Biaqpila |
- PEMUDA BERSELUAR DALAM MATI TERSEPIT KETIKA CUBA MASUKI RUMAH JIRAN
- LIVE: MALAYSIA VS CHELSEA
- 'SOGOKAN' PROJEK RM377 JUTA,SPR HANYA MEMBISU?
- JAKIM APA LU BUAT???
- LAWAK AHAD: PUTIH ATAU HITAM
PEMUDA BERSELUAR DALAM MATI TERSEPIT KETIKA CUBA MASUKI RUMAH JIRAN Posted: 21 Jul 2013 03:00 PM PDT DAMANHURI (kanan) tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat bahawa anaknya maut akibat sesak nafas di HRPB, Ipoh semalam. IPOH - Seorang pemuda ditemui mati selepas badannya tersepit pada celah besi tingkap dipercayai ketika cuba memasuki rumah jirannya di Taman Saz, Silibin dekat sini semalam. Mayat Sherul Aizam Mohd. Damanhuri, 27, dijumpai oleh pemilik rumah tersebut yang baru tiba di rumahnya pada pukul 12.15 tengah malam. Semasa kejadian, rumah teres satu tingkat itu tiada penghuni. Ketika ditemui, separuh badan si mati daripada kepala ke dada berada di dalam rumah mangsa manakala pinggang ke kaki masih berada di luar dengan hanya berseluar dalam. Rumah yang cuba dimasuki si mati adalah selang tiga rumah daripada rumah keluarganya, namun pemuda itu tidak menetap di situ kerana menyewa bersama rakan-rakannya di Buntong, lima kilometer dari lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu selepas pemilik rumah berkenaan yang berusia 58 tahun menghubungi polis. "Semasa polis tiba di lokasi kejadian, pemuda itu sudah tidak sedarkan diri. "Anggota bomba perlu memotong besi tingkap belakang rumah berkenaan untuk mengeluarkan badan suspek yang tersepit sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat HRPB di sini. kosmo KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
Posted: 21 Jul 2013 08:07 AM PDT SILA KLIK DI SINI ATAU SILA KLIK DI SINI KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
'SOGOKAN' PROJEK RM377 JUTA,SPR HANYA MEMBISU? Posted: 21 Jul 2013 04:28 AM PDT BESUT: PAS menyifatkan tindakan menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung sogokan yang dilakukan Umno BN terhadap pengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut sebagai membuang masa. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata, dengan peruntukan sebanyak RM377.45 untuk projek-projek yang diumumkan setakat ini, jelas menunjukkan ia merupakan pembelian undi menjelang PRK. "Perkara ini wajar dilihat sebagai sogokan tetapi kita tidak mengharapkan SPR misalnya untuk membuat sebarang komen, untuk mengiyakan atau menafikan semua janji ini adalah sogokan. "Buang masa sahaja kita harap SPR buat kenyataan cuma kita harap pemantau-pemantau dapat membuat laporan-laporan yang sewajarnya," kata beliau pada sidang media di Markas Besar PAS di Kampung Baharu hari ini. Beliau bagaimanapun masih menaruh harapan agar SPR telus dan berperanan sebaik mungkin dalam PRK sebagai badan yang bebas. "Ada sedikit lagi sisa-sisa harapan saya minta SPR mengambil serius isu ini, jangan kata terserah kepada kementerian. "Kena ada peraturan untuk menghalang daripada janji-janji segera, memberikan bantuan kepada pengundi. "Apa kita nak definisi pengumuman projek-projek ini melainkan membeli undi," katanya. Sebelum itu, pada sidang media bersama ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Hatta mendedahkan sebanyak sepuluh projek dijanjikan oleh Umno BN sepanjang sepuluh hari berkempen. Antaranya ialah projek projek berjumlah RM250 juta untuk mendalamkan Sungai Besut dan pembinaan Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani khususnya penanaman padi di Pengkalan Nangka. "Hasil kempen PAS dan Pakatan Rakyat mendedahkan kepincangan tadbir urus dan ketempangan pembangunan yang tidak seimbang ini maka rakyat Kuala Besut mendapat habuan ini," katanya. HD KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
Posted: 20 Jul 2013 09:00 PM PDT DEY MACHA!!! MACAMANA BOLEH TERLEPAS NI? INI DAH TERANG-TERANG HINA FATWA DALAM BULAN SUCI PULAK TU JAKIM JANGAN BANYAK TIDOQ SANGAT BULAN POSA KENA LIGAT SIKIT KAH! KAH! KAH! 4 gadis Islam finalis Miss Malaysia World 2013Pemilihan finalis untuk pertandingan ratu cantik itu dibuat dalam satu sesi interbiu tertutup yang berlangsung di sini pada 12 Julai lalu dan majlis memperkenalkan mereka berlangsung baru-baru ini. Mereka dipilih berdasarkan kemampuan membawa diri dengan penuh keyakinan, personaliti dan cara mereka mengikut tema pertandingan iaitu 'Kecantikan Dengan Tujuan'. Peserta yang dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2013 akan mewakili negara pada pertandingan Miss World 2013 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 28 September nanti. Penganjur pertandingan, Datuk Anna Lim ketika dihubungi mengesahkan penyertaan empat finalis beragama Islam pada pertandingan ratu cantik itu tahun ini. "Mereka dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak berpakaian bikini atau sut renang," katanya. Menurutnya, selain gelaran utama, peserta turut akan merebut lapan lagi gelaran yang disediakan iaitu Miss Fashion Metrojaya, Miss Body Beautiful Wacoal, Miss Beautiful Eyes Optimax, Miss Personality, Miss Photogenic, Miss Beautiful Skin dan Miss Elegance. Katanya, Miss Malaysia World 2013 akan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan menjadi duta bagi beberapa produk. Fatwa yang dikeluarkan di bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik. Fatwa itu menyatakan adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik. Selepas fatwa dikeluarkan, Rahima Orchient Yayah merupakan peserta Melayu terakhir yang memenangi Miss Malaysia World 1994 dan sebelumnya Erra Fazira pada 1992. Isu penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik mendapat perhatian semula apabila tiga gadis Melayu menyertai pertandingan itu di Selangor pada 1997. Selain itu pada 2011, lima wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Borneo (MBB) 2011 di Kuching, Sarawak walaupun sudah diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan mendapat bantahan pelbagai pihak. utusan KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 |
Posted: 20 Jul 2013 06:00 PM PDT Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak? Pakcik : Boleh aje... Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari? Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?" Pemuda : Yang putih. Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari. Pemuda : Yang hitam? Pakcik : Yang hitam pun sama... Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari? Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam? Pemuda : Yang putih? Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari. Pemuda : Dan yang hitam? Pakcik : Yang hitam pun sama... Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun? Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam? Pemuda : Yang putih? Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun. Pemuda : Dan yang hitam? Pakcik : Yang hitam pun sama... Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje? Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye. Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye? Pakcik : Yang hitam pun sama..... KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan