PENYAPU SIAL |
upah PRU 13 lantik biawak hidup BN bazirkan wang rakyat dalam GLC wajar di kecam...!!!! Posted: 10 Jul 2013 01:19 AM PDT Pelantikan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), di anggap merompak wang rakyat dan sebagai 'upah' pilihan raya. Kita menggesa bayaran kepada mereka didedah kepada umum kerana ini melibatkan keentingan rakyat .yang mana kebimbangan terhadap perlantikan bekas menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet yang berlebihan sebagai ganjaran sebagai pembaziran wang rakyat.. Terlalu ramai yang diberi upah begitu besar. Kalau tak layak, tak payahlah lantik jadi penasihat atau apa-apa jawatan dan ini merujuk pelantikan beberapa bekas menteri dan timbalan menteri dalam GLC, antaranya menteri perabis amah Rais Yatim, betina kaki joli Ng Yen Yen, mamak paria pembodek Azeez Abdul Rahim dan beberapa kerat lagi. Antara yang terbaru, Rais sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ng (Pengerusi Tourism Malaysia) dan Abdul Azeez (Pengerusi Lembaga Tabung Haji). Kebimbangan kita akan dengan beban yang terpaksa ditanggung Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam memberi ganjaran kepada pemimpin BN serta mahukan Putrajaya mengeluarkan senarai penuh pelantikan itu. Kita mahu tahu daripada Perdana Menteri ( Najib Razak) apa beban di JPM dan berapa banyak pemimpin BN yang dilantik.. Pada 29 Jun lalu, satu sumber memberitahu Ahli Parlimen BN yang tidak diberikan jawatan kerajaan diberitahu mereka akan mendapat jawatan lain atau tempat dalam rombakan Kabinet selepas pemilihan Umno jika mereka berhenti merungut secara terbuka. Pemilihan Umno dijadualkan pada Oktober ini dengan kebanyakan pemimpin tertinggi parti dan ahli majlis tertinggi mendapat jawatan kerajaan. Sesetengah yang tercicir daripada senarai Kabinet dikeluarkan Rabu lalu secara peribadi merungut ahli Parlimen tanpa jawatan parti diberikan ganjaran. Pada masa lalu, perdana menteri berhati-hati untuk meletakkan terlalu ramai ahli politik sebagai ahli lembaga pengarah GLC, bimbang akan menyebabkan pertembungan budaya dan keutamaan dengan pihak pengurusan yang profesional dan sudah tentu akan menyebabkan kelemahan prestasi syarikat berkenaan. Tetapi Najib perlu menggunakan pendekatan baru kerana dua sebab – barisan panjang ahli politik Umno di luar pejabatnya sejak pilihan raya umum 5 Mei dan pemilihan parti hujung tahun ini. Dalam dua acara baru-baru ini, perdana menteri menggunakan kuasa budi bicaranya untuk melantik pengerusi di dua GLC, mengenepikan senarai calon diberikan eksekutif GLC itu. Terdapat lebih kurang 60 ketua bahagian Umno tidak diletakkan sebagai calon pada pilihan raya 5 Mei termasuk ahli Parlimen mengalahkan tokoh besar pembangkang tetapi tidak diberikan jawatan Kabinet dan terakhir, golongan yang memberikan laluan kepada calon baru di kerusi Parlimen mereka. Beberapa ahli politik Umno diberikan jawatan kanan di GLC dan agensi kerajaan termasuk Abdul Ghani Othman yang dikalahkan Penasihat DAP Lim Kit Siang di Gelang Patah. Beliau baru-baru ini dilantik menjadi pengerusi bagi salah satu syarikat perladangan terbesar dunia, Sime Darby. Nor Mohamed Yakcop pula dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad, agensi pelaburan strategik kerajaan. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan