Nuffnang

Pengikut

Biaqpila

sumber :-

Biaqpila


ORANG SEDANG SUJUD SEMBAHYANG DI MASJID DIANGKAT

Posted: 16 Jul 2013 05:00 AM PDT

DAGING PULAK NAIK HARGA,APA MENTERI CAP AYAM NAK CAKAP?

Posted: 15 Jul 2013 09:52 PM PDT


DEY MACHA!!!
MENTERI ADA CAKAP
ELAK MAKAN AYAM KALAU HARGA NAIK
LANI DAGING PULAK NAIK
RAKYAT NAK MAKAN APA
MAKAN BUAH KURMA MASAK KURMA KA?
KAH! KAH! KAH!





Keadaan lengang di gerai yang menjual daging di Pasar Pendang.

PENDANG – Daging tempatan yang dijual di Pasar Pendang didapati mengalami kenaikan harga sebanyak RM2 iaitu peningkatan dari RM22 sekilogram (kg) kepada RM24/kg.

Peniaga, Che Ani Baharom, 58, berkata, harga daging naik sejak seminggu sebelum Ramadan dan menjadi perkara biasa ketika menjelang musim perayaan.

Menurutnya, dia terpaksa menjual daging dengan harga tinggi kerana bekalan yang diambil daripada pembekal adalah tinggi.

"Jualan daging merosot dari seekor sehari kepada setengah ekor sahaja kerana pembeli mengehadkan kuantiti pembelian mengikut kemampuan mereka.

"Modal peniaga juga tinggi menyebabkan mereka tidak berani untuk menanggung risiko kerosakan jika mengambil bekalan banyak," katanya kepada Sinar Harian.

Che Ani berkata, kenaikan harga daging mengejutkan pembeli kerana tiada pengumuman dimaklumkan pihak terbabit.

"Kenaikan harga daging begitu memberi bebanan bukan sahaja kepada peniaga namun kepada pengguna kerana daging tempatan merupakan barang basah yang sering mendapat permintaan tinggi ketika perayaan.

"Golongan yang berpendapatan rendah begitu merasai bebannya memandangkan Ramadan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk persiapan Aidilfitri," katanya.

Peniaga, Ghazali Abd Ghani, 57, berkata, peniaga daging menerima tempias dengan kenaikan harga daging apabila ada pembeli yang mendakwa peniaga sengaja menaikkan harga sedangkan perkara itu terjadi bergantung kepada pembekal.

"Pihak bertanggungjawab sepatutnya mengawal harga daging lebih awal supaya pembekal tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga.

"Peniaga kecil macam kami ini tak ada kuasa apa kerana orang kampung banyak yang tidak faham berkaitan kenaikan harga," katanya.

Ghazali berkata, kebanyakan peniaga bimbang kerana mendengar khabar angin bahawa harga daging tempatan dijangka naik 50 peratus sekilogram menjelang Aidilfitri kelak.
Dalam pada itu, sumber daripada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) memaklumkan bahawa daging dan beberapa barang kawalan lain masih belum dimasukkan dalam skim kawalan harga.

"Sekarang daging dan beberapa barang kawalan harga lain masih tidak dimasukkan dalam skim terbabit menyebabkan harga barang tidak stabil dan bergantung kepada barang dan permintaan," katanya.

Sumber berkenaan berkata, semua barang yang tersenarai di bawah skim kawalan harga perlu diseragamkan harga dan peniaga dikehendaki menjual pada satu harga seluruh negara.

Dalam pada itu, ditanya berkaitan khabar angin kenaikan harga daging kepada 50 peratus menjelang Aidilfitri, pihak terbabit menjelaskan bahawa khabar angin itu merupakan taktik berniaga biasa untuk mengaut keuntungan.


SH


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT