dollah yankee |
Last dia akan kata.."makan 'taik' ayam pun ok". Posted: 16 Jul 2013 12:00 AM PDT Hadiah PRU13: Harga ayam RM10 sekilogram.....!!! BALIK PULAU - Penduduk di bandar ini terpaksa membeli ayam dengan harga RM10 sekilogram iaitu paling tinggi setakat ini berbanding kawasan lain di seluruh negara pada bulan Ramadan ini. Menurut Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, harga ayam yang terlampau tinggi itu membebankan penduduk di situ yang kebanyakannya berpendapatan rendah. "Saya tidak pasti kenaikan mendadak itu disebabkan peniaga cuba memanipulasi harga ayam untuk mengaut keuntungan berganda atau kos pengangkutan meningkat berikutan Balik Pulau terletak agak jauh dari bandar. "Bagaimanapun, dengan harga ayam RM10 sekilogram, ia sudah pasti di luar kemampuan penduduk," katanya. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ops Harga di sini semalam. Menurut Hilmi lagi, tindakan drastik perlu dilakukan oleh kerajaan bagi mengelakkan harga ayam terus melambung menjelang Hari Raya. dollah yankee- Ini baru lah betoi Menteri Cap Ayam.. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan