Rabu, 10 Julai 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


[TIGA SITUASI YANG MENGGERUNKAN ASKAR DI RABA'AH MALAM INI]

Posted: 10 Jul 2013 07:08 AM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/q71/1069875_203608336464104_1984137295_n.jpg

Saya kira pada malam pertama bulan Ramadhan, telah terdapat tanda-tanda kemenangan di pihak yang benar. Perhatikan situasi berikut:

1) Apabila Syeikh 'Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy telah sudi turun ke dataran Raba'ah dan seterusnya mengimami solat terawih bersama-sama rakyat. Beliau turun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden yang sah Dr.Mursi dan menolak rampasan kuasa. Bukan itu sahaja,Dr.Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam terawih di dataran Raba'ah sepanjang Ramadhan.

2) "Jabhah Ulamak Al-Azhar", sebuah badan terkemuka yang mengumpulkan ulamak Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan kepada Dr.Mursi. Presiden Jabhah, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) yang berucap di pentas utama Raba'ah menyatakan bahawa tindakan askar melakukan rampasan kuasa merupakan satu jenayah dan haram di sisi undnag-undang. Jabhah juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib. Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir.

3) Kemunculan 6 orang bekas menteri kabinet Mursi memberikan kekuatan baru kepada rakyat. Mereka menaiki pentas dan memberikan ucapan menolak rampasan kuasa dibuat oleh tentera. Kesemua mereka telah meletakkan jawatan beramai-ramai beberapa hari selepas rampasan kuasa sebagai tanda protes kepada tentera. Mereka ialah Dr.Usamah Yasin (bekas Menteri Belia), Dr.Bassem Audah (bekas Mentei Perdagangan Dalam Negeri), Dr. Hatim Abdul Latif (bekas Menteri Pengangkutan), Khaled Azhari (bekas Menteri Buruh dan Sumber Manusia), Dr.Yahya Hamed (bekas Menteri Pelaburan) Dr.Mustafa Mus'ad (bekas Menteri Pengajian Tinggi). Kesemua mereka adalah menteri kabinet dalam kerajaan Dr.Hisham Qandil sebagai Perdana Menteri dan mewakili Ikhwan Muslimin/FJP.

Saya yakin ketiga-tiga situasi ini akan menambahkan lagi tekanan kepada askar dan kerajaan "perampas" hari ini. Kemenangan mereka semakin hampir insya-Allah..

Sumber : Akhukum Abdul Malik

Gambar Askar Mesir Yang Enggan Menembak Rakyat

Posted: 09 Jul 2013 06:08 PM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/q71/1014417_203478556477082_1768405079_n.jpg

Gambar (dalam bulatan) menunjukkan penangkapan askar yang enggan melepaskan tembakan ketika tragedi subuh berdarah di kawasan Bangunan Pengawal Republik.

Sumber : الصفحة الرسمية لقناة مصر 25 الفضائية

Che Long: Calon PAS PRK Kuala Besut yang kukenali

Posted: 09 Jul 2013 05:39 PM PDT

http://bm.harakahdaily.net/images/stories/2013_pic/jun/che_long.png

Dr Azman Ibrahim,

Tepat jam 11:55 malam, 9 Julai (malam tadi) bertempat di Kampung Nail, Kuala Besut, Tuan Guru Presiden PAS mengumumkan nama seorang aktivis parti yang akan memikul amanah PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut, 24 Julai ini.

Nama Azlan mungkin agak asing bagi masyarakat di sini yang biasa memanggilnya dengan panggilan mesra, Che Long.

Walaupun dari segi kawasan pilihanraya, Jabi terletak dalam Parlimen Setiu, tetapi disebabkan jarak yang cuma bersepadanan serta persamaan dari segenap segi sosio-budaya, menjadikan saya tersangat akrab dengan pimpinan PAS kawasan Besut.

Bermula dari Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar, Timbalannya Cikgu Solah, Ketua Penerangannya Ustaz Wan Syukri, Setiausahanya Aminuddin yang mesra disapa Pak Su Amin, Datuk Hussein Awang, Ust Nik Zawawi dan ramai lagi untuk disebut namanya, semuanya adalah sahabat karib dalam menempuh suka duka perjuangan.

Che Long selaku bendahari PAS Besut selalunya mesra saya menyapanya dengan panggilan Abang Long sebagai menghormati perbezaan umur antara kami.

Saya mengenalinya sebagai seorang aktivis parti yang tawaduk, perlahan dan teratur dalam pertuturan, suaranya lemah lembut dan penuh kemesraan.

Sekarang Abang Long dipertanggungjawabkan memikul amanah parti untuk memahat sejarah baru dalam catatan negeri Terengganu. 16:16 akan menjadi kenyataan dengan izin Allah.

Tahniah serta takziah serentak saya ucapkan. Tahniah kerana mendapat kepercayaan pimpinan yang tentunya telah memilih yang terbaik antara yang terbaik manakala takziah disebabkan kita menyedari alangkah beratnya beban tanggungjawab yang akan dipikul.

Masyakat Kuala Besut bertuah, peribadi yang dikemukakan PAS untuk mereka undi dan pilih pada 24 Julai 2013 nanti, hakikatnya telah sekian lama menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat di sini.

Tua dan muda mengenalinya. Sebati dengan susah dan senang masyarakat setempat adalah kelebihan tersendiri Che Long sebagai pemimpin. Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang 'bank' PAS kawasan Besut. Warak serta memiliki pegangan agama yang kuat.

Saya doakan kejayaan Abang Long memikul amanah ini dengan cemerlang.

Seluruh negara malah seluruh dunia sedang memerhatikan kita. 16:16 akan menjadi suatu testimoni perundangan yang sangat menarik. Semuanya di tangan pengundi N01 Kuala Besut. Ayuh!!



Penulis ialah AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Tiada ulasan: