Selasa, 9 Julai 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kenyataan Fadhilatul Imam Al Akbar, Syeikhul Azhar As Syarif As Syeikh Ahmad At Tayyib

Posted: 09 Jul 2013 08:28 AM PDT

[Kenyataan Fadhilatul Imam Al Akbar, Syeikhul Azhar As Syarif As Syeikh Ahmad At Tayyib]

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc3/p480x480/1559_203350936489844_1883719175_n.jpg

8 Julai 2013

بسم الله والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين؛

Rakyat Mesir sekalian, setelah mengecam, membantah dan lukanya hati kami dengan tumpahnya darah dalam kejadian yang berlaku pada subuh hari ini, Al-Azhar As-Syarif dengan ini mengucapkan takziah buat keluarga Para Syuhada', mangsa dan mereka yang telah tercedera dari anak-anak Mesir.

Al-Azhar As-Syarif dengan ini menyatakan dan menegaskan secara jelas buat pihak yang memegang tampuk urusan negara pada hari ini dengan perkara-perkara berikut :

1. Dibuka sesegera mungkin siasatan ke atas kejadian tumpahnya darah yang bersih dari warga Mesir pada Subuh hari ini dan sebelumnya.

Dan mesti diumumkan keputusan siasatan ini seawal mungkin dihadapan seluruh warga Mesir, supaya jelas hakikat kejadian ini dan situasi fitnah tumpah darah ini dapat segera dipadamkan.

2. Mesti ditubuhkan dengan segara Suruhanjaya Perdamaian Nasional, selewat-lewatnya dalam tempoh dua hari,demi untuk memelihara darah rakyat Mesir dari terus ditumpahkan.

Suruhanjaya ini mestilah diberikan bidangkuasa yang penuh untuk benar-benar menjayakan perdamaian yang sempurna,melibatkan seluruh anak-anak negara ini,tanpa mengecualikan mana-mana pihak.

Sesungguhnya negara ini adalah milik semua,bukannya milik sebahagian pihak, bahkan ia luas meliputi semua.

3. Mesti diumumkan dan dimaklum dengan sesegera mungkin tentang tempoh peralihan.

Tempoh ini sepatutnya tidak boleh lebih dari 6 bulan.

Mestilah diumumkan jadual perjalanan masa secara jelas dan detail (jadual perkara yang bakal dibuat) untuk menjayakan peralihan demokratik yang diharapkan, yang akan menegakkan kesatuan warga Mesir dan memelihara darah mereka.

Ini adalah perkara utama yang menjadi punca aku bersetuju untuk hadir dan turut serta dalam perjumpaan dengan pihak berkuasa, badan politik dan wakil-wakil simbol negara sebelum ini (minggu lalu).

4. Al-Azhar As-Syarif menyeru kepada semua media dari pelbagai bentuknya, untuk benar-benar menjalankan tanggungjawab untuk menjayakan perdamaian nasional antara semua anak-anak negara ini dan menyatupadukan mereka.

Media mestilah menjauhkan dari membuat perkara-perkara yang boleh mencetuskan perbalahan dan memarakkan lagi persengketaan.

5. Al-Azhar As-Syarif sekali lagi menegaskan dan menuntut agar segera dibebaskan kesemua tahanan Politik, dan dibenarkan mereka untuk pulang ke rumah dan menjalani kehidupan seperti biasa dalam terjamin keamanan dan kesejahteraan mereka.

Al-Azhar As-Syarif menegaskan kepada pihak berkuasa Negara untuk bersungguh-sungguh menjaga keselamatan rakyat yang berdemonstrasi dengan aman, memberi jaminan keselamatan buat mereka dan tidak diambil sebarang tindakan berunsur politik kepada sesiapa sahaja dari mereka.

6. Yang akhirnya, aku menyeru kepada semua pihak di Mesir untuk berpegang dan merujuk kepada suara akal dan hikmah sebelum terlambat.

Sesungguhnya aku atas tanggungjawab agama dan Negara, menyeru kepada semua pihak untuk menghentikan dengan segera apa sahaja tindakan yang menumpahkan darah anak-anak Mesir yang bersih ini.

Aku dengan ini mengumumkan dan menjelaskan kepada semua pihak – pada suasana kini yang semakin kuatnya bau-bauan darah – dan tidak lekang dari mindaku Sabda Sayyiduna Rasulullah SallaAllahu Alaihi Wa Sallam : "Bahawa sesungguhnya,runtuhnya satu demi satu batu binaan Kaabah adalah jauh lebih ringan dari tumpahnya darah Muslim tanpa hak"…

Aku mengumumkan kepada semua pada suasana ini : bahawa Aku mendapati keadaan kini mendesak untuk aku beriktikaf di rumahku, sehinggalah kita semua dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam menamatkan pertumpahahan darah ini, dan menghalang daripada berlakunya dalam Negara ini perang saudara, yang selama ini diingatkan oleh Al-Azhar As-Syarif dari kita terjerumus ke dalamnya.

Semoga Allah memelihara Mesir dan seluruh rakyatnya dari segala kajahatan, keburukan dan perkara yang tidak diingini.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Terjemahan oleh : Ustaz Muhammad Noorazam
Sumber : alazhar-alsharif.gov

Terkini! Tengku Zaihan calon BN Kuala Besut

Posted: 09 Jul 2013 01:37 AM PDT

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/q71/484706_602289523145266_653981141_n.jpg


BESUT - Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Tengku Zaihan yang merupakan jurutera awam Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dan anak tempatan Kuala Besut.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, selaku Pengarah Pilihanraya BN, di Dataran Kuala Besut, sebentar tadi.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen.

Zainuddin Maidin Mohon Maaf Kepada Air Asia

Posted: 09 Jul 2013 01:23 AM PDT

APOLOGY.

Saya tidak menyedari bahawa pekara- pekara yang tesiar dalam artikel di bawah tajuk " Hidangan Babi Dalam Penerbangan Air Asia, Orang Islam Patut Tangguhkan Dulu Terbang dengan Pesawat ini"(artikel tersebut) dalam blog zamkata memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.

Bagaimanapun setelah menerima surat tuntutan dari Peguambela dam Peguamcara AirAsia Berhad kira -kira sebulan dari tarikh penyiarannya,maka barulah saya menyedari bahawa artikel tersebut memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan-penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Ini adalah tidak benar samasekali.

Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut, dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang pransangka bahawa babi ada dihidangkan dalam masa mana penerbangan AirAsia dan AirAisa X.

Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X adalah sangat prihatin terhadap sensitiviti keugamaan kesemua penumpang mereka.

Tan Sri Zainuddin Maidin.

Terkini! Pesanan Dr Mursi Kepada Penyokongnya

Posted: 08 Jul 2013 09:29 PM PDT

Morsi sampaikan pesanan dari dalam tahanan

Harakahdaily, 09 Jul 2013

MESIR: Dr. Muhammad Morsi yang ditahan oleh tentera di Bangunan Pengawal Republik semalam turut mengirim nota pesanan kepada seluruh penyokong beliau di Mesir.

Dalam kiriman itu, Morsi menulis "Jarak antara kekalahan dan kemenangan adalah kesabaran satu saat. Aku yakin akan kembali kepada rakyat yang telah memberikan mandat melaksanakan amanah ini."

Pesanan itu dibawa dan disampaikan oleh pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr. Solah Sultan, di hadapan jutaan penyokong Morsi yang berkampung di hadapan Bangunan Pengawal Republik sejak beliau dijatuhkan secara rampasan kuasa oleh tentera beberapa hari lalu.

Menurut Dr Solah, nota itu diberikan Morsi kepada seorang pengawal dari dalam tahanan dan telah menyerahkannya kepada beliau.

Semalam, di hadapan bangunan ini jugalah dilaporkan lebih 50 penyokong Morsi terbunuh ditembak ketika sedang solat Subuh manakala lebih 300 lagi cedera.

Minta sejadah dan al-Quran

Sementara itu, seorang ulama Khalid Gharib seperti dilapor Islam Post dilaporkan berkata, sepanjang dalam tahanan, Morsi tidak meminta apa-apa selain al-Quran dan sejadah.

Menurutnya, seorang jeneral tentera yang mengawal Morsi bernama Shubhi enam kali datang memujuk Morsi agar menerima rampasan kuasa ini.

"Tapi setiap kali dia memujuk, Presiden Mursi menolak dan mengatakan: 'Bunuhlah aku, karena itu sangatlah ringan bagiku berbanding terpaksa bersaksi dusta',".

Husam dilantik sebagai pengarah PRK Kuala Besut

Posted: 08 Jul 2013 06:58 PM PDT




KUALA LUMPUR: PAS telah melantik Naib Presidennya Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.

Dengan perlantikan ini bermakna Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan akan berdepan dengan Tan Sri Muhyidin Yassin yang dilantik sebagai pengarah untuk jentera BN.

Bagi membantu Husam, dua timbalan dilantik iaitu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terenggganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Tiga penasihat kepada jawatankuasa ini adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Perlantikan Husam dipercayai berikutan kedudukannya sebagai pemimpin kanan PAS dari Kelantan yang bersempadan dengan DUN Kuala Besut.

Ini kerana, pengaruh dan peranan PAS Kelantan dipercayai sangat penting dalam menentukan corak kempen pilihan raya ini.

Malam ini, Presiden PAS, Abdul Hadi akan mengumumkan calon yang akan bertanding bagi pihak PAS dan Pakatan Rakyat di Kampung Nail, Kuala Besut.

Harakahdaily difahamkan, PAS Besut dan Terengganu mencadangkan tiga nama untuk dipilih oleh PAS Pusat sebagai calon.

Tiga nama tersebut adalah bekas wakil rakyat di situ, Datuk Nik Zawawi Salleh, Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Bendahari PAS kawasan Besut Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Nama yang paling popular sehingga kini adalah penduduk jati Kuala Besut iaitu Che Long, seorang ahli perniagaan yang terkenal di sini.

Umno pula dikatakan menyenarai dua nama popular untuk PRK itu. Bekas Kadhi Besut, Nik Suhaiza Nik Ismail dan AJK Umno Bahagian Besut, Zahanapi Sagaf.

Anak bekas Adun Kuala Besut dan Exco Terengganu yang berpengaruh juga disebut-sebut menjadi calon PRK berkenaan.

Daripada 13 pilihan raya umum (PRU) dan satu PRK di Kuala Besut, PAS menang empat kali iaitu PRU 1959, PRU 1969, PRU 1974 dan PRU 1999.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

PRK itu diadakan ekoran kematian Adunnya yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A. Rahman Mokhtar selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Pada PRU13 lalu, Allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. Majoriti calon BN adalah 2,434 undi.

Pada pilihan raya umum lalu, BN mendapat 17 kerusi manakala PAS dan PKR yang menjadi sekutu dalam Pakatan Rakyat memperoleh 15 kerusi DUN di Terengganu.

Jika calon PAS menang dalam PRK ini, ia bakal menghasilkan satu suasana menarik dalam politik dan pentadbiran negeri Terengganu kerana ia akan menghasilkan kerusi yang sama banyak iaitu 16:16.

Tiada ulasan: