MIMPI SENJA |
- Lebih bertenaga bila menghisap darah
- Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie (CRK)
- KJ: Hukum penulis blog seks isu sup babi
- Dakwat kekal ; PR saman SPR
Lebih bertenaga bila menghisap darah Posted: 15 Jul 2013 11:12 PM PDT Pittsburg - Ramai pasangan yang mempunyai tradisi mingguan, tetapi kebanyakannya tidak seaneh yang dikongsi oleh Lia Benninghoff dan Aro Draven. Mereka yang menjalani kehidupan seperti pontianak, meminum darah masing-masing seminggu sekali. Lia, 20, bertemu Draven, 38, di laman web mencari jodoh Februari lalu. Kedua-duanya sukakan gaya kehidupan 'gothic' dan Draven mahukan hubungan yang lebih intim. "Apabila dia menjelaskan bahawa perkongsian darah akan menjadikan kami lebih rapat, saya meminta dia untuk mencuba menghisap darah saya," kata Lia. "Draven menghiris anggota tubuhnya dengan pisau cukur dan menawarkan saya darahnya. Saya kemudian menghiris anggota tubuh saya dan dia menghisap darah saya. "Saya merasakan lebih bertenaga apabila darahnya meresapi tubuh saya. Ia pengalaman magis lebih intim daripada seks." DRAVEN hiris tangan dengan pisau cukur agar darah dapat dihisap Lia. Pasangan itu merancang untuk berkahwin pada hari Halloween depan. Tetapi, mereka belum memberitahu ibu bapa Lia bahawa mereka sudah bertukar menjadi pontianak. "Ibu bapa saya sangat gembira dengan hubungan saya bersama Draven, tetapi mereka tidak tahu kami pontianak dan Draven yang mengubah saya," katanya. Bagaimanapun, bukan mereka saja yang menjalani kehidupan seperti itu. Julia Caples, 45, juga adalah pontianak dari Wilkes, Barre, Pennsylvania yang menghisap hampir dua liter darah setiap bulan. Dia menghisap darah penderma yang ditemuinya ketika sesi perjumpaan ghaib atau pengunjung kedai pelik yang dibukanya dekat kediamannya. "Ketika saya berikan darah untuk dihisap dan turut menghisap darah mereka, saya rasa lebih kuat dan lebih sihat," katanya. "Secara santifik, tiada khasiat yang banyak dalam darah, tetapi mungkin terdapat beberapa nilai berharga yang kita belum temui lagi." - Agensi |
Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie (CRK) Posted: 15 Jul 2013 08:05 PM PDT AMPANG: Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gitaris, Mohd Eddie Ghazali, 45, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Ukay Perdana, Ampang di sini pada Isnin. Majlis dimulakan dengan acara merisik diiringi dengan ucapan perbincangan oleh anak sulung kedua-dua pasangan itu iaitu Mohd Daniel, 21, bagi pihak ayahnya iaitu Eddie dan Puteri Suraya Mohd Jalani, 28, mewakili Raja Azmi. Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa buah-buahan, manisan dan coklat serta telekung. Manakala pihak perempuan membalas dengan dulang hantaran terdiri daripada jam tangan dan beg duit jenama Fossil, kemeja, kek, coklat dan biskut. Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK sudah pun menduda sejak lima tahun lalu selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008. Hasil perkahwinan pertama selain Daniel, Eddie memiliki seorang lagi anak bernama Mohd Effy,19. Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek. Mereka bercerai dengan talak satu pada 27 Jun 2012. Pada majlis bertunang itu, turut dilakukan ialah majlis menyarung cincin yang disempurnakan oleh ibu Eddie, iaitu Mariah Abu Samah. Sementara itu, Raja Azmi yang ditemui bersyukur dan lega kerana majlis berkenaan berjalan lancar. Biarpun membina hubungan istimewa dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Raja Azmi yakin lelaki tersebut adalah pilihan yang tepat buat dirinya. "Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu. "Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya," katanya. Pasangan tersebut merancang akan bernikah pada 15 September depan. Kumpulan CRK pernah popular dengan lagu Cinta Dan Air Mata |
KJ: Hukum penulis blog seks isu sup babi Posted: 15 Jul 2013 10:30 AM PDT Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang terkenal dengan blog seks mereka harus diadili undang-undang walaupun sudah memohon maaf kerana menimbulkan kemarahan umat Islam dengan usikan membuka puasa dengan bak kut teh (sup babi). Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, walaupun sudah meminta maaf melalui laman perkongsian video Youtube, hukuman harus dijatuhkan supaya menjadi teladan kepada orang lain. Katanya, jika mereka terlepas hanya kerana dengan memohon maaf dan kes itu akhirnya ditutup, ia akan menjadi tidak adil kepada pihak lain. "Biarlah ia menjadi pengajaran kepada semua orang (supaya tidak memperolokkan agama lain)," katanya yang menyifatkan tindakan kontroversi itu sebagai serius. Khairy (kanan) berkata, tindakan itu harus dilaksanakan bukan sahaja terhadap pihak yang menghina agama Islam, tetapi semua agama. "Kita tidak mahu orang ramai menuduh kita mengamalkan pendakwaan terpilih apabila kita menjatuhkan hukuman," katanya dalam sidang media hari ini. Alvin dan Vivian yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen: "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan." Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, terutamanya umat Islam di negara ini atas dakwaan memperolokkan kesucian Islam dan bulan Ramadan. [Baca berita penuh] |
Posted: 15 Jul 2013 03:55 AM PDT KUALA LUMPUR - PR hari ini telah menfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan isu dakwat kekal. Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, peguam yang mewakili tiga parti komponen dalam PR (Pas, PKR, DAP) telah mengemukakan saman terhadap SPR jam 10 pagi tadi. "Peguam kita (PR), telah mengfailkan saman terhadap SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Ianya berkaitan dengan isu dakwat kekal yang tidak kekal," katanya di luar lobi Parlimen pagi ini. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan