RAKYAT MARHAEN |
- PRK KUALA BESUT: RUMAH TERBAKAR MAMPU DIBINA SEMULA DALAM TEMPOH 10 HARI SAJA!!
- Siapa Yang Dekati Pope Nasihatilah Wakil Beliau.....
- PRK Kuala Besut: PAS menang tidak merugikan dan tidak ada untungnya UMNO menang....
- PRK Kuala Besut: Hanya 'Sedikit kemajuan' selepas 34 tahun
- PRK Kuala Besut: Lensa Kempen & Ziarah Che Long
- Pak Samad - Unggun Bersih
- SPR tidak tertekan petisyen keputusan PRU13..??
- This has to happen - Nurul on landmark suit against EC
- PRK Kuala Besut: Lensa Hari Ke 4 Ceramah Umum Kg Tok Saboh (Kubu Kuat UMNO)
- Persempadanan: Himpunan besar-besaran relevan
- Bila menteri ‘cap ayam’ mahu selesaikan isu ayam…
- Ketepi keputusan melalui mahkamah bercanggah Perlembagaan, kata SPR...khianat pada amanah rakyat tak pe eh..!!!
- Kenapa SPR takut sangat dedah pembekal dakwat kekal?
- TG Nik Aziz: Umno jangan nak 'bermuka-muka'
- PRK Kuala Besut: SPR buat persiapan simulasi celup jari
- "Antara Janji dan Realiti: Rakyat Terus 'digula-gulakan' oleh Barisan Nasional"
- PRK Kuala Besut: PAS boleh menang jika PRK bersih
- PRK Kuala Besut: Pangsapuri 'percuma' BN dibina atas tanah rakyat yang dirampas
- PRK Kuala Besut: Lensa Hari Ke 4 Kempen - Part2
- PRK Kuala Besut: Lensa Hari Ke 4 Kempen - Part1
- #PRKBESUT13 #PRKN1 : PENYOKONG PARTI HARUS PROFESSIONAL BERKEMPEN
- DAP Serdang Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013
- PKR Sungai Petani Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013
- PAS Shah Alam Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013
- PAS Pokok Sena Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013
PRK KUALA BESUT: RUMAH TERBAKAR MAMPU DIBINA SEMULA DALAM TEMPOH 10 HARI SAJA!! Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT Punyalah dahsyat pukulan sesuatu pilihanraya kecil apabila diadakan dinegara kita jika UMNO/BN berhempas pulas dan bersungguh-sungguh nak menang. Perkara yang jarang kita dengar akan kita dengar... perkara yang agak sukar nak dilaksanakan akan dilaksanakan dengan apa cara sekali pun. Inilah yang terjadi pada satu projek membina semula rumah rakyat yang terbakar di Kuala Besut baru-baru ini akan cuba disiapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu dalam tempoh 10 hari. Bermula dari 13hb Julai 2013 dan mau disiapkan sehari sebelum rakyat Kuala Besut keluar mengundi iaitu pada 23hb Julai 2013. Kalau bukan kerana adanya PRK DUN N01 Kuala Besut jangan nak mimpilah akan disegerakan sebegini pantas. Benar jua kata setengah rakyat kita...bila ada PRK yang untungnya ialah rakyat jelata. Paling peliknya ialah... semenjak bila pula salah satu peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat ialah membina semula rumah yang terbakar? | ||
Siapa Yang Dekati Pope Nasihatilah Wakil Beliau..... Posted: 15 Jul 2013 12:11 PM PDT Oleh A Kadir Jasin MARI kita cakap bahasa mudah. Kalau nak marah, marahlah. Apa kita nak hairan kalau Duta Vatican, Joseph Marino "campur tangan" dalam hal yang sensitif kepada orang Islam Malaysia? Menurut laporan media, dalam pertemuan sulungnya dengan media massa tempatan, Marino memuji hujah yang dikemukakan oleh Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia) supaya dibenarkan mengguna "Allah" dalam teks bagi merujuk kepada Tuhan. Maksudnya dia setuju dan sokonglah tuntutan itu.
Tapi nak marah kepada dia pun tak boleh. Dia orang agama dulu. Kemudian baru diplomat. Jadi dia wajib utamakan agama dia daripada diplomasi (baca di sini) Periksa dulu diri kita. Tanya, siapa yang hemoi sangat nak lawat Vatican, nak jumpa Pope, nak jalin hubungan diplomatik Vatican? Bukan soal hubungan dengan Vatican saja yang jadi masalah malah semua hal berkaitan Melayu/Bumiputera, agama Islam dan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan sedang dipertikaikan. Semuanya sedang dicabar dari dalam dan luar kerangka besar kepemimpinan Melayu-Islam. Hanya Perkasa, Majlis Perundingan Melayu dan mereka yang seumpamanya saja terhegeh-hegeh cuba mempertahankan Melayu, Bumiputera dan Islam. Tapi, bukan semua Bumiputera Malaysia beragama Islam dan dalam isu "Allah" mereka tentulah sokong agama mereka. | ||
PRK Kuala Besut: PAS menang tidak merugikan dan tidak ada untungnya UMNO menang.... Posted: 15 Jul 2013 12:07 PM PDT Oleh Aspan Alias Apa pun keputusan PRK Kuala Besut, keadaan tidak berubah. Ia tetap menunjukkan BN adalah pihak pemerintah yang lemah dan tidak mampu menjadi kerajaan yang kuat dan stabil di Terengganu. Jika PAS memenangi PRK ini, ia akan menjadikan kedudukan BN dan PR sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri Terengganu itu. Tidak pula diketahui apakah cara undang-undang dan perlembagaan yang akan mencari penyelesaian terhadap isu ini jika ia berlaku. Jika BN menang ia akan mengekalkan kedudukan 17/15 dalam Dewan Undangan Negeri itu dan ia tetap melambangkan kelemahan BN di negeri itu. UMNO sebenarnya tidak kuat di Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku dalam PRK kali ini di Kuala Besut. UMNO sendiri bermasalah dalaman yang besar. UMNO tidak bersatu diantara pemimpinnya dan ini diketahui umum. Idris Jusuh, Ketua UMNO Bahagian itu berkata ada usaha PAS untuk melagakan beliau dengan Menteri Besar, Ahmad Said. Ahmad Shabery Cheek pula mengatakan yang tidak akan ada mana-mana pihak yang akan percaya dengan 'tohmahan' PAS itu. Sesungguhnya kata-kata kedua-dua pemimpin UMNO Terengganu itu adalah lambang kepada apa yang sebenarnya berlaku dalam UMNO Terengganu. Ini politk dan kita faham hakikat yang ada di dalam UMNO itu. Jika ada pemimpinnya bercakap sedemikian. dengan menuding jari dan menuduh PAS melagakan kedua-dua kumpulan dalam UMNO itu semata-mata untuk melindungi dan menutup keadaan sebenarnya dalam parti pemerintah itu. Hakikatnya kedua-dua pemimpin, Idris dan Ahmad Said ini tidak perlu dilagakan, kerana kedua-duanya memang sudah pun berlaga dari dulu lagi. Bagaimana kita hendak menafikannya kerana mereka berlaga secara terbuka sejak selepas PRU ke12 dahulu. Tidak payah diulangi apa yang berlaku kerana itu semua dalam pengetahuan umum. Jadi jika ada dalam UMNO Terengganu menafikannya itu adalah bohong belaka. | ||
PRK Kuala Besut: Hanya 'Sedikit kemajuan' selepas 34 tahun Posted: 15 Jul 2013 12:02 PM PDT Terdapat persamaan aneh antara pilihan raya kecil 24 Julai ini dengan apa yang berlangsung pada tahun 1979. Pada 34 tahun lepas, anggota dewan undangan negerinya Zakaria Muda meninggal dunia pada 26 Jun - sama seperti tarikh kematian wakil BN Dr A Rahman Mokhtar pada tahun ini. Tempoh berkempen pada 1979 juga berlangsung pada bulan Ramadan. Dalam pilihan raya pada masa itu, Wan Zakaria Wan Abdul Rahman (BN) menewaskan Husin Jusoh (PAS) dengan majoriti 979. Kali ini, calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berdepan Azlan Yusof daripada PAS. Bagaimanapun, antara 1979 hingga 2013, masih terdapat persoalan berbangkit berhubung pembangunan di kawasan itu yang masih sedikit. Nelayan Mohd Faizul Anuar Mat Sin dan Mohd Zaki Che Abdullah antara mereka yang merintih dengan keadaan itu. | ||
PRK Kuala Besut: Lensa Kempen & Ziarah Che Long Posted: 15 Jul 2013 09:34 AM PDT | ||
Posted: 15 Jul 2013 09:22 AM PDT | ||
SPR tidak tertekan petisyen keputusan PRU13..?? Posted: 15 Jul 2013 09:15 AM PDT | ||
This has to happen - Nurul on landmark suit against EC Posted: 15 Jul 2013 09:14 AM PDT | ||
PRK Kuala Besut: Lensa Hari Ke 4 Ceramah Umum Kg Tok Saboh (Kubu Kuat UMNO) Posted: 15 Jul 2013 09:12 AM PDT | ||
Persempadanan: Himpunan besar-besaran relevan Posted: 15 Jul 2013 06:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Rancangan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran jika persempadanan semula dilakukan sebelum pembersihan daftar pemilih disifatkan sebagai amat relevan. Read More / Baca Lagi >>Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat berhak bangkit menuntut hak mereka jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih enggan melakukan pembersihan daftar pemiih yang merupakan tuntutan Bersih dan Pakatan Rakyat. "Permintaan Bersih itu suatu benda yang sangat relevan kerana itulah tututan yang dibuat dalam Bersih dahulu yang turut disertai dan didokong oleh Pakatan Rakyat. "Kalau masih belum berlaku pembersihan daftar pemilih, terserah kepada rakyat untuk membuat tindakan selanjutnya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menegakan, inilah masa yang sesuai untuk SPR melakukan pemebersihan daftar pemilihan memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) baru sahaja berlalu. "Pembersihan daftar pemilih ini satu perkara yang penting sebab inilah masanya lepas pilihan raya umum, untuk nak sampai pilihan raya umum akan datang kita masih ada masa empat hingga lima tahun. | ||
Bila menteri ‘cap ayam’ mahu selesaikan isu ayam… Posted: 15 Jul 2013 06:55 AM PDT Shahbudin HusinAntara yang tidak pernah terlepas dari mengalami kenaikan harga setiap kali musim perayaan ialah ayam. Meskipun menteri silih berganti tetapi harga ayam tidak pernah dapat diselesaikan seolah-olah peniaga ayam lebih cerdik daripada menteri. Tahun ini harga ayam naik lagi. Di sesetengah tempat ia mencecah sehingga RM9.00 sekilo. Bagaimanapun bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hassan Malek, beliau mempunyai cara yang amat mudah untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga ayam ini iaitu dengan mencadangkan supaya rakyat beralih kepada menu lain seperti ikan atau daging bagi mengekang kenaikan harga itu. Orang Kuala Pilah di mana Hassan Malek menjadi Ahli Parlimen tentunya menjerit membaca berita ini. Gilo apo montori ni... Nampaknya senang sangat kerja menteri di Malaysia, bila ayam naik disuruhnya makan menu lain walaupun sepatutnya tugas beliau beliau mencari jalan menstabilkan harga ayam di pasaran. Berbagai cara boleh dilakukan seperti menemui pengeluar atau penternak, menambah bekalan melalui pengimportan, melakukan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya. Tetapi semua itu tidak dilakukan, yang disuruhnya rakyat tukar menu makanan. Lagi pula tindakan beliau memberi pilihan supaya makan ikan atau daging itu juga tidak logik sama-sekali kerana harga ikan sebenarnya lebih mahal daripada ayam. Ikan yang paling biasa menjadi menu rakyat Malaysia iaitu ikan kembung saja sudah berharga RM12 hingga RM15 sekilo. Belum lagi dikira ikan lain seperti ikan siakap, bawal atau tenggiri yang menjadi santapan orang-orang yang lebih berada. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 15 Jul 2013 06:52 AM PDT Cubaan mengetepikan seluruh keputusan Pilihan Raya 2013 oleh Pakatan Rakyat (PR) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bercanggah dengan Perlembagaan, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Beliau berkata, tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mahkamah hanya boleh mengetepikan mana-mana keputusan pilihan raya melalui petisyen sahaja. "Ia di luar garis undang-undang. Mahkamah hanya batal melalui petisyen pilihan raya tetapi saya serahkan kepada keputusan mahkamah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, hari ini. Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntuk: "Tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan." PR hari ini memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepi keseluruhan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) membabitkan 222 kerusi Parlimen dan pemilihan baru dijalankan semula. Tindakan itu belum pernah berlaku di Malaysia, dan berkemungkinan antara yang pertama kali bagi negara-negara Komanwel. "Kalau mereka nak buat, silakanlah. Mereka pun ada peguam yang boleh beri nasihat. "Cuma kalau mahkamah buat keputusan, jangan mereka pertikai keputusan mahkamah. Nanti kata mahkamah pula tidak adil," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kenapa SPR takut sangat dedah pembekal dakwat kekal? Posted: 15 Jul 2013 06:50 AM PDT Kerajaan diingatkan supaya tidak memberi alasan dangkal ekoran kengganannya mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat ketika pilihan raya umum lalu. Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin merujuk kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam bahawa kerajaan tidak akan mendedahkan nama syarikat terbabit. "Apa yang kerajaan Umno BN mahu sembunyikan daripada pengetahuan rakyat? Sebagai pembayar cukai mereka juga berhak tahu nama syarikat pembekal dakwat itu yang jelas gagal membekalkan dakwat kekal. "Keengganan kerajaan melindungi nama syarikat itu menyebabkan rakyat berasa teraniaya. Duit yang digunakan untuk membeli dakwat kekal bukan sedikit jumlahnya iaitu RM7 juta tetapi hasilnya sangat mengecewakan," ujar Shamsul. Shahidan semalam berkata kerajaan tidak akan mendedahkan nama syarikat berkenaan kerana khuatir dakwat tersebut akan dibeli oleh orang ramai dan berlaku "kekecohan" semasa hari pengundian. Mengulas lanjut, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, alasan Shahidan itu amat memalukan dan sukar diterima. Read More / Baca Lagi >> | ||
TG Nik Aziz: Umno jangan nak 'bermuka-muka' Posted: 15 Jul 2013 06:49 AM PDT SHAH ALAM - Pas hari ini membidas kenyataan Umno yang mendakwa parti itu perkakas kepada DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik dalam laman sosial Facebooknya berkata perkara yang dilakukan Umno tersebut tidak bersifat baik sekali gus meminta bukti daripada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu. Beliau juga berkata pemimpin politik perlu bercakap menggunakan fakta dan tidak "bermuka-muka". "Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak di dalam akhbar Sinar Harian halaman tiga hari ini. "Katanya, Pas merupakan alat kepada DAP dan PKR. Saya ingin bertanya, UMNO pula alat kepada siapa? "Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan, di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada Pas. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRK Kuala Besut: SPR buat persiapan simulasi celup jari Posted: 15 Jul 2013 06:43 AM PDT KUALA BESUT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal dengan kaedah mencelup jari pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Khamis ini. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Bernama di sini hari ini bahawa segala persediaan bagi menjalankan simulasi itu sedang diatur oleh SPR Terengganu. Beliau berkata simulasi itu penting untuk memberi gambaran jelas mengenai cara mencelup jari ke dalam dakwat kekal berbanding kaedah mencalit seperti digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas. SPR menetapkan 20 Julai ini sebagai tarikh pengundian awal PRK Kuala Besut manakala pengundian biasa ditetapkan pada 24 Julai ini. Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata simulasi itu akan disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan seperti RTM bagi membolehkan pengundi dan parti-parti politik mengetahui tentang kaedah sebenar. "Ia (simulasi) tidak akan mengambil masa yang lama. Kita akan panggil stesen televisyen untuk menyiarkan beberapa kali sebelum hari mengundi. "Selain itu kita (SPR) juga akan letak gambar atau poster kaedah mencelup jari di bilik-bilik mengundi supaya pengundi boleh tengok dan tahu macam mana nak celup," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
"Antara Janji dan Realiti: Rakyat Terus 'digula-gulakan' oleh Barisan Nasional" Posted: 15 Jul 2013 06:40 AM PDT Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan selamat pagi kepada semua rakan media sekalian yang sudi hadir membuat liputan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut: Rumah Percuma Untuk Rakyat Medan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut kini menjadi pentas kepada pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menabur 'janji-janji manis' bagi mengumpan rakyat miskin terus bersama mereka. Dua hari lalu ( Sabtu : 13 Julai 2013 ), Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan kepada 72 keluarga miskin bakal mendapat 'durian runtuh' jika rakyat memilih BN pada 24 Julai ini. Maka, telah diadakan satu Majlis Peletakan Batu Asas dan Pecah Tanah Projek Pembinaan 72 unit Pangsapuri di Kampung Lay Out, Tok Saboh, Kuala Besut. PAS tidak menentang sebarang bentuk pembangunan yang baik dibuat oleh kerajaan. Apatah lagi, jika sesuatu kemudahan yang hendak dibangunkan itu boleh diberi 'PERCUMA' kepada rakyat yang miskin serta tidak berkemampuan. Bahkan, itulah yang menjadi agenda PAS dan Pakatan Rakyat jika diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Negeri dan Negara, Insya'Allah. Namun, kebimbangan kami (PAS) sama ada janji-janji untuk rakyat itu Realiti atau sekadar janji manis untuk kempen pilihan raya (PRK) ini sahaja. Sebabnya, kita ada banyak bukti-bukti kegagalan Umno-BN yang memerintah melaksanakan tuntutan tersebut. Akhirnya, rakyat yang menjadi mangsa 'kebergantungan' mereka kepada kerajaan BN. Saya berikan beberapa contoh... Pertama, dalam isu tanah rakyat di Kampung Tok Saboh sendiri yang baru dibuat majlis peletakan batu asas untuk projek pangsapuri percuma kepada rakyat miskin di Dun Kuala Besut. Suka saya ingatkan kepada semua rakan media pada pagi ini. Ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu tahun 1999-2004, kita (PAS) telah berjaya menyedia dan mengagihkan tanah-tanah lot perumahan dan pertanian kepada rakyat di sini. Malangnya, apabila kerajaan BN kembali berkuasa telah dibatalkan dan 'dirampas' kembali tanah-tanah tersebut dari rakyat. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRK Kuala Besut: PAS boleh menang jika PRK bersih Posted: 15 Jul 2013 06:37 AM PDT Che Long melawat peniaga di pasar tani Kuala Besut. BESUT: Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat (kanan) berkeyakinan jika tiada penipuan serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut berjalan dengan bersih, calon PAS akan memenangi kerusi tersebut. Pada PRK Dun Kuala Besut, PAS telah mencalonkan Endot@Azlan Yusof yang lebih mesra dengan panggilan Che Long bagi menentang calon Barisan Nasional. Menurut Hanafiah lagi, sepanjang kempen yang berlangsung selama empat hari, beliau melihat sambutan yang amat baik telah diberikan oleh penduduk setempat terhadap Che Long. "Saya melihat sambutan sangat baik dan saya gembira serta terharu dengan sambutan tersebut, sebahagian besar mereka mengenali dan rapat dengan Che Long. "Selain itu juga kelebihan yang beliau miliki adalah apabila bertemu dengan penduduk (lelaki) beliau akan sentuh bahu dan ini merupakan satu sikap yang amat penting dalam dunia politik sekarang. | ||
PRK Kuala Besut: Pangsapuri 'percuma' BN dibina atas tanah rakyat yang dirampas Posted: 15 Jul 2013 06:36 AM PDT PAS mendakwa kerajaan BN Terengganu merampas dan meroboh beberapa rumah yang dibina di Kampung Lay Out, Tok Saboh, bagi kerja pembinaan pangsapuri 72 unit yang dirasmikan oleh timbalan perdana menteri Sabtu lalu. Read More / Baca Lagi >>Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa tanah lot perumahan di situ diberikan oleh kerajaan Terengganu yang ditadbir oleh PAS pada 1999 hingga 2004. Bagaimanapun, dakwanya, kerajaan BN yang kembali berkuasa selepas itu yang di bawah pentadbiran menteri besar ketika itu Datuk Seri Idris Jusoh telah membatal dan merampas kembali tanah rakyat di 'Rancangan Tanah Berkelompok' tersebut, tanpa pampasan. "Isu sejarah rampasan tanah rakyat di Tok Saboh berlaku apabila kerajaan Umno-BN kembali berkuasa pada tahun 2004, bertindak merampas tanah-tanah Lesen Menduduki Sementara (LMS) pemberi kerajaan PAS Terengganu. "Hari ini, di tempat yang sama, kerajaan bercadang membina pangsapuri percuma untuk rakyat. "Jika tidak kerana pilihan raya ini, tidak mungkin rumah/pangsapuri tersebut diberi percuma," kata Wan Azhar dalam sidang medianya pagi ini. Gambar pemilik menangis Projek pembinaan pangsapuri empat tingkat sebanyak 72 unit telah dirasmikan upacara pecah tanah oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu yang bernilai lebih RM10 bilion dan disifatkan sebagai "durian runtuh" dan "mungkin diberi percuma" kepada penduduk yang terlibat. | ||
PRK Kuala Besut: Lensa Hari Ke 4 Kempen - Part2 Posted: 15 Jul 2013 06:34 AM PDT | ||
PRK Kuala Besut: Lensa Hari Ke 4 Kempen - Part1 Posted: 15 Jul 2013 06:27 AM PDT | ||
#PRKBESUT13 #PRKN1 : PENYOKONG PARTI HARUS PROFESSIONAL BERKEMPEN Posted: 15 Jul 2013 05:11 AM PDT | ||
DAP Serdang Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013 Posted: 15 Jul 2013 05:10 AM PDT | ||
PKR Sungai Petani Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013 Posted: 15 Jul 2013 05:08 AM PDT | ||
PAS Shah Alam Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013 Posted: 15 Jul 2013 04:28 AM PDT | ||
PAS Pokok Sena Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013 Posted: 15 Jul 2013 04:27 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan