Ahad, 21 Julai 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Bahana Menggatal dengan Isteri Orang

Posted: 21 Jul 2013 12:00 AM PDT



Macam-macam cara suami yang kecewa dengan kecurangan isteri atau geram dengan lelaki yang menggatal dengan isterinya meluahkan rasa marah. Selain bersemuka atau mungkin bertumbuk dengan lelaki itu, seorang lelaki di Illinois, AS menulis mesej pada pintu garaj rumah lelaki yang menggoda isterinya. 

 Berita lanjut di sini.


Lima Beradik Dakwa Dirogol Bapa, Ibu Kata "Tradisi Keluarga"

Posted: 20 Jul 2013 09:00 PM PDT



[HM] New Delhi: Seorang pesara kerajaan berusia 62 tahun di negeri Rajasthan ditahan semalam selepas lima anak perempuannya yang sudah berkahwin mendakwa menjadi mangsa rogolnya.

Dalam laporan 11 halaman yang dibuat mereka, dua daripada lima wanita itu menyatakan bapa mereka, Babu Lal Dhakar, bekas penyelia di jabatan pertanian negeri merogol mereka berulang kali kali sebelum mereka berkahwin. 

Kejadian berlaku sebaik mereka memasuki sekolah menengah dan berterusan hingga mereka meninggalkan rumah bapa mereka di kampung Bayana, 150 kilometer dari Jaipur, ibu negeri Rajashtan. 

Lebih dahsyat lagi, mereka mendakwa Dhakar akan menunjukkan gambar lucah sebelum memperkosa mereka.

Malah, dia turut menempah hotel murah dan merogol mereka di situ serta mengancam melakukan perkara terkutuk itu ke atas adik perempuan mereka jika mangsa enggan menuruti kemahuannya.

Mangsa merahsiakan perbuatan itu kerana malu. 

Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan mendedahkannya selepas mengetahui bapa mereka merancang merogol cucu perempuannya. 

Menurut polis, isteri Dhakar, Shakuntala yang mengetahui perbuatan suaminya turut ditahan atas tuduhan bersubahat. - Agensi


P/s: Bagaimana si ibu boleh bersubahat dengan mengatakan bahawa kegiatan buas suaminya itu tradisi keluarga? Baca lanjut di sini dan di sini.




Bayi China Maut "Dipanggang" di dalam Inkubutor, Pihak Hopsital Enggan Bertanggungjawab

Posted: 20 Jul 2013 05:30 PM PDT



[HM] Beijing: Seorang bayi yang baru lahir didakwa maut 'dipanggang' dalam inkubator di sebuah hospital di China semalam.

Gambar bayi berusia 12 hari itu terdedah kepada umum selepas ia beredar di kalangan pengguna Weibo, sejenis laman sosial menyerupai Twitter.

Melalui gambar itu bayi berkenaan dilihat terbaring dalam keadaan tertiarap di atas cadar putih di atas sebuah meja.

Belakang dan kakinya kelihatan keperangan dan merah akibat kepanasan.


KAKITANGAN hospital mengerumuni mayat bayi berkenaan.

Beberapa kakitangan hospital berada di sekeliling meja itu dengan sesetengahnya mengambil gambar bayi malang itu.

Disebabkan keadaan imej itu sangat mengerikan laman sesawang dalam talian yang memperoleh gambar itu mengaburkan kebanyakan butirannya.

Menurut laporan media bayi terbabit terbunuh dalam "kemalangan ngeri" di Hospital Kanak-kanak Quanzhou di wilayah Fujian, tenggara China.

Beijingcream.com melaporkan bayi malang itu diletakkan dalam inkubator sejak kelmarin kerana mengalami selesema. 

Bagaimanapun suhu dalam inkubator itu terlalu panas menyebabkan bayi terbabit akhirnya meninggal dunia. 

Media juga melaporkan semua rakaman kamera litar tertutup pada malam itu dipadamkan.

Pihak hospital juga enggan mengambil tanggungjawab atas kemalangan itu. - Agensi



Tiada ulasan: