RAKYAT MARHAEN |
- Wajah-Wajah Pengkhianat Dr Morsi Dan Mesir
- 7 SYAHID AKIBAT DIBUNUH TENTERA FASIQ MESIR!
- Al Jazeera's Jamal ElShayyal reports from pro-Morsi protest
- Egypt's political crisis rages
- Pencerobohan Lahad Datu: Jika sudah tahu, mengapa tidak bertindak?
- PRK Kuala Besut : Masalah Rakyat. "Bot Datuk Macam Mana ?!" - Ismail Md. Diah
- Kalau hendak menempah songkok, jangan tempah dari tukang kasut
- Harga Daging juga naik. jadi pakat tak payah makan daging seperti kata menteri..!
- Harga Ayam Naik : Menteri Minta Ubah Selera, Rakyat Terus Tertekan
- PRK Kuala Besut: Perang bendera semakin hangat
- Pakatan perlu sesuaikan strategi untuk menang PRU14, kata Rafizi
- Dakwat Kekal: Siapa Mohamed Salleh?
- Apa lagi diharap daripada Umno memperjuangkan Islam?
- Demokrasi, Pilihan Raya dan yang Tertunggak
- Masyarakat yang serba tak kena....
- Melayu itu dan Melayu ini, rakyat juga yang ketinggalan
- Hanya Kerajaan zalim perlu Akta Hasutan
- Ini Semua Ah Jib Gor Punya Salah Maa...
- Aziz, Wan Ahmad Kepanasan Kerana Jolokan Rafizi
- PRK Kuala Besut : Masalah Rakyat (Azmi Ismail) - Kerajaan Beri Lesen Untuk Nelayan Luar Negara
- PRK Kuala Besut: Lensa Siri Kempen Calon PAS
- Percaya TV3, Utusan punca MP BN tak dapat maklumat penipuan PRU – Anwar
- KANTOI ! : PENGERUSI SPR NAIK ANGIN SATU BADAN BILA DIKAITKAN DENGAN PEMBEKAL DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL OLEH RAFIZI RAMLI!
- Polis dedah gambar, identiti suspek ke-4 kes Dharmendran
- PRK Kuala Besut: Ahmad Said Gelisah Dengan Che Long
Wajah-Wajah Pengkhianat Dr Morsi Dan Mesir Posted: 16 Jul 2013 07:06 PM PDT
Presiden Interim Adly Mansour di tengah-tengah bersama menteri kabinet di Istana Presiden Kaherah (foto semalam 16 Julai). Hampir 2 minggu yang lalu, Adly Mansour telah angkat sumpah, diikuti dengan jentera kerajaan yang baru diketuai oleh Perdana Menteri Hazeem El-Beblawi. Menampilkan Menteri Pertahanan Gen. Abdel-Fattah As-Sissi, watak yang bertanggungjawab dalam rampasan kuasa ke atas Dr. Morsi pada 3 Julai yang lalu. As-Sisi sekarang ini diberi mandat sebagai Timbalan Perdana Menteri & masih memegang portfolio di Kementerian Pertahanan. Dekat belakang sekali ada seorang yang pakaian seperti ulama' dan 3 orang wanita tidak bertudung.r | ||||
7 SYAHID AKIBAT DIBUNUH TENTERA FASIQ MESIR! Posted: 16 Jul 2013 06:59 PM PDT Askar dan polis Mesir menyerang mereka yang sedang solat: Read More / Baca Lagi >>1) Asar di bandar Arish, Sinai 2) Subuh di hadapan Bangunan Pengawal Republik, Kaherah 3) Isyak dan terawih di Masjid Fath, Ramsis ........................................... [7 Kematian dan 261 Kecederaan dalam Kejadian Malam Semalam] Ketua Unit Kecederaan dan Kecemasan, Kementerian Kesihatan Dr Khalid Al Khatib telah memberitahu pada hari ini 7 kematian dan 261 kecederaan dalam serangan yang dilakukan oleh polis dengan bantuan samseng keatas pro legitimasi malam semalam sehingga awal pagi hari ini di Medan Ramsis dan Jambatan Oktober, Medan Nahdhah dihadapan Universiti Kaherah dan jalan El Bahr el A'zom. Dan beliau menjelaskan lagi dalam penerangan rasminya bahawa 137 orang dari kalangan yang tercedera telah keluar dari hospital-hospital setelah baik keadaan mereka dan 124 orang yang tercedera masih lagi menerima rawatan. Beliau berkata lagi, 'Sesungguhnya serangan-serangan yang berlaku di medan Ramsis dan Jambatan Oktober telah mengakibatkan 134 kecederaan dan 2 kematian. 5 orang tercedera di hadapan Medan Rabiatul Adawiyah, seramai 114 tercedera dan 4 kematian di Medan Nahdhah serta lapangan Universiti Kaherah, dan 8 yang tercedera dan 1 kematian di Jalan El Bahr el A'zom. Sumber : IkhwanOnline #mesirkini ............................................... Ahmad Mansour (salah seorang penemuramah segmen 'Bela Hodoud' di stesen TV Al-Jazeera) berkata : Serangan dengan peluru ke atas penunjuk perasaan yang sedang menunaikan solat menjadi salah satu metod yang digunakan oleh tentera dan polis untuk menyerang penunjuk perasaan. Ianya dibuktikan dengan beberapa siri kejadian di El Arish, bangunan Pengawal Republik, dan terbaru di Masjid Al-Fath, Ramsis. Sumber : حزب الحرية و العدالة - الصفحة الرسمية #mesirkini ............................................. Penyelaras Hospital awam dataran Raba'ah, Dr.Hisyam Ibraheem: "Angka kematian serangan polis semasa umat Islam sedang solat terawih di Ramsis meningkat kepada 4 kematian sementara lebih 300 orang cedera." Lebih 10,000 orang penyokong Mursi semalam menunaikan solat terawih di Masjid Al-Fath Ramsis. Semasa rakaat kedua, mereka, pasukan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru hidup menembak mereka yang sedang solat. Polis turut menggunakan 'khidmat' samseng (baltoji) mengepung mereka yang cuba menyembunyikan di dalam masjid beberapa jam. Lebih 1,000 orang termasuk wanita terperangkap dalam masjid kerana dikepung.
| ||||
Al Jazeera's Jamal ElShayyal reports from pro-Morsi protest Posted: 16 Jul 2013 06:45 PM PDT | ||||
Egypt's political crisis rages Posted: 16 Jul 2013 06:38 PM PDT | ||||
Pencerobohan Lahad Datu: Jika sudah tahu, mengapa tidak bertindak? Posted: 16 Jul 2013 06:32 PM PDT Pendedahan seorang pegawai daerah mengenai polis sebenarnya sudah tahu mengenai rancangan pencerobohan Sulu di Sabah, dua minggu sebelum kejadian pada Februari lalu amat menggemparkan negara. Ia menimbulkan banyak persoalan, terutama apabila memikirkan mengenai anggota keselamatan Malaysia terkorban dalam kejadian yang sepatutnya mungkin dapat dielakkan. Berapa lama pula agaknya keselamatan negara kita berada dalam keadaan bahaya berikutan kegagalan perisikan dan komunikasi antara Kuala Lumpur dengan Sabah. Perkara ini terdedah apabila Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir yang memberitahu Suruhanjaya Diraja dan Inkuiri (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah, semalam, bahawa beliau ada bertemu dengan Ketua Polis Daerah, Superintendan Shamsudin Mat pada Februari lalu dan memberitahunya mengenai rancangan pencerobohan darat oleh penceroboh bersenjata. Bagaimanapun, saksi ke-177 itu berkata:"Tindakan pantas polis mengepung pengganas Sulu yang bersenjata di Kampung Tanduo menghalang mereka daripada menyerang Lahad Datu." Sumber lain mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa polis sudah tahu mengenai kemungkinan pencerobohan berlaku selepas pedagang maritim yang berulang-alik di perairan antara Sabah dan Filipina tidak kelihatan beberapa hari sebelum serangan pertama. Bagaimanapun, tiada siapa yang memberi amaran di luar Lahad Datu. Read More / Baca Lagi >> | ||||
PRK Kuala Besut : Masalah Rakyat. "Bot Datuk Macam Mana ?!" - Ismail Md. Diah Posted: 16 Jul 2013 05:41 PM PDT | ||||
Kalau hendak menempah songkok, jangan tempah dari tukang kasut Posted: 16 Jul 2013 05:33 PM PDT Sahabat rapat saya pernah memberitahu rakan-rakan, kalau hendak menempah songkok, empahlah dari orang yang mahir membuat songkok. Jangan menempah songkok dari pembuat kasut, nanti songkok akan rupa kasut. Di sebaliknya jangan menempah kasut dari pembuat songkok kerana kasut kita akan diperbuat dari bahan-bahan untuk membuat songkok dan kasut itu tidak akan tahan lama. Maksud kata-katanya iu ialah jika diberikan satu tanggungjawab kepada orng yang tidak ahli, maka tanggungjawab itu tidak akan terlaksana dengan baik seperti yang sepatutnya. Itulah sebabnya jika diberikan amanah kepada orang yang rasuah maka amanah itu akan di lalaikan kerana orang rasuah hanya pandai dan berfikir bagaimana hendak mendapatkan wang dan harta secara rasuah. UMNO mempunyai kecenderungan besar untuk melakukan kesilapan ini kerana UMNO tidak serius dalam apa yang di laungkannya. UMNO memberikan tanggungjawab untuk menjayakan satu-satu matlamat kepada mereka yang tidak faham tentang matlamat yang diberikan kepada mereka. Jika diberikan tempat yang tinggi untuk menjaga harga barang makanan seperti harga ayam misalnya, harga ayam akan menjadi lebih tinggi lagi. Apabila tidak berjaya menjaga dan mengawal harga ayam itu, dia akan menuding jari kepada pengguna dan meminta pengguna supaya tidak makan ayam. "Tukar menu" katanya dengan tidak bertanggungjawab. Dalam hal kepimpinan sesebuah negara mereka yang sepatutnya dipertanggungjawabkan ialah mereka yang mempunyai sifat 'magnanimity' yang tinggi. Perdana Menteri tidak boleh melantik sesiapa yang hanya pandai 'menggeli pundi-pundi'nya sahaja. Siapa yang membuatkan dia sedap yang itulah yang dipilihnya. Selalunya sesiapa yang pandai mengampu itu adalah mereka yang tidak mempunyai kepandaian. Orang yang tidak mempunyai kepandaian akan mengampu dan membodek lebih dari mereka yang mempunyai kepimpinan dan pandai melakukan dan melaksanakan tanggungjawab yang di beri. Kalau seseorang itu orang yang pandai ia tidak perlu mengampu dan 'menggeli pundi-pundi' Perdana Menteri sahaja. Mereka mengampu kerana hendak menutupi kelemahan mereka sendiri. Bagi seorang pemimpin utama yang mempunyai kuasa melantik pula, nilai samada dia seorang yang betul cemerlang juga bergantung kepada ketahanannya untuk menolak pengampu-pengampu itu. Jika dia seorang yang betul-betul mempunyai kredibiliti yang benar, beliau akan dengan sendirinya tahu yang mengampu beliau itu adalah orang yang tidak pandai melaksanakan tanggungjawab jika diberikan tugas. Tetapi jika beliau tidak tahu yang pengampu-pengampu itu tidak akan membantu beliau untuk melaksanakan dasar yang digubal beliau akan melantik mereka untuk menyertai kabinet misalnya. | ||||
Harga Daging juga naik. jadi pakat tak payah makan daging seperti kata menteri..! Posted: 16 Jul 2013 05:30 PM PDT PENDANG – Daging tempatan yang dijual di Pasar Pendang didapati mengalami kenaikan harga sebanyak RM2 iaitu peningkatan dari RM22 sekilogram (kg) kepada RM24/kg. Peniaga, Che Ani Baharom, 58, berkata, harga daging naik sejak seminggu sebelum Ramadan dan menjadi perkara biasa ketika menjelang musim perayaan. Menurutnya, dia terpaksa menjual daging dengan harga tinggi kerana bekalan yang diambil daripada pembekal adalah tinggi. "Jualan daging merosot dari seekor sehari kepada setengah ekor sahaja kerana pembeli mengehadkan kuantiti pembelian mengikut kemampuan mereka. "Modal peniaga juga tinggi menyebabkan mereka tidak berani untuk menanggung risiko kerosakan jika mengambil bekalan banyak," katanya kepada Sinar Harian. Che Ani berkata, kenaikan harga daging mengejutkan pembeli kerana tiada pengumuman dimaklumkan pihak terbabit. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Harga Ayam Naik : Menteri Minta Ubah Selera, Rakyat Terus Tertekan Posted: 16 Jul 2013 05:27 PM PDT Kenaikan harga ayam di pasaran ketika ini terutama menjelang sambutan Aidilfitri mengundang resah di kalangan rakyat Selangor yang merasa terbeban dengan isu tersebut. Malah saranan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek supaya orang ramai 'menukar' selera kepada menu lain seperti ikan dan daging dalam usaha mengekang kenaikan harga ayam, tidak boleh diterima kerana kerajaan sewajarnya mengelak kenaikan harga itu. Seorang peniaga di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Johari Josi, 40, berkata, jika dibandingkan dengan negara lain, rakyat Malaysia adalah di antara yang teramai mengemari dan memilih ayam sebagai makanan pilihan. "Jadi untuk memboikot dan menukar selera kepada makanan lain, bagi saya sukar. Sebelum membuat kenyataan, saya harap menteri bertanya atau meninjau dulu pendapat orang ramai. "Semacam ada pihak yang mengambil kesempatan dalam isu ini. Saya harap kerajaan memantau harga ayam selain mengurangkannya kerana tidak lama lagi masyarakat Islam iaitu majoritinya orang Melayu akan merayakan Aidilfitri pastinya ayam akan dibeli dengan banyak," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini. Seorang pengguna dari Sungai Buloh, Musral Dharno, 50, menjelaskan kenaikan harga ayam sukar diterima dan ia memberi tekanan kepada orang ramai untuk berbelanja. Read More / Baca Lagi >> | ||||
PRK Kuala Besut: Perang bendera semakin hangat Posted: 16 Jul 2013 05:25 PM PDT BESUT – Kehangatan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut semakin terasa sebaik tempoh kempen memasuki hari kelima semalam kerana lokasi tumpuan ramai kini dipenuhi bendera parti bertanding. Malah, tempoh kempen PRK yang sedang berlangsung juga turut menarik tumpuan masyarakat luar untuk berkunjung ke Kuala Besut bagi melihat sendiri suasana dan kemeriahan di kawasan yang sememangnya terkenal dengan perkampungan nelayan itu. Seorang penduduk, Rohani Ali, 47, berkata, PRK turut menyebabkan kesesakan yang agak luar biasa di Kuala Besut kerana rakyat dari seluruh negara tertumpu di lokasi tersebut. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Pakatan perlu sesuaikan strategi untuk menang PRU14, kata Rafizi Posted: 16 Jul 2013 04:47 PM PDT Dia tidak pernah berhenti berfikir, jauh sekali mengenang kejayaannya sendiri. Itulah Rafizi Ramli (gambar) yang memandang pertarungan dalam lima tahun akan datang secara jujur dan realistik. Biarpun selepas 71 hari berakhirnya pilihan raya umum paling sengit di Malaysia yang menyaksikan pembangkang memperoleh lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) sekaligus meranapkan impian Perdana Menteri untuk merampas semula majoriti dua pertiga. "Kita tidak boleh semata-mata bergantung sokongan pengundi bandar untuk menang. Kita mesti merangka strategi untuk menawan kawasan luar bandar dan pedalaman," kata Pengarah Strategi PKR berusia 36 tahun itu. "Antara sekarang dan PRU14, tumpuan perlu difokuskan kepada sokongan pengundi Melayu di luar bandar. "Pada PRU13, kita dapat sokongan kuat pengundi bandar tetapi undi penduduk luar bandar sebenarnya menjadi kunci kepada kemenangan pada pilihan raya akan datang. "Kita perlu berbuat sesuatu bagi mengatasi kebimbangan masyarakat Melayu terutama jaminan dan keyakinan mereka dalam suasana kehidupan di negara berbilang kaum. Inilah isu yang BN kuasai penuh, menakut-nakutkan rakyat terhadap Pakatan," katanya Memang penganalisis politik senada bahawa BN terus mengekalkan kuasa lantaran kejayaan mereka mendominasi undi luar bandar terutama di kawasan Felda. Kejayaan BN didorong dua taktik - pemberian tunai kepada penduduk kampung dan menjanjikan jumlah lebih lumayan jika kekal menang dan menakut-nakutkan orang Melayu bahawa hak keistimewaan hilang jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa. PAS yang diharap-harap meraih undi di luar bandar pula banyak menghabiskan masa mempertahan diri daripada serangan tuduhan menjadi kuda tunggangan DAP. Malah, masalah itu juga terus dihadapi PAS pada kempen pilihan raya kecil di Kuala Besut. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Dakwat Kekal: Siapa Mohamed Salleh? Posted: 16 Jul 2013 04:46 PM PDT Setakat ini, semakan mendedahkan: beliau adalah ahli perniagaan berumur 47 tahun dan menguruskan syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd di Shah Alam. Tiada respon apabila panggilan telefon dibuat ke pejabatnya petang semalam. Ahli perniagaan ini menjadi terkenal dalam sekelip mata semalam apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memberitahu Parlimen beliau adalah pembekal dakwat kekal. Pengarah Strategi PKR itu juga mendakwa Mohamed Salleh rapat dengan kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tiga minggu lalu Rafizi mencabar SPR untuk mendedahkan pembekal dakwat kekal itu dan jika gagal, beliau berjanji untuk mendedahkannya di Parlimen. Beliau berkata semalam, penyiasatannya mendedahkan pemberian kontrak untuk bekalan dakwat kekal diberikan kepada syarikat yang pemiliknya tidak mempunyai kemahiran dalam urusan itu. Syarikat itu juga tidak mempunyai modal untuk pembelian dakwat kekal dan pemiliknya meminta pinjaman daripada seorang ahli perniagaan dari Kampung Baru sebanyak RM7 juta. Dakwat itu menjadi kontroversi selepas pengundi mengatakan ia mudah dibasuh dengan menggunakan sabun. Sebelum itu SPR berjanji dakwat itu mampu bertahan selama tujuh hari. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Apa lagi diharap daripada Umno memperjuangkan Islam? Posted: 16 Jul 2013 04:36 PM PDT Oleh Mohammad Faizal Che Yusof Saya kira gagalnya parti kebangsaan melayu Umno membawa suara Islam hingga kerajaan terpaksa menarik balik tiga rang undang-undang berkaitan Islam pada 8 Julai daripada dibaca untuk kali kedua dalam sesi parlimen perlu diketahui oleh segenap rakyat khususnya mereka yang beragama Islam Rang undang-undang tersebut ialah Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013, Usul penarikan balik tersebut telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said setelah dipersetujui jemaah menteri dalam mesyuarat kebinet pada 5 Julai sebelumnya. Islam itu adalah rahmat untuk sekalian alam. Ia tidak terhad kepada orang-orang Islam, tetapi ia merangkumi seluruh manusia bahkan semua makhluk di seluruh pelusuk alam. Melalui pembentangan rang undang-undang tersebut, pihak kerajaan seharusnya mengambil kesempatan bagi menampilkan keadilan Islam termasuk kepada mereka yang bukan beragama Islam. Difahamkan penarikan balik ketiga-tiga rang undang-undang tersebut dibuat berikutan bantahan besar-besaran oleh parti-parti komponen dalam Barisan Nasional berkaitan isu memeluk Islam oleh anak di bawah umur kepada pasangan bukan Islam yang salah seorangnya telah memeluk Islam. Peruntukan khusus yang telah menimbulkan bantahan tersebut adalah seksyen 107 Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 2013. Barangkali ramai yang tidak sedar bahawa peruntukan yang sama telah sedia berkuatkuasa melalui seksyen 95 Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1993, (Akta 505). Ia diperkuat pula oleh satu keputusan Mahkamah Agong pada 1990 dalam kes TEOH ENG HUAT v KADHI, PASIR MAS & ANOR.Read More / Baca Lagi >> | ||||
Demokrasi, Pilihan Raya dan yang Tertunggak Posted: 16 Jul 2013 04:35 PM PDT Oleh Muhammad Nazreen Demokrasi di Malaysia berada di tahap yang sangat membimbangkan. Penahanan beberapa tokoh politik tanahair atas tuduhan hasutan, sebermulanya budaya tirani di dalam politik kekuasaan negara ini. Mahasiswa Adam Adli menjadi mangsa pertama selepas Pilihan Raya Umum ke -13 melabuhkan tirainya. Pidato kemarahan beliau terhadap strategi penipuan di dalam pilihan raya kini dianggap sebagai kesalahan jenayah yang serius. Bukankah, dia sebagai seorang warganegara, dijamin hak untuk bersuara di dalam perlembagaan demokrasi? Kemenangan tipis Barisan Nasional pada pilihan raya lepas, kini menjadi alasan untuk mereka bertindak lebih rakus. Saya membayangkan bahawa penangkapan beramai-ramai tokoh politik Pakatan Rakyat – termasuklah penangkapan trio – Haris Ibrahim, Tian Chua dan Dato Thamrin Ghaffar adalah episod terbaru Operasi Lalang 1987. Ketika itu, alasan yang sama digunakan. Tun Mahathir mengatakan wujudnya konspirasi untuk menggulingkan kerajaan melalui jalan revolusi. Berikutan kekalahan selepas kemenangan Parti Bersatu Sabah (PBS) di dalam pilihan raya 1986 begitu merunsingkan UMNO-BN, penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bermula dengan tertangkapnya Jeffrey Kittingan dan beberapa tokoh politik Sabah yang lain – mereka dituduh sebagai dalang konspirasi untuk memisahkan Sabah keluar dari Malaysia. Di Semenanjung Malaysia pula pada tahun berikutnya — ratusan pemimpin politik, gerakan sivil dan pemimpin masyarakat ditangkap dengan alasan yang langsung tidak masuk akal. Menumbangkan kerajaan? Detik itu bermulalah Operasi Lalang untuk melumpuhkan gerakan politik seteru mereka. Tsunami Cina Jikalau kita membaca strategi politik mereka dalam nada yang sama – kekalahan untuk mendapat undi popular di dalam pilihan raya kali ini adalah kekalahan tercorot Barisan Nasional (BN). Mereka kalah undi keseluruhan dengan mendapat 49% manakala Pakatan Rakyat memenanginya dengan peratusan 51%. Kerajaan minoriti 49% Barisan Nasional sudah mula terdesak.Selepas pilihan raya umum 1969 – ini adalah kali kedua BN (ketika itu Perikatan) kalah undi popular dengan pakatan politik pembangkang. Tidak lama selepas itu – tragedi hitam pertumpahan darah 13 Mei berlaku. Ianya juga bermula dengan permainan politik perkauman yang akhirnya menjadi tidak terkawal. (Pilihan raya tahun 2013) – setelah pengumuman kemenangan BN dengan majoriti mudah 112 kerusi parlimen, perkara pertama yang dibangkitkan oleh Penerusi BN, Najib Tun Razak adalah fenomena tsunami Cina. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Masyarakat yang serba tak kena.... Posted: 16 Jul 2013 04:34 PM PDT Oleh Lim Hong Siang Segala-gala kembali tenang selepas Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak merancang untuk mengadakan Himpunan Blackout 505 lagi buat sementara waktu ini. Keputusan ini disambut dengan perasaan yang berbaur. Bagi penyokong PR, kepenatan itu berlonggok bukan hanya selepas 505, tetapi sepanjang dua tahun kebelakangan sejak tarikh PRU13 mula diteka-teki. Berhempas-pulas dengan latihan PACABA, anjuran forum, penerbitan risalah, menghadirkan diri ke ceramah dan perhimpunan dan sebagainya. Barangkali ia meredakan keletihan selama ini, tetapi pada masa sama kekecewaan yang timbul gagal terubat. Ketidaksediaan untuk mengadakan himpunan bermakna "kebarangkalian" untuk perubahan senario politik dikurangkan. Bukan mustahil, tetapi ia meletakkan pembangkang atau aktivis gerakan sosial pada kedudukan yang pasif, seolah-olah hanya boleh menunggu konflik berlaku di kalangan musuh politik. Ia bukan dicetuskan oleh desakan rakyat, agendanya bukan ditentukan oleh rakyat, sebaliknya rakyat sekadar menunggu pergelutan kuasa yang mungkin berlaku dalam Barisan Nasional (BN), khususnya Umno. Suasana ekonomi yang semakin merudum semestinya mencungkil pertentangan kepentingan antara puak yang berbeza dalam Umno. Pemilihan dalam parti yang bakal dibuka tirainya juga menjanjikan adegan tikam-menikam. Dengan kata lain, perubahan yang mendadak akan tercetus seandainya retakan yang besar berlaku dalam Umno, seperti apa yang berlaku pada tahun 1987 atau 1998. Namun sementara waktu itu masyarakat kita diselubungi kemurungan, terutamanya apabila harapan untuk tukar kerajaan di peringkat persekutuan berkecai. Makna "UBAH" sebenarnya lebih daripada sekadar "tukar dari BN kepada PR". Perubahan ini disarat dengan harapan bahawa kilang pemprosesan nadir bumi Lynas boleh ditutup, royalti minyak dikembalikan, kepentingan peneroka FELDA dipertahankan, keadilan untuk keluarga Beng Hock, A Kugan, Aminul Rasyid dan lain-lain. Keputusan pada malam 505 seolah-olah menafikan tuntutan dan harapan rakyat ini. Malah, kita terus didedahkan kes demi kes kematian yang semakin zalim dalam tahanan lokap selepas itu. Kes rogol dan bunuh yang sering memangsakan kaum wanita semakin berleluasa. Tetapi penghakimannya memalapkan keadaan. Tidak lama dahulu mahkamah kita sanggup membebaskan seorang lelaki yang merogol gadis bawah umur, atas alasan si perogol seorang atlet negara yang mempunyai masa depan yang cerah. Sememangnya tidak masuk akal kerana seandainya alasan ini diterima, apakah Lee Chong Wei akan diberi lampu hijau untuk merogol sesiapa sahaja yang dikehendaki? Read More / Baca Lagi >> | ||||
Melayu itu dan Melayu ini, rakyat juga yang ketinggalan Posted: 16 Jul 2013 04:32 PM PDT Oleh sakmongkol AK47 Isu ini terus dimainkan oleh UMNO. Kalau UMNO tewas maka masa depan orang Melayu akan musnah. Oleh yang demikian, orang Melayu mesti terus menyokong UMNO. Tapi untuk tujuan apa? Supaya mereka yang kita beri kuasa boleh terus mengayakan golongan UMNO Baruputra? Keadaan rakyat Melayu ketinggalan dibelakang. UMNO menjerit sana sini mengenai Melayu itu dan ini. Tapi yang merasai nikmat dari kuasa politik yang rakyat beri ialah putera bangsawan, putera pemimpin UMNO, putera dan puteri kroni UMNO dan putera pegawai tinggi kerajaan. Perkara ini saya dengar juga selama saya berada dalam persidangan dewan rakyat. Teriakan Melayu itu dan Melayu ini lantang kita dengar. Kadang2 dalam nada yang bellicose dan mengajak kita bergaduh. Yang berteriak Melayu ini dan Melayu itu lupa bahawa lebih ramai orang Melayu menolak mereka. Dari jumlah 11.23juta yang keluar mengundi, jumlah Melayu ialah 65% atau 7.3 juta. UMNO dan BN mendapat 3.4juta undi Melayu. Ini bererti 3.9 juta orang Melayu menolak BN berbanding dengan 3.4 juta. UMNO sendiri secara keseluruhan mendapat 3.2 juta undi yakni sama dengan jumlah ahli UMNO. Maka yang menjerit melayuitu dan ini, menjerit atas otoriti apa? Majority Melayu tidak bersama kamu. Kita nak tanya, apa parti Melayu yang terbesar lakukan selama mereka perintah. Sejak 1955 hingga hari ini, yang perintah kerajaan persekutuan ialah perikatan dan BN yang dikepalai oleh UMNO. Pendapatan purata orang kampong yang majority nya Melayu sekitar RM3000 sebulan. Ini angka purata. Dalam kawasan saya Raub, saya tidak tahu bagaimana sebahagian besar rakyat Melayu mencari pendpatan. Mereka hanya berkerja kampong atau makan gaji sebagai buruh menorah getah. Dengan harga getah yang amat rendah keluaga Melayu yang hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM200 sebulan pun ramai? Maka pendapatan purata RM3000 sebulan tidak bererti apa apa kepada orang Melayu. Sebahagian besar berada diluar linkungan pendapatan purata ini. Tapi, kebetulan itulah dianya tahap kelayakan menerima BR1M. maka BR1M sebetulnya pengesahan bahawa orang Melayu miskin selama berada dalam pemerintahan UMNO. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Hanya Kerajaan zalim perlu Akta Hasutan Posted: 16 Jul 2013 04:31 PM PDT Oleh : Mohamed Hanipa Maidin Setelah Perdana Menteri sebelum ini iaitu pada 11 Julai 2012 menjanjikan kepada rakyat Malaysia akan menghapuskan Akta Hasutan 1948 dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional kini Zahid Hamidi pula menyatakan akan mengekalkan Akta drakonian tersebut. Alasan Zahid adalah jika Akta itu dihapuskan maka apa lagi yang tinggal setelah Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) dihapuskan. Zahid menyatakan Akta Hasutan masih diperlukan untuk mengekang fitnah dan penyebaran perkara-perkara sensitif seperti isu perkauman dan agama. Kenyataan Zahid menunjukkan beberapa perkara. Pertamanya inilah wajah sebenar Barisan Nasional. Tipu rakyat dan berdolak dalik sepanjang masa. BN yang janjikan rakyat akan hapuskan Akta Hasutan sebelum pilihanraya umum kini selepas pilihan raya umum, selepas mereka menang , BN tidak segan silu untuk menarik balik janji tersebut. Jika ini bukan tipu apa lagi ? Isunya sampai bila rakyat terus suka ditipu oleh BN? Kenyataan Zahid juga menunjukkan BN tidak kisah kezaliman Akta Hasutan 1948 demi untuk terus berkuasa. Akta ini adalah warisan penjajah. Bagi penjajah yang berhadapan dengan tentangan dari pejuang pejuang kemerdekaan khususnya dari golongan kiri atau golongan agama, satu satunya justifikasi mudah bagi penjajah mengekang kemaraan perjuangan menentang British adalah dengan menuduh mereka yang menentang penjajah itu menghasut rakyat untuk membenci British. Memandangkan membuktikan kata kata atau perbuatan menghasut adalah sukar untuk dilakukan maka undang undang di bawah Akta drakonian ini hanya menetapkan kecenderungan menghasut sudah cukup dikira sebagai satu kesalahan. Betapa teruknya akta ini hatta Ahli Parlimen yang diberikan imuniti dari apa apa pendakwaan semasa mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen bagi memastikan mereka bebas dan berani mengutarakan pendapat masih tidak lepas dari cengkaman Akta ini hatta jika mereka berbahas dalam Parlimen. Namun apa yang Zahid dan BN kisahkan itu semua. Bukankah Akta Hasutan hanya memburu pemimpin Pakatan, NGO dan individu yang kritikal pada BN sahaja ? Beribu kali pun manusia seperti Ibrahim Ali atau sejenis dengannya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama seperti ingin membakar bible, tangan Akta ini tidak akan sama sekali menyentuh mereka. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Ini Semua Ah Jib Gor Punya Salah Maa... Posted: 16 Jul 2013 04:28 PM PDT Dalam bulan Ramadan kali ini, umat Islam negara ini menghadapi dua cabaran yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Pertama, penghinaan dan kebiadapan pasangan bukan Islam yang lebih dikenali dengan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang memaparkan juadah bak kut teh ( sup tulang babi) sebagai hidangan berbuka puasa dalam laman Facebook mereka. Kedua pula, tindakan duta Vatican City, Joseph Marino yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian negara ini. Kedua-dua perkara itu jelas menghina dan mencabar kesabaran umat Islam negara ini kerana ia sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Umat Islam tidak boleh menerima promosi biadap yang cuba dilakukan oleh Alvin dan Vivian walaupun untuk maksud melawak dan bergurau senda. Begitu juga kita tidak boleh menerima tindakan duta negara asing yang cuba mencampuri urusan negara ini, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agama Islam. Bagi blogger seks itu, mereka kini sudah pun disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan juga polis setelah begitu banyak protes, bantahan serta laporan polis dibuat. Terbaru ini, pasangan itu juga turut menerima ugutan bunuh dan kecederaan sehingga mereka terpaksa membuat rayuan agar dihentikan semua tindakan itu dengan alasan sudah meminta maaf. Kini semuanya terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya sama ada mahu dihukum atau dibiarkan terlepas sebagaimana Namewee yang sebelum ini juga memghina orang Melayu dan lagu Negaraku. Tetapi sementara Peguam Negara memikirkan langkah selanjutnya, yang nyata bahawa kesabaran umat Islam negara ini ada hadnya. Tidak selamanya mereka boleh dihina dan dipijak kepala sebegitu rupa. Bagi keceluparan mulut duta Vatican City itu pula, beberapa protes dan bantahan turut dilakukan oleh beberapa NGO dan pemimpin kerajaan dan juga parti-parti politik. Ada yang menyarankan kedutaan itu ditutup, dutanya yang tak sayang mulut itu dihantar pulang, mengemukakan nota bantahan dan sebagainya. Teti sehingga ini kerajaan hanya berdiam diri saja. Selepas ini kita tidak tahu apa lagi bentuk penghinaan kepada agama yang terpaksa kita hadapi pula. Tetapi sementara kita bersedih dan mendidih darah dengan semua kejadian itu, elok kita merenung punca segala kejadian itu boleh berlaku. Orang-orang tua sendiri selalu berkata, sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan atau untuk membuka benang yang kusut, carilah pangkalnya untuk membukanya.Read More / Baca Lagi >> | ||||
Aziz, Wan Ahmad Kepanasan Kerana Jolokan Rafizi Posted: 16 Jul 2013 04:26 PM PDT Pendedahan dibuat Ahli Parlimen Pandan yang bersemangat negarawan, Mohd Rafizi Ramli mengenai individu yang mendapat kontrek membekalkan dakwat kekal untuk kegunaan SPR dalam pilihan raya umum ke-13 lalu kononnya kenalan rapat dengan pemimpin tertinggi SPR, telah dinafi oleh Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf. Aziz menolak dakwaan itu dengan nada kesal sambil berkata; "kenapa hendak buat fitnah dalam bulan puasa ini, tak takut dosa ke?" Dalam pendedahan di sidang parlimen hari ini Rafizi tidak langsung menyebut nama Aziz dan Wan Ahmad tetapi kenapa Aziz terasa panas punggung? Ada apa-apa ke? Aziz seperti mana laporan dipetik berkata urusan pembekalan dakwat kekal itu dilakukan oleh Setiausaha SPR Kamarudin Baria, manakala beliau dan Wan Ahmad tidak tahu menahu. Ewah...beruk Bidah sungguh.. Penjelasan Aziz itu mungkin diterima dengan mudah oleh 'lembu-lembu' laki Sharizat Jalil atau 'anak-anak ayam kampung' yang diberikan Tajuddin Rahman kepada beberapa orang pengundi di Kuala Besut, dua tiga hari lepas tetapi bukan mereka yang otaknya berjalan dan tahu prosuder di dalam sesebuah organisasi. Mereka yang ada otak dan otaknya bergerak akan membuat penilaian sendiri terhadap apa yang berlaku. Begitu juga ahli firasat sudah dapat membaca apa sebenar yang berlaku dengan merenung muka kedua mereka, Aziz dan Wan Omar. Tidak munasabah kalau Aziz atau Wan Ahmad tidak mengetahui mengenai urusan pembelian dakwat itu atau berbagai peralatan lain sedangkan ianya bernilai jutaan ringgit. Peruntukan dakwat kekal itu saja bernilai lebih RM7 juta. Apakah boleh, sebagai seorang pengerusi dan timbalan pengerusi melepaskan begitu sahaja urusan pembelian dan perolehan lain kepada setiausaha? Read More / Baca Lagi >> | ||||
PRK Kuala Besut : Masalah Rakyat (Azmi Ismail) - Kerajaan Beri Lesen Untuk Nelayan Luar Negara Posted: 16 Jul 2013 04:02 PM PDT | ||||
PRK Kuala Besut: Lensa Siri Kempen Calon PAS Posted: 16 Jul 2013 03:50 PM PDT | ||||
Percaya TV3, Utusan punca MP BN tak dapat maklumat penipuan PRU – Anwar Posted: 16 Jul 2013 03:40 PM PDT Terlalu bergantung kepada laporan TV3 dan Utusan Malaysia punca Ahli Parlimen BN tidak mendapat maklumat sebenar berhubung kecurangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama semasa mengendalikan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Umum KEADILAN itu mengulas dakwaan Ahli Parlimen BN kononnya kegagalan SPR hanya melibatkan penggunaan dakwat yang tidak kekal dan tiada isu lain melibatkan badan itu. "Ahli Parlimen BN sering cabar selain dakwat kekal tiada isu lain yang dibangkitkan Pakatan Rakyat melibatkan SPR kerana mereka hanya baca Utusan dan tonton TV3, sedangkan kalau teliti petisyen (pilihan raya) yang dikemukakan, banyak kes seperti pengundi hantu. "Petisyen (Parlimen) Libaran misalnya menyebut secara khusus (kewujudan) pengundi yang bukan warga negara dalam senarai (daftar pemilih)," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Dewan Rakyat hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Posted: 16 Jul 2013 03:39 PM PDT Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, bukan beliau mahupun timbalannya. "Saya tak kenal. Kenapa buat fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke? Kenapa babitkan saya dan Datuk Wan Ahmad (Wan Omar. "Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. "Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak mencampuri urusan urusetia," katanya kepada The Malaysian Insider, petang ini. Rafizi hari ini mendedahkan identiti pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah 'rakan rapat' pemimpin tertinggi SPR. Beliau berkata kontrak kepada Mohd Salleh, pemegang kad pengenalan Singapura, diberi secara rundingan terus. | ||||
Polis dedah gambar, identiti suspek ke-4 kes Dharmendran Posted: 16 Jul 2013 03:37 PM PDT NAMA PEGAWAI POLIS: INSPEKTOR HARE KHRISNAN A/L K.SUBRAMANIAM DIKEHENDAKI BERSABIT DENGAN TUN H.S. LEE RPT 18468/13 Kes ini dipercayai ada kaitan dengan kes dimana tiga anggota polis dari Cawangan Siasatan Jenayah Berat D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah dituduh di Mahkamah atas pertuduhan membunuh dibawah Sek 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukum gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor masih bebas... Mungkin inilah pegawai polis yang dikehendaki itu. Tiga anggota polis yang telah didakwa adalah Jaferi Jaafar, Mohd Nahar Abd Rahman, Mohd Haswadi Zamri Sahari, dengan yang pertama berpangkat sarjan dan kedua-dua lagi berpangkat koperal. | ||||
PRK Kuala Besut: Ahmad Said Gelisah Dengan Che Long Posted: 16 Jul 2013 03:35 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan