Ahad, 21 Julai 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Menteri merayu, akui malu kalau calon BN kalah

Posted: 21 Jul 2013 03:49 AM PDT

Aslani M,


BESUT: Umno dianggap begitu terdesak bagi mempertahankan Dun Kuala Besut, apabila ada menteri dikatakan terpaksa membuat rayuan, jangan malukan beliau kalau ada yang tidak berkenan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Satu sumber memberitahu rayuan itu difahamkan dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada satu pertemuan dengan pengusaha bot laut dalam yang diadakan di sebuah resort pada 13 Julai lalu.

Turut hadir pada pertemuan tersebut pegawai-pegawai kanan Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan beberapa pengusaha bot laut  dalam tempatan yang diundang khas.

"Menteri ada menyebut pengusaha terbabit perlu menganggap mereka seolah-olah mengundi menteri dan bukan calon BN yang bertanding. Beliau tidak mahu imejnya terjejas kerana baru dilantik menjadi menteri pertanian," kata sumber terbabit di sini.

Kata beliau menteri tidak mengendahkan isu pengusaha laut dalam yang mengalibabakan lesen dimilki mereka, sebaliknya lebih takut kalau ada pengusaha tidak menyokong BN pada 24 Julai ini.

Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, menteri perlu menyokong pengusaha bot terbabit kerana mereka merupakan nelayan yang bermula dari bawah sehingga muncul sebagai pengusaha bot laut dalam yang berjaya.

"Pengusaha terbabit sepatutnya diberi sokongan penuh dan bukannya menekan mereka supaya menyokong calon BN. Tidak ramai pengusaha bot laut dalam anak tempatan yang berjaya seperti mereka.

"Mereka mendapat lesen daripada hasil penat lelah sendiri dan bukan dianugerah seperti pemimpin Umno dan wakil rakyat, diberi lesen laut dalam namun bot didapati tersadai," katanya.

Kata beliau juga pengusaha laut dalam terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko terutamanya kos operasi yang tinggi termasuk membeli keperluan diesel  dan upah awak-awak.

Menurut sumber itu lagi sebuah bot difahamkan dimiliki seorang wakil rakyat BN sudah lama tidak keluar menangkap ikan setelah mendapat lesen secara anugerah dan bukannya memiliki  kemahiran dalam  industri perikanan.

Menurutnya juga pegawai kanan agensi kerajaan datang berkempen bersama menteri atas nama politik, difahamkan menggunakan sepenuhnya peruntukan kerajaan.

Persatuan teksi: Permit diserahkan PM 'misteri'

Posted: 21 Jul 2013 03:39 AM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) menyifatkan pemberian 500 permit individu bawah program Teksi 1Malaysia (TEKS1M) oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 18 Julai lalu diselubungi perbagai persoalan misteri.

Pengerusinya Amran Jan berkata, ini penyerahan kedua selepas 200 permit diberi kepada pemandu teksi terpilih di Putrajaya pada 23 Mac lepas tetapi "sehingga kini 'bayang' teksi Exora pun tak nampak berada di atas jalan raya".

"Bila agaknya?" soal Amran lagi.

Dalam kenyataannya hari ini, Amran membangkitkan persoalan sekitar pemberian permit individu itu, termasuk syarikat yang terlibat - sama ada konsortium teksi atau SPAD Sdn Bhd - dan berhubung perjanjian sewa beli, tempoh dan jumlah bayaran bulanan.

"Dengan harga RM64,000 sebuah (teksi) dan berenjin CAMPRO ini, mampukah pemandu teksi menanggungnya?

"Sedangkan kereta Saga BLM yang berharga RM36,000 pun ramai pemandu yang gagal di tengah jalan sebab tak mampu nak menanggung kos penyelenggaraannya yang tinggi," katanya sambil menegaskan pendapatan semasa pemandu hanya RM1,500 sebulan.

BBPTB mencadangkan beberapa perkara yang perlu didahulukan sebelum pemberian permit individu, antaranya:
  • Selaraskan prasarana/ hentian teksi. Hentikan monopoli kawasan oleh kumpulan pemandu teksi.
  • Seragamkan sistem teksi, iaitu semua teksi menggunakan kadar tambang meter dan sistem kupon dimansuhkan.
  • Kawal pengeluaran permit kerana sudah ada 81,000 permit teksi dikeluarkan.
  • Menaikkan tambang sebanyak 30 peratus pada waktu puncak pagi dan petang.
  • Penguatkuasaan ke atas pemandu teksi yang melakukan kesalahan serius seperti tidak menggunakan kadar tambang meter.
"Bila mutu perkhidmatan sudah berada ditempatnya, tambang teksi dinaikkan. Akhirnya, barulah difikirkan kenderaan teksi yang kompetitif kepada pemandu dan juga penumpang," kata Amran.

Kes Liwat II kembali jadi perhatian esok

Posted: 21 Jul 2013 03:37 AM PDT

 


 
Selepas setahun setengah, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali ke mahkamah esok ekoran rayuan kerajaan terhadap keputusan pembebasan beliau dalam Liwat II kes yang mendapat perhatian meluas.

Rayuan kerajaan akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya dan dijangka dibanjiri petugas media dari dalam dan luar negara, termasuk pemerhati.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

'300 tahun untuk tamatkan pelarian intelektual'

Posted: 21 Jul 2013 03:33 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Dengan kadar Talent Corp menarik rakyat Malaysia di luar negara supaya pulang sekarang ini , selama 300 tahun diperlukan sebelum dapat menarik kembali pelarian intelektual ke luar negara, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Yeo Bee Yin.

Beliau merujuk jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar di Parlimen bahawa RM65 juta yang dibelanjakan kepada Talent Corp sejak 2011 berbaloi kerana ia berkesan menarik balik pelarian intelektual.

NONE"Kami ingin ingatkan Abdul Wahid (kiri), menurut laporan Bank Dunia... masih terdapat lebih 300,000 profesional Malaysia menetap di luar Malaysia.

"Program Talent Corp bagaimanapun hanya berjaya membawa pulang 690 profesional Malaysia pada 2011, seramai 923 pada 2012 dan 502 hingga Jun tahun ini.

"Walaupun dengan kepulangan 1,000 profesional setiap tahun, dengan kadar ini, Talent Corp memerlukan 300 tahun untuk menarik balik pelarian intelektual," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid: Tak mahu jawatan MB satu perangkap

Posted: 21 Jul 2013 03:31 AM PDT

 


 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak mahu jawatan menteri besar Terengganu jika parti itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah "satu perangkap".

"Ini satu lagi perangkap yang bakal memerangkap keadaan di Terengganu. Jangan (rakyat) mudah terjebak dengan perangkap itu.

"Mustahil mereka tidak menuntut sebarang kerusi jika mempunyai perubahan di kerusi DUN dengan keadaan 16:16," katanya dalam sidang media di Markas Taktikal PDRM di Kuala Besut hari ini.

Sehubungan itu, beliau merayu supaya pengundi di DUN Kuala Besut tidak terjebak dengan kempen yang disifatkannya sebagai "riverse psycology" PAS.

Sebaliknya, tegasnya, pengundi perlu memberi kepercayaan kepada calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Dalam ceramahnya malam kelmarin, Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang antara lain berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga naib presiden Umno mengingatkan pengundi bahawa akan berlaku 'kerajaan tergantung' dan mendakwa akan menyebabkan ketidakstabilan politik di Terengganu jika "teori 16:16" menjadi kenyataan.

"Oleh sebab itu, pengundi di Kuala Besut cukup penting untuk menentukan masa depan Terengganu. Kalau kerajaan tergantung, kerajaan negeri tidak boleh dibentuk.

"Akan berlaku kekecohan siapa yang boleh bentuk kerajaan, kerana mempunyai kerusi yang seimbang. Oleh itu, tentukan BN menang terus, dengan memperoleh kerusi yang ke-17," katanya.

Sementara itu, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh menyifatkan pilihan raya kecil ini paling tenang dalam sejarah dan sebanyak empat laporan polis dibuat berhubung perjalanan kempen.

Sambil berharap trend itu berlanjutan sehingga kempen tamat, beliau berkata sebanyak 2,789 anggota polis dikerahkan bertugas pada pilihan raya itu dan perbelanjaan sebanyak RM10.4 juta untuk PDRM mengendalikan pilihan raya ini.

3 naib presiden Umno pertahan jawatan

Posted: 21 Jul 2013 03:30 AM PDT

 


 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi akan mempertahankan kerusi naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu hujung tahun ini seperti rakan sejawatnya Datuk Seri Shafie Apdal.

"Saya telah menentu pendirian saya dengan jelas. Saya akan akan mempertahankan (jawatan).

"Kami bertiga (naib presiden sekarang) akan mempertahankan jawatan kami," katanya dalam sidang medianya Markas Taktikal PDRM di Kuala Besut petang ini.

Seorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Husein yang juga menteri pertahanan.

Ditanya sama ada beliau mempunyai rancangan "lebih besar" daripada itu, Zahid berkata:

"Tidak secara keseluruhan. Kami tidak membenarkan diri kami bergerak ke atas dan ke bawah," katanya sambil menambah mereka terbuka untuk berdepan persaingan bagi mempertahankannya.

Siapa lari mara mencabar?
Setakat ini masih belum jelas siapa lagi yang akan mencuba nasib bertanding jawatan itu.

Bagaimanapun, ada ahli politik yang menjangkakan anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir akan diketengahkan ke jawatan itu.

Jika spekulasi itu benar, ia selagi gus dilihat bakal memberi laluan sukar kepada Zahid apabila Shafie daripada Sabah dan Hishammuddin - sepupu Najib dan anak perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn - dilihat berkedudukan selesa.

Sementara itu, Shafie semalam mengumumkan akan mempertahankan jawatannya kerana merasakan masih mampu memberi khidmat selain untuk memperkuatkan parti.

Shafie yakin sumbangannya sebagai menteri kemajuan luar bandar dan Wilayah selama lima tahun berjaya meningkatkan prestasi kawasan itu.

Sementara itu, pihak lain yang dispekulasikan media ke jawatan itu termasuk, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Nama-nama lain antaranya, Menteri Pelajaran II Datuk Seri Idris Jusoh. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Tan Sri Rahim Tamby Chik.

BR1M gagal bantu prestasi BN pada PRU13, kata Dr Mahathir

Posted: 21 Jul 2013 03:22 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Pemberian tunai tidak membantu parti pemerintah pada pilihan raya umum  ke-13 (PRU13) kerana rakyat menganggap mereka berhak memiliki wang mereka sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

"Sebenarnya, pemberian itu langsung tidak berkesan. Penerima bantuan terutama penyokong pembangkang, tidak berterima kasih kerana menganggap ia wang mereka. Itu duit cukai bukan wang kerajaan atau BN," katanya.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sekali gus paling lama dalam sejarah tanah air itu berkata demikian pada temu bual dalam rencana Utusan Malaysia hari ini.

 Beliau juga menyifatkan amalan pemberian tunai itu berlawanan dengan pentadbirannya antara 1981 dan 2003.

"Sebelum ini, kerajaan memastikan persekitaran melalui kemudahan kepada masyarakat, pengendalian ekonomi, pelaburan dan banyak lagi untuk dinikmati rakyat.

"Bukannya beri wang kerajaan tetapi kita sediakan ruang dan persekitaran yang sesuai untuk kehidupan rakyat.

"Sekarang, kita lihat ramai graduan tidak ada pekerjaan. Mungkin rakyat berasa puas hati apabila menerima bantuan tunai tetapi ia sebenarnya tidak cukup. Ia akan habis dalam beberapa hari," katanya.

BN membuat dua pemberian tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan berjanji melalui manifesto pilihan raya untuk memberi RM1,200 kepada keluarga isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Sekalipun begitu, BN hilang lebih banyak kerusi kepada Pakatan Rakyat, hanya 133 berbanding 140 pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Kepada satu soalan berkaitan kecaman Ketua Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani terhadap Utusan Malaysia berikutan akhbar itu dilihat menyiar laporan berunsur rasis, Dr Mahathir berkata:

"Inilah jenis Melayu berkualiti rendah. Ini kerana nilai kehidupan mereka tidak tahu berterima kasih kepada Melayu lain."

Naib Presiden MCA akui sukar bergabung dengan parti berbilang kaum

Posted: 21 Jul 2013 03:19 AM PDT

Oleh Muzliza Mustafa

Sekalipun setia bersama BN tapi generasi lama belum tentu setuju idea penggabungan parti 

Sekalipun setia bersama BN tapi generasi lama belum tentu setuju idea penggabungan parti
Idea penggabungan dengan parti komponen berbilang kaum sukar buat MCA, kata Naib Presidennya, Gan Ping Sieu.

Beliau berkata, MCA juga tidak akan mengarahkan Gerakan dan SUPP supaya menggugurkan anggota bukan Cina mereka.

 "Kita tidak boleh gesa Gerakan dan SUPP melupakan anggota mereka supaya MCA akan melakukan perubahan dalam parti," katanya ketika ditemui di Kuala Besut, hari ini.

Gan berkata, anggota senior dalam parti mungkin menolak idea berkenaan tetapi anggota yang lebih muda mungkin menerima pelaksanaan berkenaan.

"Mereka (generasi muda) percaya kita perlu berubah daripada parti berasaskan perkauman kepada parti yang lebih terbuka menerima ahli daripada pelbagai kaum," katanya.

Walaupun MCA mempunyai keahlian sehingga 1 juta, beliau berkata, parti itu tidak lagi boleh berbangga dengan jumlah berkenaan.

"Jumlah bukan aset lagi kepada parti kerana hanya sebahagian daripada mereka, pejuang," kata Gan yang sedia menerima idea penggabungan itu.

MCA ialah parti berasaskan kaum Cina semata-mata tetapi Gerakan dan SUPP mempunyai ahli secara minoriti dari etnik lain.

Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn hari ini mengakui wujud cadangan supaya Gerakan, MCA dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bergabung sebagai sebuah parti berasaskan kepentingan kaum Cina.

Beliau berkata, ketiga-tiga parti itu kekal bersama BN dan perbincangan mengenai hal itu dijangka dibuat Oktober ini selepas proses pemilihan parti, selesai

Gabung tiga parti Cina BN tidak selesai masalah, kata penganalisis

Posted: 21 Jul 2013 03:06 AM PDT

Oleh Rita Jong

Rancangan untuk menggabung ketiga-tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak akan mengembalikan sokongan ataupun menawan semula pengundi Cina, kata penganalisis politik.

Penganalisis berpendapat masalah utama MCA, Gerakan dan SUPP yang mengikis keyakinan pengundi mereka ialah kebencian ketara terhadap BN dan sikap tunduk kepada Umno.

Penganalisis politik, Dr Lim Teck Ghee, berkata cadangan penggabungan itu berpunca dari 'kesempitan' dan cubaan terakhir untuk kekal relevan dalam arena politik.

 "Bagaimanapun, penggabungan bukanlah jawapan kepada pengundi Cina mahu dari parti mereka. Pengundi mahu parti yang berdiri memperjuang hak dan bercakap bagi pihak mereka.

"Pemimpin ketiga-tiga parti juga dilihat lebih berminat untuk mengekalkan agenda sendiri dan kuasa," katanya dan menambah, pengundi Cina mengharapkan keadilan dan janji kesaksamaan ditunaikan.

"Kontroversi terkini melibatkan pendidikan universiti, jelas menunjukkan kelemahan dan ketakmampuan ketiga-tiga parti itu untuk memperjuang hak masyarakat Cina," katanya.

Beliau merujuk laporan media membabitkan beberapa pelajar bukan Melayu terbaik yang tidak mendapat tempat dalam universiti tempatan untuk belajar perubatan dan lain-lain kursus yang popular.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim, Suffian pula percaya ketiga-tiga parti politik itu mungkin menjadi lebih berkuasa dalam BN jika penggabungan berlaku.

"Cadangan penggabungan sedikit terlewat. Kurang sokongan di kalangan pengundi Cina bukan kerana bantahan pengundi ke atas MCA, SUPP dan Gerakan sahaja," katanya.

Sebaliknya, beliau percaya peralihan pengundi Cina menunjukkan tahap hilang kepercayaan ke atas BN secara keseluruhan.

Sementara itu, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membayangkan langkah itu pasti berdepan halangan besar lantaran falsafah politik berbeza antara mereka.

"Ia tidak akan jadi mudah bagi ketiga-tiga pihak untuk bergabung. Mereka perlu menjawab kepada akar umbi, punca mengapa mereka mahu bergabung.

"Bagaimana mereka kendalikan aset parti? Adakah MCA bersedia melepaskan matlamat mereka berjuang untuk kaum Cina dan menjadi parti berbilang kaum?

"Siapakah yang akan jadi Presiden 'parti baru' ini? Chua Soi Lek? Peter Chin?" kata Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok merujuk pemimpin semasa MCA dan SUPP.

Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming juga percaya usaha penggabungan itu terlewat memandangkan setiap parti politik memiliki struktur berbeza.

Sebagai contoh, MCA sebuah parti berasaskan kaum Cina manakala dua parti lain mempunyai kecenderungan berbilang kaum tanpa mengira ahli bukan Cina, dalam struktur kepimpinan.

Pilihan Raya Kecil :BN terus ‘rasuah’ pengundi

Posted: 21 Jul 2013 03:04 AM PDT

DETIK DAILY

Umno-BN tetap berkempen secara tidak bertanggungjawab dan menyalahi undangundang untuk hadapi PRK Dun Kuala Besut pada 24 Julai nanti. Keadaan itu sedang diteliti dan dipantau oleh PAS untuk tindakan lanjut.

Sokongan penduduk terhadap PAS makin meningkat. Ikuti pandangan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad ketika ditemubual Wartawan Kanan AZIZ MUDA pada 18 Julai lalu.

WARTAWAN Ada dakwaan mengatakan Umno-BN memberi wang kepada para pengundi PRK Dun Kuala Besut. Boleh Ustaz jelaskan? 

USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD: Maklumat yang kita terima, BN memang ada memberikan wang kepada para pegundi di Kuala Besut. Selain itu, berbagai insentif lain turut diberikan oleh pihak BN kepada masyarakat sempena PRK Dun Kuala Besut.

Maklumat yang kita terima, insentif-insentif itu diberikan kepada pelbagai golongan termasuk kepada orang muda, ibu tunggal dan mereka yang berada dalam senarai penerimapenerima bantuan.

Bantuan itu sedang bergerak masuk sekarang. Pihak PAS sedang membuat pemantauan rapi berhubung perkara ini.

Kita juga yakin sedikit masa lagi, insya-Allah, akan ada yang menerima bantuan itu akan tampil membuat pengakuan.

Apa yang akan dilakukan PAS berhubung perkara ini? 

Pertama, sebagai satu ingatan kepada pihak Umno-BN, jentera kita daripada PAS ramai daripada kalangan peguampeguam.

Jadi peguam-peguam kita itu akan mengambil kira semuanya untuk tindakan susulan.

Jika ada bukti, PAS akan forward segala bukti salah laku pilihan raya yang telah mereka lakukan itu.


Sebenarnya, apa juga pemberian ketika pilihan raya sama ada dalam bentuk wang, barangan, janji-janji termasuk hendak memberi rumah, pangsapuri 72 pintu kepada rakyat di kawasan Kuala Besut ini, mengikut kategori yang diklasifikasikan, dengan sendirinya itu adalah rasuah kepada rakyat.

Semua pemberian ketika ini (ketika pilihan raya) adalah bius kepada rakyat untuk lupa seketika segala kesusahan mereka selama ini. Semua ini panadol-panadol atau ubat hanya untuk sementara yang dibekalkan khususnya kepada pengundi di Kuala Besut.

Ingatan Ustaz kepada pengundi...

Seluruh penduduk Kuala Besut perlu ingat perkara ini.

Tujuan BN memberikan ini semua kepada penduduk kerana mereka ingin pertahankan kerusi dacing di kawasan ini.

Jadi, rakyat Kuala Besut patut menjadi wira untuk proses pembentukan kerajaan baru.

Walaupun banyak istilah yang kita dengar tentang kedudukan 16-16, tetapi selepas PRU13, dengan kedudukan 17 BN, 15 Pakatan Rakyat, kedudukan itu ternyata tidak kukuh.

Inilah peluang untuk rakyat Terengganu khususnya dari Kuala Besut untuk mengubah landskap politik Terengganu. Rakyat Terengganu berharap agar selepas PRK Dun Kuala Besut nanti akan lahir kerajaan baru yang bertanggungjawab bagi memenuhi harapan rakyat.

Di mana-mana pun, nampaknya Umno-BN masih juga menjadikan agensi kerajaan sebagai jentera partinya.

Tindakan Umno-BN itu amat kita kesalkan. Ia adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.
Kita mencabar BN turun mendapatkan sokongan masyarakat secara gentleman, dengan mengukur baju di badan sendiri, bukannya dengan menumpang kekuatan pihak lain.

Kerajaan BN juga enggan melaksanakan akses media bebas dan adil, sehingga menyebabkan laporan media terus berat sebelah untuk PRK Dun Kuala Besut ini?
Kita masih terus konsisten dengan lapan tuntutan Bersih.

Kerajaan mesti laksanakan kelapan-lapan tuntutan itu. Antaranya termasuklah akses media yang bebas dan adil kepada seluruh rakyat negara ini.

Kerajaan mestilah membebaskan kongkongannya terhadap media. Disebabkan laporan media yang berat sebelah, kita terpaksa memanfaatkan sepenuhnya media baru. Setakat ini ada perkembangan yang menarik.

Sebahagian penduduk Kuala Besut terutama dari kalangan yang telah berumur sudah dapat menerima maklumat-maklumat yang diperlukan oleh mereka daripada media baru.

Kita telah mendapat bantuan daripada anak-anak muda terutama pelajar-pelajar IPT untuk memanjangkan maklumatmaklumat daripada media baru itu kepada ibu bapa mereka.

Sebahagian daripada bantuan itu datangnya daripada pelajarpelajar IPT yang pulang ke Kuala Besut untuk membantu kempen kita yang kemudiannya disampaikan kepada ibu bapa mereka.

Jadi sebahagian daripada penduduk di kawasan Kuala Besut, khususnya dari kalangan yang telah berumur, kini turut mulai menjadi golongan yang bermaklumat.

Harapan Ustaz selaku YDP untuk PRK Kuala Besut...

Setakat ini kita lihat kedudukannya 50-50. Kita yakin akan berlaku peningkatan sokongan daripada para pengundi atau penduduk Kuala Besut terhadap PAS.

Ini berdasarkan sambutan baik yang diberikan oleh seluruh masyarakat Kuala Besut terhadap PAS dalam pelbagai bentuk.

Pada saya, rakyat khususnya para pengundi di Kuala Besut harus membuktikan mereka adalah rakyat yang bermaruah.

Mereka perlu menolak BN dan menggantikannya dengan PAS.

Untuk itu, kepada para pengundi, khususnya para pengundi PRK Dun Kuala Besut, saya nasihatkan, apa saja bantuan atau insentif yang didatangkan oleh Umno-BN kepada mereka, kalau tak boleh elak, ambillah, tapi apabila mengundi pangkahlah PAS.

Terjemahkan sokongan anda semua kepada PAS dalam kertas undi pada 24 Julai nanti.

Surau dikunci, Rencatkan Kemeriahan Ramadhan

Posted: 21 Jul 2013 03:01 AM PDT

BULETIN ONLINE

Kuala Besut : Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) hari ini kesal dengan kejadian mengunci surau yang berlaku di Kampung Alur Mujur, Kampung Lampu yang menyebabkan kesukaran jemaah terutama bagi jemaah-jemaah luar Kuala Besut bagi melakukan solat berjemaah.

kam2803(d)-kunci4

Disebalik anjuran rasulullah s.a.w bagi umat Islam memakmurkan masjid dalam bulan Ramadhan, ada pihak yang melakukan perkara sebaliknya.

Menurut Setiausaha DUPP Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, DUPP sangat kecewa dengan kejadian tersebut yang mana sepatutnya dalam hal memakmurkan rumah Allah semua pihak perlu mengenepikan sentimen politik.

"Surau itu sudah ditinggal agak lama, tetapi malangnya ada pihak telah mengunci surau tersebut (apabila ada aktiviti).

Dengan tujuan yang kita nampak ialah untuk menghalang ia dihidupkan dan dimakmurkan dengan sebaiknya.

Jadi perkara ini sangat mengecewakan kita kerana dalam perkara memakmurkan rumah Allah s.w.t tidak patut ada sentimen politik, (bahkan) kita patut berpakat ramai-ramai memakmurkannya," ujar beliau kesal.

Beliau yang pergi sendiri melihat keadaan surau tersebut, memaklumkan bahawa beliau tidak dapat masuk kerana surau tersebut berkunci.

Jelas beliau lagi, hal ini seperti menghalang orang ramai untuk beribadat dalam rumah Allah seperti contoh yang disebutkan dalam surah al-Baqarah mengenai orang yang dilabelkan zalim oleh Allah apabila menghalang orang dari menyebut nama Allah di dalam rumah Allah.

"Bagi saya tindakan mengunci surau tak patut berlaku apatah lagi dalam keadaan sekarang kempen PRK yang semua pihak perlu makmurkan surau dengan kehadiran ramai masyarakat seluruh Malaysia datang bertumpu di Kuala Besut," kata beliau lagi.

Dr. Kahiruddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus merayu agar pihak yang mengunci surau tersebut agar membukanya kembali dan mengenepikan sentimen politik, dengan harapan agar surau itu akan menjadi makmur selepas ini dan seterusnya.

Mengulas isu yang sama, Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh surau itu sebenarnya dibina secara gotong royong oleh masyarakat setempat.
Ia kemudiannya diambilalih oleh pihak tertentu dan semenjak pengambilalihan itu, surau tersebut menjadi mati (dari aktiviti-aktiviti keagamaan).

Beliau yang juga mantan Adun Kuala Besut turut mengkritik pihak yang terang-terang menggunakan masjid bagi tujuan politik pihak tertentu, dan dalam masa yang sama menghalang pihak lain dari menggunakan masjid atas alasan masjid tidak boleh dijadikan tempat berpolitik.

Sambil memberi contoh kejadian yang berlaku di Masjid Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, beliau memberitahu Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah dihalang untuk masuk ke dalam masjid walaupun untuk mengerjakan solat.

Walaubagaimanapun beliau memuji sikap staf-staf TUDM yang begitu perihatin dengan perkembangan ini dan berharap mereka mengekalkan sikap profesional mereka terutama sebagai anggota kerajaan yang tidak memihak.

DUPP juga dalam sidang media yang sama, mengumumkan satu program Solat Hajat Perdana Dan Munajat yang akan diadakan pada Selasa 23 Julai 2013 jam 3.30 pagi di Masjid Haji Yaakob, Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.

Program anjuran DUPP itu bertujuan bagi memohon kemenangan dalam PRK ini, bukan hanya diadakan di Kuala Besut tetapi di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, Dr Kahiruddin menyeru agar semua ahli-ahli serta penyokong-penyokong PAS walau di mana juga berada, agar turut melakukan solat hajat serta munajat bagi memohon kemenangan PAS di PRK Kuala Besut.

"Kita yakin bahawa tidak cukup kita hanya menyediakan persiapan-persiapan fizikal dan berkempen mengajak rakyat semaksima yang mungkin (untuk tarik undi) tetapi yang lebih penting hubungan kita dengan Allah untuk mendapatkan kemenangan," kata beliau.

Sokongan Ahli Keluarga, Kenalan Lama Che Long Makin Terserlah

Posted: 21 Jul 2013 02:57 AM PDT

BULETIN ONLINE

BESUT – Kempen pusingan kedua bertemu dengan ahli keluarganya memperlihatkan sokongan kepada calon PAS, Haji Endot@Azlan Yusof atau Che Long semakin terserlah.

Seperti biasa, Jadual Pergerakan Calon diawal pagi dari jam 9.00 hingga 12.00 tengahari, Che Long akan melakukan ziarah anak-beranak sama ada secara solo atau bersama pengiringnya.

chelong HARI 10

Kempen Che Long pada hari ke-10, bertemu dengan kaum keluarga yang mungkin sebelum ini agak jarang bertemu kerana perbezaan fahaman politik.

Namun begitu, perasaan segan yang 'menebal' itu diketepikan demi memenuhi tanggungjawab sebagai calon yang bakal dipilih oleh rakyat pada 24 Julai nanti.

Tinjauan Buletin, berkesempatan mengikuti pergerakan Che Long bertemu dengan salah satu ahli keluarganya yang disegani masyarakat setempat di Kampung Baru.

Kata Che Long, kempen masuk hari ke-10 ini adalah pusingan kedua beliau menziarahi serta bertemu dengan ahli keluarganya.

Menurutnya, selepas pusingan pertama mungkin masih ada yang tertinggal atau terlepas pandang dalam jadual kempen.

"Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke-10 kita berkempen. Ini pusingan kedua Che Long untuk bertemu dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan lama Che Long.

"Sebelum ini, Che Long sudah pergi bertemu dengan mereka (ahli keluarga) dan mungkin ada lagi yang tertinggal atau terlepas pandang dalam jadual kempen harian," ujarnya.

Katanya, sambutan di kalangan ahli keluarga, kenalan lama dan penduduk setempat amat memberangsangkan serta menyakinkan PAS.

Program ziarah kempen anak-beranak itu turut ditemani oleh pengurus kempennya, Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Kemaman.

DAP Akui Che Long Ada Kelebihan Peribadi

Posted: 21 Jul 2013 02:55 AM PDT

 
KELAB GREENBOC
 
Besut: DAP Terengganu berkeyakinan tidak mustahil calon PAS yang bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut bakal membuat kejutan pada hari mengundi, 24 Julai nanti.

Pengerusinya, Ng Chai Hing berkata populariti calon PAS, Endot@Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long di kalangan masyarakat setempat diakui benar.

Menurutnya, tinjauan kempen DAP di Kuala Besut ini mendapati rakyat terutama pengundi tempat rata-rata mengenali Che Long yang bertanding pilihan raya ini.

"Saya lihat calon kita (Pakatan Rakyat) yang diwakili oleh PAS ini boleh buat kejutan menang pada hari mengundi. Sebab, beliau dikenali ramai oleh penduduk setempat walau pun di kalangan orang Umno.

"Calon PAS ini tidak ada masalah dengan rakyat, suka tolong orang, baik dan mesra dengan rakyat. Ramai orang kenali dia, itu kelebihan peribadi Che Long.

"Saya dan rakan-rakan DAP telah buat kempen di Kuala Besut ini dan sambutan cukup baik kerana calon kita tidak ada masalah dengan orang ramai," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau memulakan kempen di Kuala Besut bagi mencari serta mengenal pasti pengundi Tionghua yang terlibat dengan pilihan raya kali ini.

Justeru, kata Chai Hing, jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih kuat bagi mempastikan Che Long menang meski pun dengan kelebihan satu undi.

Tambahnya lagi, rakyat di Kuala Besut ini perlu mengambil peluang besar ini untuk membuat perubahan bagi menjadikan kuasa politik Terengganu seimbang. -HD

Kenapa Wan Ahmad Tidak Mahu Heret Rafizi Ke Mahkamah?

Posted: 21 Jul 2013 02:52 AM PDT

MSO

Memahami ulasan timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berhubung kenyataan Rafizi Ramli kononnya ada pemimpin tertinggi SPR mengenali rapat dengan Mohamad Salleh orang yang dikatakan bertanggungjawab mengurus untuk mendapatkan tander membekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum lalu membayangkan Wan Ahmad tidak mahu mengheret Ahli Parlimen Pandan itu ke mahkamah.

Ketika mengulas berhubung kenyataan Rafizi yang dibuat diluar parlimen kelmarin Wan Ahmad hanya melahirkan rasa kesal kepada Rafizi kerana membuat kenyataan fitnah dan beliau enggan melayan Rafizi yang dianggap memfitnahnya.

Sikap Wan Ahmad itu mengecewakan orang ramai yang menanti-nanti kes itu dibawah ke mahkamah. Sebelum ini Wan Ahmad ataupun Aziz Yusuf dikira tidak ada hak untuk membawa Rafizi ke mahkamah kerana beliau membuat tuduhan itu di dalam dewan. Apa-apa kenyataan yang dibuat di dalam dewan tertakluk kepada imunniti dewan bagi seseorang ahli parlimen.

Bagaimkana pun untuk membolehkan Aziz dan Wan Ahmad mengambil tindakan terhadapnya, Rafizi membuat kenyataan diluar dewan tidak sampai tiga jam selepas diminta oleh Speaker berbuat demikian untuk memberi peluang kepada Wan Ahmad dan Aziz Yusuf.

Apakah Wan Ahmad atau Aziz kurang berani untuk membawa Rafizi ke mahkamah kerana bimbang mahkamah akan melondehkan sesuatu yang masih menjadi tanda tanya itu? Persepsi akan timbul kalau mereka berdua tidak menyaman Rafizi, kemungkinan benarlah Aziz dan Wan Ahmad mengenali rapat dengan Mohamad Salleh?

Penyokong Idris gesa pengundi 'ajar' Mat Said

Posted: 21 Jul 2013 12:27 AM PDT



Harakahdaily,



BESUT: Pilihan Raya Kecil Kuala Besut yang akan berlansung pada 24 Julai ini merupakan peluang terbaik bagi orang Umno khususnya penyokong Datuk Seri Idris Jusoh di sini untuk 'mengajar' Datuk Seri Ahmad Said.

Salah seorang penyokong kuat Idris, Mohd Abiah Awang (gambar) berkata, orang Umno di Besut masih ingat apa yang Ahmad buat pada 2008 sehingga Idris diketepikan dari menjawat jawatan Menteri Besar untuk penggal berikutnya.

"Orang sini ingat lagi, kita berlarok (konvoi) pegi ke Kuala Terengganu, pergi Putrajaya, pergi lapangan terbang, usung (bawa) sepanduk, rayu supaya Datuk Deris (Idris) kekal jadi MB.

"Tapi Mat Said (Ahmad Said) buat apa? Parut (luka) dalam hati ini belum sembuh lagi ni. Kita ingat apa dia buat," katanya ketika berceramah di pentas PAS di Kampung Seberang Barat di sini malam tadi.

Beliau berkata, pengundi Kuala Besut khususnya penyokong Idris Jusoh tidak harus menggadai perinsip perjuangan mereka hanya kerana wang RM50 dan sekantong rokok.

Sebaliknya mereka harus mengembalikan maruah orang Kuala Besut yang telah dicalar oleh Ahmad Said sebelum ini.

"Dulu Mat Said baru jadi MB, nak datang sini kena ada polis iring dia, sekali dengan 'body guard'. Sekarang ini dia boleh datang lenggang sahaja macam dia dah lupa apa dia pernah buat kat kita.

"Kita kena berani tuntuk kuasa kita. Inilah masanya. Kali ini kita pakat pangkah PAS belaka. Jangan malukan orang Kuala Besut. Biar berani gak kita," katanya lagi.

Beliau juga mengakui bahawa calon PAS, Che Long dan keluarga sangat dikenali penduduk di sini.

Che Long juga ujarnya memang senang untuk ditemui oleh penduduk Kuala Besut kerana sememangnya menetap di sini.

Berbeza dengan calon BN katanya, walaupun keluarganya berasal dari Kuala Besut, tapi bertugas dan tinggal di Putrajaya.

"Kita biar jadi 16:16 sekali. Kita tengok nak jadi macam mana. Kalau main bola, bila seri kena penalti.

"Sekurang-kurangnya Mat Said tahu kita oarang Kuala Besut tak pernah lupa apa yang dia pernah buat kepada kita," katanya.

Shafie mahu pertahan jawatan naib presiden Umno

Posted: 21 Jul 2013 12:22 AM PDT

SINAR HARIAN

Mohd Shafie Apdal
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
 
BANDAR BAHARU - Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhasrat mempertahankan jawatan tersebut yang dimenanginya pada pemilihan parti itu dua tahun lalu.

Ketua Umno bahagian Semporna itu berkata beliau membuat keputusan tersebut kerana merasakan dirinya masih mampu memberi khidmat selain untuk memperkuatkan parti.

"Sekiranya ahli-ahli Umno tidak keberatan, saya ingin menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan. Saya bukan nak rebut jawatan sesiapapun cuma nak pertahankan.

Tidak kisahlah nombor berapapun asalkan naib presiden," katanya
kepada pemberita pada majlis 'Ihya Ramadan dan Berbuka Puasa' bersama penduduk Kampung Tengas di Masjid Al-Falah kampung itu di Serdang, dekat sini, petang semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir serta anggota Exco Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dan Datin Norsabrina Mohd Nor.

Mohd Shafie berkata beliau yakin sumbangannya sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selama lima tahun telah meningkatkan prestasi kawasan luar bandar selain mampu melaksanakan banyak lagi usaha untuk masyarakat luar bandar. - Bernama

'Sogokan' projek RM377 juta, SPR hanya membisu?

Posted: 21 Jul 2013 12:18 AM PDT

Hazayani Zakaria 
 
BESUT: PAS menyifatkan tindakan menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung sogokan yang dilakukan Umno BN terhadap pengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut sebagai membuang masa.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata, dengan peruntukan sebanyak RM377.45 untuk projek-projek yang diumumkan setakat ini, jelas menunjukkan ia merupakan pembelian undi menjelang PRK.

"Perkara ini wajar dilihat sebagai sogokan tetapi kita tidak mengharapkan SPR misalnya untuk membuat sebarang komen, untuk mengiyakan atau menafikan semua janji ini adalah sogokan.

"Buang masa sahaja kita harap SPR buat kenyataan cuma kita harap pemantau-pemantau dapat membuat laporan-laporan yang sewajarnya," kata beliau pada sidang media di Markas Besar PAS di Kampung Baharu hari ini.

Beliau bagaimanapun masih menaruh harapan agar SPR telus dan berperanan sebaik mungkin dalam PRK sebagai badan yang bebas.

"Ada sedikit lagi sisa-sisa harapan saya minta SPR mengambil serius isu ini, jangan kata terserah kepada kementerian.

"Kena ada peraturan untuk menghalang daripada janji-janji segera, memberikan bantuan kepada pengundi.

"Apa kita nak definisi pengumuman projek-projek ini melainkan membeli undi," katanya.

Sebelum itu, pada sidang media bersama ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Hatta mendedahkan sebanyak sepuluh projek dijanjikan oleh Umno BN sepanjang sepuluh hari berkempen.

Antaranya ialah projek projek berjumlah RM250 juta untuk mendalamkan Sungai Besut dan pembinaan Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani khususnya penanaman padi di Pengkalan Nangka.

"Hasil kempen PAS dan Pakatan Rakyat mendedahkan kepincangan tadbir urus dan ketempangan pembangunan yang tidak seimbang ini maka rakyat Kuala Besut mendapat habuan ini," katanya.

BN umum projek serta-merta bila PAS bersuara

Posted: 21 Jul 2013 12:14 AM PDT

Salmiyah Harun,


BESUT: Tindakan drastik kerajaan mengumumkan projek-projek yang mencecah ratusan juta dalam masa sepuluh hari buat penduduk Kuala Besut merupakan usaha dan kejayaan PAS.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata pendedahan demi pendedahan yang dibuat PAS ternyata membuatkan kerajaan terus menunjukkan keperihatinan mereka terhadap nasib pengundi di Kuala Besut.

Misalnya kata beliau pendedahan kerosakkan Empangan Lowier di Pengkalan Nangka yang menjejaskan 400 keluarga terus mendesak kerajaan meluluskan segera peruntukan RM35 juta untuk membuat empangan yang baru.

"Jika tidak didedahkan ternyata Umno BN kesampingkan apa yang diperlukan di sini (penduduk Kuala Besut),"katanya dalam sidang media di Markaz Besar PAS PRK Kuala Besut di Kampung Baru.

Jelasnya, sebaik PAS membangkitkan isu ini ternyata kerajaan Umno BN dapat menyelesaikan masalah ini dalam masa sehari sedangkan ianya pernah dibangkitkan sejak dua tahun lepas.

Mengulas sama ada pengundi Kuala Besut terus termakan budi dengan usaha drastik kerajaan ini, Hatta berpendapat ianya tidak sekali-kali akan mempengaruhi pengundi.

Malah katanya, pengundi akan berterima kasih kepada PAS dan akan memberi undi kepada PAS pada 24 Julai ini.

"Kita akan menjangkakan tempat-tempat yang kita kuat akan bertambah baik," katanya.

Justeru katanya, PAS telah melaksanakan tanggungjawabnya untuk rakyat khususnya di Kuala Besut yang ternyata dipinggirkan oleh kerajaan BN.

"Sebenarnya apa yang dibuatkan oleh kerajaan dalam masa berkempen ini adalah kredit bagi kami," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM35 juta untuk membuat empangan baru menggantikan Empangan Lowvier.

Terdahulu, sudah sembilan projek yang dijanjikan oleh kerajaan BN buat penduduk Kuala Besut termasuklah projek mendalamkan Sungai Besut bernilai RM250 juta, membina pangsapuri empat tingkat di Kampung Lay Out bernilai RM10 juta, projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi Tok Saboh bernilai RM28 juta dan projek masjid terapung dengan kos RM12 juta.

Rezeki penduduk Kuala Besut datang mencurah-curah apabila kerajaan tidak putus-putus menabur projek-projek yang mencecah ratusan juta dalam masa sepuluh hari.

Singapura ramal jerebu berulang

Posted: 21 Jul 2013 12:11 AM PDT

SINAR HARIAN
Singapura Jerebu

SINGAPURA - Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) meramalkan republik ini mungkin mengalami jerebu beberapa hari lagi.
  
Ia berkata dalam tempoh dua hari lagi, cuaca kering dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sumtera.
  
"Jika berlaku perubahan arah angin bertiup dari arah barat, Singapura mungkin mengalami suasana jerebu," katanya.
  
NEA berkata ia akan mengeluarkan amaran seterusnya jika keadaan itu berlaku dan menambah jumlah bintik-bintik panas di Sumatera yang dikesan satelit NOAA 18 meningkat dengan cepat sejak dua hari lalu sehingga mencecah 159 bintik pada Sabtu.
  
Dari bintik-bintik ini, 63 dikesan di wilayah Riau di Sumatra tengah, kira-kira 280 km dari Singapura, yang kepulan asap kelihatan dari bintik-bintik ini.
  
Bintik-bintik panas turut dikesan lebih ke utara di Aceh dan Sumatera Utara.
  
Sementara angin kini bertiup dari arah tenggara atau selatan, NEA berkata asap belum lagi bertiup ke arah Singapura pada masa sekarang.
  
Menurutnya, sesetengah negeri di Semenajung Malaysia mengalami kemerosotan kualiti udara sejak lewat pagi semalam dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara paling tinggi iaitu 98 dicatat pada 5 pagi hari ini di Bukit Rambai, Melaka. - Bernama

Kuala Besut penentu masa depan Najib?

Posted: 21 Jul 2013 12:07 AM PDT


A Kadir Jasin
A Kadir Jasin.
 
MENGULAS dalam tampalan yang lalu, pembahas "drlangitbiru penang" berkata: "Datuk tak berminat ke nak ulas PRK Kuala Besut?"

Berminat, tetapi oleh sebab saya tidak mengikutinya dari dekat saya hanya boleh mengulas berpandukan apa yang saya baca dalam media arus perdana (MAP) dan media alternatif.

Kalau ikut penilaian MAP, Barisan Nasional (Umno) akan mengekalkan Dun Kuala Besut dengan kemenangan besar – sama seperti yang mereka ramalkan untuk PRU 5 Mei lalu.

Tetapi kalau kita ikut sejarah pilihan raya kecil Terengganu, BN tidaklah boleh terlalu yakin. Pertama, BN pernah hilang kerusi kepada Pas dalam PRK di Terengganu dan yang kedua Pas mengukuhkan kedudukan di Terengganu dalam PRU lalu.

Tidak sampai setahun selepas PRU 2008, Ahli Parlimen BN Kuala Terengganu, Razali Ismail, meninggal dunia. Allahyarham menang PRU 2008 dengan kelebihan undi 628 saja.

BN meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, orang kanan Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi). MAP menguar-uarkan kemenangan besar bagi BN. Dia kalah kepada calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan defisit undi sebanyak 2,631.

Tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 Julai ini. Cuma kelebihan undi bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) BN, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, adalah besar. Dia memperoleh 8,809 undi manakala calon PAS, Napisah Ismail, mendapat 6,375, memberikan majoriti 2,434.

Apa Yang Tersirat Di Sebalik Kenyataan Khairy

Apa yang menjadikan PRK Kuala Besut menggiurkan adalah kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa keputusannya kritikal bagi BN dan Perdana Menteri.

Semua sudah tahu yang Mohd Najib menghadapi tekanan hebat sebagai PM dan Presiden Umno setelah gagal memperbaiki prestasi BN dalam PRU 5 Mei lalu. Malah pencapaian beliau lebih buruk daripada Abdullah pada tahun 2008.

Walaupun Umno menang lebih banyak kerusi Parlimen, tetapi Mohd Najib tidak berjuang atas landasan nasionalisme Melayu dan Islam sebaliknya atas nama 1Malaysia dan "Sokong Saya Undi BN" serta menjulang pengundi Cina dan India sebagai penyelamat BN.

Jadi kalau ada cabaran dalam pemilihan agung Umno akhir tahun ini, kedudukan Mohd Najib terancam. Selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera pada tahun 1969, Mohd Najib adalah PM dan Presiden Umno paling lemah dalam sejarah pasca PRU.

Berbalik kepada kenyataan Khairy yang dilaporkan secara meluas oleh media alternatif tetapi tidak oleh MAP, saya menganggapnya sebagai mengandungi makna yang mendalam.

Kita tentu masih ingat bahawa Khairy berada di sisi Abdullah apabila bapa mertuanya diasak meletakkan jawatan setelah gagal mempertahankan suara dua pertiga dalam PRU 2008 dan terpaksa berundur tidak lama setelah BN kalah dalam PRK Kuala Terengganu.

Kekalahan BN dalam PRK Kuala Terengganu mengukuhkan tuntutan penentang Abdullah agar beliau meletakkan jawatan. Abdullah meletakkan jawatan pada 3 April 2009.

Dr M Sokong Tiada Pertandingan

Cuma elemen yang menyegerakan pengunduran Abdullah pada tahun 2009 mungkin tidak wujud lagi sekarang atau, kalau ada pun, tidak sekuat dulu.

Antaranya:

1. Banyak blogger Umno yang mementang Abdullah dan menuntut pengundurannya telah berubah menjadi pro-Najib;

2. Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada tahun 2009 menentang Abdullah habis-habisan dengan bantuan Muhyiddin Yassin kini berpendirian jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan;

3. Muhyiddin pula dikatakan "tidak berminat" mencabar Mohd Najib kerana "sudah penat" dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM;

4. Boleh jadi juga tindakan "menutup pintu" pertandingan itu terbit daripada kebimbangan akan muncul pencabar lain, misalnya Tengku Razaleigh. Walaupun Ku Li seangkatan dengan Dr Mahathir, beliau masih cergas dalam politik dan menjadi tempat banyak pihak meminta nasihat dan mengadu nasib;

5. Justeru itu, apa yang dua watak ini (Dr Mahathir dan Ku Li) kata di belakang tabir akan memberi kesan kepada kedudukan Mohd Najib. Cuma Dr Mahathir dan Ku Li mungkin tidak sekata untuk menyingkir Mohd Najib;

6. Banyak wakil rakyat Umno, khasnya dari Sawarak dan Sabah, diketahui telah "berunding" dengan Ku Li, cuma bekas Naib Presiden Umno itu mungkin tidak mempunyai sumber (manusia dan wang) untuk melawan jentera Mohd Najib yang kaya sumber; dan.

7. Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis. Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU. Wallahualam.

MBPJ Sumbang Wang Tunai, Beg Sekolah Kepada Anak Yatim

Posted: 21 Jul 2013 12:04 AM PDT


MBPJ alinah nik nazmi sumbangan anak yatim 02

PETALING JAYA: Prihatin dengan golongan kurang bernasib baik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menyumbangkan wang tunai dan peralatan sekolah kepada golongan kurang bernasib di kawasan sekitar Petaling Jaya.

Sumbangan berupa wang tunai RM 100 dan beg sekolah itu diserahkan kepada 150 anak yatim dari rumah-rumah anak yatim dari seksyen 3, 4, PJS 6, 8, 10 dan anak-anak kakitangan MBPJ sendiri.

Sumbangan tersebut disampaikan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Anak-anak Yatim MBPJ 2013 di Masjid Al-Islamiah, PJS 6, Kampung Lindungan di sini petang semalam.

Selain memberikan sumbangan, MBPJ turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim terlibat dan penduduk setempat serta ceramah agama.

MBPJ alinah nik nazmi sumbangan anak yatim 01

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sikap prihatin itu membuktikan MBPJ tidak sahaja berperanan mengutip cukai dan menjalankan tanggungjawab kepada pembayar cukai, malah turut menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat di Petaling Jaya.

"Inisiatif yang dijalankan MBPJ ini adalah sesuatu yang baik, sebab di kawasan Petaling Jaya Selatan ini berbeza sedikit dengan Petaling Jaya Utara di mana sini lebih banyak mempunyai masalah sosial dan sosio ekonomi.

"Program-program seperti ini sangat membantu dan kita harap pihak lain samada swasta atau kerajaan dapat mencontohi MBPJ dengan mengadakan program serupa di kawasan ini," kata Nik Nazmi ketika ditemui dalam majlis tersebut.

Selain itu menurut Nik Nazmi lagi, program seumpama ini juga mampu mengeratkan hubungan antara pihak PBT terbabit dan masyarakat di sini.

Program anjuran Badan Islam MBPJ dan MBPJ sendiri ini turut mendapat kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Islamiah dan penduduk setempat.

SPIES Mampu Beri Motivasi Tambahan Kepada Pelajar

Posted: 21 Jul 2013 12:02 AM PDT


SPIES PSRA ceramah motivasi pelajar halimah 21 jul 02

KLANG : Rata-rata ibu-bapa berpendapat program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) mampu membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak untuk berjaya di masa hadapan.

Bagi bapa, Mohd Khairullah Mohd Shafie, 42, beliau berpendapat program motivasi anjuran SPIES mampu memberi keyakinan tambahan kepada pelajar yang menghadapi peperiksaan supaya memanfaatkan masa untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

"Kebanyakan anak-anak tidak tahu bagaimana teknik atau cara sebetulnya jika ingin berjaya. Jadi melalui program motivasi ini diterangkan kepada pelajar bagaimana cara sebetulnya jika ingin menjadi seorang insan yang berjaya," katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri Program Mahabbah Ke Arah Kecemerlangan Anak-Anak Dunia Akhirat yang diadakan di Dewan Putra, Kampung Delek, Klang di sini hari ini.

SPIES PSRA ceramah motivasi pelajar halimah 21 jul 01

Program ini dianjurkan khusus kepada ibu-bapa, guru-guru serta para pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) yang bakal menghadapi ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pada tahun ini.

Manakala seorang ibu, Fauziah Abdullah, 39, berkata program motivasi ini memberi faedah kepada dirinya tentang bagaimana untuk mendidik anaknya.

"Mungkin ramai yang kurang memberi tumpuan kepada aspek pendidikan rohani. Ini penting untuk membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.

"Jadi melalui program ini sedikit sebanyak saya dapat memahami bagaimana cara mendidik seseorang anak itu," katanya lagi.

Program tersebut dirasmikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Dr Halimah berkata anak-anak perlu diberikan kesedaran mengenai tanggungjawab yang akan dipikulnya terhadap diri sendiri, keluarga masa hadapannya.

"Anak-anak adalah hartawan yang sangat bernilai di masa akan datang jika dipupuk dengan cara yang betul.
"Oleh sebab itu Kerajaan Negeri sentiasa peka untuk melaksanakan pembangunan modal insan secara seluruhnya termasuk kepada anak-anak," katanya.

Caj hantar bungkusan ke luar negara naik mendadak

Posted: 20 Jul 2013 11:59 PM PDT

 

Roketkini.com

 IPOH: Caj menghantar bungkusan ke luar negara naik mendadak berbanding harga asal kira-kira dua bulan lalu. Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, yang menerima banyak aduan daripada ibubapa yang anak mereka menuntut di luar negara mengenai kenaikan cah penghantaran itu.

 Katanya, kenaikan mendadak itu adalah tidak rasional dan amat membebankan pelanggan Pos Malaysia.

 "Sebagai contoh, dalam enam bulan lalu, penghantaran bungkusan ke Moscow, Russia melalui jalan laut seberat 10 kilogram dikenakan caj sehingga RM100.

 "Kini, caj bungkusan seberat 10 kilogram ke Moscow melalui jalan laut dikenakan caj RM345 dengan caj tambahan RM15 bagi setiap 500 gram berikutnya," jelas beliau.

 Menurut Sivakumar yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak, kenaikan kos ini memang tidak rasional, tambahan pula waktu yang diambil untuk barang yang dihantar itu mengambil masa antara tiga dan enam bulan.

"Kenaikan caj perkhidmatan menghantar bungkusan itu amat membebankan ibu bapa yang menghantar makanan dan barang keperluan kepada anak mereka yang belajar di luar negara. Ini adalah satu perkara yang tidak logik dan perlu diambil perhatian serius oleh Jabatan Perdana Menteri.

 Sehubungan itu, beliau mendesak agar kerajaan mempertimbangkan perkara itu dan menyusun semula caj penghantaran bungkusan ke luar negara dan tidak membebankan pelanggan Pos Malaysia.

"Pengurangan kos secara langsung dapat membantu meringankan kos ibu bapa, pelajar dan peniaga yang amat bergantung kepada perkhidmatan penghantaran bungkusan ke luar negara," katanya.-Roketkini.com

Sokongan Abdul Rahman terhadap Ibrahim Ali, bukti slogan 1Malaysia palsu

Posted: 20 Jul 2013 11:56 PM PDT

 

Roketkini.com
 
KUALA LUMPUR: Tindakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan seruan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk membakar kitab bible membuktikan slogan 1Malaysia tidak pernah wujud dalam Barisan Nasional (BN) tapi hanya '1Kaum dan 1Agama'.

 Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, kenyataan Abdul Rahman yang mempertahankan tindakan Ibrahim itu adalah untuk memperbetulkan kesilapan mencetak Bible dan tidak salah untuk membakarnya.

"Tidak ada rakyat Malaysia yang akan percaya kata-kata berapi dan penuh emosi Ibrahim itu hanya sekadar 'membetulkan kesilapan cetak Bible'.

 "Tindakan Abdul Rahman adalah perilaku yang jelas menghasut supaya orang Melayu dan umat Islam dalam negara membakar kitab suci Kristian kerana ianya 'tidak salah'.

"Ini adalah penghinaan kepada penganut agama lain dan tentu ia tidak boleh diterima dan beliau sepatutnya dikenakan hukuman sewajarnya, namun pihak berkuasa langsung tidak mengambil sebarang langkah," katanya.

 Pua yang juga Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara menyifatkan tindakan pihak berkuasa dan kerajaan membiarkan Ibrahim membuat kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan antara agama sebagai berat sebelah dan tidak adil.

"Kita lihat dalam kes blogger, Alvin Tan dan Vivian Lee, hukuman terlebih dulu dijatuhkan sebelum mereka diberi peluang membela diri. Mereka juga dinafikan ikat jamin atas alasan 'kedua-duanya mempunyai kecenderungan untuk memuat naik gambar yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai'.

 "Sikap 'double-standard' dalam sistem pendakwaan Malaysia ini membuktikan kepura-puraan slogan 1Malaysia yang diucapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri. Ibrahim yang membuat hasutan secara terbuka dibiarkan lepas bebas dan malah dipertahankan Menteri UMNO sedangkan Alvin Tan dan Vivian Lee terus dihukum tanpa diberi peluang langsung.

 "Ia juga satu penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa semua rakyat Malaysia adalah sama di sisi undang-undang," tegasnya.-Roketkini.com

Mufti WP: Haram wanita Islam sertai pertandingan ratu cantik

Posted: 20 Jul 2013 04:45 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengulangi gesaan agar wanita Islam tidak menyertai pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu adalah haram dan berdosa.
  
Beliau berkata fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
  
"Justeru itu pihak penguatkuasa diminta agar melaksanakan undang-undang sepertimana yang diwartakan itu," katanya dalam satu kenyataan.
  
Beliau mengulas berhubung laporan akhbar semalam bahawa empat gadis Islam adalah antara 20 peserta yang terpilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 pada 2 Ogos depan.
  
Pemilihan finalis dibuat dalam satu sesi temuduga tertutup pada 12 Julai lepas dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini. Bernama

Tiada ulasan: