Rabu, 3 Julai 2013

Biaqpila

Biaqpila


LIVE DARI MESIR

Posted: 03 Jul 2013 10:04 AM PDT




Puak-puak Pemberontak Mengarahkan Presiden Mursi Agar Berundur

Berita Selanjutnya baca di sini

Jutaan rakyat yang menyokong Dr.Morsi turut turun ke Raba'ah bagi menyatakan sokongan terhadap pemerintahan Islam dan mereka bersedia sekiranya ada pertumpahan darah berlaku.

Doa sahabat diperlukan.

JKKK FAN CLUB


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

3 MAUT TRAGEDI TEBING RUNTUH

Posted: 03 Jul 2013 08:05 AM PDT



KUALA LUMPUR: Tiga pekerja binaan rakyat Myanmar maut manakala seorang cedera setelah tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di kawasan pembinaan di Taman Sierra, Ukay Perdana di Kuala Lumpur hari ini.
Mereka yang maut dikenali sebagai Mohd Alam, Kowrin dan Romzo Ali, berumur antara 29 dan 34 tahun.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata ketika kejadian pada pukul 11.29 pagi itu, lapan pekerja sedang membuat kerja sistem perparitan.

"Runtuhan tebing setinggi tiga meter itu telah menghempap empat orang...tiga mati tertimbus manakala seorang lagi patah kaki dan dia kini dirawat di Hospital Ampang.

"Kami mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan tiga mangsa yang tertimbus," katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian, hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga mayat rakyat Myanmar itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Anggota Parlimen Gombak Azmin Ali berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengeluarkan arahan kepada pihak pengurusan projek supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan serta-merta sehingga siasatan selesai.

- Bernama

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

HATI-HATI KEJADIAN ROMPAK BERLELUASA

Posted: 03 Jul 2013 03:03 AM PDT


PERCAYAKAH ANDA KADAR PENINGKATAN PEROMPAK SAMA JUGA DENGAN PENINGKATAN ANGGOTA POLIS? KAH! KAH! KAH!
JADI BERHATI-HATILAH SEPANJANG MASA....


                                       

Kejadian rompak di Seksyen 7, Shah Alam di Selangor (24/06/2013)

Sila Sebarkan untuk Keselamatan Semua Orang bagi mengambil langkah berjaga-jaga.


SUMBER


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

UNDI POPULAR PUN MAMAT NI TAK PAHAM,NASIB BAIK DAH TAK JADI MENTERI

Posted: 02 Jul 2013 06:00 PM PDT


Undi popular: Noh pula kena 'belasah' di parlimen





KUALA LUMPUR: Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) malu besar ketika cuba mengganggu ucapan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung isu undi popular apabila mengatakan kawasan parlimen yang diwakilinya lebih besar berbanding kawasan parlimen yang diwakili Azmin.

Azmin dalam perbahasannya membidas Noh dan menegaskan undi popular diukur dari sokongan rakyat terhadap parti dan bukan keluasan sesebuah kawasan Parlimen.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden PKR itu mendesak agar persempadanan semula kawasan pilihan raya dikaji semula dan lebih adil berbanding ketika ini bertujuan untuk memenangkan Umno BN.

"Hakikatnya Tanjung Karang, Pakatan Rakyat mendapat 51 peratus sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu berbanding kerajaan minoriti BN yang menjunam kepada 47 peratus sahaja," kata Azmin dipetik KeadilanDaily.

Ini membuatkan pemimpin Umno Selangor itu mencebikkan bibir tanda tidak berpuas hati.

Noh yang diberi laluan selepas itu membebel dengan pelbagai alasan termasuk mengatakan DAP lebih popular berbanding PKR bertujuan melaga-lagakan Pakatan Rakyat sebelum dijawab Ahli Parlimen Pakatan lain, "kami bertanding dalam satu gabungan".

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula menyindir kelakuan Noh itu bertujuan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita memuji ucapan perbahasan Tanjung Karang walaupun menang PRU, tapi tak dapat jawatan menteri," sinis Naib Presiden PAS itu menyebabkan Dewan Rakyat gamat seketika apabila ramai ahli dewan minta mencelah untuk soalan tambahan.


HD



RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Tiada ulasan: