Kelab Greenboc |
- [VIDEO] PRK Kuala Besut Di Bulan Ramadhan, Penamaan Calon 12.7, Pengundian 24.7
- [VIDEO] Gelombang Penyokong Mursi Kini Sedang Banjiri Bulatan Rabiah
- Pertembungan Ustaz Dengan Ustaz Di PRK Kuala Besut?
- Mursi Dan Pemimpin Ikhwanul Muslimin Berada di Satu Penjara
- Polis Mesir Perintahkan Penangkapan 300 Tokoh Ikhwanul Muslimin
- 100 Wanita Dirogol Semasa Aksi Demonstrasi Anti Mursi
[VIDEO] PRK Kuala Besut Di Bulan Ramadhan, Penamaan Calon 12.7, Pengundian 24.7 Posted: 05 Jul 2013 12:01 AM PDT Pilihan raya kecil Kuala Besut ditetapkan pada pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai - kedua-duanya pada bulan Ramadan. Penamaan calon itu jatuh pada Jumaat dan dan pengundian pada Rabu. Masa berkempen ditetapkan selama 12 hari. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan perkara itu dalam mesyuarat khas hari ini di ibu pejabatnya di Putrajaya. SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua DUN Terengganu pada 27 Jun lepas. Kerusi DUN Kuala Besut di Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Kedua-dua BN dan PAS masih belum menamakan calon masing-masing. -mk Ulasan GB Alhamdulillah. Tarikh PRK Kuala Besut sudah pun diketahui. Kita berharap pilihanraya kecil yang berlansung di bulan Ramadhan itu nanti tidak dicemari dengan pelbagai aksi yang bersifat kurang ajar dan tidak baik seperti di dalam PRK-PRK yang lepas-lepas seperti yang dilakukan oleh kumpulan pemuda-pemudi di bawah ini: |
[VIDEO] Gelombang Penyokong Mursi Kini Sedang Banjiri Bulatan Rabiah Posted: 04 Jul 2013 11:40 PM PDT Penyokong Presiden Mesir Muhammad Mursi solat berjamaah bermohon untuk menyelamatkan presiden Islam tersebut di Lapangan Masjid Raba El-Adwyia, Kaherah, Rabu (3/7). (REUTERS/Khaled Abdullah ) Suasana kota Kaherah pada Khamis pasca-penggulingan Presiden Mohammad Mursi secara relatifnya tenang, namun warga Ikhwanul Muslimin pendukung Mursi bergelombang menuju Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah, Kaherah Timur. Gelombang massa dari Ikhwanul Muslimin itu mulai datang pada petang Khamis waktu tempatan. "Mursi pahlawan kami, Badie pemimpin kami," teriak orangramai, merujuk pada penggulingan Presiden Mursi dan penangkapan terhadap Mursyid/Pemimpin Tertinggi Ikhwanul Muslimin, Mohammad Badie. Mursi dikenai tahanan rumah segera setelah penggulingannya pada malam Rabu (3/7), sementara Badie dan Wakil Moursyid, Khairat Al Shater ditangkap pada hari Khamis atas perintah mahkamah. Kedua pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin itu dituduh bertanggung jawab atas terkorbannya lapan orang dalam aksi penyerbuan dari pendukung pembangkang terhadap Markas Besar Ikwanul Muslimin di Daerah Moqattam, Kaherah awal minggu ini. Pejabat Markas Besar Ikhwanul Muslimin itu dibakar oleh penyerbu dan barang-barangnya dirampas seperti komputer, meja, kerusi, bahkan daun pintu. Pejabat berita rasmi Mesir, MENA, melaporkan bahwa selain penangkapan terhadap Badie dan Shater, juga Ketua Partai Kebebasan dan Keadilan -- sayap politik Ikhwanul Muslimin -- Saad Katatni, dan lebih dari 300 pendukung Mursi di Kaherah dan di berbagai wilayah. Sementara itu, jaringan television nasional tempatan dan TV asing dilarang pihak berkuasa untuk menyiarkan tunjuk perasaan massa Ikhwanul Muslimin yang kini membangkang tindakan tersebut. Pelarangan itu berlaku segera setelah Mursi digulingkan, dan television hanya menyiarkan perhimpunan pembangkangyang gegap gempita merayakan kemenangan tuntutan mereka. Adapun television yang dianggap menyokong Moursi, yaitu Misr25 bukan saja dilarang, tapi langsung ditutup, begitu pula Al HafizTV dan Al NasTV bernasib serupa, dihilangkan dari udara. Di sisi lain, Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa 11 orang terkorban dan 506 orang cedera di 17 wilayah akibat pertempuran pendukung dan anti-Mursi pasca-penggulingan. Meskipun suasana kota Kaherah sehari setelah penggulingan itu relatifnya tenang, namun pejabat-pejabat, bank, dan kedai-kedai umumnya masih belum dibuka. Ketika berita ini dikirim pada petang Khamis, massa Ikhwanul Muslimin terus bergelombang datang memenuhi Bulatan Rabia.
|
Pertembungan Ustaz Dengan Ustaz Di PRK Kuala Besut? Posted: 04 Jul 2013 07:15 PM PDT Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut besar kemungkinan bakal menyaksikan pertembungan dua ustaz antara calon Umno dan PAS apabila nama yang paling popular meniti di bibir kalangan penyokong kedua-dua parti itu adalah personaliti ustaz atau mereka yang mendalami bidang agama Islam. Calon yang paling popular di kalangan penyokong Umno adalah Nik Yusniza Nik Ismail, bekas Kadi Daerah Besut yang kini bertugas sebagai Pegawai Agama di Dungun. Di pihak PAS pula, dua daripada tiga nama senarai pendek yang dikemukakan PAS dikatakan juga golongan ustaz. Dua nama itu ialah bekas Adun Kuala Besut (1999), Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad manakala seorang lagi ialah Bendahari PAS Besut, Azlan Yusof. Daripada 13 pilihan raya umum (PRU) dan satu PRK di Kuala Besut, PAS pernah memenangi empat kali iaitu pada PRU 1959, PRU 1969, PRU 1974 dan PRU 1999. "Oleh itu, peluang untuk PAS menang dalam pilihan raya ini adalah cerah," kata Ketua Ulama PAS Terengganu yang juga tokoh PAS Besut, Husein Awang. Husein pernah bertanding di DUN Kuala Besut dalam PRU 1990 tetapi tidak berjaya. Beliau kalah dengan majoriti hanya 246 undi sahaja. Pada 1959, calon PAS yang menang ialah Mohamad Senari, Mohamad Said menang pada 1969, Husein Jusoh menang (1974) manakala pada 1999 kerusi itu dimenangi Nik Zawawi Nik Salleh. Bagi Husein, yang pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu (1999 - 2004), semangat penyokong PAS untuk memastikan parti mereka menang dalam PRK ini amat tinggi. "Semua mahu PAS menang untuk melihat apa akan berlaku apabila dalam DUN ada 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN dan 16 Adun Pakatan," katanya. Pandangan beliau disokong Wan Azhar. "Kita mahu lihat apa akan berlaku jika Adun PAS membuat usul undi tidak percaya kepada Speaker misalnya. Ketika itu speaker yang dilantik BN tidak bolehlah mengundi kerana ia usul ke atasnya," kata Wan Azhar. Beberapa tokoh BN sebelum ini beranggapan jika PAS menang pun, ia tidak akan mengubah apa-apa kerana speaker yang dipilih BN akan menjadi undi penentu. PRK Besut diadakan selepas kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar minggu lalu akibat komplikasi paru-paru berair. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat jam 10.00 pagi nanti dan membuat keputusan mengenai tarikh PRK di DUN Kuala Besut. -TMI |
Mursi Dan Pemimpin Ikhwanul Muslimin Berada di Satu Penjara Posted: 04 Jul 2013 04:31 PM PDT Pemimpin Ikhwanul Muslimin telah ditahan pada hari Khamis (4/7) setelah tentera menggulingkan Muhammad Mursi dari kerusi presiden. Mereka ditahan di penjara yang sama. Ketua Parti Gerakan dan Keadilan, Saad El-Katatni ditahan bersama Rashard al-Bayoumi, salah satu wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin. Mereka ditahan di penjara Torah, penjara yang juga ditempati mantan presiden Hosni Mubarak serta anaknya Alaa dan Gamal. Mubarak dipenjara setelah penggulingannya pada 2011. Sementara anaknya dipenjara kerana tuduhan korupsi. Mursi dipenjara oleh pihak berkuasa tentera. Pihak berkuasa keselamatan menyatakan Mursi ditahan di salah satu pusat intelijen tentera. Pejabat berita MENA yang disiarkan NYTimes melaporkan anggota Ikhwanul Muslimin juga telah ditangkap. Mereka dituduh memulakan rusuhan dan menganggu keamanan. Mursi digulingkan dari kekuasaannya oleh tentera. Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour menggantikan tempat sebagai presiden. Mansour mengangkat sumpah pada Khamis (4/7) waktu tempatan. Sementara itu kumpulan Ikhwanul Muslimin, parti yang didokong oleh Presiden Mesir Mohamed Mursi, menggambarkan penggulingan Mursi pada Rabu malam waktu tempatan (3/7) sebagai satu pengkhianatan. "Hari menyedihkan buat aspirasi demokrasi Mesir, pengkhianatan terhadap revolusi dan jutaan orang Mesir percaya pada demokrasi," kata kumpulan itu sebagaimana dilaporkan Xinhua . Kumpulan tersebut juga mengutuk penutupan saluran television yang berorientasi pada Ikhwanul Muslimin dan penangkapan kakitangan mereka. "Penutupan saluran TV itu adalah lankah awal untuk penindasan, era pandangan tunggal," kata Parti Kebebasan dan Keadilan --cabang politik Ikhwanul Muslimin -- di akaun Twitternya. Pernyataan tersebut dikeluarkan setelah pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir dari kubu Islam itu dan mengangkat Ketua Mahkamah Tinggi Perlembagaan Adly Mansour untuk sementara memerintah di negeri tersebut sehingga presiden baru dipilih. |
Polis Mesir Perintahkan Penangkapan 300 Tokoh Ikhwanul Muslimin Posted: 04 Jul 2013 08:05 AM PDT Ahli Ikhwanul Muslimindan penyokong Mohamed Mursi membawa poster-poster wajah Mursi sebaik saja Presiden Mesir itu diigulingkan, di perkarangan Masjid Raba El-Adwyia Kaherah Polis Mesir telah memerintahkan untuk menangkap 300 pemimpin dan anggota Ikhwanul Muslimin setelah pihak tentera menggulingkan pemerintahan Presiden Muhammad Mursi pada Rabu malam waktu tempatan. Demikian kata jejaring rasmi akhbar Al-Ahram pada Khamis. Seorang pegawai kanan kementerian dalam negeri mengesahkan kepada AFP bahwa surat perintah penangkapan telah dikeluarkan untuk para anggota Ikhwanul Muslimin. Tetapi, pegawai berkenaan tidak memberikan keterangan lebih lanjut. Para pegawai sebelumnya menyatakan bahwa pasukan keselamatan telah menangkap dua orang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin yang rapat dengan Presiden Mursi. Kedua-duanya adalah Saad al-Katatni yang mengetuai Partai Kebebasan dan Keadilan sekaligus cabang politik Ikhwanul Muslimin serta Rashad Bayoumi yang merupaan wakil ketua gerakan Islam itu. Sementara laporan-laporan dari kota Mediterania, Alexandria, menyatakan sekurang-kurangnya nya 10 orang terkorban ketika lawan dan pendukung Mursi terlibat didalam pertempuran setelah tentera mengumumkan penggulingannya pada Rabu. Media rasmi dan para pejabat menyatakan tembakan-tembakan berlaku di kota wilayah pantai yang popular itu. Pejabat berita negara MENA, yang mengutip seorang pejabat medis tempatan, melaporkan 50 orang mengalami kecederaan dalam insiden pertempuran tersebut. Empat orang terkorban dalam pertempuran di kota utara Marsa Matrouh. Demikian kata gabernor negara bahagian itu. Sementara, Gaubernur Badr Tantawi menyatakan kepada Reuters melalui telefon dari kota Mediterania dekat perbatasan Libya bahwa sejumlah pendukung Mursi terkorban. -republika
|
100 Wanita Dirogol Semasa Aksi Demonstrasi Anti Mursi Posted: 04 Jul 2013 05:31 AM PDT Kaherah : Mengerikan! Hampir 100 wanita menjadi mangsa rogol yang berleluasa di Lapangan Tahrir, Kaherah, Mesir selama empat hari aksi demo anti pemerintah. Hal tersebut disampaikan organisasi HAM, Human Rights Watch (HRW) yang berpusat di New York, Amerika Syarikat seperti dilansir pejabat berita AFP, Rabu (3/7/2013). "Massa melakukan serangan seksual dan dalam beberapa kes memperkosa sekurang-kurangnya 91 wanita di Lapangan Tahrir … di tengah iklim kekebalan dari undang-undang," demikian disampaikan HRW dalam statemennya. HRW menyebutkan angka tersebut diperoleh daripada kumpulan antikejahatan seks Mesir, Egyptian Operation Anti-Sexual Harassment / Assault, yang membuka nombor hotline bagi para korban kejahatan seks. Disebutkan bahawa pada hari Ahad, 30 Jun lalu dilaporkan ada 46 kes rogol, 17 kes pada Isnin, 1 Julai dan 23 kes serupa pada Selasa, 2 Julai waktu setempat. Menurut kumpulan hak-hak wanita lain, Nazra for Feminist Studies, ada lima kes rogol saat demonstrasi pada hari Jumaat, 28 Jun waktu setempat. HRW menyeru pejabat-pejabat dan para tokoh politik Mesir untuk mengutuk dan segera mengambil langkah-langkah untuk menangani tingginya angka kekerasan seksual di Lapangan Tahrir yang menjadi ikon Kaherah itu. "Maraknya serangan seksual selama aksi demo di Lapangan Tahrir menekankan kegagalan kerajaan dan semua parti politik dalam menghadapi kekerasan yang dialami kaum wanita di Mesir setiap hari di tempat-tempat awam," cetus Joe Stork, Timbalan Pengarah HRW untuk Timur Tengah. "Ini kejahatan serius yang menahan wanita untuk menyertai penuh dalam kehidupan awam Mesir saat titik kritis perkembangan negara," tambahnya. Menurut HRW, beberapa wanita bahkan harus menjalani operasi usai mengalami pemerkosaan itu. "Mereka dipukul dengan rantai logam, kayu dan kerusi-kerusi, dan diserang dengan pisau," demikian statemen HRW. Beredar khabar angin bahawa rogol itu dilakukan para preman yang memanfaatkan ketiadaan polis keamanan di lokasi dan mereka yakin akan lolos dari jeratan undang-undang. Namun sejumlah pihak mengatakan, kejahatan-kejahatan seks itu merupakan usaha terancang untuk mencegah kaum wanita ikut berdemo dan untuk merosakkan imej demonstrasi antipemerintah. – Detiknews Ulasan GB Berita di atas, jika sekalipun benar perlu dibaca berhati-hati kerana ia masih meletakkan kejadian pemerkosaan itu ke atas pemerintah (Mursi) dan dikatanya ia sebagai usaha terancang mencegah kaum wanita untuk berdemo disamping merosakkan imej demo anti-pemerintah. Walhal dari maklumat yang tersebar luas, apa yang sebenarnya berlaku ialah, kebanyakan pemerkosaan dilakukan oleh pihak tentera yang menentang pemerintah Mursi. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan