DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Berita PALSU yang Bikin Jutaan Manusia Keliru dan Memaki Hamun CHINA
- Belasah Orang Sampai Pecah Limpa dan Usus Kecil, Pesalah Hanya Dikenakan....
- Pasangan Alvin dan Vivian Pernah Kempen untuk BN Sebelum PRU13
- Parah: Budak 11 Tahun Liwat Budak 7 Tahun
- Harga Chromebook Mahal RM200, Siapa yang "Kenyang"?
- Penjawat Awam Disamun & Dipaksa Lakukan Seks Oral
[Gambar] Berita PALSU yang Bikin Jutaan Manusia Keliru dan Memaki Hamun CHINA Posted: 16 Jul 2013 05:30 AM PDT TM menganggap berita di bawah ini palsu kerana selepas menggelintar Goggle, TM terjumpa sebuah artikel bergambar Telegraph yang menyiarkan berita berkaitan dengan gambar kembar 12 yang dikatakan terpaksa dibunuh kerana polisi 1 anak di China. Berita "hoax" ini yang sudah tersebar sejak sekian lama sehingga mencetuskan ketidakpuasan hati pembacanya sama ada di media sosial atau di blog. Macam-macam komen dilemparkan pembaca terhadap China dan ibu bapa bayi kembar tersebut. Baca: SEDIH! Bayi Kembar 12 Ini Terpaksa Dibunuh | Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan. "Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan," ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi. "Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti." "Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan," tambah suami Jinan. "Kami yakin dengan keputusan kami." lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang 'Satu Keluarga Satu Anak' diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut. Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. "Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi," tambahnya. "Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini." Berita Sebenar: Adakah berita di atas logik? Kembar 12? Bunuh? Berita Telegraph bertarikh 26 April 2011 jelas menyatakan bahawa bayi kembar yang dikatakan dilahirkan oleh seorang ibu ini sebenarnya adalah 6 set kembar yang dilahirkan dalam tempoh 6 hari, iaitu antara 17-22 April 2011. 6 set bukan 1 set! Walaupun bagaimanapun dalam situasi lain, TM tidak menafikan beberapa kekejaman (tersebar di media) yang berlaku di negara itu kerana manusia kejam ada di mana-mana termasuk di negara kita-DCM | ||
Belasah Orang Sampai Pecah Limpa dan Usus Kecil, Pesalah Hanya Dikenakan.... Posted: 16 Jul 2013 01:00 AM PDT Samseng Kopitiam Diarah Bayar RM10 000 [HM] Kuantan: Tindakan seorang lelaki membelasah pelayan kopitiam warga Myanmar sehingga menyebabkan mangsa pecah limpa dan usus kecil pada Oktober tahun lalu, akhirnya menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Tertuduh, Mohd Rosli Awang, 35, dari Lorong Pandan Damai, dekat sini, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu juga diarahkan membayar pampasan sebanyak RM10,000 kepada mangsa. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan cedera parah dengan menggunakan kaki dan tangan terhadap seorang lelaki, Htong Haw, 29, sehingga menyebabkan mangsa mengalami pendarahan dalam perut, pecah limpa dan usus kecil serta luka pada hati. Dia melakukan kesalahan itu di Kemaman Kopitiam, Lorong Tun Ismail 2, di sini, pada 18 Oktober 2011 jam 12.30 tengah malam. Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah turut mengarahkan tertuduh mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah terhadap mangsa. Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Muhd Hisham Abdul Rahim memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia perlu menanggung dua isterinya yang sedang mengandung dan empat anak. Katanya, tindakan tertuduh membelasah mangsa adalah disebabkan mangsa sering mengganggu seorang wanita bernama Siti Aisyah Nordin dengan menyucuk badan wanita berkenaan sehingga mengenai bahagian tepi buah dadanya. "Perbuatan mangsa itu sudah dilakukan banyak kali dan wanita berkenaan pernah melarangnya, namun tidak diendahkan mangsa sehingga menyebabkan tertuduh mengambil keputusan bertindak demikian," katanya. P/s: Apabila pesalah menuduh mangsa melakukan perbuatan cabul, hal itu perlu diikuti laporan polis. Biarlah polis yang menyiasat kes itu, bukannya membelasah mangsa sehingga separuh mati. Dalam kes pesalah ini, mahkamah telah membuktikan bahawa dia melakukan kesalahan itu. Yang peliknya, dia hanya dikenakan hukuman penjara sehari, denda RM5 000, dan perlu membayar pamsasan sebanyak RM10 000 walaupun kekerasan yang dilakukannya menyebabkan mangsa mengalami kecederaan yang serius dan masalah kesihatan yang berpanjangan. Menurut laporan media, mangsa kini masih lagi merasa sakit di bahagian perut dan tidak boleh melakukan kerja berat. Imbas kembali perjalanan kes ini di sini. Penghakiman seperti ini mendorong orang ramai mempersoal rasional undang-undang di negara sendiri. Setuju? Baca kes mekanik mencuri lapan keping coklat berharga RM63.20 dan dikenakan hukuman penjara 14 hari. Baca di sini. Bandingkan! Pihak pendakwaan seharusnya membawa kes ini ke peringkat yang lebih tinggi agar mangsa, warga asing, mendapat pembelaan yang sewajarnya. | ||
Pasangan Alvin dan Vivian Pernah Kempen untuk BN Sebelum PRU13 Posted: 15 Jul 2013 11:30 PM PDT
Kebanyakan blog mesra UMNO mengaitkan Alvin dan Vivian dengan DAP atau Pakatan Rakyat. Hujah dan sandaran mereka berdasarkan gambar Vivian dengan Nurul Izzah yang tersebar di media sosial sebelum PRU13 dahulu. Namun begitu, banyak yang tidak sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa pasangan ini pernah mengirimkan gambar yang menunjukkan sokongan mereka kepada BN di media sosial. Cuba lihat gambar di atas. Dalam satu kiriman, pasangan ini menulis "Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!". Setahu TM, pasangan ini tidak pernah mengepos apa-apa kiriman yang menguntungkan DAP ataupun PR. Walaupun Vivian pernah dikritik kerana bergambar seolah-olah berbogel sambil memegang bendera dacing, namun hal tersebut dinafikan oleh pasangan itu yang mendakwa Vivian memakai pakaian di balik bendera itu. Kes itu senyap begitu sahaja. Tiada kekecohan seperti yang berlaku pada hari ini. Adakah kiriman gambar pasangan tersebut seperti di atas menguntungkan BN semasa PRU13 dahulu? Jika kiriman pasangan itu menghina BN, mengapa senyap sunyi sehingga kini? Hari ini, pasangan Alvin dan Vivian dikecam hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana mengepos gambar yang didakwa oleh banyak pihak menghina kesucian Ramadan dan umat Islam. Hal ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.- DCM Berita berkaitan dengan dakwaan pasangan ini menghina Ramadan: P/s: Dalam kemaruk kita marahkan pasangan Alvin dan Vivian, ketahuilah kini sudah ada Bah Kut Teh halal. Baca di sini. | ||
Parah: Budak 11 Tahun Liwat Budak 7 Tahun Posted: 15 Jul 2013 09:00 PM PDT [HM] Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun mendakwa diliwat rakan dalam kejadian di sebuah rumah di Cheras, di sini, kelmarin. Mangsa mendakwa diliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang juga tinggal di kawasan perumahan sama dalam kejadian jam 4.30 petang itu. Menurut sumber, mangsa pada mulanya diarahkan ibunya berusia 44 tahun untuk mengambil surat khabar di sebuah rumah di kawasan perumahan itu. "Mangsa pulang ke rumahnya 30 minit kemudian dalam keadaan menangis. Ibu mangsa yang hairan dengan sikap anaknya itu bertanyakan apa yang berlaku. "Wanita terbabit terkejut apabila anaknya mendakwa seorang kanak-kanak lelaki memasukkan kemaluan ke duburnya dengan cara paksa," katanya. Sumber berkata, wanita berkenaan dan suaminya bergegas ke rumah kanak-kanak terbabit bagi mendapatkan penjelasan namun kehadiran mereka tidak dialu-alukan keluarga kanak-kanak itu. "Mangsa kemudian dibawa ibu dan bapanya ke Balai Polis Cheras untuk membuat laporan kejadian itu," katanya. Katanya, kanak-kanak terbabit masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malah doktor juga sudah melakukan pemeriksaan terhadapnya. Difahamkan, kes berkenaan kini dikendalikan Bahagian Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. | ||
Harga Chromebook Mahal RM200, Siapa yang "Kenyang"? Posted: 15 Jul 2013 08:49 PM PDT DAP persoal Chromebook mahal RM200 daripada harga pasaran [TMI] DAP hari ini mempersoalkan harga komputer riba Chromebook dibayar Kementerian Pendidikan kepada syarikat YTL Corporation Bhd yang lebih mahal RM200 berbanding harga pasaran. Ahli Parlimen Bukit, Bendera Zairil Khir Johari berkata semakan yang dilakukannya terhadap harga komputer riba dengan aplikasi "cloud" itu menunjukkan Malaysia membelinya pada harga lebih tinggi, berbanding harga di negara Barat. "Pada masa sama, tidakkah kementerian akan mendapatkan tawaran yang lebih baik jika mereka membeli Chromebook terus daripada pengeluar, sama ada Samsung atau Acer?" katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, daripada semakannya, beliau mendapati harga runcit Samsung Chromebook dengan Wi-Fi dijual pada harga RM988 di Malaysia, manakala unit dengan 4G dijual pada harga runcit RM1,299. "Persoalan timbul mengapa kementerian membayar RM1,200 untuk Samsung Wi-Fi apabila unit yang sama dijual hanya pada harga RM988? "Malah, pastinya kementerian akan mendapat diskaun yang besar dengan pesanan berjumlah 116,399 unit dan bakal membeli lagi 5.4 juta unit lebih sejajar dengan program '1 Student 1 Device'. "Ini bermakna kos keseluruhan akan mencecah RM6.6 bilion bagi kesemua 5.5 juta murid pada harga RM1,200 setiap unit," katanya. Beliau turut mengingatkan sebahagian besar daripada kos di atas akan berulang, khususnya kos pelesenan dan penyelenggaraan. Zairil berkata, selain projek Chromebook yang diserahkan kepada YTL, syarikat berkenaan turut memperolehi dua lagi projek daripada kementerian berkenaan iaitu pemasangan jalur lebar 4G berkelajuan tinggi di bawah program 1BestariNet ke semua sekolah dengan nilai RM663 juta bagi kontrak 2.5 tahun.p> YTL juga, katanya, dianugerahkan projek Pelantar Pembelajaran Maya (VLE) untuk guru, pelajar dan ibu bapa bernilai RM250.5 juta untuk yuran pelesenan bagi suatu jangka masa tetap dan RM262.8 juta bagi kos pengurusan dan penyelenggaraan. - 16 Julai, 2013. P/s: Siapa? Belum dikira jika pembekal Chromebook itu diberi diskaun yang besar oleh pengeluar. Siapa? | ||
Penjawat Awam Disamun & Dipaksa Lakukan Seks Oral Posted: 15 Jul 2013 07:00 PM PDT [Kosmo] PETALING JAYA – Seorang penjawat awam wanita melalui detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan sahaja menjadi mangsa samun malah dipaksa melakukan seks oral oleh penjenayah yang menyamar sebagai pengajar sekolah memandu di Jalan 5/54 di sini pada Jumaat lalu. Turut hilang dalam kejadian pada pukul 1 petang, kereta Perodua Kancil milik sekolah memandu tersebut. Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20-an itu sedang menunggu pengajar sekolah memandu itu yang keluar mengisi minyak kereta pelajar lain. "Tiba-tiba muncul seorang lelaki mengaku sebagai pengajar dan meminta mangsa memandu kereta tersebut ke satu kawasan perumahan di Jalan 5/54. "Suspek ketika itu mengekori kereta dipandu mangsa menaiki motosikal," kata satu sumber ketika dihubungi di sini semalam. Sumber itu memberitahu, ketika sampai di belakang satu kawasan perumahan di Jalan 5/54 itu, suspek yang mengaku memiliki senjata api memaksa mangsa menyerahkan semua barang berharga miliknya. Bagaimanapun, suspek tidak menunjukkan senjata api tersebut. Berkaitan: Cabul Mangsa Samun [HM] Petaling Jaya: Seorang wanita bukan saja kerugian RM2,000 selepas disamun, malah turut dicabul seorang lelaki menyamar sebagai pengajar kelas memandu dalam kejadian di Seksyen 52, di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 24 tahun menunggu pengajarnya di kawasan letak kereta kelas memandu berhampiran sebuah hotel di sini, sebelum didatangi seorang lelaki yang mendakwa pengajar baru. Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu memberitahu mengajar ujian jalan raya dan menyuruh mangsa memandu hingga ke kawasan berdekatan sebuah hotel. Sumber berkata, lelaki itu menyamun mangsa dengan merampas beg duit, telefon bimbit dan rantai emas. Menurutnya, selepas mendapat barangan berkenaan, lelaki itu mengarah mengikutnya ke bahagian semak. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Fadil Marsus berkata, kes itu disiasat dan suspek diburu untuk membantu siasatan. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan