DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Apa Motif Calon PRK BN Ziarah Pusara Bekas ADUN Kuala Besut? Apa Motif Gambar Itu Disiarkan Media?
- Penggemar Sotong (Terutama yang Mentah/Separa Mentah) Perlu Baca Berita Ini
- Banduan Rela DILIWAT Takut Dibelasah
- Remaja Norway Menangis Dedah Kejadian Rogol yang Menimpa Dirinya di Pantai Peranginan Filipina
- Wanita Kritikal Disimbah Cuka Getah
Posted: 10 Jul 2013 12:43 AM PDT Tidak salah menziarahi kubur seseorang, tetapi mengapa calon PRK BN ini menziarahi kubur bekas ADUN Kuala Besut selepas diumumkan sebagai calon BN di situ? Adakah semasa upacara pengebumian dahulu, calon BN ini tidak berkesempatan menziarahi Allayarham? Kalau tidak sempat pun, mengapa tidak menziarahi kubur Allayarham sebelum pengumuman calon baru-baru ini? Mengapa media nasional menyiarkan gambar ini? Sesetengah orang melihat tindak tanduk calon BN ini seperti memohon "restu" si mati. Jangan marah kalau orang beranggapan begitu kerana apabila melihat gambar di atas, tanggapan itu yang mula-mula timbul. Apa motif media dan calon BN ini??? Berkaitan: Kuala Besut: Jurutera lwn Ahli Perniagaan [MK] Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini akan menyaksikan pertembungan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan Azlan Yusof daripada PAS. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini mengumumkan Tengku Zaihan, 37 sebagai calon BN berdepan dengan calon PAS. Tengku Zaihan adalah jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya. Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin di Dataran Kuala Besut yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Pilihan raya kecil DUN itu, diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya yang juga exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar. Pada pilihan raya umum lalu, allahyarham menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. A Rahman memperolehi 8,809 undi, manakala Napisah mendapat 6,375 undi. Dengan pengumuman tersebut, Tengku Zaihan bakal berdepan tentangan sengit daripada Azlan seorang ahli perniagaan, yang baru diumumkan bakal mewakili parti itu. Azlan yang juga bendahari PAS kawasan - lebih dikenali sebagai Che Long - merupakan dilihat paling popular bakal dicalonkan di kalangan penduduk tempatan. Dua lagi calon yang disenarai pendek ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad. PAS mengumumkan calonnya itu di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini. Semalam, Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta PAS tidak meletakkan calon bertanding di situ bagi menghormati kemenangan BN dan bulan Ramadan serta yakin BN akan mencapai kemenangan lebih 4,000 undi. Bagaimanapun, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil DUN itu Datuk Husam Musa pula membidas kenyataan Idris dengan menyifatkan kenyataan Idris itu sebagai "angkuh". Sementara Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan kenyataan Idris sebagai "takut kalah" sekali gus menyatakan PAS akan mencipta kejayaan dalam pilihan raya itu. |
Penggemar Sotong (Terutama yang Mentah/Separa Mentah) Perlu Baca Berita Ini Posted: 09 Jul 2013 09:00 PM PDT [SH] SEOUL- Seorang wanita berumur 63 tahun di Korea Selatan dilaporkan 'menghamilkan' 12 anak sotong selepas dia memakan calamari sotong goreng. Difahamkan, warga emas itu berjumpa doktor selepas mulutnya berasa tidak selesa dan hasil pemeriksaan mendapati anak sotong telah melekat di bahagian gusi, lidah serta pipinya. Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sedozen anak sotong didakwa terhasil daripada sperma yang terdapat pada calamari tersebut. Disember lalu, seorang wanita di Jepun yang memakan sotong mentah juga terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sperma haiwan itu dari mulutnya. |
Banduan Rela DILIWAT Takut Dibelasah Posted: 09 Jul 2013 07:00 PM PDT [HM] Dubai: Seorang banduan didakwa meliwat tahanan lain di Penjara Pusat Dubai selepas diugut akan dipukul serta dihina. Dalam perbicaraan di Mahkamah Jenayah Dubai semalam, pendakwa berkata, pentadbiran penjara mengetahui insiden itu selepas dimaklumkan beberapa banduan. Ketika disoal, mangsa menafikan kejadian itu. Bagaimanapun, lelaki terbabit akhirnya mengaku terpaksa membiarkan dia diliwat kerana takut dibelasah. Sementara itu, tertuduh berkata, walaupun mengakui melakukan perbuatan berkenaan, dia tidak sepatutnya dihukum. "Adakah anda akan mendakwa saya apabila semua banduan meliwat lelaki terbabit?" katanya. Perbicaraan bersambung pada 22 Julai ini. - Agensi |
Remaja Norway Menangis Dedah Kejadian Rogol yang Menimpa Dirinya di Pantai Peranginan Filipina Posted: 09 Jul 2013 06:00 PM PDT [HM] Manila: Polis Filipina semalam berkata, mereka akan mendakwa seorang pelayan berusia 22 tahun atas tuduhan memperkosa pelancong remaja Norway berusia 15 tahun di pantai peranginan tempat suspek bekerja. Suspek dikatakan memulakan perbualan dengan remaja itu lewat Jumaat lalu ketika mangsa bersendirian di kolam renang di pusat peranginan di wilayah Ilocos Norte, utara Filipina, kata Ketua Polis bandar Currimao Inspektor Kanan Ryan Retutar. Katanya, suspek kemudian menarik remaja terbabit dan membawanya ke kafeteria sebelum merogol mangsa. Mangsa melaporkan kejadian itu kepada ibu bapanya. Mereka menghubungi polis keesokan hari bersama kakitangan pusat peranginan itu yang menyerahkan suspek kepada pihak berkuasa. Retutar berkata, suspek yang kini ditahan mendakwa mangsa adalah teman wanitanya. Bagaimanapun mangsa menyangkal dakwaan itu dan mengatakan mereka baru berkenalan selama dua hari. Menurutnya, remaja terbabit menangis ketika menceritakan kejadian itu menerusi jurubahasa. Keluarga mangsa tiba di pusat peranginan berkenaan, kira-kira 380 kilometer ke utara Manila pada 29 Jun lalu dan bercadang menginap di sana hingga 17 Julai. Jika disabitkan, suspek berdepan hukuman penjara 40 tahun. - AP |
Wanita Kritikal Disimbah Cuka Getah Posted: 09 Jul 2013 05:11 PM PDT [Kosmo] BAU – Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang pesara tentera terhadap isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Awang Hitam sejak 2007 sampai ke kemuncaknya apabila lelaki itu bertindak nekad menyimbah cuka getah pada wanita tersebut. Kejadian di Kampung Pejiru di sini pada pukul 12.30 tengah malam itu mengakibatkan Christina Nyoeh, 43, cedera parah akibat melecur teruk di muka, tangan dan badan. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal. Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai promoter jualan di sebuah pasar raya baru pulang makan angin di Sabah bersama lelaki Afrika tersebut. Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, kejadian itu disyaki berlaku selepas suspek nekad hendak membunuh isterinya setelah tidak dapat menahan sabar. "Sebelum kejadian, suspek menonton televisyen bersama lima anaknya manakala isterinya pula sedang nyenyak tidur di dalam bilik. "Sebaik anak-anak pasangan itu masuk tidur, suspek terus ke dapur untuk mengambil sebotol cuka getah lalu menyimbahnya ke seluruh badan mangsa," katanya ketika dihubungi Kosmo! Berita Berkaitan: Suami cemburu 'gila' [HM] Bau: Berpunca daripada perasaan cemburu, seorang lelaki bertindak gila apabila menyimbah cuka getah ke muka dan badan isterinya sebelum cuba mengambil nyawa sendiri dengan minum racun, mengelar tangan serta membakar diri. Bagaimanapun, dalam kejadian itu yang berlaku di Kampung Pejiru, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin, umur pasangan suami isteri itu masih panjang selepas diselamatkan anak lelaki mereka yang berusia 20-an. Namun, sumber polis berkata, lelaki berusia 49 tahun dan isterinya yang berusia 43 tahun kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS). Menurutnya, sebelum kejadian pasangan itu bertengkar dan si suami menuduh isterinya curang dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain ketika dia keluar bekerja. "Pertengkaran berlarutan beberapa minit sebelum lelaki itu mengambil cuka getah dan menyimbah ke muka serta badan isterinya yang berkerja sebagai jurujual itu," katanya. Sumber itu berkata, sebaik melihat isterinya menggelupur kesakitan, suspek panik lalu mengambil racun rumpai dan meminumnya selain mencederakan pergelangan tangannya sendiri. Menurutnya, suspek yang juga pengawal keselamatan cuba membunuh diri kerana takut melihat isterinya yang melecur teruk di muka dan badan itu menggelupur kesakitan. Bagaimanapun katanya, kejadian itu disedari anak lelaki pasangan terbabit yang terjaga daripada tidur selepas terdengar ibunya menjerit kesakitan. "Anak pasangan itu keluar dari bilik dan nampak ibunya menggelupur kesakitan manakala bapanya meneguk sebotol racun rumpai cuba membunuh diri dengan masuk dalam Proton Saga miliknya dan membakar kenderaan itu. "Bagaimanapun, mungkin tidak tahan dengan keadaan panas, lelaki itu keluar dan duduk di sisi keretanya. Kesempatan itu diambil anaknya yang menenangkan suspek sebelum menghubungi ambulans," katanya. Sumber itu berkata, pasangan berkenaan dihantar ke Hospital Bau jam 1 pagi semalam sebelum dirujuk ke HUS untuk rawatan selanjutnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, pasangan terbabit kini kritikal dan dirawat di ICU HUS. "Mangsa wanita melecur teruk di muka dan badan, malah berkemungkinan hilang penglihatan akibat disimbah cuka getah manakala suspek turut cedera di tangan selain tidak sedarkan diri," katanya. Mohd Sabri berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak gila ke atas dirinya serta isteri sendiri, namun ia didorong perasaan marah serta terlalu emosi dalam menangani masalah rumah tangga mereka. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan