan tersebut, Livni telah meminta secara langsung kepada Musa bagi 'menimbulkan kekeliruan' kepada kerajaan Mursi.
Musa kemudian kembali ke Mesir dan beberapa hari kemudian mencipta "krisis" dengan menyerang Panel Penggubal Perlembagaan yang dia menjadi salah seorang anggota panel.

"Krisis ciptaan" tersebut menyaksikan Musa mengetuai 12 orang anggota panel yang lain menarik diri beramai-ramai atas harapan panel tersebut menemui kegagalan dan rakyat akan bersama-samanya meminta panel tersebut dibubar.

Amru Musa, seperti Hamdin Sobahi juga yang menyertai
pertandingan Presiden Mesir menentang Mursi mengharapkan dia akan dinobat berada di kerusi nombor satu negara tetapi tewas.

Mengapa dengan Gaza?

Gaza ditadbir oleh sayap kanan Ikhwanul Muslimin. Ya sekutu kuat serta sayap kanan yang berkuasa besar dalam perang gerila. Hamas adalah sayap kanan Ikhwanul Muslimin. Dengan menutup Rafah, Gaza akan kembali terkepung. Tiada sumber makanan, perubatan dan yang paling penting tiada sumber senjata yang diseludup masuk.

Tanpa semua itu diharapkan Hamas akan kembali lemah dan penduduk Gaza akan menyerah dengan mudah kepada Israel. Segalanya satu konspirasi untuk memudahkan kerja Israel meluaskan pencerobohan ke atas tanah Palestine.


Apa berlaku di Turki?

Tidak lain tidak bukan kerja konspirasi yang sama. Ikhwan Muslimin perlu dirobohkan di mana sahaja mereka berkuasa. Tanpa Erdogan, ASWJ Syria akan musnah dengan mudah kerana kebanyakan senjata dan perubatan disalur dari dunia luar kepada Mujahiddin melalui Turki. Dan Erdogan mengizinkannya.

Apabila sekular memerintah? sendiri mau ingat bro!!! 

Aksi Israel Mesir: Askar menembak penyokong Dr Morsi.

Posted: 04 Jul 2013 03:20 PM PDT

Mursi Dan Pemimpin Ikhwanul Muslimin Berada di Satu Penjara

Posted: 04 Jul 2013 03:17 PM PDT

Pemimpin Ikhwanul Muslimin telah ditahan pada hari Khamis (4/7) setelah tentera menggulingkan Muhammad Mursi dari kerusi presiden. Mereka ditahan di penjara yang sama.

Ketua Parti Gerakan dan Keadilan, Saad El-Katatni ditahan bersama Rashard al-Bayoumi, salah satu wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin. Mereka ditahan di penjara Torah, penjara yang juga ditempati mantan presiden Hosni Mubarak serta anaknya Alaa dan Gamal. Mubarak dipenjara setelah penggulingannya pada 2011. Sementara anaknya dipenjara kerana tuduhan korupsi.

Mursi dipenjara oleh pihak berkuasa tentera. Pihak berkuasa keselamatan menyatakan Mursi ditahan di salah satu pusat intelijen tentera.

Pejabat berita MENA yang disiarkan NYTimes melaporkan anggota Ikhwanul Muslimin juga telah ditangkap. Mereka dituduh memulakan rusuhan dan menganggu keamanan.

Mursi digulingkan dari kekuasaannya oleh tentera. Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour menggantikan tempat sebagai presiden. Mansour mengangkat sumpah pada Khamis (4/7) waktu tempatan.
Read More / Baca Lagi >>

Jamal Elshayyal live from Nasr City

Posted: 04 Jul 2013 02:54 PM PDT

Tiada ulasan: