Khamis, 11 Julai 2013

Addin

Addin


Punca SPR Adakan PRK Kuala Besut Pada Bulan Puasa Terbongkar

Posted: 11 Jul 2013 09:27 AM PDT


Rupanya ini punca PRK Kuala Besut diadakan pada bulan puasa. Sungguh sinis teguran zunar..ki..ki..ki..





Iklan C (ii)
 


Wajah - Wajah Tertuduh Merogol Pegawai Pengiring SUKMA Tersebar

Posted: 11 Jul 2013 07:12 AM PDT


Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang selepas menetapkan kes mereka pada 20 Ogos.

Ketiga-tiga mereka didakwa merogol seorang gadis di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu.

Kesemua mereka didakwa merogol semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga mereka ditahan reman untuk siasatan.

Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.


Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku. 




Iklan C (ii)
 


Kita Tertipu.. Bukti Terbaru Mesir Ikut Telunjuk Amerika Syarikat

Posted: 11 Jul 2013 12:27 AM PDT


Pejabat Pendakwaan Mesir mengeluarkan perintah menahan pemimpin Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie atas dakwaan menimbulkan keganasan di luar ibu pejabat Pengawal Republik yang menyaksikan 51 terbunuh, MENA melaporkan.

Al Jareera, memetik agensi berita tempatan itu menyebut, lain-lain pemimpin kanan Ikhawan juga dikeluarkan perintah yang sama pada Rabu, termasuk timbalan Badie, Mahmoud Ezzat dan pemimpin parti Essam El-Erian dan Mohamed el-Beltagy.

Sehari sebelum itu, ketua pendakwa umum Mesir memulakan siasatan terhadap 659 suspek yang tidak dinyatakan siapa kerana terlibat dengan keganasan pada Isnin.

Rawya Rageh daripada Al Jazeera melaporkan dari Kaherah, sembilan lagi termasuk dalam waran tangkap itu.

Ikhwan menyeru ke arah "kebangkitan" untuk mengembalikan semula pentadbiran Morsi selepas insiden tembakan pada Isnin.

Ribuan pengikut Ikhwan terus menyalakan lilin berdekatan masjid di Utara Kaherah bagi menuntut Mohamed Morsi dikembalikan ke tampuk kekuasaan selepas rampasan kuasa minggu lalu.

Rageh berkata, pemimpin yang menerima waran tangkap itu kini menyertai acara nyalaan lilin di Masjid Rabaa Adaweya di Utara Kaherah yang menyebabkan polis tidak dapat mendekati mereka kerana jumlah penunjuk perasaan yang ramai. ~malaysiakini



Iklan C (ii)
 


Keadaan Terkini Morsi..

Posted: 10 Jul 2013 09:59 PM PDT

KAHERAH - MESIR. Menteri Luar Mesir, Mohamed Amr, semalam mengesahkan Presiden Mohamed Mursi selamat dan dilayan baik, namun tidak dibenarkan keluar di khalayak umum atas faktor keselamatan.

Dipetik Al-Jazeera, agensi berita MENA melaporkan, pemimpin itu masih berada di dalam negara dan belum ada pertuduhan untuknya.

"Tiada maklumat lanjut berhubung nasib Mursi. Gerakan Ikhwanul Muslimin dan keluarganya juga tidak mengetahui lokasi pemimpin itu berada," katanya.

Amr berkata, tentera memberi jaminan keselamatan terhadap pemimpin itu dan menggesa penyokong Mursi supaya menghentikan segala protes. ~sinar harian

Kalau Saya Menang Saya Tak Ambil Elaun

Posted: 10 Jul 2013 06:46 PM PDT

Calon PAS bagi PRK Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long berkata beliau tidak akan mengambil elaun wakil rakyat jika beliau dipilih oleh rakyat menjadi Adun.

"Kalau saya menang, saya tak akan ambil elaun wakil rakyat. Ia akan dikembalikan kepada rakyat." ujar beliau.

Che Long memang terkenal dengan sifat dermawan dan rendah dirinya di kalangan penduduk Kuala Besut yang rata-ratanya menjadi pelanggan stor kayunya.

Memang tidak dinafikan beliau merupakan kontraktor yang berjaya sehingga mempunyai lesen kontraktor kelas A yang boleh mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit. Sikapnya yang mudah mesra, senang didekati disifatkan rakyat sebagai 'mudah kkkiro dan mudah bbaso".


Ketokohan dan populariti beliau menjadi kelebihan kepada PAS bagi mengulangi kejayaan seorang Taukeh Ikan, Abe Uji, Adun Manek Urai yang berjaya menewaskan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat pada PRK Manek Urai tidak lama dahulu.

Rata-rata rakyat Kuala Besut mengenali dan menyenangi sikap beliau.

Pilihanraya Kecil Kuala Besut diadakan berikutan pulangnya ke rahmatullah Adun sebelum ini Dr Abdul Rahman baru-baru ini. SPR menetapkan esok hari penamaan calon dan 24 Julai hari pengundian. Azlan akan ditentang oleh calon muda BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Pada PRU13 lalu, Dr Abd Rahman mengalahkan calon muslimat PAS, Napisah Ismail dengan majoriti lebih 2,000 undi.



Iklan C (ii)
 



Pesuruhjaya PAS Terengganu Akui Sukar Cari Pengganti Allahyarham Dr. A. Rahman Mohktar

Posted: 10 Jul 2013 06:05 PM PDT

BESUT – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mengakui, sukar mencari pengganti seperti penyandang kerusi Dun Kuala Besut sebelum ini, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar.

Memuji keperibadian A Rahman dengan menganggap sukar ditandingi, beliau mgambarkan keadaan itu pengaruhi Pas meletakkan calon mempunyai ciri-ciri mudah didekati sebagaimana dimiliki A Rahman.

Sehubungan itu, dengan keputusan meletakkan calon Pas, Endot@Azlan Yusof, 48, beliau yakin calon diketengahkan parti itu tepat kerana mempunyai sikap mesra yang diingini rakyat.

"Hendak cari pengganti arwah Dr A Rahman agak sukar tetapi bagi kita, kita telah teliti dan cari calon yang insya ALLAH memenuhi ciri-ciri tersebut untuk kita kemukakan kepada rakyat di Kuala Besut agar mereka senang dengan calon 'mudoh kiro, senang baso' ini. Senang bila-bila masa boleh pergi ke rumah dia. Inilah ciri-ciri yang hendak kita kemukakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Ceramah Perisytiharan Calon Pas di Kampung Nail, Kuala Besut, malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Mohd Abdul Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelam berharap Endot mampu mengulangi semula kejayaan Pas dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 2009.

Beliau berkata, perkara sama berlaku di kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila Allahyarham Datuk Razali Ismail ketika itu dilihat sukar dicari ganti di kalangan pemimpin BN, tetapi berjaya diisi oleh beliau yang merupakan calon Pas pada PRK itu.

Dalam masa sama, beliau berharap bulan Ramadan tidak melemahkan semangat jentera parti turun melakukan gerak kerja secara lebih proaktif untuk memenangkan calon Pas. ~sinar harian



Iklan C (ii)
 



Tiada ulasan: