Jumaat, 26 Julai 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sambung TARAWIH Selepas 8 RAKAAT Kepada 20 Rakaat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 26 Jul 2013 09:23 PM PDT

Bolehkah Sambung Solat Terawih Selepas Solat Witir? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 26 Jul 2013 09:21 PM PDT

Menghadapi konflik agama & kerjaya dengan Ramadan

Posted: 26 Jul 2013 07:51 PM PDT

Menghadapi konflik agama & kerjaya dengan Ramadan

Posted: 26 Jul 2013 07:51 PM PDT

Datuk Seri Ali Rustam Pengerusi PNB Baru Bagi Urus Dana RM239.6 Bilion (18 % KDNK Malaysia)?

Posted: 26 Jul 2013 07:48 PM PDT

Pengerusi PNB Tun Amad Sarji
Di Malaysia kita ada Talent Corp. Apa tugasnya? Pelaburan besar terhadap Talent Corp adalah menarik & membawa kembali warganegara Malaysia yang meninggalkan Malaysia untuk mencari pengalaman & "pendapatan lebih" berbanding di Malaysia. Ada yang tiada hati lagi untuk berkhidmat di negara kita sendiri. Ya…memang ada. Apa sebabnya?
Sebabnya inilah, selain daripada mahu merasai pengalaman dan menikmati pendapatan yang lebih tinggi berbanding di Malaysia mereka sebenarnya yang berbakat ini tidak diberikan peluang dan ruang untuk menabur bakti & membuktikan sesuatu kepada negara.
Sebelum ini, kes yang jelas dilihat di depan mata kita bagaimana Tan Sri Hasan Merican, satu figura yang cukup bernilai kepada negara "ditendang keluar" secara halus atas nama politik. Tetapi akhirnya dilihat sebagai satu permata berharga kepada negara jiran kita Singapura apabila Tan Sri Hasan Merican telah dilantik sebagai pengerusi Pavilion Energy Pte. Di Malaysia, kebanyakan berunsur politik. Sayang….
Negara kita memiliki begitu banyak bakat-bakat yang boleh diketengahkan. Bukan tiada, tetapi kurang diberikan peluang. Negara kita lebih suka mengambil "orang politik" untuk memegang organisasi besar & berpengaruh di Malaysia, Contoh yang terkini, Berita Semasa mendapat makluman yang mana Datuk Seri Wira Mohd Ali Rustam bakal dilantik sebagai Pengerusi PNB (Permodalan Nasional Berhad) yang baru bagi menggantikan TUn Ahmad Sarji Abdul Hamid.
  1. Tun Ahmad Sarji menjadi Pengerusi PNB yang iaitu syarikat yang menguruskan dana ini sejak tahun 1996 lagi
  2. Kontrak Tun Ahmad Sarji akal tamat hujung tahun 2013 ini
Sebenarnya Ali Rustam, pernah ditawarkan sebagai ketua Penerangan UMNO sebelum ini tetapi Ali Rustam telah pun menolak bulat-bulat tawaran tersebut.
Ali Rustam PNB

Senarai Ahli Politik & Pegawai Tinggi Kerajaan Yang Dapat Habuan?

Read More / Baca Lagi >>

‘Makan dalam tandas,’ lahirkan persepsi salah

Posted: 26 Jul 2013 07:41 PM PDT

Manusia biasanya terpengaruh dengan maklumat pertama yang mereka terima. Mereka akan lebih percaya maklumat ini walaupun ada maklumat kedua datang yang bertentangan dengannya.
Itulah yang terjadi kepada kes 'kantin dalam tandas' Sekolah Kebangsaan Sri Pristana, Sungai Buloh.

Apabila seorang ibu bukan Islam terjumpa anaknya sedang makan dalam satu bilik persalinan di sekolah dan di bulan puasa, terus tergambar di kepalanya seolah-olah, anak dan rakan-rakannya yang bukan Islam diasingkan untuk makan di bulan puasa. Kononnya tindakan dibuat untuk menghormati kanak-kanak lain yang beragama Islam yang sedang berpuasa.
Lalu beliau masukkan gambar dan persepsi ini dalam laman sosial Facebook.
Pembaca pula terus terbayang begitu juga. Kanak-kanak bukan Islam diasingkan oleh pentadbiran sekolah yang beragama Islam supaya makan di bilik tertutup, dan tandas dipilih untuk menempatkan mereka.
Maka lahirlah persepsi kepada seluruh negara, kanak-kanak sekolah bukan Islam diasingkan untuk makan di bulan puasa dan tandas dipilih sebagai tempatnya.
Inilah yang berlaku dalam kes SK Sri Pristana ini.
Namun, sebagaimana dijangka, itu bukanlah cerita sebenarnya. Ia disahkan oleh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Mejar Hardeep Singh kepada The Malaysian Insider.
Mungkin kalau AJK beragama Islam memberitahu perkara yang sama, ramai yang tidak percaya dengannya. Ia seolah-olah mahu membela pihak pentadbiran sekolahnya.
Read More / Baca Lagi >>

Polis Dipukul Sebelum Dirompak, Lepas Nie Menteri Jaga Polis Pun Depa Samun?

Posted: 26 Jul 2013 07:34 PM PDT

Anggota polis dipukul sebelum dirompak
Kuala Lumpur: Seorang anggota polis cedera dipukul dengan batang besi sebelum dompet dan telefon bimbitnya dilarikan dua perompak dalam satu kejadian di Setapak di sini, awal pagi semalam. 

Ketika kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa dikenali sebagai Rosilan berusia 20-an dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dikatakan sedang minum di sebuah restoran bersama rakannya.

Mangsa ketika itu didatangi dua lelaki bermotosikal jenis Yamaha Lagenda, sebelum memukulnya menggunakan batang besi dan melarikan dompet serta telefon bimbit yang diletakkan di atas meja.

Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan bantuan orang ramai dan keadaannya dilaporkan stabil.
Read More / Baca Lagi >>

Ambil iktibar daripada perang Badar - Husam

Posted: 26 Jul 2013 07:31 PM PDT



LENGGONG: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyeru seluruh pendukung perjuangan PAS agar mengambil pengajaran daripada peperangan Badar Kubra.

Menurutnya, peperangan tersebut mempunyai 1001 satu pengajaran yang sangat berguna dan perlu dicontohi oleh PAS dalam perjuangannya.

Kata beliau, antara perkara yang wajar menjadi contoh ialah kesatuan dan perpaduan antara para tentera perang Badar yang telah menghasilkan kejayaan kepada Islam.

Walaupun katanya pada ketika itu bilangan ahli tentera musuh jauh lebih banyak daripada tentera Islam namun disiplin yang ditunjukkan oleh tentera Islam telah menzahirkan kejayaan.

"Perang Badar mempunyai ciri-ciri siasah dan dakwah yang cukup hebat dan susunannya sangat baik, ianya perlu difahami dan dicontohi oleh para pendukung perjuangan PAS," katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Badar Kubra Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Dataran Surai Ibnu Zakaria, Kampung Luat, dekat sini semalam.

Turut berucap ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien, Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria dan wakil Syiria, Mohammad Nizar yang dijemput khas untuk membicarakan tentang situasi terkini pergolakan di negara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Antara Kuala Besut dan pembangunan kosmetik OKU

Posted: 26 Jul 2013 07:29 PM PDT



KUALA LUMPUR: Sekretariat Prihatin OKU terpanggil untuk memberi pandangan tentang kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pada 24 Julai lalu.

"Selain mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan tersebut, kami mengimpikan amalan belian undi dengan projek mencecah setengah billion ringgit sepanjang kempen PRK Kuala Besut tidak lagi dijadikan amalan setiap kali datangnya PRK," ujar Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof.

Katanya, kerajaan yang diterajui parti pemerintah tidak seharusnya berterusan menjadikan perancangan dan perlaksanaan pembangunan berteraskan potensi menang dalam pilihan raya.

Beliau berkata, amalan yang ada sebagaimana ditunjukkan oleh parti BN hanya akan merugikan rakyat yang lebih besar jumlahnya yang tidak terlibat dalam PRK.

"Kami membangkitkan bagaimana perencanaan dan pembangunan OKU dalam negara yang kebanyakan dari OKU terus mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari sekadar kosmetik," katanya dalam satu kenyataan.

Baginya, apa yang berlaku di Kuala Besut membuktikan bahawa kerajaan dapat dan hanya menyegerakan pembangunan yang besar bilamana ia memberi kelebihan kepada parti menerajui kerajaan iaini BN.
Read More / Baca Lagi >>

Harga ayam naik kerana gaji naik dan bukannya kurang bekalan, kata penternak ayam

Posted: 26 Jul 2013 07:28 PM PDT

Walaupun harga mahal, orang ramai masih membeli ayam di Pasar Seri Setia, Petaling Jaya. Harga jualan antara RM8.50 hingga RM9 sekilogram walaupun kerajaan menetapkan harga siling RM7.80. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Julai 2013.
Walaupun harga mahal, orang ramai masih membeli ayam di Pasar Seri Setia, Petaling Jaya. Harga jualan antara RM8.50 hingga RM9 sekilogram walaupun kerajaan menetapkan harga siling RM7.80. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Julai 2013.Harga ayam yang mencatatkan peningkatan baru-baru ini disebabkan susut nilai ringgit, peningkatan gaji dan peningkatan kos makanan ayam. Tetapi, ia bukan disebabkan kekurangan bekalan, kata sekumpulan penternak kepada The Malaysian Insider.
Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Jeffrey Ng berkata peningkatan kos menyebabkan harga ayam meningkat meskipun ahli persatuan meningkatkan pengeluaran ayam kepada 11.9 juta ekor secara mingguan pada bulan ini berbanding 10.7 juta ekor setiap minggu pada Julai 2012.
"Pengeluar ayam menghadapi masalah berganda apabila kos makanan ayam import meningkat iaitu 60 peratus kos pengeluaran dan susut nilai ringgit.
Beliau berkata, situasi bertambah meruncing dengan pelaksanaan gaji minimum RM900 sebulan yang diwajibkan kerajaan pada tahun ini.
"Ahli FLFAM sebelum ini membayar gaji seorang pekerja di ladang ternakan purata RM600 sebulan dan gaji baru meningkat 50 peratus termasuk elaun," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan Ketawa: 'Sebelum jumpa marah, kini dah jatuh cinta...' Abe Him

Posted: 26 Jul 2013 07:25 PM PDT

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini berkata penubuhan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) bukan atas cadangan selepas pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Beliau sebaliknya berkata, cadangan serta perbincangan untuk bergabung bersama NGO kaum Cina dan India itu telah dibuat empat bulan yang lalu.

Dua NGO yang bergabung bersama dengan PERKASA dan membentuk MIRAC ialah Persatuan Cina Era Baru Malaysia (Percisma) dan Persatuan Amal dan Kebajikan India Baru (Perinbam).

"Hasrat (untuk tubuhkan MIRAC) sudah lama tapi sebab sibuk dengan pilihan raya jadi tergendala. Kita telah bincang tiga empat bulan dulu untuk tubuh MIRAC. Bukan selepas saya berjumpa Perdana Menteri," katanya dalam sidang media penubuhan MIRAC di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, dalam sidang media sama, Ibrahim juga berkata, gabungan bersama dua NGO tersebut juga membuktikan bahawa dakwaan sebelum ini yang mengatakan mereka sebuah kumpulan yang perkauman, tidak benar.

Beliau juga berkata, gabungan yang akan bermesyuarat seminggu sekali bagi membincangkan isu antara kaum itu juga akan terikat dengan piagam yang mengandungi lima perkara yang dipersetujui dan ditandatangani bersama hari ini.

"Sebelum ini terdapat persepsi yang kata PERKASA ini perkauman. Sekarang kita ada kawan yang akan terangkan bila perkara yang melibatkan kaum dibangkitkan. Asalkan tidak bertentangan dengan perlembagaan dan berpaksikan kepada rukun negara.

"Sebelum mereka (NGO) bertemu saya, mereka juga marah dengan saya.  Tetapi apabila mereka bertemu dengan saya, lima minit lepas itu mereka dah jatuh cinta," kata Ibrahim sambil ketawa.

Merajuk dengan Najib, kini jadi Perkasa 1Malaysia

Posted: 26 Jul 2013 07:18 PM PDT

Ibrahim Ali hari ini mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum atau Mirac yang menandakan keterbukaan pertubuhan itu dalam perjuangannya yang selama ini memperjuangkan kepentingan Melayu, Bumiputera dan Islam. Melalui penggabungan dengan Perinban atau Persatuan Amal dan Kebajian India Baru dan Percisma atau Persatuan Cina Era Baru, Mirac kini menjadi landasan baru perjuangan Perkasa.

Dengan bergabung dengan pertubuhan Cina dan India, tidak dipastikan setebal mana perjuangan Melayu, Bumiputera dan Islam yang akan diperjuangkan oleh Perkasa.

Sikap dan keterbukaan yang secara tiba-tiba ditunjukkan oleh Perkasa ini menimbulkan persoalan ramai, apa sudah jadi dengan perjuangan Perkasa sekarang ini? Kenapa secara mengejut menukar hala tuju perjuangannya?

Walaupun beliau bertegas bahawa Perkasa akan terus memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi ramai yang ragu-ragu dengan keupayaannya untuk terus bertahan sekiranya timbul isu-isu yang menggugat kepentingan Melayu selepas ini.

Lebih-lebih lagi kerapuhan benteng pertahanan Perkasa itu amat terserlah bilamana belum pun apa-apa lagi sudah tercetus perbalahan kecil di hari pertama penubuhan Mirac ini berikutan Perinban tidak setuju dengan kenyataan Zulkifli Nordin, Naib Presiden Perkasa mengenai sokongannya terhadap guru besar Sri Pristina berhubung isu murid-murid makan di bilik persalinan sekolah.
Read More / Baca Lagi >>

Kebangkitan pengaruh menantu, kali ini dalam PAS

Posted: 26 Jul 2013 07:10 PM PDT

Oleh Amin Iskandar,

Sebelum Pilihan Raya 2013, nama Zaharudin Muhammad, menantu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) tidak begitu dikenali oleh masyarakat umum kecuali bagi mereka yang aktif dalam PAS.
Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS pada 2011 dan sebagai Ketua Jabatan Agama di syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 2012.
Zaharudin dikatakan akan memainkan peranan besar dalam pemilihan PAS akhir tahun ini dimana terdapat gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional atau "Erdogan" – sempena nama Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu untuk digantikan dengan golongan ulama.
Golongan profesional yang diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu mempunyai satu kekurangan oleh kerana hampir semua kalah dalam Pilihan Raya 2013 lalu.
Selain Mohamad yang kalah di kerusi Parlimen Pendang, Salahuddin Ayub tewas dikedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya. Datuk Husam Musa kalah di kerusi Parlimen Putrajaya tetapi menang di kerusi DUN Salor.
Bagaimanapun, Husam tidak dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar baru Datuk Ahmad Yakob. Dr Dzulkefly Ahmad pula kalah di Parlimen Kuala Selangor.
"Ini memberikan peluang besar kepada Zaharudin dan golongan yang tidak gembira dengan penguasaan profesional dalam PAS untuk menang," kata satu sumber dari kepimpinan tertinggi PAS kepada The Malaysian Insider.
"Tambahan lagi sekutu Zaharudin seperti Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan dan timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz kedua-duanya menang di kerusi Parlimen Temerloh dan Pasir Mas. Nasrudin dikatakan terhutang budi dengan Zaharudin oleh kerana usahanya melobi Abdul Hadi agar membuat pengumuman "mengejut" pencalonannya di kerusi Temerloh yang sebelum itu milik calon PKR Ahmad Nizam Hamid," katanya.
Isu Kota Damansara
Zaharudin yang dikenali sebagai Din Ayam itu disalahkan kerana kerusi DUN Kota Damansara - sebelum ini disandang oleh Dr Nasir Hashim pada Pilihan Raya 2008 jatuh ke Barisan Nasional (BN) apabila PAS turut sama bertanding melawan calon PKR, Umno dan tiga lagi calon bebas.
Hasilnya calon BN, Halimaton Saadiah mendapat 16,387 undi dan menang dengan majoriti 1527 undi di Kota Damansara mengalahkan kesemua calon yang bertanding.
Jika dihitung undi yang diterima oleh Nasir 14,860 dan calon PAS Rizuan Ismail 7312, dengan mudah calon PR boleh menang besar dengan 22,172 undi.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Fadzil Ismail Al-Yamani: Andai ini Ramadhan terakhir buat diriku !

Posted: 26 Jul 2013 06:55 PM PDT

TAZKIRAH KHAS 17 RAMADHAN 1434 / 26 JULAI 2013

Posted: 26 Jul 2013 06:49 PM PDT

Ustaz Mohd Subki Abd Rahman: Setakat mana amalan kita ?

Posted: 26 Jul 2013 06:48 PM PDT

Ustaz Harryanto Rizal: Kenapa kita beramal ?

Posted: 26 Jul 2013 06:39 PM PDT

Egyptians Gather in Rival Morsi Rallies

Posted: 26 Jul 2013 03:00 PM PDT

Rival Rallies: Huge protests as Egypt's Morsi accused of Hamas links

Posted: 26 Jul 2013 02:58 PM PDT

KULIAH JUMAAT 17 RAMADHAN 1434 / 26 JULAI 2013

Posted: 26 Jul 2013 02:56 PM PDT

Bilakah politik perkauman akan berakhir?

Posted: 26 Jul 2013 07:34 AM PDT

Oleh Aspan Alias
Bilakah politik perkauman akan berakhir? Sebagai sebuah negara berbilang kaum selagi tidak ada perpaduan kaum yang sejati negara tidak akan kemana-mana. Setiap orang terutamanya dibandar dan separa bandar, mempunyai jiran tetangga dari berbagai kaum. Hidup yang aman bermula didalam keluarga dan diantara jiran tetangga dalam kariah kita. 

Kalau kita tidak setuju dengan jiran tetangga kita janganlah berbezaan pendapat dan pandangan itu berbeza di dasarkan kepada perbezaan warna kulit, bangsa dan agama. Perbezaan itu biarlah di dasarkan kepada isu yang tidak ada kena mengena dengan bangsa, agama dan warna kulit.
Ramai orang termasuk diri saya yang kerdil ini amat gembira apabila ada parti yang melahirkan hasrat untuk menjadi parti perjuangan yang berlandaskan kepada 'multiracialism', tanpa menggunakan isu kaum dalam semua halnya. Bagi orang seperti saya dan ramai yang lain amat terkeliur dengan perjuangan ini kerana sudah sangat lama kita menunggu masa dan saatnya bagi kita bersatu dan menjadi rakyat Malaysia dan bukannya sebagai bangsa Melayu, Cina dan India atau Kadazan dan Iban.
Oleh kerana sesitiviti dan suasana politik begitu menekan maka ramailah orang Melayu berpusu-pusu menerima perjuangan berbilang kaum ini kerana orang Melayu sendiri mahu melihat perpaduan diantara kaum itu wujud dan bersemi dikalangan rakyat negara kita. Semasa menghadapi pilihanraya baru-baru ini, setiap bangsa bersatu dalam gerakan menentang Barisan Nasional (BN) dan salah satu isu yang dimainkan terhadap BN itu ialah isu perkauman yang BN dituduh begitu menebal permainan politik perkaumannya.
Rupa-rupanya pihak yang memainkan isu perkauman terhadap BN itu juga adalah parti perkauman dan hanya mementingkan ahli-ahli dan pimpinan dari kaumnya sendiri sahaja. Apa yang dilaungkan mereka selama ini hanyalah permainan lidah yang tidak bertulang dan cara mereka bercakap tentang perkauman itu seolah-olah rakyat tidak akan dapat menghidu siapa sebenarnya mereka ini. Sesungguhnya mereka yang melaungkan slogan 'multiracialism' itu adalah kumpulan yang hakikatnya adalah parti perkauman yang sangat menebal.
Read More / Baca Lagi >>

Mesir: 280 terkorban, 7000 cedera sejak rampasan kuasa tentera

Posted: 26 Jul 2013 07:30 AM PDT


(Puluhan ribu penyokong Morsiberarak ke Dataran Raba'ah malam tadi untuk himpunan Jumaat Furqan hari ini)

MESIR: Bantahan terhadap rampasan kuasa Presiden Mesir yang sah Dr Muhammad Morsi yang masuk minggu ketiga, telah menyaksikan ratusan terkorban ditangan tentera yang dipimpian jeneral Abdul Fatah Al-Sisi.

Menurut sumber Ikhwan Muslimin, jumlah korban di kalangan penyokong Morsi mencecah 280 orang manakala lebih 7000 cedera dalam beberapa siri serangan tentera terhadap kumpulan penyokong yang berhimpun secara aman di beberapa kawasan.

Paling ramai mencatat angka korban adalah pada tragedi "Subuh Berdarah" 8 Julai lalu ketika penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik diserang polis dan tentera Mesir dengan peluru hidup ketika sedang menunaikan solat Subuh.

Dalam insiden itu lebih 50 dilapor terkorban manakala 300 lagi cedera.

Selain itu juga, sejumlah 800 lagi termasuk pimpinan tertinggi Ikwan Muslimin, pemimpin kumpulan parti Islam lain, ulama dan rakyat biasa yang bersolidariti menyokong Morsi, ditangkap dan ditahan oleh pihak tentera.
Read More / Baca Lagi >>

Perkahwinan Pelik: Pendirian Zulkifli Noordin buat NGO India berang selepas sidang media bersama Perkasa

Posted: 26 Jul 2013 07:28 AM PDT

NGO India bertengkar dengan Perkasa selepas pelancaran MIRAC. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Julai, 2013. 
NGO India bertengkar dengan Perkasa selepas pelancaran MIRAC. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Julai, 2013.

Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) berang dengan kenyataan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin melibatkan isu makan di bilik persalinan, hingga menyebabkan berlaku salah faham kecil sebaik sidang media bersama hari ini.
Zulkifli dalam sidang media mengumumkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) menyatakan secara terbuka menyokong guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamed Nasir Mohd Nor.
"Perkasa mengecam tindakan pihak yang mempolitikkan isu makan di bilik persalinan Seri Pistana.
"Ya, Perkasa akan beri sokongan kepada guru besar tersebut," kata Zulkifli apabila ditanya tentang pendirian Perkasa tentang pertikaian tersebut.
Kenyataan tersebut menyebabkan pengikut Perinnbam dan presidennya, U Thamotharan tidak berpuas hati dan enggan menyertai majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Perkasa sempena pengumuman penubuhan MIRAC hari ini.
Ekoran perselisihan faham tersebut, presidennya, Datuk Ibrahim Ali memujuk Thamotharan untuk masuk semula dan makan bersama.
Read More / Baca Lagi >>

TGNA | Kuliah Jumaat 26 Julai 2013

Posted: 26 Jul 2013 07:24 AM PDT

Egypt: Revolution or Uprising?

Posted: 26 Jul 2013 07:23 AM PDT

Tiada ulasan: