Rabu, 3 Julai 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Isu Anwar Miliki 20 Akaun: MP BN Tidak Berani Sambut Cabaran Anwar di Parlimen

Posted: 02 Jul 2013 11:06 PM PDT

Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam)

Isu Akaun Luar Negara: Anwar Mahu Rujuk MP ke JK Parlimen

[MK] Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan merujuk seorang MP BN, yang mendakwa beliau memiliki wang ratusan juta ringgit di akaun bank luar negara, ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen atas dakwaan menyalahgunakan kekebalan berhujah di Parlimen.

Menurutnya, dakwaan yang dihamburkan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) itu tidak pernah dilaporkan laman WikiLeaks seperti yang didakwa.

Berucap di Parlimen pagi tadi, Anwar turut mencabar Liang sekali lagi untuk bangkit menjelaskan dakwaannya semalam.

"Tidak ada sama sekali rujukan dalam WikiLeaks.

"Jadi demikian tentunya ada hak bagi Yang Berhormat (Simpang Renggam) bangkit supaya ada penjelasan.

"Kalau tidak, beliau boleh ulang di luar (Parlimen), supaya saya boleh saman.

"Masa dia berucap, (dia) tak berani bagi pencelahan, yang (dia) berani (hanya) menjerit dari bawah.

"Saya bagi ruang, kalau dia nak bangun, sila bangun," cabar Anwar di Dewan Rakyat.

Liang bagaimanapun terus berdiam diri apabila diberi peluang tersebut.

Anwar seterusnya berkata, Liang mengambil risiko dengan memetik laman pembocor rahsia WikiLeaks untuk berhujah di Parlimen.

Ini kerana, laman berkenaan sebelum ini menerbitkan andaian bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, dakwa Anwar.

"WikiLeaks mengandaikan Pekan (Datuk Seri Najib Razak) terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

"Yang Berhormat Simpang Renggam harus ingat, yang melibatkan YB Pekan itu melibatkan WikiLeaks (juga), yang melibatkan akaun di Israel yang mengaitkan saya tidak disebut WikiLeaks," katanya.

Seterusnya, bercakap kepada wartawan di luar Parlimen kemudian, Anwar turut mengancam untuk mengemukakan saman ke atas penerbitan yang menyiarkan dakwaan Liang tanpa menyiarkan jawapan balasnya hari ini.

Laporan Bernama semalam menyebut, Liang mendakwa Anwar memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel, laporan agensi berita tersebut.


P/s: Bacul!!! 







Wartawan Belanda Dirogol Beramai-ramai di Dataran Tahrir

Posted: 02 Jul 2013 08:49 PM PDT


[HM] Kaherah: Seorang wartawan menjadi mangsa rogol beramai-ramai ketika rakyat Mesir turun ke jalan raya pada malam yang turut menyaksikan 44 serangan ganas lain ke atas wanita.

Lima lelaki dilaporkan menyerang wartawan kelahiran Belanda itu menyebabkan mangsa "cedera parah" dan perlu dibedah untuk menyelamatkannya. Laporan lain menyatakan, selain wartawan berusia 22 tahun itu, seorang nenek dan kanak-kanak berusia tujuh tahun turut menjadi mangsa serangan seksual. 

Seorang saksi kejadian berkata, mangsa dipercayai wartawan pelatih dan diserang ketika merakamkan gambar penunjuk perasaan di Kaherah. 

Pengarang Timur Tengah BBC, Jeremy Bowen berkata: "Sedih melihat suasana revolusi di Dataran Tahrir kehilangan adab, manakala serangan seksual menjadi lazim.

"Tiada polis kelihatan di situ." 

Berjuta-juta orang kini turun ke jalan raya di sekitar Dataran Tahrir untuk mendesak Presiden Mohamed Mursi berundur. 

Aktivis dari kumpulan Operasi Antiserangan Seksual merekodkan 44 kes insiden berlaku pada malam kelmarin saja. Pertubuhan itu turut menggesa wanita menjauhi Dataran Tahrir sehingga keadaan kembali terkawal. - Agensi

Berita lanjut di sini.


P/s: Kehancuran Mesir selepas kejatuhan Ghadafi.

Lara Logan, reporter who was raped in Tahrir Square during the arab spring 2 years ago.
Wartawan CBS yang dirogol beramai-ramai  semasa demonstrasi untuk menjatuhkan Ghadafi 2 tahun lalu.

Dera Anak: Ibu Kandung Dihukum Penjara 10 Tahun, Bapa Tiri 13 Tahun

Posted: 02 Jul 2013 08:00 PM PDT

Mohd Shazwan Shaari (kiri) dan isterinya Norazira Abas dibawa ke penjara selepas mengaku bersalah mencederakan anak mereka di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, Selasa. Mohd Shazwan 25, dan Norazira, 28, masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 10 tahun setelah mengaku bersalah mendera tiga anak mereka yang berusia 2 hingga 7 tahun di Taman Perumahan Gong Badak 4. -fotoBERNAMA

[Bernama] KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 10 tahun terhadap seorang ibu kandung yang mendera tiga anaknya manakala bapa tiri mereka dihukum penjara 13 tahun selepas pasangan itu mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mendera kanak-kanak berkenaan.

Norazira Abas, 29, dan Mohd Shazwan Shaari, 26, didakwa melakukan perbuatan itu antara Mac hingga Jun lepas di sebuah rumah di Taman Perumahan Gong Badak 4 di sini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa mendera ketiga-tiga beradik yang berusia 7, 5 dan 2 tahun enam bulan.Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana cedera teruk di seluruh anggota badan akibat dicucuh puntung rokok, disimbah air panas dan kaki dirantai, selain ditampar serta dipukul.

Ketika pertuduhan dibacakan di depan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, Mohd Shazwan, yang bekerja sebagai buruh, dan Norazira, yang tidak bekerja, hanya mengangguk tanda faham.

Bagi pertuduhan pertama, pasangan itu didakwa mendera mangsa yang berusia 7 tahun dengan niat bersama melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.Pertuduhan kedua dan ketiga juga membabitkan dakwaan sama terhadap adik mangsa pertama yang berusia 5 tahun dan seorang lagi 2 tahun 6 bulan.

Bagi kesalahan pertama, Mohd Shazwan dihukum penjara 5 tahun dan masing-masing 4 tahun penjara untuk pertuduhan kedua dan ketiga, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 13 tahun.

Norazira pula dihukum penjara 4 tahun bagi kesalahan pertama dan masing-masing 3 tahun untuk pertuduhan kedua dan ketiga, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 10 tahun.

Rozianti memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman itu secara berasingan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud.


Berita awal di sini.


Tiada ulasan: