Selasa, 16 Julai 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Identiti Syarikat Pembekal Dakwat Kekal Terbongkar

Posted: 16 Jul 2013 05:43 AM PDT

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaan diberikan secara rundingan terus.
"Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).


"Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat.

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan membasuhnya.

SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu berkeras enggan berbuat demikian atas alasa "isu keselamatan".

Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya 5 Mei lalu.

"Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan bernama Mohd Salleh termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.

"Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang masuk menerusi rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama kerani syarikatnya, Norsiah Yusof.

"Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang dikawal Mohd Salleh," katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan dan tidak hanya berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada tanggapan buruk terhadap pengendali pilihan raya.

Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan.

"Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum kita yang dedahkan. Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik. Bukankah lebih baik beritahu awal-awal," katanya.

Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal.

WOIII..DUA EKOQ MALAUN HINA AGAMA SILA SERAH DIRI.

Posted: 16 Jul 2013 05:39 AM PDT

'Blogger seks' digesa serah diri atau berdepan ditangkap polis

Oleh Elizabeth Zachariah
July 16, 2013
Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pasangan 'blogger seks', Alvin Tan dan Vivian Lee segera menyerah diri sebelum mereka ditahan atas perbuatan mereka baru-baru ini yang dilihat sebagai mempersenda bulan Ramadan.

Ketua Polis Negara itu, berkata pasangan itu disiasat atas dakwaan menimbulkan kebencian kaum dan agama serta cuba mewujudkan keadaan yang tidak tenteram.
Khalid menggesa mereka menyerah diri serta merta sebelum mereka diburu polis.
Pagi tadi, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pasangan  itu mungkin disiasat mengikut Akta Hasutan ekoran provokasi melampau di bulan Ramadan yang mengundang kemarahan orang Islam.
"Ya, Akta Hasutan. Pertimbangan harus dan akan dibuat," kata Peguam Negara itu pada sidang media hari ini.

Pasangan itu mengirim sekeping gambar di laman Facebook Khamis lalu dengan mengucapkan "Selamat Berbuka Puasa" sementara menikmati 'bak kut teh' (sup herba babi), selain logo Halal dipamer pada gambar berkenaan.

Facebook menutup akaun berkenaan selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjalankan siasatan berikutan laporan orang awam.
Pasangan yang sering menimbulkan kontroversi, kemudian memohon maaf dalam satu kiriman YouTube dengan mendakwa perbuatan mereka hanya satu jenaka.

SKMM, bagaimanapun, tidak melihat isu berkenaan sebagai lucu.
Semalam. Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Pemantauan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, berkata siasatan akan dilengkapkan minggu ini dan polis juga menjalankan siasatan sendiri.


Pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara setahun atau denda RM50,000. - 16 Julai 2013.



Rafizi dedah individu rapat dengan Pengerusi SPR pembekal dakwat

Posted: 16 Jul 2013 03:33 AM PDT

Rafizi dedah individu rapat dengan Pengerusi SPR pembekal dakwat

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 16 JULAI: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan, individu yang memperoleh kontrak rundingan terus untuk membekalkan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu merupakan individu yang rapat dengan pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Individu tersebut dinamakan sebagai Mohamed Salleh Mohamed Ali dan berasal dari Singapura dan mempunyai tiga syarikat yang memperoleh pelbagai kontrak kerajaan tanpa melalui sebarang proses tender terbuka.

Dakwat_kekal"Ada tiga syarikat yang dikawal Salleh dalam rundingan terus dengan kerajaan termasuk sebuah syarikat bernama Integrated Challenger (M) Sdn Bhd," dedah Pengarah Strategi KEADILAN itu dalam Dewan Rakyat hari ini.

"Selain daripada itu, ada dua lagi syarikat yang masuk dalam rundingan terus dan dikawal Salleh tetapi didaftarkan di bawah nama pekerja-pekerjanya termasuk kerani syarikat beliau yang bernama Norsiah Yusof yang juga menjadi Ahli Pengarah syarikat-syarikat tersebut," jelasnya.

Tambah beliau, syarikat-syarikat yang dikawal Salleh banyak terlibat dengan kontrak pembekalan kerajaan bukan sahaja melalui dakwat kekal malah pernah mendapat kontrak dari Kementerian Pertahanan.
"Salleh memperoleh kontrak dari Kementerian Pertahanan melalui syarikat beliau yang satu lagi iaitu Allison Corp Sdn Bhd," katanya.


"Ini bermakna Salleh adalah pakar rundingan terus dengan kerajaan, kerana semua kontrak rundingan terus yang diperolehinya sebab beliau dikatakan rapat dengan pemimpin kerajaan termasuk Pengerusi serta Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya lagi.


Justeru, Rafizi menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjelaskan langkah yang akan diambil kerajaan bagi mengurangkan rundingan terus yang merugikan peniaga lain serta wang rakyat.
"Kita juga mahu tahu apa status siasatan SPR terhadap pembelian dakwat, kemeja-T dan topi seperti yang termasuk dalam Belanjawan Tambahan," katanya.


Tiada ulasan: