Anak Sungai Derhaka |
- Sharizat kini sudah boleh senyum hingga ke telinga..
- Gara-gara tak diupah ke PRK Kuala Besut, Ahmad Maslan diserang Blogger UMNO..
- Dah agakdah! Mesti jadi kontroversi punyalah lantikan Ahli Majlis MPPP ni..
- Siapa Conteng Gambar Najib dan Bapak Dia nih?
- Calon PAS, Che Long janji tak akan ambil elaun wakil rakyat jika menang?
Sharizat kini sudah boleh senyum hingga ke telinga.. Posted: 11 Jul 2013 09:00 AM PDT Menteri Kewangan 2 Datuk Seri Husni Hanadzlah berkata, syarikat Kirimotonas Agro Sdn Bhd (KASB) akan membiayai kesemua hutang yang ditanggung oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada kerajaan. Menurut Husni, syarikat tersebut kini sedang dibuat penilaian dan sekiranya dalam rundingan tersebut berjaya, syarikat Kirimotonas akan memberi komitmen untuk membayar seluruh hutang NFC. "Kita setuju dan syarikat ini juga bersetuju setiap bayaran balik pinjaman NFC yang tertunggak akan dibiayai dan keseluruhan pinjaman tertunggak akan mereka bayar balik. Dan mereka minta tempoh percubaan selama tiga tahun," katanya. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Rafizi Ramli (PKR- Pandan) ketika memberi ucapan penggulungan titah Diraja di Parlimen hari ini. Selain itu, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) turut bangun untuk bertanya tentang pulangan yang akan diperoleh daripada projek usaha sama antara syarikat tempatan dengan firma penternakan kedua terbesar di Jepun. Beliau bertanya sama ada ia dapat mengatasi kegagalan projek NFC. Husni berkata, pada waktu ini, pihaknya sedang mengkaji keperluan dan kehendak dari syarikat tersebut. "Buat masa ini belum kaji lagi apa keperluan dan kehendak dari syarikat tersebut. Kalau dah kaji apakah kehendak, baru tahu kaitan projek dengan syarikat mereka," katanya lagi. April lalu, Berita Harian melaporkan, KASB memeterai surat hasrat dengan Kementerian Kewangan untuk memulakan rundingan bagi mengambil alih semua aset dan liabiliti National Feedlot Corporation, pengendali projek berkenaan. KASB juga, katanya menawarkan untuk membayar hutang NFCSB sebanyak RM250 juta dengan pendahuluan RM34 juta dan bakinya dibayar ansuran mengikut syarat yang dipersetujui dalam konsesi baru. Ia akan dirundingkan dalam tempoh enam bulan bermula April sehingga Oktober tahun ini ~ Malaysiakini |
Gara-gara tak diupah ke PRK Kuala Besut, Ahmad Maslan diserang Blogger UMNO.. Posted: 11 Jul 2013 07:00 AM PDT Membaca beberapa Blog Pro UMNO hari ini membuatkan aku tertanya-tanya siapakah yang bertanding di DUN Kuala Besut ini.. Berdasarkan pengumuman yang telah dibuat Oleh Muhyiddin dan TG Haji Hadi iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman mewakili BN dan Azlan Yusof @ Che Long pula dari PAS. Namun begitu nama Ahmad Maslan kelihatan lebih popular di blog-blog Pro UMNO berbanding nama Tengku Zaihan, beliau diserang seolah-olah beliau yang menentang calon BN dalam PRK ini.. Bagaimanapun jika diteliti artikel-artikel dari Blog Pro UMNO itu semuanya kerana duit, duit dan duit.. Gara-gara tidak dijemput dan diupah untuk membantu kempen jentera Pilihanraya Barisan Nasional dalam PRK Kuala Besut, Ahmad Maslan diserang Blogger-blogger Pro UMNO. Ni salah satu darinya... Ingat lagi kenangan sejak 2010, gua mula terlibat di PRK Hulu Selangor, beranjak ke PRK Galas tinggal sebumbung dengan Papagomo & DarulEhsanToday (DET) serta blogger GelombangRakyat & BadutRakyat yang pertama kali menyertai PRK, seterusnya ke PRK Tenang dan Kerdau/Merlimau. Sehinggalah misi agak besar ditatang semasa di PRN Sarawak. Ketika itu blogger proBN dari semua kultus seperti UMB, NadiRakyat, dan lain2 blogger bebas merasakan PRK seperti satu majlis reunion... melupakan semua perbedaan masing2 demi matlamat perjuangan yang satu - memastikan kemenangan calon BN!! Saat itu blogger2 yang berkhidmat sepenuh masa seperti gua 'bergantung harap' kepada ADUN atau Ahli Parlimen yang meninggal dunia sebagai 'punca pendapatan' meneruskan survival perjuangan untuk parti/kerajaan tercinta ini. Sinis bunyinya tapi itulah hakikat yang pernah kami telan, yang wajib pemimpin2 UMNO/BN ketahui. Bukan lumayan elaun yang diperolehi hasil kerja-keras turun padang untuk berjuang, tapi rasa cukup bersyukur dengan rezeki sekelumit itu. Usai PRU13 semua blogger & cytroopers seolah dilupakan oleh para pemimpin2 UMNO/BN yang merasakan tembolok mereka sudah selamat walau dengan kemenangan yang agak tipis. Ramai blogger yang mencari kerja sambilan untuk menyara kehidupan, mencari kerja tetap dirisaukan terganggu jika berlangsung PRK dengan tanggapan akan dikerah membantu UMNO/BN di ruang siber seperti cerita2 indah masa lalu... dengan matlamat perjuangan yang lebih mahal dari sebarang bentuk material! ADUN Kuala Besut meninggal dunia... Semua blogger mula berkobar untuk pergi membantu perjuangan BN di sana, bahang semangat PRU13 masih belum luntur. Sebagai seorang yang sudah acapkali dengan pengalaman itu merasakan situasi turun di battleground sebenar jauh berbeza kepuasannya berbanding meraban di ruang siber semata-mata. MALANGNYA.... Malangnya bila Timbalan Menteri Kewangan yang ditugaskan untuk mengawasi perang siber PRK Besut, Ahmad Maslan menjelaskan sudah menghantar 30 blogger ke sana dan tidak perlu lagi bantuan tambahan. Siapa 30 blogger tersebut, adakah mereka sudah faham rencah-ragam PRK bila gua tanyakan kepada rakan2 blogger yang pernah berjuang bersama semasa PRK kebanyakan mereka tidak dimaklumkan sebarang berita. Diberitakan cuma sekumpulan blogger dari kultus yang sudah dimanjakan dengan wang ringgit di bawah pimpinan Datuk A dari PMO sahaja dihantar ke Kuala Besut. Ahmad Maslan cuba memperkecilkan peranan blogger/cytroopers proBN lain dengan jawapan angkuh sebegitu... Jadi gua menyeru kepada semua blogger/cybertroopers membisukan terus isu PRK Kuala Besut sehinggalah selepas keputusan PRK tersebut - kita tengok penangannya, biar Ahmad Maslan belajar untuk belajar dari kesilapan!~ 1Peluru Oleh itu beliau menyarankan .. semua blogger & cytroopers pro-BN sila #MuteKualaBesut untuk kita tengok betapa efisennya 30 barua2 Akmar &Ahmad Maslan di sana!! Kepada barua2 Ahmad Maslan di sana, selamat mendapat RM300 seorang sebagai hadiah mengekornya bila ambik gambar lepas dia sikat rambut! Kalau ikhlas nak berjuang kenapa perlukan jemputan?.. turun sajalah kesana.. buat kerja diam-diam.. itupun kalau ikhlasla... |
Dah agakdah! Mesti jadi kontroversi punyalah lantikan Ahli Majlis MPPP ni.. Posted: 11 Jul 2013 01:03 AM PDT Sepertimana yang telah dijangkakan, iaitu kontroversi pasti melanda lantikan Ahli Majlis paling muda dalam sejarah MPPP ini.. ianya benar-benar terjadi.. Blogger-blogger dan juga pemimpin MCA serta Gerakan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan lantikan Nur Fitriah Abdul Halim, 26 daripada DAP Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam. Laporan dari mStar menyatakan..
Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah Abdul Halim (gambar), 26, kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina. Pengerusi Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan ahli exco negeri Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, pereka grafik, telah dipilih untuk mengisi kuota Melayu daripada parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula. Menurut laoran akhbar harian, Nur Fitriah dilantik tanpa temuduga. Chow berkata ia merupakan prerogatif Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri untuk melantik beliau. Setiausaha MCA negeri Lau Chiek Tuan berkata Lim tidak mengamalkan ketelusan dalam pelantikan itu. Naib Pengerusi Gerakan negeri Wong Mun Hoe juga mempersoalkan pelantikan Nur Fitriah di laman Facebook beliau. "Dia tidak melalui proses temuduga untuk mengisi kuota Melayu. Jadi, apa yang berlaku kepada meritokrasi? Kuota atau meritokrasi?" katanya. Sementara itu, Nur Fitriah enggan mengulas ~ mStar Aku lebih tertarik dengan ulasan atau persoalan yang Blogger Sejarah Melayu bangkitkan ini.. Isu pelantikan anak bekas Speaker DUN P.Pinang Datuk Abd Halim Hussein , Nur Fitriah berusia 26 tahun begitu panas dipertikaikan . Jika Anwar sibuk mempertikaikan pelantikan bekas Menteri dilantik kerajaan sebagai Penasihat , ramai mempersoal kelayakan wanita muda ini oleh kerajaan DAP . Alasan mereka untuk memenuhi kuota Melayu dalam ahli majlis MPPP. Apa yang GPB boleh katakan tentang pelantikan ini adalah bersifat KRONI oleh kerajaan DAP . Ia bukan soal memenuhi kuota Melayu tapi lebih kepada mengagih jawatan kepada kroni bagi memenuhi permintaan pihak tertentu. Dikhabarkan pemilihan Nur Fitriah disebabkan campur tangan bapanya Datuk Abd Halim Hussein yang tidak berpuas hati tidak disambung jawatannya Speaker DUN di penggal baru selepas PRU13. Mungkin desakan Halim yang tidak disambung jawatan Speaker , maka legasinya perlu diberi jawatan dalam kerajaan negeri . Kesimpulannya , kerajaan DAP sibuk mengata BN tentang isu KRONI tetapi ternyata mereka lagi teruk !! Aku tak kisah jika lantikan oleh DAP ini dipertikaikan oleh MCA dan Gerakan.. tapi hairan juga aku bila DAP melantik bangsa Melayu menjadi Ahli Majlis, puak-puak yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama pula mempertikaikannya.. Tak nampakkah mereka nama yang dilantik oleh DAP ini ialah Nur Fitriah Abdul Halim, berumur 26 tahun, berbangsa Melayu.. Kan dah cukup kriteria untuk diperjuangkan korang.. Anak Melayu bergama Islam tu.. jadi tak payah nak pertikaikan lah.. Asalkan Melayu.. tak apa.. biarpun ada budaya kronisma... he..he..he.. Cuma aku persoalkan kenapa Datuk Abdul Halim Hussein itu yang merupakan Ahli PKR membiarkan anaknya menyertai DAP dikala PKR sedang menggiatkan usaha menambah Ahli? |
Siapa Conteng Gambar Najib dan Bapak Dia nih? Posted: 10 Jul 2013 11:17 PM PDT Berkenaan dengan gambar Najib yang diconteng di atas ada yang mendakwa ianya adalah hasil kerja macai-macai ataupun samseng upahan UMNO yang bayaran upah kerjanya tidak dilunaskan sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin UMNO terbabit.. Kerana ianya telah terbukti sebelum PRU13 lagi.. dan umum menyedari sebelum PRU13 yang lalu banyak kegiatan-kegiatan vandalisma yang berbaur politik dibiayai oleh UMNO dan dilakukan pula oleh samseng-samseng upahan mereka.. Contohnya insiden melontar batu, cat merah dan apa saja yang boleh dilontar terhadap bas jelajah Merdeka Rakyat milik PKR, kebanyakkan saksi mendakwa ianya di lakukan oleh samseng-samseng upahan UMNO. Malah dalam beberapa kejadian, rakaman gambar membuktikan yang melakukan vandalisma itu ialah ahli UMNO di kawasan yang dilalui oleh bas jelajah Merdeka Rakyat. Perlu kita ketahui bahawa UMNO/BN juga mempunyai bas seperti yang digunakan oleh PKR itu, namun bas mereka langsung tidak pernah diusik oleh penyokong Pakatan Rakyat. Jadi tidak hairanlah jika ada saja kegiatan vandalisma yang berbaur politik, banyak jari menuding kearah macai-macai UMNO.. Bukan gambar Najib saja yang menjadi mangsa malah gambar bapanya juga turut menjadi mangsa.. Tindakan ini dikecam oleh Ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.. Zairil kecam conteng gambar PM PETALING JAYA: Ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mengecam sekeras-kerasnya perbuatan vandalisme di bangunan milik Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) di Tanjong Tokong, Pulau Pinang. Beliau kesal dengan tindakan yang tidak bertanggung jawab itu yang menconteng gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan gambar ayahandanya, Tun Razak Hussein. "Tindakan menconteng gambar Tun Razak dan Najib adalah tindakan kebudak-budakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya lagi, tindakan itu tidak mencerminkan budaya politik baru yang beliau perjuangkan. "Walaupun Najib dan saya berbeza pendapat, tetapi saya yakin tumpuan patut diberi kepada perdebatan idea, dasar dan ideologi dan bukannya kepada serangan peribadi," katanya lagi. Ahli parlimen DAP itu menghormati sumbangan bekas Perdana Menteri,Tun Razak membangunkan negara yang pernah berjuang bersama ayahandanya, Tan Sri Khir Johari. Oleh itu, tegasnya lagi, beliau dan anakandanya tidak perlu diaibkan dengan perbuatan vandalisme seperti itu. Beliau berharap semua pihak dapat mencegah perbuatan khianat ini. "Dengan sokongan semua pihak, usaha untuk membawa agenda politik baru dapat dipermudahkan," ujarnya.~ Freemalaysiatoday |
Calon PAS, Che Long janji tak akan ambil elaun wakil rakyat jika menang? Posted: 10 Jul 2013 08:44 PM PDT Menjelang saja masa untuk berkempen dalam Pilihanraya maka berbagai-bagai jenis janji yang akan dihamburkan kepada kita rakyat jelata. Tujuannya ialah untuk memikat hati kita, ada janji yang dijanjikan setelah segala yang berkaitan dengannya diambil kira.. Ada janji yang ditabur begitu saja tanpa memikirkan risiko atau implikasi yang akan diterima jika ianya dilaksanakan.. Contohnya dalam pilihanraya-pilihanraya yang telah berlalu, ada calon yang berjanji "Saya akan berpindah kekawasan ini jika saya menang, supaya rakyat lebih mudah untuk bertemu dengan saya.." Tapi bila dah menang.. hampeh, bila ditanya kenapa tak pindah ke sini?.. jawabnya "Kesian kat isteri saya.. dia dah biasa dengan suasana di sebelah Pulau tu, susah jugak dia nak terima suasana di sini.." Lagi satu contoh.. "Meskipun keluarga saya tinggal di Kuala Lumpur, saya berjanji itu bukanlah satu halangan bagi saya untuk meluangkan lebih masa buat rakyat yang memilih saya sebagai wakil Rakyat.. saya akan korbankan waktu untuk keluarga saya demi rakyat..." Bila dah menang, banyak rungutan diterima dari pengundi mengatakan YB mereka susah nak penuhi jemputan, maka AJK Cabang terpaksalah bertanya.. "Kenapa kurang waktu yang diluangkan buat rakyat?". Jawapannya ialah.. "Saya ada keluarga di KL, setiap Sabtu dan Ahad saya perlu pulang kepangkuan keluarga saya di KL.. Saya tak boleh nak 24 jam bersama rakyat.." Ada juga yang berjanji "Saya akan buka sebuah klinik di kawasan bandar ini bagi membantu yang kurang mampu.. Saya juga akan sediakan sekurang-kurangnya dua buah Pusat Khidmat disini jika saya menang.." Bila dah menang... janji tinggal janji... Itu adalah sebahagian janji.. janji yang dibuat hanya untuk menyakinkan rakyat.. Bagi PRK Kuala Besut ini pula Calon PAS bagi PRK Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long berjanji beliau tidak akan mengambil elaun wakil rakyat jika beliau dipilih oleh rakyat menjadi Adun. Semoga beliau mengotakan apa yang dijanjikannya itu.. jangan pula bila dah menang nanti kata "Saya terpaksa mengambil elaun itu untuk digunakan bagi membiayai kos operasi pusat khidmat saya..." Dan lebih baik rasanya jika beliau mengambil elaun itu dan serahkan kepada beberapa keluarga yang memerlukannya... Tapi berapa orang rakyat yang akan mendapat faedah dari elaun yang diagihkan itu?.. tentu ianya tidak adil bagi keluarga-keluarga lain yang juga memerlukannya tetapi tidak mendapatnya.. Calon PAS bagi PRK Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long berkata beliau tidak akan mengambil elaun wakil rakyat jika beliau dipilih oleh rakyat menjadi Adun. "Kalau saya menang, saya tak akan ambil elaun wakil rakyat. Ia akan dikembalikan kepada rakyat." ujar beliau. Che Long memang terkenal dengan sifat dermawan dan rendah dirinya di kalangan penduduk Kuala Besut yang rata-ratanya menjadi pelanggan stor kayunya. Memang tidak dinafikan beliau merupakan kontraktor yang berjaya sehingga mempunyai lesen kontraktor kelas A yang boleh mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit. Sikapnya yang mudah mesra, senang didekati disifatkan rakyat sebagai 'mudah kkkiro dan mudah bbaso". Ketokohan dan populariti beliau menjadi kelebihan kepada PAS bagi mengulangi kejayaan seorang Taukeh Ikan, Abe Uji, Adun Manek Urai yang berjaya menewaskan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat pada PRK Manek Urai tidak lama dahulu. Rata-rata rakyat Kuala Besut mengenali dan menyenangi sikap beliau. Pilihanraya Kecil Kuala Besut diadakan berikutan pulangnya ke rahmatullah Adun sebelum ini Dr Abdul Rahman baru-baru ini. SPR menetapkan esok hari penamaan calon dan 24 Julai hari pengundian. Azlan akan ditentang oleh calon muda BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. Pada PRU13 lalu, Dr Abd Rahman mengalahkan calon muslimat PAS, Napisah Ismail dengan majoriti lebih 2,000 undi. Buat individu-individu yang terasa dengan apa yang aku tulis di atas tu... ubahlah ya.. sebab kami rakyat ni tak kisah langsung untuk diadakan pilihanraya kecil pula.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan