Selasa, 9 Julai 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BN pilih Tengku Zaihan sebagai calon PRK Kuala Besut

Posted: 09 Jul 2013 05:09 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan perdana menteri membuat pengumuman itu di Kuala Besut, Terengganu.

PAS akan mengumumkan calon mereka malam nanti.

Tangku Zaihan adalah Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (Bahagian Korporat). Beliau berumur 37 tahun dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau adalah anak tempatan dan bekas jurutera JPS daerah Besut.

Dr A Rahman Mokhtar, Adun Kuala Besut meninggal 26 Jun lalu selepas 50 hari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk penggal kedua. Ia menyebabkan PRK terpaksa diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 12 Julai dan hari mengundi 24 Julai ini.


Pada PRU13, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. Majoriti Allahyarham adalah 2,434 undi.

Daripada 14 pilihan raya sebelum ini, pembangkang iaitu PAS menang empat kali iaitu 1959, 1969, 1974 dan 1999 manakala yang lainnya dimenangi BN.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan calon pilihan mereka malam ini.

Antara yang disebut-sebut bakal mewakili PAS ialah Azlan Yusof, 48; Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad

Perkasa ugut tolak BN jika terus abai Melayu

Posted: 09 Jul 2013 05:03 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini memberi amaran akan "beralih arah" sokongan sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini terus mengabaikan Melayu dan Bumiputera.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali (gambar) menegaskan, masyarakat Melayu meluat dengan kerajaan sekarang kerana mereka kini "menelan" apa sahaja yang disediakan kerajaan walaupun hakikatnya perkara itu "pahit".

"Sekiranya kerajaan terus berkeadaan begini, jika terpaksa sokongan kami mungkin beralih arah. Demi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera kami akan lakukan," katanya dalam satu kenyataan petang ni.

"Terkadang terfikir juga oleh orang Malayu, apakah masih ada lagi pemimpin Melayu dalam negara ini. Sebelah kerajaan takut untuk menunaikan desakan orang Melayu dan Bumiputera. Begitu juga pemimpin Melayu di sebelah pembangkang," katanya.

Beliau menjelaskan, terlalu banyak memorandum mahu pun resolusi sudah dihantar kepada kepimpinan negara berkaitan beberapa isu ekonomi, pendidikan dan agama untuk komuniti Melayu dan Bumiputera, namun kurang 15 peratus yang dilaksanakan kerajaan, sedangkan desakan kumpulan lain ditunaikan kerajaan.

"Tuntutan yang lama masih dibiarkan tanpa ada tindakan positif bertambah lagi dengan beberapa keputusan yang menjengkelkan orang Melayu," katanya.

Sebelum itu, Perkasa juga memuji tindakan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Ahmad Puad Zarkashi yang menggesa Putrajaya menubuhkan kembali Kementerian Pembagunan Usahawan.

"Perkasa sambut baik kenyataan itu tetapi Perkasa tidak yakin kerajaan dapat wujudkan kembali jika kepimpinan yang ada sudah tekad untuk kuatkan agenda meliberalisasikan pelbagai sektor seperti apa yang diumumkan oleh perdana menteri di London baru-baru ini," katanya merujuk kepada projek majlis pecah tanah Stesen Jana Kuasa Battersea, yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
bersama-sama Perdana Menteri Britain, David Cameron di London.

"Desakan supaya kerajaan mengembalikan kementerian ini oleh Perkasa dan NGO-NGO Melayu sejak hampir lima tahun sudah tidak dipedulikan lagi oleh kerajaan kerana kerajaan lebih mendengar dari kumpulan pendesak kaum lain," katanya.

Syed Hassan bagaimanapun menegaskan Perkasa tidak akan mengalah dalam perjuangannya demi kepentingan Melayu dan Bumiputera walaupun kerajaan BN tetap membisu dalam menunaikan hasrat Perkasa.

"Perkasa akan terus menyuarakan desakan demi desakan kami kepada kerajaan. Tetapi ingatlah bahawa kesabaran orang Melayu ada hadnya."

Chang Khim : Walaupun Sukar, Selangor Bangunkan Pengangkutan Awam

Posted: 09 Jul 2013 04:56 AM PDT


bas-khalid-01

SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri sedaya upaya akan melaksanakan penambahbaikkan terhadap sistem pengangkutan awam di Selangor mengikut peraturan dan bidang kuasa yang dimilikinya.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata masalah yang dihadapi Kerajaan Negeri dalam pembangunan pengangkutan awam adalah bidang kuasa sektor itu terletak di bawah Kerajaan Persekutuan.

Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri akan meneruskan perancangan untuk menyediakan perkhidmatan bas tempatan di bandar-bandar utama seperti Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya seperti yang dijanjikan di dalam manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat 2013.

teng dun 04 jul 01

Kerajaan Negeri juga akan menyediakan garis panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk digunakan semasa menyediakan pelan laluan pengangkutan awam.

"Kerajaan Negeri dan PBT memang tidak ada kuasa untuk mengeluarkan lesen untuk laluan pengangkutan awam seperti laluan bas awam.

"Dalam pelan pembangunan lima tahun bersama PBT, kita telah bincangkan dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menyediakan bas perbandaran.

"(Tetapi) kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diperlukan," kata Chang Kim semasa menjawab usul yang dibawa Adun Bukit Gasing Rajiv Rishakaran di dalam Dewan Negeri Selangor hari ini.

Usul Rajiv menggesa Kerajaan Negeri agar memperhebatkan pembangunan pengangkutan awam di seluruh Selangor bagi mengurangkan kesesakkan lalulintas.

Chang Khim berkata perselisihan kuasa antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan boleh dilihat di dalam kes terminal bas baru di Klang yang sepatutnya menggantikan perhentian bas lama di tengah bandar Klang.

" … Untuk memindahkan terminal bas ke kawasan baru walau diluluskan pada zaman Umno-BN tetapi SPAD tidak meluluskan."

Chang Khim juga berkata adalah kurang tepat untuk membandingkan antara Selangor dan bandaraya negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Jakarta dan Bangkok yang melaksanakan sistem pengangkutan awam yang berkesan.

"Dari segi ekonomi memang dapat melakukan pembangunan kerana kuasa dimiliki berbeza.

"Mereka mempunyai hasil mencukupi untuk menanggung segala perbelanjaan namun di Malaysia pendapatan negeri diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dengan sebahagian sahaja kekal dalam bentuk geran untuk negeri.

"Selangor mempunyai lima juta penduduk dengan 12 PBT nak sediakan rangkaian pengangkutan awam memang sukar," katanya.

Husam : Pas Yakin Boleh Menang Di Kuala Besut

Posted: 09 Jul 2013 04:31 AM PDT


Husam ceramah no kopiah 01

KUALA LUMPUR  : Pas yakin akan mencapai kemenangan dalam Pilihanraya Kecil Kuala Besut yang akan diadakan pada 24 Julai ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata walaupun Umno-BN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut dengan majoriti yang selesa dalam pilihanraya umum ke-13, Pas masih ada peluang untuk menakluk kerusi itu.

"Kita masih ada peluang untuk menang. Kita sudah ada calon, lepas tengok calon BN. Baru kita boleh tahu berapa peratus kita akan menang," katanya dalam sidang media, di sini.

Husam turut menyifatkan kenyataan Ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh  yang menyatakan Umno akan mempertahankan kemenangan itu dengan majoriti yang lebih besar sebagai kenyataan yang 'angkuh'.
"Walaupun majoriti BN menang itu besar dan sah, namun PRK ini adalah tugas yang berat.

"Saya yakin rakyat boleh menilainya secara keseluruhannya. Jika Pas menang, agenda rakyat dapat dirangka dengan komprehensif," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya berkata calon yang akan bertanding pada pilihanraya itu akan diumumkan malam ini oleh Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang.

Dalam PRU-13, Dr A. Rahman Mokhtar daripada Umno-BN memenangi kerusi Kuala Besut dengan majoriti 2,434 undi.

Rafizi : Mana Pergi Pinjaman RM 163 juta Untuk Projek NFC?

Posted: 09 Jul 2013 04:29 AM PDT


NFC- Shahrizat & Salleh

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan bagaimana ia akan memungut kembali wang pembayar cukai yang disia-siakan oleh syarikat pengusaha Pusat Fidlot Nasional.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ismail berkata penjelasan ini perlu kerana masih ada bahagian yang belum dilangsaikan setelah syarikat National Feedlot Corporation berhenti beroperasi dan bakal muflis.
Rafizi berkata daripada pinjaman RM 250 juta, RM 163 juta telah diberikan kepada syarikat tersebut.

"Sebahagian dari dana itu sudah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset. Termasuklah gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset.

"Kerajaan juga tidak pernah mengenakan jaminan peribadi terhadap Pengarah NFC iaitu keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dan tiada tindakan susulan diambil," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, di sini.

Kontroversi NFC bermula apabila Jabatan Audit Negara dalam laporan 2010 berkata projek itu, yang bermula pada 2006, gagal mencapai sasaran pembekalan daging lembu yang telah ditetapkan.

Laporan itu berkata pengusaha NFC telah diberikan pinjaman RM 250 juta dengan faedah empat peratus.
Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata suatu laporan terkini menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju untuk melantik satu konsortium baru bagi mengambil alih operasi projek NFC itu.

"Dalam sidang Dewan Rakyat, saya sudah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini.

"Tetapi Menteri Kewangan menjawab bahawa kedua-dua Kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya dirampas setakat ini.

"Beliau juga mengatakan bahawa operasi NFC sudah dihentikan sepenuhnya akhir tahun lepas," katanya.

"Jadi saya beranggapan bahawa dana RM 163 juta yang dibelanjakan oleh NFC itu dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi," katanya.

Beruntungnya Rakyat Selangor, Ramai Yang Bil Airnya Masih RM0.00

Posted: 09 Jul 2013 04:22 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan perlaksanaan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu yang telah diperkenal Pakatan Rakyat sejak mengambil alih negeri itu pada 2008 lalu.

Bagi tujuan penerusan itu, kerajaan negeri telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM 105 juta untuk pemberian bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khadli Ibrahim berkata, peruntukan itu diperlukan kerana peruntukan sebelumnya hanya menampung kos program tersebut sehingga Mei lalu iaitu sebelum Pilihanraya Umum 13 (PRU13).

Menjelaskan perkara itu lebih lanjut beliau berkata, peruntukan yang diambil dari belanjawan 2013 itu dibuat kerana sekiranya Kerajaan Negeri yang lain mengambil alih selepas PRU 13, pentadbiran itu tidak dipaksa untuk meneruskan dasar itu.

"Jika menang pilihanraya, kita teruskan program pemberian air percuma ini. Keputusan ini dibuat kerana kita tidak mahu membuat keputusan bagi pihak lain.

"Tetapi dalam manifesto PR, kita telah senaraikan mengenai usaha meneruskan bantuan air percuma ini," katanya kepada media selepas Dewan Negeri Selangor (DNS) ditangguhkan semalam yang dipetik Selangorku.

Permohonan RM 105 juta itu sebahagian daripada permohonan perbelanjaan tambahan sebanyak RM 761 juta yang dibuat melalui satu enakmen di dalam DNS.

Daripada RM 105 juta, RM 83 juta adalah bagi menampung bayaran program pemberian air percuma bagi Julai hingga hingga Disember 2013.

Manakala RM 22 juta bagi menampung semula peruntukan sedia ada yang telah digunakan bagi bayaran program itu bagi Mei hingga Jun lalu. -HD

Henti sandiwara dakwat kekal, pengerusi SPR mesti letak jawatan

Posted: 09 Jul 2013 04:13 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menggesa SPR menghentikan sandiwara dakwat kekal untuk menutup kelemahan badan itu, kata ahli jawatankuasa pemandu, Dr Wong Chin Huat.

"Jangan beralasan. Mahu tukar pembekal jadi sandiwara murahan untuk menutup kelemahan SPR dalam pilihanraya yang lepas.
tuntutan-bersih
"Ganti pengerusi lain. Bukan ganti pembekal dakwat kekal," katanya kepada Suara Keadilan

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang merancang membeli dakwat kekal dari pembekal baru untuk digunakan dalam PRK DUN Kuala Besut.

"Dalam keadaan sekarang kepercayaan rakyat terhadap SPR tercalar. Apa yang rakyat mahu dengar ialah pengerusi SPR itu sendiri letak jawatan," katanya.

Mengulas lanjut, Chin turut Huat menggesa SPR memanggil parti politk dan pemerhati bebas bagi memantau penggunaan dakwat kekal

"SPR perlu telus. Badan-badan pemerhati bebas perlu dijemput bagi menilai sendiri penggunaan dakwat kekal ini.

"Kualiti dakwat ini perlu disemak. Proses penggunaannya perlu dipantau pemerhati pilihan raya yang bebas" tergasnya.

Akta Hasutan: Najib didesak nyata pendirian

Posted: 09 Jul 2013 04:11 AM PDT

Oleh Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak konsisten untuk memansuhkan Akta Hasutan.

"Sejak tahun lalu Najib menyatakan usahanya untuk memansuhkan akta ini digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional," kata Nurul Izzah dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN.

Katanya, Najib dilihat bercanggah dengan pendirian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyelar pihak yang mahu akta tersebut dimansuhkan.

Zahid baru-baru ini berkata, pemansuhan Akta Hasutan menyebabkan agama Islam, kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan hak keistimewaan oang Melayu dicabar.

"Akta ini hanya senjata politik dan bukan alat untuk pelihara hak rakyat Malaysia. Jelas sekali Akta Hasutan akan menghakis legitimasi demokrasi kerajaan," katanya

.Izzah

Nurul Izzah berkata, undang-undang sedia ada mencukupi antaranya Seksyen 505 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mampu menangani isu yang menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Tambahnya, Akta Hasutan yang diwujudkan penjajah British pada 1948 mempunyai peruntukan yang menyekat hak perlembagaan dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Malah, laras, terma dan liputan bahasa yang digunapakai terlalu luas dan berpotensi disalahguna pemerintah.

"Kerajaan sewajarnya mengambil kira 'kehendak rakyat majoriti' dan 'kehendak politik' untuk memulihkan demokrasi. Bukannya mengambil akta anti demokratik," ujarnya.

Timbalan Menteri Kewangan gagal jawab pendedahan GFI

Posted: 09 Jul 2013 04:08 AM PDT

Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Soalan mengenai pengubahan wang haram ahli parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun bukan sahaja tidak dijawab Datuk Ahmad Maslan, malah Timbalan Menteri Kewangan itu melencongkan jawapannya mengenai pengurup wang di negara ini.

Fong yang memetik fakta Global Financial Integrity (GFI) kesal kerana kerajaan gagal menangani aliran wang haram.

"GFI menyatakan Malaysia ditangga kedua di dunia dalam aliran wang haram pada 2010.

GFI
"Saya mahu tahu mengapa sistem bagi membendung aktiviti ini sangat lemah?, soalnya di Dewan Rakyat hari ini.

Maslan kemudiannya mengelak dan beralasan isu itu sudah dijawab sebelum ini Maslan yang hanya mampu mempertikai fakta GFI kemudiannya membebel mengenai syarikat pengurup wang.

Sebelum ini, ahli parlimen Permatang Pauh yang juga bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap membisu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengenai isu ini.

Peningkatan tiga kali ganda jumlah pengaliran keluar wang haram pada 2010 membuktikan kegagalan Najib mengendalikan dasar ekonomi negara.

Menurut ahli parlimen Permatang Pauh itu, jumlahnya meningkat 111 peratus dari AS$30.41 bilion pada 2009 atau RM94.27 bilion kepada AS$64.38 bilion atau RM199.58 bilion pada 2010.

Ia diburukkan lagi dengan rekod pengurusan ekonomi yang lemah melalui peningkatan hutang negara berjumlah RM540 bilion.

Risiko diheret ke pengadilan antarabangsa akibat TPPA, ISDS

Posted: 09 Jul 2013 04:05 AM PDT

Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR,: Keengganan kerajaan Pusat melibatkan negeri-negeri khususnya ditadbir Pakatan Rakyat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mendedahkan risiko diheret ke pengadilan antarabangsa jika berlaku percanggahan dengan syarikat antarabangsa.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, risiko bermula selepas Penyelesaian Pertikaian Antara Pelabur-Negeri (ISDS) yang terkandung dalam TPPA dipersetujui hanya oleh kerajaan persekutuan dengan syarikat antarabangsa

.Azmin_TPPA_ISDS

"Apakah adil bagi kerajaan negeri apabila tidak dilibatkan dalam rundingan ISDS, tetapi boleh diheret ke muka pengadilan? soalnya kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MiTi), Datuk Mustapha Mohamed di Dewan Rakyat.

"Soalan saya ialah, bila MiTi dan kerajaan persekutuan ingin mengundang kerajaan negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang ke meja rundingan?

Azmin berkata, Malaysia telah menandatangani 74 perjanjian melibatkan ISDS,

"Ini bukan sekadar konteks pelaburan dan perdagangan, tetapi membabitkan isu kedaulatan, buruh dan paten," tegas Azmin.

Katanya, beberapa negara lain seperti Australia dan India menolak ISDS, manakala Kanada mengadakan kajian selepas menerima sebanyak 27 saman syarikat antarabangsa.

"Sekiranya negara-negara ini pun berhasrat menolak, mengapa Malaysia tergesa-gesa untuk menandatanganinya?" ujar Azmin.

Takut dedah pembekal dakwat, SPR sembunyikan sesuatu?

Posted: 09 Jul 2013 12:36 AM PDT

Azuan Ab Rahman

KUALA LUMPUR: Tiada apa yang perlu ditakutkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika tidak menyembunyikan sesuatu yang meragukan berhubung identiti syarikat pembekal dakwat kekal.

"Kita rasa ada sesuatu yang mencurigakan sedang cuba ditutup," kata ketua sekretariat pilihan raya KEADILAN, Zakaria Abd Hamid (gambar).

"Apakah pihak yang mendapat tender adalah orang yang punya kaitan dengan mereka? Apakah yang diberi tender tersebut kroni mereka?, katanya kepada Keadilandaily

.zakaria
Justeru, alasan tidak mendedahkan identiti demi menjaga keselamatan pembekal tidak boleh diterima.
"Rakyat tertunggu-tunggu jawapan SPR. Jutaan ringgit wang rakyat telah dibelanjakan.

"Jadi rakyat punya hak untuk tahu, siapakah pembekal dakwat berkenaan," tegasnya.

SPR diberi tempoh seminggu oleh KEADILAN bagi mendedahkan pembekal yang mendapat tender membekal dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu.

Pusat hiburan dekat masjid bukan salah kementerian, kata Nazri

Posted: 09 Jul 2013 12:30 AM PDT

Masdar Wahid

KUALA LUMPUR,: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz enggan bertanggungjawab jika sesebuah pusat hiburan dibina berhampiran masjid.

Nazri berkata demikian menjawab soalan dibangkitkan ahli parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan Tantawi.
"Kalau ada pun pusat hiburan beroperasi dekat masjid dan surau, kena kejar kerajaan tempatanlah (PBT).

nazr

"Ini tiada kena mengena dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

"Kita tidak bertanggungjawab atas pengeluaran lesen bagi menentukan kawasan itu boleh digunakan sebagai pusat hiburan," kata ahli parlimen Padang Rengas itu di Dewan Rakyat, semalam.

Nazri turut enggan bertanggungjawab jika seseorang melakukan jenayah di Malaysia walaupun memasuki negara ini sebagai pelancong.

"Pelancong tak pulang, itu bukan salah kita. Saya nak beritahu, promosi kita mengenai pelancongan kepada mereka yang memiliki kuasa pendapatan.

"Bila mari sini, di hotel, mereka ada duit. Tapi jika mereka tak balik, itu bukan salah pelancongan," kata Nazri.

Muslihat Zahid yang tiba-tiba garang

Posted: 08 Jul 2013 05:19 PM PDT



Oleh Shahbudin Husin

Tindakan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang secara tiba-tiba bersuara lantang mahu mempertahankan Akta Hasutan menimbulkan persoalan ramai dan menjadi percakapan banyak orang ketika ini.

Nawaitu dan keikhlasannya dalam mempertahankan akta itu amat diragui manakala hujah-hujahnya pula terlihat longgar.

Zahid dilaporkan menyelar pihak-pihak yang mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 tanpa memimirkan kesan negatif daripada tindakan itu.

Beliau berkata, selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA dan Ordinan Darurat dimansuhkan dan sekiranya Akta Hasutan juga dibuat tindakan yang sama, apa lagi yang tinggal untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara.

Selain itu, Zahid juga berkata, jika Akta Hasutan dimansuhkan ia boleh membawa pertikaian keada 4 aspek dalam Perlembagaan iaitu hak istimewa orang-orang Melayu, status Raja-Raja, kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dalam nada yang lebih tegas, Zahid juga berazam untuk terus mempertahankan akta itu. Wowww, ternampak macam beliau satu-satunya pejuang tulen dalam UMNO yang sayangkan negara ini!

Pemansuhan Akta Hasutan adalah sebahagian daripada janji transformasi yang mahu dilakukan oleh Najib sebelum pilihanraya lalu.

Najib menjanjikan untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional di mana sebelum itu juga Perdana Menteri memansuhkan ISA, Ordinan Darurat dan Akta Kolej dan Universiti atau AUKU yang bertujuan lebih menghargai kebebasan serta hak asasi rakyat dengan tidak mengabaikan keharmonian dan ketenteraman negara.

Janji Najib ini diucapkan sebelum pilihanraya umum lalu dan ketika itu semua pemimpin Umno menyokong serta mengalu-alukan langkah yang diambil Najib itu dengan menyifatkannya sebagai pendekatakan berani untuk membawa negara lebih maju ke hadapan.

Persoalannya, kenapa baru sekarang Zahid bersuara? Sebagai pemimpin kanan Umno, jika beliau tidak setuju akta itu dimansuhkan, beliau sepatutnya bersuara sebaik saja Najib mengumumkan pemansuhannnya dulu. Tetapi kenapa baru sekarang?

Apakah juga Zahid mahu memberitahu umum bahawa Najib mengambil tindakan yang salah? Atau maksud yang lebih jauh, Zahid ingin memberitahu bahawa Najib tidak layak lagi memimpin negara ini?

Penyanggahan Zahid terhadap apa yang mahu dilakukan oleh Perdana Menteri, bossnya sendiri, sebenarnya mendedahkan kepada beberapa implikasi seperti gambaran bahawa Najib tidak berhati-hati, terburu-buru, kurang bijaksana dalam bertindak, tidak layak dan pelbagai ciri negatif lainnya.

Dalam masa yang sama, Najib dan kerajaan juga terdedah kepada elemen mungkir janji sedangkan slogan yang menjadi mainan mulut Najib dan UMNO ialah Janji Ditepati.

Apakah dengan tiba-tiba Zahid bersuara mempertahankan Akta Hasutan ini ada kaitan dengan pemilihan UMNO yang hanya beberapa bulan saja lagi di mana beliau disebut-sebut akan bertanding jawatan nombor dua dalam parti?

Apakah sanggahan terhadap Najib itu dan menunjukkan dirinya pejuang tulen itu suatu manifestasi penonjolan diri untuk meningkatkan populariti dan sokongan?

Semua ini membelenggui dirinya kerana Zahid bukanlah terkenal sebagai pemimpin yang lantang tanpa sebab.

Beliau tergambar lebih banyak senyum dan ketawa dan ketika beliau berani mendedahkan amalan nepotisme dan kronisme dalam kerajaan ketika menjadi Ketua Pemuda Umno dahulu pun, akhirnya diketahui oleh Mahathir bahawa beliau berbuat demikian kerana diarahkan oleh Anwar Ibrahim yang menjadi Timbalan Perdana Menteri waktu itu.

Dalam perjalanan politiknya kemudian pula, tidak ternampak tindakannya yang lantang dan berani sama ada ketika menjadi Menteri Pertahanan atau pun Menteri Dalam Negeri.

Jika ada pun ternampak menonjol, ia hanya separuh jalan seperti ketika mula-mula berpindak ke Kementerian Dalam Negeri. Ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno pula lebih banyak mengandungi lawak jenaka serta mengundang ketawa.

Sebab itu, bila tiba-tiba suaranya agak nyaring dalam isu pemansuhan Akta Hasutan ini, persoalan tentang mawaitunya tidak dapat dielakkan.

Selain kenapa hanya sekarang beliau bersuara mahu mempertahankan Akta Hasutan ini sedangkan sebelum ini suaranya tidak pernah kedengaran, hujah-hujah Zahid juga ternyata amat longgar.

Zahid berhujah bahawa jika Akta Hasutan dimansuhkan ia akan menjejaskan 4 aspek perlembagaan iaitu hak istimewa orang Melayu, status Raja-Raja, kedudukan Islam dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Soalnya apakah dengan pemansuhan Akta Hasutan, tiada undang-undang lain yang boleh melindungi keempat-empat aspek itu? Bodoh sangatkah Najib selaku Perdana Menteri tidak mengambil kira mengenainya semata-mata kerana mahu memansuhkan Akta Hasutan itu?

Bukankah masih ada pelbagai undang-undang dan akta lain yang boleh digunakan untuk melindungi keempat-empat aspek yang disebut Zahid itu, meskipun setelah Akta Hasutan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional?

Janganlah Zahid fikir bahawa hanya Akta Hasutan saja yang boleh melindungi keempat-empat aspek itu. Dan janganlah juga Zahid fikir bahawa jika tiada Akta Hasutan, rakyat boleh bebas berbuat apa saja dan seolah-olah negara ini tiada lagi undang-undang langsung?

Sebenarnya negara masih mempunyai undang-undang dalam pelbagai aspek tetapi undang-undang dan akta yang tidak adil serta menekan rakyat sudah sampai waktunya diganti dengan undang-undang lain yang lebih sesuai dengan tahap kesedaran serta kematangan rakyat.

Mengekalkan undang-undang yang zalim dan tidak adil hanya menyebabkan negara semakin berundur ke belakang serta dijauhi oleh rakyatnya. Najib sebenarnya sedang bergerak seiring dengan kehendak rakyat.

Tidaklah menjadi kesalahan untuk Zahid mempertahankan akta itu jika niatnya benar-benar ikhlas untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya kerana ada udang di sebalik batu.

Bahkan mungkin pula mampu melonjakkan sokongan yang diharapkan kepadanya atas keberanian itu tetapi rakyat mengharapkan beliau konsisten dalam tindakannya sepanjang masa.

Janganlah ia bermusim dan selepas pemilihan Umno berakhir nanti, suara garangnya juga hilang entah ke mana. - http://shahbudindotcom.blogspot.com

Ahli Parlimen bukan Islam DAP azam berpuasa sebulan

Posted: 08 Jul 2013 05:04 PM PDT

Oleh Hasbullah Awang Chik

Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.

Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh.

"Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi.

"Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan.

"Saya tidak boleh menutup mulut mereka yang mendakwa sedemikian. Asalkan saya mempunyai niat baik dan pengundi di Serdang juga faham akan niat saya ini," katanya merujuk sesetengah pihak yang memperlekeh usahanya.

Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadang menghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen.

"Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam.

"Saya juga bakal menyertai satu program keluarga angkat bagi merasai sendiri pengalaman keluarga Melayu menjalani ibadah puasa," katanya.

Pengumuman Ong menerima reaksi positif apabila ramai pengikut Twitternya mencadangkan hidangan sesuai untuk bersahur, selain mengundangnya berbuka puasa dan tidak kurang menyangka beliau  sudah memeluk Islam.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Rabu ini setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Rabu ini.

DAP sering diberi publisiti negatif dan dituduh anti-Melayu dan anti-Islam oleh Umno.

Pendirian DAP membantah pelaksanaan hukum Hudud digunakan oleh Umno untuk melabel mereka sebagai anti-Islam.

Guru penolong kanan maut ditembak di Bachok

Posted: 08 Jul 2013 04:57 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Bahru, berhampiran sekolah itu, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian jam 1.40 petang itu, Hashim Mat Zain, 43, yang juga guru muzik sekolah berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera terkena tembakan di bahagian dada dan bahu kanan.

"Mangsa yang sedang memandu keretanya ditembak seorang suspek tidak dikenali sebelum keretanya terbabas ke kiri jalan dan berhenti di hadapan sebuah rumah penduduk. Pemeriksaan awal forensik mendapati empat das tembakan dilepaskan suspek, tiga mengenai cermin depan dan satu das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Sebutir peluru dijumpai dalam kusyen pemandu," katanya.

Jalaluddin berkata, siasatan awal mendapati selain bertugas sebagai guru, mangsa turut menjalankan pelbagai perniagaan dan dipercayai mempunyai masalah hutang.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu, untuk bedah siasat. - Bernama

Mammogram: Selangor sedia RM1 juta setahun

Posted: 08 Jul 2013 04:54 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

Skim Kesihatan Wanita (SKW) menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun ke atas atau wanita yang berumur kurang dari itu yang menghadapi risiko penyakit kanser yang tinggi atau keluarga yang mempunyai sejarah mengidap penyakit kanser.

"Mereka dikehendaki untuk mengisi borang-borang khas yang diedarkan di pusat-pusat khidmat dan ketua-ketua kampung," ujar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail dalam satu kenyataan.

Katanya, wanita yang layak dibawa secara percuma dengan pengangkutan khas ke lokasi di mana mereka akan diberi penerangan mengenai kesihatan penjagaan dan prosedur pemeriksaan percuma kanser payu dara dan bagaimana kaedah pemeriksaannya boleh juga diamalkan sendiri secara manual di rumah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan akan segera dimaklumkan kepada para wanita yang telah menjalani pemeriksaan tersebut.

Beliau yang juga Adun Batu Tiga berkata, wanita yang didiagnosis menghidap kanser akan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital-hospital sama ada kerajaan atau pun swasta.

Jelasnya, kerajaan negeri telah melancarkan Skim Kesihatan Wanita di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setiap tahun bertujuan membantu kaum wanita membuat pemeriksaan kanser payudara (mammogram) secara percuma; 10 ribu wanita setahun dijangka akan menikmati kemudahan ini selanjutnya.- Harakahdaily

Anwar gesa kerajaan tidak bersikap 'dingin'

Posted: 08 Jul 2013 04:45 PM PDT


Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia tidak sepatutnya mengikut telunjuk dan mencontohi sikap 'dingin' kerajaan Amerika Syarikat dalam membuat pendirian berhubung kezaliman dan pembunuhan umat Islam di negara bergolak timur tengah khususnya Syria dan Mesir.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Malaysia masih berdiam diri dalam isu kemanusiaan itu yang bukan sahaja telah meragut hak demokrasi malahan nyawa-nyawa rakyat yang tidak berdosa.

"Bila 150 ribu umat Islam dibunuh oleh regim Bashar al-Assad, kita umat dan kerajaan patut buat pendirian bersama, dia (kerajaan) tidak sepatutnya menunggu arahan atau mengikut kiblat Amerika Syarikat sebelum buat keputusan.

"Bila Amerika diam, kita pun diam, maknanya kita tak bebas utk tentukan keadilan dan kesaksamaan untuk saudara Islam kita di sana," katanya kepada Sinar Harian Online selepas ceramah umum daripada wakil khas ulama terkenal dari Syria, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi yang membidas beberapa negara Arab yang telah menyokong kerajaan interim Mesir khususnya pelantikan Andly Mansour sebagai presiden bagi menggantikan Mohamed Mursi.

Dalam pada itu, Anwar sekali lagi mengulangi pendirian PR yang mengutuk kezaliman tentera Syria dan Mesir yang telah merampas hak demokrasi rakyatnya dalam menentukan pentadbiran negara timur tengah itu.

"Kita tidak boleh mengizinkan kezaliman ini, biar rakyat putuskan, saya tahu inisiatif yang dibuat oleh Turki yang menjelaskan sebenarnya ikhtiar untuk mencari pendamaian, tapi regim yang mewakili sistem diktator Bashar Assad tidak akan dengar.

"Oleh yang demikian kita masih terus menyebarkan dan tahniah kepada Ikram kerana ambil inisiatif ini dan perwakilan daripada para ulama yang diutuskan atas ihsan Dr Yusuf Al-Qardhawi itu harus kita sampaikan dan mudah-mudahan umat Islam secara apa wang derma semua untuk membantu dan mendoakan kejayaan mereka," tegasnya lagi.

PM diminta jelaskan kos sepanjang tempoh PRU13

Posted: 08 Jul 2013 04:43 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

Siti Zailah Mohd Yusoff [PAS-Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah kos yang telah digunakan oleh Kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya ke-13 yang lalu.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini seperti di bawah.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah status sebenar lawatan YAB Perdana Menteri ke Gaza, Palestin, pada bulan Januari 2013 yang lalu, sama ada lawatan sosial (kemanusiaan) atau lawatan rasmi Kerajaan dan apakah hasil daripada lawatan tersebut.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia menyatakan:-

(a) apakah langkah Kerajaan untuk meningkatkan kadar celik komputer di kalangan masyarakat luar bandar; dan
(b) bagaimanakah jurang perbezaan ini antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Pendidikan menyatakan status projek Hub Pendidikan di Pagoh yang telah dilancarkan pada 2012 iaitu konsepnya, siapa kontraktor yang dilantik dan berapakah kos pembinaannya.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Kesihatan menyatakan tarikh diluluskan, tarikh mula dan tarikh dijangka siap projek pembinaan Hospital Bachok. Apakah kesan buruk kepada rakyat akibat kelewatan pembinaan tersebut.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan hasil rumusan dan cadangan dari kajian ke atas Projek High Speed Rail (Projek HSR) yang telah disiapkan oleh Mickensey & Company Konsultan yang dilantik oleh Kerajaan, nyatakan kos pembangunan, jarak, jajaran, masa perjalanan, kelajuan purata serta teknologi dan sistem kereta api berkelajuan tinggi yang bakal digunakan.

Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus) minta Menteri Kerja Raya menyatakan kos terkini dan faktor kelewatan menyiapkan Lebuhraya Pantai Timur.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah plan Kerajaan untuk menjelaskan hutang negara yang semakin bertambah.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil untuk memenuhi keperluan asas Generasi Kedua Felda.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha membersihkan Sabah daripada kebanjiran pendatang Filipina yang boleh menggugat keselamatan negara.
Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan:-

(a) langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu FAM meningkatkan mutu bola sepak negara yang kini menduduki 'ranking' FIFA melebihi tangga ke-100 dunia, sedangkan pada masa dahulu Malaysia adalah antara Gergasi Bola sepak terutamanya di benua Asia, malahan pernah dua kali melayakkan diri dalam acara bola sepak di Temasya Sukan Olimpik; dan
(b) langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu membendung gejala rasuah yang diterajui oleh 'bookies' dalam sukan terutamanya bola sepak di negara ini, yang bukan sahaja menjejaskan mutu bola sepak negara malahan boleh menjejaskan imej negara terutama dari segi Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index).

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan jalan-jalan kampung yang akan dinaiktarafkan bagi tahun 2013 di Parlimen Kuala Krai.

Dr. Hajah Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan status terkini projek perumahan sakit dan tergendala dan tindakan ke atas pemaju yang gagal "deliver" rumah kepada pembeli. Apakah tahap perlaksanaan konsep/polisi bina dan jual (build and sell) industri perumahan di negara kita.

Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah kos yang telah digunakan oleh Kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya ke-13 yang lalu.
- Harakahdaily

Muhyiddin ditekan kuat dari dalam untuk bertanding

Posted: 08 Jul 2013 04:37 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang ditekan kuat dari pelbagai arah untuk mencabar presidennya Datuk Seri Najib Razak dalam pemilihan parti yang akan datang.

Sumber Umno memberitahu Harakahdaily sekarang arus memprotes panggilan untuk tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi Umno semakin kencang.

"Anta dah balik tulisan terbaru Kadir Jasin? Sekarang itulah moodnya dalam Umno sekarang – mereka nak Muhyiddin bertanding melawan Najib. Sebab 1Malaysia dah gagal, dan yang menyelamatkan Umno masa pilihanraya umum ke 13 ialah sikap 'Malay first' Muhyiddin yang menyakinkan orang Umno luar bandar terus bersama Umno di PRU yang lalu," kata sumber Umno yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Dalam tulisannya, bekas ketua editor News Straits Times A Kadir Jasin seolah-olah menyeru Muhyiddin tidak bersikap hipokrit dengan tidak mencabar Najib.

Di dalam tulisan tersebut, Kadir menggelar Muhyiddin sebagai 'Kingmaker'.

"Umum tentu masih ingat peranan Muhyiddin dalam gerakan mempercepatkan peletakan jawatan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang sekali gus menaikkan Mohd Najib selepas Abdullah mencatat pencapaian buruk dalam PRU 2008.

Adakah Muhyiddin yang menunjukkan pintu keluar kepada Abdullah yang memenangi 140 kerusi Parlimen terlepas pandang bahawa prestasi Mohd Najib lebih buruk daripada itu?" tulis Kadir.

Kadir turut menyeru para pemimpin Umno untuk berani mengakui siapa yang sebenarnya menyelamatkan Umno dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

"Adakah Presiden Umno atau penyokong Umno di luar bandar yang bimbang apa akan terjadi kepada orang Melayu kalau Pakatan Rakyat menang dan DAP menjadi parti terkuat?" tanya beliau.

Menurut sumber Umno, Muhyiddin kini turut diasak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Satu-satu caranya Zahid boleh menyelamatkan diri daripada persepsi buruk dan kes mahkamahnya dan juga ancaman daripada Tun Dr Mahathir Mohamad ialah menjadi salah satu daripada dua orang tertinggi Umno atau sekurang-kurangnya kekal sebagai Naib Presiden. Beliau sedang menunjukkan kepada para ahli Umno 'kekerasan' dan 'kelakian'nya sebagai pemimpin Umno yang sepatutnya kerana Najib dilihat lembut dan Muhyiddin semakin hari dilihat sebagai penakut," katanya.

Apa yang diperkatakan sumber Umno adalah sejajar dengan laporan The Malaysian Insider yang juga memetik sumber berkata Zahid sedang menunjukkan kepimpinan keras sejak kejadian Sulu sebagai interviu untuk pemilihan parti.

Beliau turut baru-baru ini dilihat berani melanggar Najib dengan mengumumkan bahawa Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan.

"Jika ahli Umno mula merasa Zahid lebih berani membuat keputusan daripada Muhyiddin dan Najib, maka habislah Muhyiddin, kerana Zahid hanya berani cabar tempat nombor 2. Untuk Muhyiddin, dengarlah kata ana sebelum terlambat – terlambat itu bermaksud apabila ahli Umno merasakan Tan Sri sebagai seorang pengecut – dan pada masa itu, kareer politik Tan Sri akan tamat," kata sumber Umno itu lagi.

Apakah signal yang perlu dibuat Muhyiddin untuk menyakinkan ahli Umno bahawa beliau ialah pemimpin harapan mereka?

"Jangan diam diri pada kelakuan isteri Najib dan Permatanya," jawab sumber Umno tanpa mengulas lanjut.
- Harakahdaily

Isu gaji: Rafizi diminta kemuka bukti

Posted: 08 Jul 2013 04:33 PM PDT

SINAR HARIAN
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed
 
KUALA LUMPUR - Anggota pembangkang Mohd Rafizi Ramli hari ini diminta mengemukakan bukti berhubung dakwaannya bahawa terdapat gaji pekerja syarikat kenderaan diturunkan berikutan langkah syarikat itu menurunkan harga kereta keluarannya.
  
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata maklumat itu perlu kerana setakat ini kementerian tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.
  
"Kami tidak ada terima laporan bahawa selepas Proton atau Perodua atau Nissan atau Mazda, turunkan harga (kereta), gaji (pekerja) diturunkan, kalau (anggota Parlimen) Pandan ada maklumat, sila beri kepada saya. Saya nak tahu syarikat yang potong gaji.
  
"Kita juga tidak terima laporan ada syarikat yang kurangkan harga (kereta tertentu) tetapi naikkan (harga) model lain, begitu juga laporan bahawa ada syarikat yang turunkan harga tetapi potong bonus," katanya.
  
Berucap menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, Mustapa menggesa Mohd Rafizi (PKR-Pandan) menyerahkan bukti itu bagi membolehkan siasatan dibuat mengenai dakwaan itu.
  
Mohd Rafizi ketika membahaskan usul sama sebelum ini turut mendakwa langkah kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat menyebabkan kenaikan harga model lain selain kualiti kereta menurun.
  
Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai serius, Mustapa berkata beliau ingin tahu syarikat yang mengambil tindakan sedemikian supaya boleh dirujuk kepada Tribunal Pengguna.
  
"Ini satu dakwaan yang serius, saya pun nak tahu juga syarikat mana yang menurunkan kualiti kereta mereka. Jika benar, maka ini boleh dirujuk kepada Tribunal Pengguna atau Persatuan Pengguna.
  
"Ini satu dakwaan yang berat terhadap syarikat. Saya minta (anggota Parlimen) Pandan beri bukti," katanya.
  
Beliau menjelaskan terdapat empat faktor yang menentukan harga sesebuah kereta iaitu kos pengeluaran yang melibatkan kos buruh, material dan komponen import, duti eksais, cukai jualan dan margin atau kadar keuntungan yang ditetapkan syarikat.- Bernama

Akta 505 kekal diguna pakai selepas penarikan RUU

Posted: 08 Jul 2013 04:31 PM PDT

SINAR HARIAN

 Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
 
KUALA LUMPUR - Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 505) akan terus diguna pakai selepas tiga rang undang-undang yang bertujuan menggantikan dan meminda akta itu, ditarik balik di Dewan Rakyat hari ini.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dengan penarikan balik itu bermakna tidak ada sebarang pindaan dibuat terhadap akta asal.
  
"Ini bermakna Akta 505 yang kita guna sekarang masih kekal dan akta itu tidak ada apa-apa pindaan, baik dalam semua sebab, termasuk pertukaran  agama kanak-kanak di bawah 18 tahun," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) peringkat kebangsaan di sini hari ini.
  
Jamil Khir pada sesi Dewan Rakyat hari ini mengusulkan penarikan balik Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.
  
Beliau berkata penarikan balik rang undang-undang itu diputuskan bagi tujuan memperkemaskannya dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.
  
Katanya proses konsultasi bersama pelbagai pihak akan dilaksanakan, namun tempoh masa belum ditetapkan.
  
Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berharap majlis agama negeri akan memantau penggunakan institusi masjid bagi memastikan ia tidak digunakan bagi menyampaikan ceramah politik, terutama pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, di Terengganu.
  
"Kuasa agama di bawah negeri masing-masing, jadi kami amat mengharapkan kerajaan negeri dengan majlis agama negeri dalam soal ini, sebab Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) adalah penyelaras di bahagian pusat tetapi penguatkuasaan agama di bawah kuasa negeri," katanya.   

Pada majlis anugerah itu, dua pelajar iaitu Mohd Ridwan Hakim Mohd Fadzali dan Muhammad Hafiz Hussin masing-masing menerima Anugerah Perdana UPKK dan STAM peringkat kebangsaan 2012.
  
Seramai 14 orang pelajar lagi menerima Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK 2012 dan 11 orang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang STAM 2012. - Bernama

Isu minuman keras: 3 atlet bola baling digantung

Posted: 08 Jul 2013 04:26 PM PDT

SINAR HARIAN
Sukma
Sukma
 
KUALA LUMPUR - Tiga pemain bola baling Wilayah Persekutuan yang didapati bersalah membawa masuk minuman keras ke dalam perkampungan Sukan Malaysia (Sukma) 2013 minggu lepas, digantung serta-merta daripada terlibat dalam sebarang aktiviti sukan berkenaan.

Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia (PBBM) Pandak Ahmad berkata selain itu, pengurus pasukan, jurulatih dan seorang pegawai pasukan terbabit turut dikenakan tindakan sama walaupun mereka tidak terlibat membawa masuk bahan larangan berkenaan ke perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

Beliau berkata PBBM memandang serius insiden itu dan tindakan yang dikenakan terhadap ketiga-tiga pegawai terbabit ialah kerana mereka sepatutnya memantau atlet mereka sepanjang berada di perkampungan sukan.

"Pada perjumpaan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini, kami usulkan supaya mereka ini digantung sementara kerana dalam insiden pada Rabu lepas, terdapat dua kes iaitu membawa masuk minuman keras dan rogol.

"Berhubung kes rogol, kami serahkan kepada polis. Kami gantung mereka sementara kerana insiden membawa masuk minuman keras ke dalam perkampungan sukan melanggar disiplin sukan Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang pegawai pengiring membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di perkampungan sukan di UPM, Rabu lepas.

Mengulas lanjut, Pandak berkata berikutan insiden itu, pihaknya akan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi atlet dan pegawai termasuk pengurus dan jurulatih, yang terlibat dalam sesuatu kejohanan atau temasya sukan.

"Misalnya, dalam kes ini, pegawai pengiring itu berumur 19 tahun dan dia perlu awasi atlet lelaki yang berusia 18 dan 19 tahun. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku.

"Dalam SOP itu juga, kami akan nyatakan bahawa membawa minuman keras semasa berlangsungnya sesuatu kejohanan itu melanggar disiplin sebagai atlet," katanya.

Tiga atlet bola baling lelaki Sukma 2013 ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan polis berkaitan kes rogol itu.

Tiga suspek berusia antara 18 dan 19 tahun itu ditahan Jumaat lepas, di perkampungan sukan berkenaan, sehari selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang. - Bernama

Tiada ulasan: