Biaqpila |
- CARA MELAKUKAN SOLAT TARAWIH
- AHLI PARLIMEN BUKAN ISLAM YANG BERAZAM UNTUK PUASA SEBULAN TAHUN INI
- AKSI BAJU TERSELAK NAMPAK PUNGGUNG
| Posted: 09 Jul 2013 08:51 AM PDT Tarawih bererti 'istirehat' manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya. Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar. Rasulullah SAW. bersabda; "Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya". Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: "Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat." (Riwayat Bukhari). . . TUJUAN
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu." Riwayat al-Bukhari dan Muslim. .. BACAAN SURAH
![]() 3. Bermula malam ke 16, boleh juga dibaca mulai daripada surah al-Lail pada rakaat pertama sehingga surah al-Masad, iaitu 20 surah bagi 20 rakaat solat Tarawih. ..CARA MELAKUKAN SOLAT. Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: "Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat." (Riwayat Jamaah) . 1. Niat:![]() . 2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat TarawihSetelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba'diah Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut. |
| AHLI PARLIMEN BUKAN ISLAM YANG BERAZAM UNTUK PUASA SEBULAN TAHUN INI Posted: 09 Jul 2013 01:25 AM PDT Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh. "Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi. "Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan. "Saya tidak boleh menutup mulut mereka yang mendakwa sedemikian. Asalkan saya mempunyai niat baik dan pengundi di Serdang juga faham akan niat saya ini," katanya merujuk sesetengah pihak yang memperlekeh usahanya. Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadangmenghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen. "Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam. "Saya juga bakal menyertai satu program keluarga angkat bagi merasai sendiri pengalaman keluarga Melayu menjalani ibadah puasa," katanya. Pengumuman Ong menerima reaksi positif apabila ramai pengikut Twitternya mencadangkan hidangan sesuai untuk bersahur, selain mengundangnya berbuka puasa dan tidak kurang menyangka beliau sudah memeluk Islam. Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Rabu ini setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Rabu ini. DAP sering diberi publisiti negatif dan dituduh anti-Melayu dan anti-Islam oleh Umno. Pendirian DAP membantah pelaksanaan hukum Hudud digunakan oleh Umno untuk melabel mereka sebagai anti-Islam. sedakasejahtera RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
| AKSI BAJU TERSELAK NAMPAK PUNGGUNG Posted: 08 Jul 2013 07:31 PM PDT Rasanya ramai lelaki yang sembahyang memakai seluar jeans pernah merasai keadaan seperti diatas. Seluar akan terlondeh sedikit apabila sujud dan mengakibatkan aurat kita iaitu bahagian punggung terbuka. Banyak kali juga time sembahyang jumaat terutamanya aku jumpa benda ini, kalau nampak seluar dalam atau boxer kira ok lagi lah kan. Tapi ini tak , siap ada yang nampak lurah buntut itu, atoyai! Kalau ikut cara aku nak mengelakkan benda tak sepatutnya nampak senang je, korang tuck-in je baju itu dengan seluar jeans. Settle kan. kredit surau dataran pahlawan. fid Ikuti penjelasan USTAZ AZHAR IDRUS: RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan