PERAKITE |
- Apa hal sampai rumah Ketua Wanita PKR P Pinang kena sita ?
- Anak Bekas Speaker dilantik ahli MPPP atas tiket DAP ?
- SALAM RAMADHAN
Apa hal sampai rumah Ketua Wanita PKR P Pinang kena sita ? Posted: 11 Jul 2013 04:37 AM PDT Berikut pula ceghrita mengenai Ketua Wanita PKR P Pinang yang kena sita barangan rumahnya. Norhayati Jaafar ni mantan calon PKR yang kalah di DUN Teluk Air Tawar. Beliau kini Penyelaras Kadun Teluk Air Tawar yang dilantik oleh PKR di bawah Pejabat Ketua Menteri. Baca laporan mStar Online ini: Berikutan gagal melunaskan bayaran gantirugi RM30,000 dalam satu kes saman fitnah, barangan dalam rumah milik Ketua Wanita PKR negeri Norhayati Jaafar di Taman Sri Kijang, Alma di Bukit Mertajam hari ini disita oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Mahkamah mengeluarkan perintah sita itu hari ini setelah Norhayati gagal membayar gantirugi RM30,000 kepada bekas ketua wanita PKR negeri Aminah Abdullah yang memenangi kes saman fitnah terhadap Ketua Wanita PKR negeri itu. Peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata jika Norhayati masih gagal membayar ganti rugi selepas 14 hari barangannya disita, mahkamah boleh mengambil tindakan melelong barangan berkenaan. Katanya pada 27 September tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk G.V.Varughese mengeluarkan perintah kepada Norhayati sebagai defendan pertama dan dua lagi defendan, masing-masing membayar gantirugi RM30,000 kepada Aminah kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei tahun lepas. "Bagaimanapun tiga bulan selepas keputusan penghakiman dibuat semua defendan termasuk Norhayati gagal membayar gantirugi berkenaan. Jadi ini adalah salah satu cara yang kita ambil iaitu dengan meminta mahkamah mengeluarkan perintah menyita barangan milik defendan," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam. Terdahulu, berlaku sedikit kekecohan apabila suami Norhayati mempertikaikan proses penyitaan itu dan kehadiran sekumpulan wartawan dan jurugambar di rumahnya bagi membuat liputan proses penyitaan itu. Bagaimanapun proses penyitaan dilaksanakan dengan sempurna apabila wakil Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjelaskan kepada lelaki berkenaan mengenai proses penyitaan itu. Pada 15 Jun 2011, Aminah memfailkan saman fitnah RM6 juta terhadap Norhayati, Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam Jab Samat dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin serta tiga lagi iaitu wartawan Harakah Mohd Sabri Said, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan PAS. Aminah dalam tuntutannya mendakwa laporan akhbar itu, antara lain, bermaksud beliau seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno, termasuk dituduh menggesa Presiden PKR Wan Azizah bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain itu, beliau mendakwa ketiga-tiga pemimpin PKR, pada satu sidang akhbar di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas yang bertujuan mengaib, menjatuhkan maruah, nama baik dan reputasinya. Pada 27 September lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Norhayati, Jab dan Khairil Anuar masing-masing membayar ganti rugi RM30,000 kepada Aminah, manakala Mohd Sabri, Ahmad Lufti dan PAS dilepaskan selepas mahkamah menerima pembelaan mereka. Permohonan untuk mendapat kebenaran merayu oleh tiga pemimpin PKR tersebut juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 29 November tahun lepas. Sementara itu, Aminah berkata beliau hairan mengapa Norhayati tidak mendapat pembelaan daripada PKR sedangkan wanita itu sanggup membuat fitnah demi membela parti dan presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Sepatutnya dia (Norhayati) minta bantuan daripada Wan Azizah membayar gantirugi kepada saya seperti yang diarahkan oleh mahkamah kerana apa yang dia lakukan terhadap saya adalah bagi membela Wan Azizah dan PKR. "Saya berpendapat Norhayati perlu memikirkan semula perjuangannya bersama PKR kerana dia telah banyak membela parti itu tetapi sekarang apabila dia susah parti itu langsung tidak membelanya," katanya. - Bernama |
Anak Bekas Speaker dilantik ahli MPPP atas tiket DAP ? Posted: 11 Jul 2013 03:37 AM PDT Seronok baca artikel dalam blog Anak Sungai Derhaka.... lalu berminat untuk menulis..apatah lagi cerita ini tentu menarik....dan tak patut jika tidak dihebahkan. Ia membuktikan betapa manusia Melayu Pulau Pinang mendapat perhatian khusus kerajaan negeri di bawah DAP. Tiada apa yang salah kerana ia prerogative pihak yang berkuasa..Usia bukan penghalang tetapi ia membangkitkan rasa pelik kerana yang dah tua dan berjuang puluhan tahun tidak mendapat tempat malahan ditepis begitu sahaja. Inilah kisah Fitriah yang dilantik menjadi anggota MPPP. Tiada apa yang musykil dengan perlantikannya meskipun masih muda belia. Walaupun setahu saya, setahun menjadi ahli MPSP belum mampu menjadi seorang yang mahir dengan selok belok peraturan MPPP. Adoii kalau setakat nak hadir 20 mesyuarat sebulan dan terima elaun...bolehlah. Yang lebih menarik ialah Fitriah ini dikatakan (lihat laporan) adalah anak bekas speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain, yang kalah pada pru baru-baru di DUN Telok Bahang. Selepas kalah, Datuk Abdul Halim dilantik menjadi Pegawai Penyelaras Kadun (PPK) Teluk Bahang . Namun kesahihan ini diragui dan ada yang mengatakan ia bukan anak Datuk Halim. Bagaimanapun ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya..mungkin begitulah pepatah untuk Datuk Abdul Halim, walau apa jawatanpun ia tidak akan mengikis kewibawaannya. Namun yang paling pelik lagi ialah jika benar ia anak Datuk Abdul Halim yang merupakan anggota PKR., adalah tidak munasabah anak perempuannya anggota DAP. Blogger dan pemimpin MCA serta Gerakan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan lantikan Nur Fitriah Abdul Halim, 26 daripada DAP Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam. Laporan dari mStar menyatakan..
Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah Abdul Halim (gambar), 26, kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina. Pengerusi Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan ahli exco negeri Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, pereka grafik, telah dipilih untuk mengisi kuota Melayu daripada parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula. Menurut laoran akhbar harian, Nur Fitriah dilantik tanpa temuduga. Chow berkata ia merupakan prerogatif Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri untuk melantik beliau. Naib Pengerusi Gerakan negeri Wong Mun Hoe juga mempersoalkan pelantikan Nur Fitriah di laman Facebook beliau. "Dia tidak melalui proses temuduga untuk mengisi kuota Melayu. Jadi, apa yang berlaku kepada meritokrasi? Kuota atau meritokrasi?" katanya. Sementara itu, Nur Fitriah enggan mengulas ~ mStar Anak Sungai Derhaka lebih tertarik dengan ulasan atau persoalan yang Blogger Sejarah Melayu bangkitkan ini.. Isu pelantikan anak bekas Speaker DUN P.Pinang Datuk Abd Halim Hussein , Nur Fitriah berusia 26 tahun begitu panas dipertikaikan . Jika Anwar sibuk mempertikaikan pelantikan bekas Menteri dilantik kerajaan sebagai Penasihat , ramai mempersoal kelayakan wanita muda ini oleh kerajaan DAP . Alasan mereka untuk memenuhi kuota Melayu dalam ahli majlis MPPP. Apa yang GPB boleh katakan tentang pelantikan ini adalah bersifat KRONI oleh kerajaan DAP . Ia bukan soal memenuhi kuota Melayu tapi lebih kepada mengagih jawatan kepada kroni bagi memenuhi permintaan pihak tertentu. Dikhabarkan pemilihan Nur Fitriah disebabkan campur tangan bapanya Datuk Abd Halim Hussein yang tidak berpuas hati tidak disambung jawatannya Speaker DUN di penggal baru selepas PRU13 Mungkin desakan Halim yang tidak disambung jawatan Speaker , maka legasinya perlu diberi jawatan dalam kerajaan negeri . Kesimpulannya , kerajaan DAP sibuk mengata BN tentang isu KRONI tetapi ternyata mereka lagi teruk !! Aku tak kisah jika lantikan oleh DAP ini dipertikaikan oleh MCA dan Gerakan.. tapi hairan juga aku bila DAP melantik bangsa Melayu menjadi Ahli Majlis, puak-puak yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama pula mempertikaikannya.. Tak nampakkah mereka nama yang dilantik oleh DAP ini ialah Nur Fitriah Abdul Halim, berumur 26 tahun, berbangsa Melayu.. Kan dah cukup kriteria untuk diperjuangkan korang.. Anak Melayu bergama Islam tu.. jadi tak payah nak pertikaikan lah.. Asalkan Melayu.. tak apa.. biarpun ada budaya kronisma... he..he..he.. Cuma aku persoalkan kenapa Datuk Abdul Halim Hussein itu yang merupakan Ahli PKR membiarkan anaknya menyertai DAP dikala PKR sedang menggiatkan usaha menambah Ahli? MENGIKUT SUMBER: FITRIAH INI BUKAN ANAK DATUK ABDUL HALIM..KITA TUNGGU PENGESAHAN.. |
Posted: 10 Jul 2013 06:59 PM PDT Lama sungguh saya tidak menulis, kali terakhir rasanya semasa awal pru13. Sebenarnya naluri menulis tidak pernah terpadam kerana saya ia sekian waktu terpahat dalam diri, malahan telah melalui proses pembelajaran dalam dunia ini. Setelah lebih dua bulan memikirkan apa yang saya tulis selama ini terutama dalam berblogging sejak 2008 (masih baru)...,.saya merasakan perlu mengubah corak penulisan ke arah yang lebih bersifat positif dan lebih versatil. Kebanyakan apa yang ditulis termasuk beberapa rakan, saya perhatikan lebih kepada ikutan dan pengaruh persekitaran atau syok sendiri. Copy n paste adalah cara paling mudah dalam berblogging tetapi ia tidak mengambarkan keperibadian penulis itu sendiri. Hari ini sekadar titipan awal, saya ingin mengajak pembaca (kepada yang ada membaca titipan ringkas ini) akan apa yang dikerapkali disuarakan akhir-akhir ini ia itu untuk mewujudkan kesamarataan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia nampak bagus, telus, baik dan positif kerana rakyat Malaysia itu berbilang bangsa, khususnya yang utama mencorakkan warna siasah Malaysia ialah Melayu, Cina dan India..ada juga kadangkala sesetangah pemimpin apabila berucap di hadapan sebangsanya sendiri akan berkata rakyat Malaysia yang terdiri daripada Cina, Melayu dan Indian.. ataupun India, Cina dan Malaysia. Saya tiada rekod mengenai kenyataan di atas tapi sudah biasa mendengarnya..malahan kadangkala telinga saya tidak mendengarnya. Begitulah mungkin sebahagian daripada erti kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia. Kesamarataan bererti kesemua bangsa memperoleh hak yang sama.. menikmati kek sama banyak.. atau kek dibahagikan mengikut peratusan bangsa berkenaan dalam kelompok penjumlahan kapasiti penduduk. Entahlah kerana saya bukan orang politik yang kebanyakan waktu lebih banyak retorik. Kali ini saya akan berusaha berlaku adil bukan satu gimik untuk melencongkan pemikiran pembaca siber. Mungkin untuk hari ini setakat ini sahaja kerana jari-jemari saya juga sudah kematu. Oh ya calon Pas di PRK N01 Dun Besat juga bukan Ustaz kali ini. Eloklah lawannya juga bukan ustaz tetapi seorang jurutera. Secara asasnya, calon PAS seorang kontraktor, manakala calon Umno/BN adalah seorang jurutera. Cantiknya seorang kontraktor dalam bidang tugasnya kebiasaannya merujuk pd seorang jurutera (yang berkaitan) dalam melaksanakan projek2 yang diperolehinya. Kita lihat nanti kontraktor berkenaan yang juga selaku Bendahari Pas kawasan itu sama ada mampu mengubah hati pengundi (khususnya memancing lebih 1,400 undi majoriti) yang undi Umno/BN. Ingatlah kawasan berkenaan adalah kawasan Nelayan....persoalannya pernahkah PAS kawasan berkenaan melakukan sesuatu untuk nelayan. Jika pernah maka baguslah...tetapi jika tiada dan sekarang baru mendekati nelayan...maka tampak sangatlah pincangnya urusan. Nantilah kita bertemu lagi untuk mengulas kesamarataan, manisnya kekalahan PAS di Pulau Pinang dan sikap pimpinan yang gagal melihat masa depan jemaah kecuali untuk diri sendiri maupun kemenangan PAS di Terengganu ??? Selamat berpuasa |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan