Selasa, 16 Julai 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


DO kata rancangan kumpulan Sulu diketahui lebih awal

Posted: 16 Jul 2013 03:47 AM PDT

 


 
Pegawai Daerah Lahad Datu Zulkifli Nasir mendakwa polis kawasan berkenaan memaklumkan kepadanya bahawa kumpulan bersenjata Sulu merancang satu pencerobohan, dua minggu sebelum kejadian itu berlaku.

Bagaimanapun, Zulkifli yang memberi kenyataan di hadapan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini berkata beliau diminta supaya merahsiakan perkara itu.

Beliau juga berkata kumpulan bersenjata berkenaan mensasarkan Lahad Datu, namun tindakan pihak berkuasa Malaysia menyebabkan kumpulan tersebut terkepung di Kg Tanduo, kira-kira 100km dari bandar Lahad Datu.

"Sasaran asal mereka adalah bandar Lahad Datu," kata Zulkifli yang menjadi pengawai daerah di kawasan tersebut sejak lima tahun lalu.

"Atas tindakan pantas polis, insiden tersebut tidak sampai ke Lahad Datu dan hanya berakhir di Kg Tandui," katanya.

Zulkifli juga berkata kerajaan negeri tidak lagi meneruskan usaha untuk menempatkan semula warga asing yang tinggal di kawasn setinggan di Lahad Datu selepas tahun 2008.

Anwar baca SMS Jusuf Kalla dalam dewan

Posted: 16 Jul 2013 03:41 AM PDT

 


 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan menyaman akhbar Berita Harian kerana memfitnahnya berhubung dakwaan Pakatan Rakyat menerima wang dana asing untuk perhimpunan Black 505.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) bertanya soalan tambahan kepada Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat tentang laporan memetik bekas naib presiden Indonesia Jussuf Kalla, yang menyebut Anwar menerima dana asing bagi perhimpunan itu.

NONE"Saya memutuskan untuk menyaman Berita Harian kerana fitnah jahat ini. Penjelasan telah diberi oleh Jusuf di dalam media, tetapi kenapa Kementerian Dalam Negeri mengambil masa berbulan untuk selesaikan perkara ini?" kata Anwar (kanan).

Anwar berkata demikian ketika bangun selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjawab soalan daripada Reezal.

Selain itu, Anwar turut membacakan SMS yang diterimanya daripada Jusuf kepada Dewan Rakyat bagi menafikan laporan akhbar harian tersebut.

Lelaki dibogel, diconteng, ditinggal di tepi jalan

Posted: 16 Jul 2013 03:40 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Polis mencari saki baki kumpulan yang disyaki menahan dan melarikan seorang penjaga kafe siber dalam satu kejadian di Taman Sri Muda, Shah Alam pada malam tadi hari ini ditahan polis.

Empat daripada lapan individu berkenaan telahpun ditahan di lokasi berasingan di Bukit Jalil, Kampung Medan dan Ampang pagi ini, lapor Utusan Online.

Laporan itu menyebut, tindakan suspek yang melarikan penjaga kafe siber tersebut, dipercayai berhubung perbuatan menghina Islam di laman sosial.

Laporan tersebut memetik kenyataan ketua polis daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob yang berkata kesemua suspek yang berusia 20-an disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik.

Polis akan mengambil keterangan penjaga kafe siber tersebut serta teman wanita lelaki berkenaan esok untuk mengenalpasti motif perbuatan kumpulan suspek itu.

Rentetan kejadian tersebut, lapor Utusan, bermula pada jam 3 pagi semalam semasa lelaki tersebut sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Taman Seri Muda.

Lelaki itu kemudiannya ditahan dan dibawa dengan sebuah kenderaan bas mini jenis Toyota ke satu kawasan hutan.

Suspek kemudiannnya meninggalkan lelaki tersebut di satu kawasan di tepi Lebuh Raya Damansara - Ulu Kelang dalam keadaan bogel dan badan lelaki itu turut diconteng, menurut Zahedi.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan hutan yang tidak diketahui lokasinya untuk dibogelkan dan diconteng badannya sebelum ditinggalkan di tepi jalan. Seluar, baju dan pakaian dalamnya telah dilarikan.

"Mangsa bernasib baik apabila seorang penunggang motosikal juga seorang anggota polis melalui kawasan terbabit menemuinya pada pukul 12.30 tengah hari semalam sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju," kata Zahedi seperti dipetik Utusan.

Sementara itu, satu laporan Bernama hari ini menyebut, lelaki berkenaan Ng Mun Tatt, 24, turut dicederakan oleh suspek.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laporan tersebut berkata Ng diperlakukan demikian akibat kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan satu gambar kontroversi yang dimuatkan di Facebook oleh pasangan blogger seks Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24.

Alvin dan Vivian yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen:

"Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan."

Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, terutamanya umat Islam di negara ini atas dakwaan memperolokkan kesucian Islam dan bulan Ramadan.

MP dakwa pembekal dakwat rapat dengan SPR

Posted: 16 Jul 2013 03:37 AM PDT

 


 
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli  hari ini mendedahkan nama syarikat yang didakwa sebagai pembekal bagi dakwat kekal untuk kegunaan semasa pilihan raya umum 5 Mei.

Rafizi dalam ucapannya di Dewan Rakyat hari ini turut menyebut nama individu yang didakwa sebagai pemilik syarikat terbabit serta nombor kad pengenalan individu berkenaan.

Beliau juga mendakwa, pemilik syarikat tersebut mempunyai syarikat lain yang juga telah mendapat kontrak lain secara rundingan terus dengan kerajaan.

Rafizi mendakwa beliau mengetahui demikian dari "maklumat dalaman oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)".

"Maknanya, pemilik syarikat ini pakar perundingan terus kepada kerajaan. Semua dia dapat. Sebab dia rapat dengan pimpinan kerajaan termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi SPR.
"Sebab itu saya faham kenapa Kinabatangan (Bung Mokhtar Radin) tak ada (kontrak). Saya faham kenapa Kinabatangan merungut semalam," kata Rafizi.

Pengarah strategi PKR itu seterusnya berkata, kaedah rundingan terus tanpa kontrak terbuka itu merupakan antara satu perkara yang menyebabkan peningkatan jumlah belanjawan saban tahun.

"Kalau tanpa kontrak yang terbuka dan apabila rundingan dibuat secara terus, tentu kosnya tinggi dan tak tertakluk pada harga pasaran.

"Bukan sahaja kos tinggi tetapi banyak keadaan apabila mutu perkhidmatan dan barangan yang didapat itu tidaklah memuaskan dan merugikan wang rakyat," katanya.

Beliau seterusnya mengaitkan peruntukan sebanyak RM400 juta yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan kepada SPR untuk menguruskan pilihan raya umum ke-13.

"Contoh paling baik yang tersenarai dalam senarai belanja yang diminta untuk diluluskan kali ini adalah mengenai rundingan terus perbekalan barang-barang pilihan raya termasuk baju, topi dan yang paling hebat sekali dakwat kekal (kepada SPR).

"Sehingga hari ini, kita masih tunggu jawapan SPR siapa sebenar pembekal dakwat kekal. Bukan sahaja mahal tapi tak boleh pakai.

"Oleh SPR dan Menteri tak bersedia terus terangkan maka saya mohon menteri dalam sesi pergulungan mengesahkan maklumat mengenai pembekal dakwat kekal yang telah dimaklumkan dan disiasat," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam satu jawapan bertulis di Parlimen pada 26 Jun lalu menyatakan bahawa kos untuk penggunaan dakwat kekal itu berjumlah RM6.9 juta.

Malaysiakini akan mendapatkan reaksi syarikat dan individu terbabit sebelum menyiarkan nama tersebut.

Kempen semakin panas, BN dan PAS mula serang menyerang

Posted: 16 Jul 2013 03:35 AM PDT

OLEH ZULKIFLI SULONG
PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut masuk ke fasa kedua.

Kalau sebelum ini, kedua-dua pihak yang bertanding menerangkan tujuan mereka menyertai pilihan raya ini,  mulai semalam kedua-dua pihak melepaskan peluru serangan kepada lawan masing-masing.

Penceramah Barisan Nasional (BN) secara terbuka menyerang tema kempen PAS, 16:16 Kuala Besut cipta sejarah.

 "Ini bukan cipta sejarah, ini mahu mencipta huru-hara. Kita nak huru-hara dan tak stabil ke adik kakok," kata seorang penceramah BN dalam ceramahnya di perkarangan bazar Ramadan pekan baru Kuala Besut.

BN dari awal lagi mengajak pengundi Kuala Besut agar mengundi calonnya bagi menwujudkan kestabilan dalam politik dan pentadbiran negeri Terengganu.

Pengarah pilihan raya BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari awal lagi menegaskan kemenangan BN perlu untuk kestabilan kerajaan dan politik Terengganu.

Hanya dengan kestabilan sahaja kerajaan negeri dapat memberikan tumpuan untuk membantu rakyat, kata Muhyidin ketika memperkenalkan calonnya, Tengku Zaihan Cheku Abd Rahman.

Jika BN kalah dalam pilihan raya kecil ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN akan sama ramai dengan Adun Pakatan Rakyat (PR) dalam DUN Terengganu iaitu 16:16 dalam Dun yang mempunyai 32 anggota itu.

Bagi BN ini akan menghasilkan huru hara dan ketidakstabilan kepada politik dan pentadbiran.

Di pihak PAS pula, mereka mempertahankan slogan untuk mencipta sejarah. Ini kerana, apabila ini berlaku, semua pihak akan memberikan tumpuan untuk menjaga rakyat bagi memastikan rakyat menyokong mereka.

"Kita mahu jaga kepentingan BN ke rakyat. Kalau BN menang bukan rakyat yang untung tetapi kerajaan BN yang stabil. Bila BN stabil, mereka tidak akan menjaga kepentingan rakyat," kata seorang pemimpin PAS Terengganu.

Selain menyerang asas kempen masing-masing, kedua-dua pihak juga mula melepaskan peluru ke pihak lawan. PAS hari ini menyerang secara langsung kegagalan calon BN ketika bertugas sebagai Jurutera Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Daerah Besut dari tahun 2008 - 2013.

Kegagalan paling besar beliau selaku Jurutera JPS adalah membaik pulih Empangan Lowvier Kampung Nangka yang menyebabkan 1,000 ekar sawah padi kering kontang dan tidak boleh digunakan sejak dua tahun lalu.

Akibatnya 400 keluarga petani atau kira-kira 2,000 penduduk hilang mata pencarian dan tidak boleh menanam padi sejak tiga musim lalu.

"Saya meletakkan kesalahan ini di atas bahu Tengku Zaihan selaku pegawai yang bertanggungjawab," kata Datuk Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat dalam sidang medianya hari ini.

BN pula menjadikan kesilapan calon PAS dalam memberikan kenyataannya kepada media. Beliau didakwa mahu lari dari tanggungjawab apabila mahu melantik wakilnya di Kuala Besut jika menang, sedangkan  beliau mahu menguruskan perniagaannya di Kelantan.

Padahal yang dimaksudkan Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long adalah mahu melantik pegawai untuk membantu beliau melaksanakan tugasnya dan semua gaji beliau sebagai wakil rakyat akan digunakan untuk kepentingan rakyat.

Che Long adalah seorang kontraktor kelas A. Beliau banyak mendapat kontrak projek kerajaan negeri dan persekutuan berdasarkan rekod syarikatnya.

Che Long bermula sebagai seorang peniaga stor kayu dan pasir di Kampung Baru, Kuala Besut. Dari situlah perniagaan beliau berkembang kepada seorang kontraktor yang berjaya.

Memang calon PAS tidak berpelajaran tinggi sebagaimana calon BN tetapi faktor beliau sebagai orang yang sangat terkenal di kalangan pengundi Kuala Besut adalah faktor utama kenapa PAS memilih beliau sebagai calon.

Sebut saja, golongan mana sekali pun di Kuala Besut ini semuanya mengenal Che Long. Ini menyebakan PAS menjadikan antara tema kempen untuk Che Long adalah 'Mudoh baso, mudoh jembo'.

'Mudoh baso' adalah orang yang senang dibuat kira bicara dalam kehidupan seharian, manakala 'mudoh jembo' adalah orang yang senang ditemui untuk mendapatkan sebarang bantuan.

Ramai yang beranggapan, jika PAS menang dalam pilihan raya ini, faktor utamanya adalah calonnya iaitu Che Long berbanding dengan calon BN yang hanya sekolah rendah di Besut, manakala sekolah menengah dan universiti di luar Besut.  Beliau juga kini tinggal di Putrajaya dan hanya berharap kepada bapanya seorang bekas guru agama Felda.

Stesen NGV tak cukup

Posted: 16 Jul 2013 03:25 AM PDT


Kamialin Yahya
Kamialin Yahya
 
PETALING JAYA - Bilangan stesen minyak yang menawarkan perkhidmatan gas asli untuk kenderaan (NGV) di sekitar kawasan ini dilihat tidak mencukupi dan membebankan penggunanya.

Keadaan itu dirasai kebanyakan pemandu teksi yang beralih kepada penggunaan NGV .

Pemandu teksi, Mohd Zaidi Abas, 50, berkata, stesen yang menyediakan perkhidmatan NGV di sekitar Petaling Jaya perlu ditambah memandangkan kebanyakan pengguna NGV harus menunggu lama bagi mengisi gas asli itu.

"Banyak kenderaan seperti lori dan van juga beralih kepada penggunaan NGV dan keadaan ini menyebabkan pengguna perlu menunggu lama bagi mengisi gas asli itu," katanya.

Menurut Zaidi, kebiasaannya, sebuah kereta akan mengambil masa selama kira-kira lebih kurang 10 ke 15 minit bagi mengisi keperluan NGV.

"Namun, kenderaan berat seperti lori mengambil masa lebih lama.

"Malah ada juga stesen yang menyediakan perkhidmatan NGV tidak mempunyai pekerja mencukupi dan masih perlu meningkatkan mutu perkhidmatan," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Pemandu Teksi Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kamialin Yahya berkata, masalah itu perlu diatasi memandangkan pengguna tidak boleh mengisi NGV sesuka hati kerana caranya tidak sama seperti petrol.

"Prosedur bagi mengisi NGV perlu dilakukan pekerja stesen terbabit memandangkan mereka telah mendapat latihan terlebih dahulu.

"Isi NGV ini tidak sama seperti petrol dan jika pekerja tidak cukup, keadaan ini akan membuatkan pelanggan perlu menunggu lama," katanya.

Kamialin berkata, memandangkan pertambahan kenderaan menggunakan gas asli ini, stesen NGV perlu ditambah di sekitar Lembah Klang khususnya Petaling Jaya.

Menurutnya, cadangan terbabit perlu diberikan perhatian oleh pihak berwajib bagi menangani kesulitan yang dialami pengguna NGV, terutama pemandu teksi.

"Di Petaling Jaya, saya anggarkan hanya dua stesen NGV disediakan.

"Jadi, ada pemandu terpaksa pergi stesen yang jauh dari kawasan mereka dan keadaan ini akan menyebabkan pelbagai masalah kepada kita," katanya.

Bung dakwa DAP taja Alvin, Vivian

Posted: 16 Jul 2013 03:19 AM PDT


Bung Mokhtar
Bung Mokhtar 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokthar Radin mendakwa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee adalah tajaan DAP.

Tindakan Bung Mokthar itu membangkitkan kemarahan wakil-wakil rakyat DAP sehingga mencetuskan kekecohan.

Bung Mokthar dalam ucapan perbahasannya meminta kerajaan menahan dan menghukum pasangan terbabit kerana menyentuh sensitiviti agama di negara ini.

"Mereka perlu didakwa dan ditangkap serta merta, jangan dibebaskan, penjarakan.

"Saya rasa gejala ini berlaku selepas PRU13, mungkin ini semua tajaan DAP," katanya.

Kenyataannya itu mengundang kemarahan wakil rakyat DAP yang bangun dan membantahan dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Anthony Loke (DAP-Seremban), Nga Kor Ming (DAP-Taiping).

"Ini fitnah. Tarik balik. Tarik balik kenyataan," tegas Kor Ming.

Teresa Kok (DAP-Seputeh) bangkit membacakan peraturan mesyuarat berbunyi seseorang ahli tidak boleh membuat sangkaan buruk keatas ahli lain. "Apa yang dikatakan itu memang sangkaan jahat," katanya.

Bung Mokhtar bagaimanapun hanya ketawa apabila melihat respon wakil rakyat pembangkang itu.

"Bukan saya tuduh seseorang sahaja, saya sebut secara menyeluruh.

"Saya kata mungkin. Bukan tuduhan," katanya sambil ketawa.

DAP kesal dakwaan taja Alvin, Vivian

Posted: 16 Jul 2013 03:17 AM PDT


Anthony Loke Siew Fook
Anthony Loke Siew Fook
 
KUALA LUMPUR - DAP kesal tiada tindakan dikenakan terhadap ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mengaitkan parti itu dengan pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dalam ucapan perbahasannya di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, Bung Mokhtar telah menyalahgunakan peluang bercakap di Parlimen untuk memfitnah DAP.

"Kita amat kesal apabila beliau mengeluarkan kenyataan fitnah itu. Nampaknya beliau sengaja mengucapkannya di Parlimen kerana tahu ada imuniti.

"Malangnya tiada tindakan dikenakan kepada beliau walaupun kita sudah membangkitkan soal peraturan mesyuarat. Kita harap Speaker Dewan Rakyat dapat menegur dan ambil tindakan kepada beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Terdahulu, Bung Mokhtar dalam ucapan perbahasannya mendakwa pasangan Alvin dan Vivian mendapat tajaan DAP.

Tindakannya itu mengundang kemarahan wakil rakyat DAP yang bangun dan membantah dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan Loke sendiri.

Menurut Loke yang juga ahli Parlimen Seremban, kenyataan Bung itu cuba memberi gambaran buruk terhadap DAP.

"Seperti yang ditegaskan sebelum ini, DAP mengutuk perbuatan pasangan blogger berkenaan. Tindakan mereka ternyata boleh mendatangkan kemarahan umat Islam dan menimbulkan masalah hubungan kaum.

"Namun, kita lebih kesal apabila ada pihak yang kaitkan mereka dengan DAP. Ini semua modus operandi Umno untuk memberikan imej negatif kepada DAP," katanya.

Orang dalam dedah pembekal rapat dengan SPR

Posted: 16 Jul 2013 03:14 AM PDT


dakwat kekal
Setiap pengundi dicalit dengan dakwat kekal sebelum dibenarkan mengundi
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan kepada Dewan Rakyat seorang usahawan bernama Mohamed Salleh Mohd Ali sebagai individu yang bertanggungjawab membekal dakwat kekal pada PRU13.

Beliau mendakwa, usahawan itu mendapat tender terus daripada SPR membekalkan topi, kemeja-T dan dakwat kekal.

Dakwa beliau lagi, Mohamed Salleh  pakar dalam rundingan terus apabila memperolehi banyak projek kerajaan termasuk bersama Kementerian Pertahanan.

"Pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya. Ada tiga syarikat dikawal oleh niagawan ini, salah satunya syarikat Intergrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.

"Sebab itu saya minta menteri sebut sebelum kami dedahkan, sebab selepas keluar (pendedahan) akan datang persepsi tidak baik.

"Ada dua syarikat lagi masuk dalam rundingan terus yang dikawal Mohamed Salleh ini," katanya pada sesi pembahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan, hari ini.

Menurut Rafizi, maklumat yang diperolehi itu daripada orang dalam SPR sendiri.

"Saya minta menteri sahkan maklumat yang kami terima ini.

"Apa tindakan akan diambil kepada pakar rundingan terus ini?," soalnya.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) yang mencelah perbahasan itu, mempersoalkan pendedahan yang dibuat Rafizi.

"Di mana salahnya? Soal rundingan terus bukan menjadi amalan sekarang tetapi menjadi amalan dari pimpinan terdahulu termasuk ketika Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Menteri Kewangan," katanya.

Membidas kenyataan itu, Khalid Samad (Pas-Shah Alam) berkata, ada banyak kelemahan melibatkan rundingan terus sehingga dakwat kekal yang dijanjikan tidak kekal.

"Kesalahan itu adalah bila rundingan terus dibeli pada harga jauh lebih tinggi dari harga pasaran dan kualiti barang yang sudah rosak," katanya.

Dakwat yang digunakan dalam PRU13 lalu mengundang pelbagai kontroversi apabila ia tidak mampu bertahan lama sepertimana yang diuar-uarkan SPR.

Ekoran itu, pelbagai siri bantahan dan petisyen difailkan PR dan BN kerana meragui keputusan PRU13 di beberapa kawasan Parlimen dan Dun yang didakwa berlaku penipuan pilihan raya.

Cara PAS memperjuangkan Islam dalam politik

Posted: 16 Jul 2013 03:04 AM PDT



Oleh Ustaz Nasrudin bin Hasan,

Masih ada yang gagal memahami, bagaimana PAS berjuang sehingga masih kedengaran suara yang mengatakan perjuangan PAS salah, bida'ah, sesat, tidak mengikut sunnah, bercanggah dengan syariat, hanya mementingkan politik, meragukan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS.

Terlebih dahulu saya akui bahawa PAS tidak sunyi daripada kelemahan dan kesilapan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Namun kesilapan dan kelemahan itu tidaklah membawa PAS terbabas ke 'gaung dalam' yang membunuh aqidah dan mencederakan syakhsiyyah sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam.

Sebaliknya kelemahan dan kesilapan yang berlaku, bukan sahaja masih boleh diperbaiki dan disempurnakan tetapi nyata PAS mempunyai cara dan kaedah yang cukup baik untuk terus memantau perjalanan organisasinya agar menepati objektif dan ghayahnya (matlamat). Organisasi PAS juga mempunyai pelbagai medium untuk memastikan segala misi dan visi perjuangannya berjalan berasaskan syarak.

Kepimpinan Ulama, Jawatan Kuasa Disiplin Parti, Muktamar Tahunan, Majlis Syura Ulama, Mesyuarat Dewan Harian, Mesyuarat Bulanan, Mesyuarat Khas, Liqa' Fikri, Tamrin, Mukhayyam, Kuliah Haraki, Usrah Mingguan, Konvensyen PAS Negeri, Ijtimak Pilihan Raya, Kuliah Agama dan banyak lagi cara dan kaedah untuk PAS mengawal organisasinya berjalan melandasi syariat Ilahi dan sunnah an-Nabawi.

Jika terdapat perbezaan dalam pendekatan atau method perjuangan PAS berbanding kumpulan Islam yang lain, ini tidak bermakna PAS salah dan bercanggah dengan syariat dan sunnah. Secara umumnya, wajar saya tegaskan bahawa PAS bergerak dalam ruang orientasi yang saya pecahkan secara kasar kepada 3 ruang utama iaitu :

* Tarbiyyah dan Pengkaderan (pembinaan dan pembentukan).
* Dakwah (penerangan).
* Lapangan Siasah (politik)

Asas Pertama: Tarbiyah dan Pengkaderan

Aset penting yang meletakkan PAS terus istiqamah dan komited dengan perjuangan ialah agenda tarbiyyah dan pengkaderan yang menjadi nadi kepada pergerakkan PAS. Tarbiyah digerak dan diaktifkan untuk membina :

1. Aqidah yang benar berasaskan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah.
2. Fikrah yang syumul sebagaimana syumulnya ajaran Islam itu sendiri.
3. Syakhsiyah yang solehah berasaskan akhlak mahmudah bimbingan Rasulullah SAW.

Sementara pengkaderan pula berfungsi untuk membina :

1. Kepimpinan yang berkarisma dan berwibawa.
2. Organisasi yang mantap dan hebat.
3. Tindakan yang strategik dan berkesan .

Memastikan perkara ini berlaku dalam PAS, Lajnah Tarbiyah dibentuk pada semua peringkat organisasi PAS, bermula dari peringkat Pusat, Negeri, Kawasan bahkan cawangan. Begitu juga di peringkat dewan-dewan seperti Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut meletakkan Lajnah Tarbiyah antara Lajnah kanan yang diberi tumpuan utama.

Aktiviti asas bagi melaksanakan cita-cita tarbiyah banyak tertumpu kepada pembentukkan usrah di pelbagai peringkat (kepimpinan atau ahli), tamrin, liqa fikri dan pelbagai program atau aktiviti semasa yang dilihat perlu dari masa ke semasa dengan berbagai wajah yang menghormati kepentingan kepelbagaian approach.

Asas Kedua: Dakwah (Penerangan)

Berlandaskan perintah Allah yang mewajibkan setiap individu muslim menyampai dan menyebarkan Islam, dakwah telah menjadi aktiviti asas yang sangat prinsipal sifatnya. Biarpun PAS menghadapi aneka halangan dan ancaman yang menghalang kemaraan dakwah Islam ke tengah masyarakat, dakwah untuk menginsafkan ummah agar kembali kepangkuan Islam serta berjuang mendaulatkannya tetap diteruskan.

Ada dalam kalangan pemimpin PAS yang dibunuh, dipenjara, dibuang daerah dan dikenakan pelbagai tindakan kerana dakwah mereka. Namun, segalanya tidak menghalang PAS daripada terus melaksanakan amanah besar ini sebagai sebuah Gerakan Islam yang pastinya bertanggungjawab terhadap masa depan ummah.

Tugas dakwah ini digalas oleh semua, dari Presiden hinggalah ahli biasa dengan peranan masing-masing berasaskan keupayaan atau kemahiran mereka malah turut menghormati tahap keupayaan masing-masing.

Maudhu' (kandungan) dakwah PAS sangat jelas, menepati apa yang diajar oleh Allah Taala. Perkara ini dapat dipastikan pada Fasal 6 Perlembagaan PAS. PAS menggariskan usaha-usaha dakwah sebagai aktiviti teras dalam dalam perlembagaannya;

1. Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

PAS mendekati semua lapisan masyarakat. Bermula dengan masyarakat yang tertindas hinggalah pemimpin yang menindas dan umat yang lesu hinggalah ulama yang bisu. Pelbagai pendekatan diketengahkan dalam membawa mesej perjuangan. Dewan Pemuda PAS membawa pendekatan Pemuda sebagai Duta Kasih Sayang dan Penyelamat.

Pendekatan dakwah PAS melengkapi 2 kategori utama :

* Dakwah Ammah (umum).
* Dakwah Fardiyah (khas)

Dakwah PAS tidak bermusim dan tidak juga tertakluk kepada kepentingan pengaruh individu dan politik. Biarpun nanti selepas tamatnya pilihan raya, PAS tetap meneruskan aktiviti dakwahnya kepada masyarakat, demikian juga sehari selepas dibebaskan dari penjara pimpinan PAS terus melangsungkan dakwahnya. Inilah cita-cita PAS.

Sekalipun dakwah yang dibawa oleh PAS tidak popular malah menerima tentangan sengit daripada pelbagai pihak, PAS tetap menunaikan tanggungjawab dakwahnya dengan memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai peri pentingnya Negara kita melaksanakan undang-undang dan peraturan Islam itu.

Asas Ketiga: Lapangan Siasah (politik)


Islam adalah agama yang syumul, merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah politik. Mengasingkan politik dari perjuangan Islam ertinya mengurangkan sukatan perjuangan Islam yang telah diperjuangkan oleh Nabi Muhammad SAW.

PAS meletakkan politik sebahagian dari tanggungjawab perjuangan yang mesti diperjuangkan. Kini kuasa politik berada ditangan Umno dan BN yang enggan melaksanakan syariat meskipun berbuih mulut mereka mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

PAS berkewajipan mengambil tampuk kuasa politik daripada golongan yang enggan melaksanakan syariat Islam dan PAS telah berijtihad untuk menggunakan pendekatan aman dan damai tanpa peperangan dan pertumpahan darah, dalam usaha PAS mahu mengambil alih kuasa politik tersebut.

Realiti ini membawa PAS mendaftarkan organisasinya di bawah Pendaftar Pertubuhan dan ia sah untuk bergerak di sisi undang-undang Negara waktu ini. Semua orang boleh mengakui bahawa Islam tidak boleh dilaksanakan tanpa kuasa politik. Justeru itu, penglibatan di bidang politik (siasah) adalah kewajipan besar untuk kembali mengangkat Islam ini ke tempat yang selayaknya sebagai agama suci.

Kesimpulan

Saya tidak nampak alasan yang munasabah bagi pihak yang menolak dan meragui hala tuju perjuangan PAS. Mereka barangkali boleh untuk tidak menyertai PAS, tetapi untuk mereka menolak dan menafikan perjuangan PAS adalah suatu yang sangat tidak adil.

Kelemahan dan kesilapan boleh diperbaiki jika ada. Menolak dan menafikan atau meragui perjuangan sucinya memerlukan alasan yang konkrit dan dalil yang pasti, bukan beralaskan emosi dan sentimen perbezaan ideologi. Saya selalu menegaskan kepada umum, jika terdapat suatu yang dilakukan oleh PAS bercanggah dengan syariat dan sunnah, sila nyatakan! Jika ia berbentuk dakwaan, sila kemukakan bukti!

Kita mencari kebenaran. Andai benar atau ada PAS melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat atau terkeluar daripada manhaj perjuangan Islam sehingga menimbulkan keraguan, saya dan seluruh ahli PAS yang ikhlas terhadap perjuangan pasti akan menyanggahinya. Namun begitu, janganlah tuduhan melulu tanpa lampiran bukti, dakwaan palsu tanpa kepastian dalil dan emosi berprasangka tanpa berlaku adil.
http://www.tarbawi.my

Hanya Kerajaan zalim perlu Akta Hasutan

Posted: 16 Jul 2013 03:02 AM PDT



Oleh : Mohamed Hanipa Maidin 

Setelah Perdana Menteri sebelum ini iaitu pada 11 Julai 2012 menjanjikan kepada rakyat Malaysia akan menghapuskan Akta Hasutan 1948 dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional kini Zahid Hamidi pula menyatakan akan mengekalkan Akta drakonian tersebut.

Alasan Zahid adalah jika Akta itu dihapuskan maka apa lagi yang tinggal setelah Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) dihapuskan. Zahid menyatakan Akta Hasutan masih diperlukan untuk mengekang fitnah dan penyebaran perkara-perkara sensitif seperti isu perkauman dan agama.

Kenyataan Zahid menunjukkan beberapa perkara. Pertamanya inilah wajah sebenar Barisan Nasional. Tipu rakyat dan berdolak dalik sepanjang masa. BN yang janjikan rakyat akan hapuskan Akta Hasutan sebelum pilihanraya umum kini selepas pilihan raya umum, selepas mereka menang , BN tidak segan silu untuk menarik balik janji tersebut. Jika ini bukan tipu apa lagi ? Isunya sampai bila rakyat terus suka ditipu oleh BN?

Kenyataan Zahid juga menunjukkan BN tidak kisah kezaliman Akta Hasutan 1948 demi untuk terus berkuasa. Akta ini adalah warisan penjajah. Bagi penjajah yang berhadapan dengan tentangan dari pejuang pejuang kemerdekaan khususnya dari golongan kiri atau golongan agama, satu satunya justifikasi mudah bagi penjajah mengekang kemaraan perjuangan menentang British adalah dengan menuduh mereka yang menentang penjajah itu menghasut rakyat untuk membenci British. Memandangkan membuktikan kata kata atau perbuatan menghasut adalah sukar untuk dilakukan maka undang undang di bawah Akta drakonian ini hanya menetapkan kecenderungan menghasut sudah cukup dikira sebagai satu kesalahan.

Betapa teruknya akta ini hatta Ahli Parlimen yang diberikan imuniti dari apa apa pendakwaan semasa mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen bagi memastikan mereka bebas dan berani mengutarakan pendapat masih tidak lepas dari cengkaman Akta ini hatta jika mereka berbahas dalam Parlimen. Namun apa yang Zahid dan BN kisahkan itu semua. Bukankah Akta Hasutan hanya memburu pemimpin Pakatan, NGO dan individu yang kritikal pada BN sahaja ? Beribu kali pun manusia seperti Ibrahim Ali atau sejenis dengannya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama seperti ingin membakar bible, tangan Akta ini tidak akan sama sekali menyentuh mereka.

Hujah Zahid bahawa tanpa Akta Hasutan maka penyebaran perkara perkara berbaur hasutan seperti isu perkauman dan agama atau raja tidak akan dapat dibendung adalah jenaka agung abad ini. Adakah ada lawak yang lebih hebat dari jenaka Zahid ini ? Jika itu alasan Zahid, kita ingin bertanya mengapakah ketika Akta ini masih wujud kenyataan kenyataan seperti " apa kaum Cina mahu lagi" atau kenyataan untuk hapuskan Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina dan Tamil atau kenyataan menghina Tuhan orang Hindu oleh Zulkifli Nordin atau kenyataan ingin membakar bible masih boleh dikeluarkan dan tidak disiasat jauh sekali didakwa di bawah Akta ini ? Mengapa pula kenyataan Naib Presiden Pas tentang syuhada' yang dipetik dari hadith boleh pula disiasat di bawah Akta ini?

Zahid perlu jujur. Adakah tanpa Akta ini atau adakah tanpa Utusan dan Umno kenyataan berbaur perkauman akan terus muncul di persada politik negara ini?

Kenyataan Zahid yang mahu kekalkan Akta Hasutan menunjukkan itulah pengertian undang undang bagi sebuah Kerajaan yang zalim seperti BN. Undang undang sepatutnya menjadi alat atau instrumen pengekang kuasa . Malangnya bagi BN undang undang adalah instrumen pemberi kuasa ( power conferring instruments ). Di bawak ketiak undang undanglah BN bergayut dan melihat dengan penuh ceria satu persatu musuh politiknya diusung ke lokap polis , Mahkamah dan mungkin juga ke penjara jika berdepan dengan Hakim yang tidak kisah undang undang zalim dikenakan ke atas rakyat !!

Realitinya tanpa Akta Hasutan negara tidak akan huru hara. Kanun Keseksaan lebih dari mencukupi untuk mengawal tingkah laku rakyat negara ini. Yang diperlukan rakyat bukan undang undang seperti Akta Hasutan.Yang diperlukan rakyat adalah kebebasan dan kematangan semua pihak dalam membincangkan apa sahaja perkara di dalam negara ini . Tanpa kematangan seribu undang undang sekalipun tidak membawa kita ke mana mana.

Atas kepasiti Ahli Parlimen saya telah membawa usul berkenaaan pendakwaan terpilih di bawah Akta Hasutan untuk dibahaskan. Speaker yang dipilih bukan dengan undi rahsia telah menolak usul saya atas alasan tidak perlu disegerakan meskipun isu itu berkepentingan ramai. Saya bertanya speaker mengapa usul berkepentingan ramai tidak perlu disegerakan namun penangkapan dan pendakwaan musuh politik BN bawah Akta ini disegerakan? Tapi itulah nasib usul Pakatan Rakyat di Parlimen Malaysia, tanah airku !!

BN Tabur Janji Rumah Percuma Untuk ‘Umpan’ Rakyat Miskin

Posted: 16 Jul 2013 02:58 AM PDT

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/tabur%20janji.jpgBESUT - Medan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut kini menjadi pentas pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menabur 'janji-janji manis' bagi mengumpan rakyat miskin terus bersama parti itu.

Ini kerana, pada hari kedua kempennya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan kepada 72 keluarga miskin bakal mendapat 'durian runtuh' jika rakyat memilih BN pada 24 Julai ini.

Malah, majlis peletakan batu asas dan pecah tanah projek pembinaan 72 unit pangsapuri tersebut telah diadakan di Kampung Lay Out, Tok Saboh, Kuala Besut pada 13 Julai lalu.

Muhyiddin menganggap pembinaan pangsapuri tersebut oleh kerajaan negeri sebagai durian runtuh kepada rakyat, apabila memetik ucapan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said sebelum itu, yang menyatakan pangsapuri itu "mungkin diberi percuma", kerana mangsa tidak berkemampuan untuk memiliki dan membayarnya.

Pangsapuri tersebut dijanjikan kepada 46 keluarga mangsa air pasang dan ombak besar di penempatan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkatan Atap, Kuala Besut dan selebihnya kepada penduduk miskin yang lain.

Projek pangsapuri berkeluasan 720 kaki persegi itu mempunyai kemudahan tiga bilik dibina atas tanah kerajaan yang 'dirampas' kembali dari rakyat dengan kos lebih RM10.35 juta.

MB Terengganu, Ahmad Said berkata pangsapuri tersebut akan diberi percuma kepada 46 keluarga mangsa air pasang besar dan bakinya akan diagihkan kepada penduduk miskin lain.

"Dulu jarak air pasang besar kira-kira 50 meter dari penempatan mereka, tetapi sekarang ini jika berlaku air pasang besar terutama musim tengkujuh, ia hampir ke bumbung rumah dan ini membahayakan keselamatan penghuninya.

"Kerajaan negeri meluluskan pembinaan dan pemberian rumah itu secara percuma kerana prihatin dengan nasib penduduk di Pengkalan Atap," ujar Ahmad.

Isu sejarah rampasan tanah rakyat di Tok Saboh berlaku apabila kerajaan Umno-BN Terengganu yang kembali berkuasa pada tahun 2004, bertindak 'merampas' tanah-tanah Lesen Menduduki Sementara (LMS) pemberian kerajaan PAS Terengganu.

Ketika itu, kerajaan negeri diterajui oleh mantan MB Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh yang kini Ketua Umno Bahagian Besut dan Menteri Pendidikan (II) Kementerian Pendidikan Malaysia.


Kesemua tanah-tanah yang pernah diagihkan semasa kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) kepada rakyat di negeri ini dibatalkan serta dirampas kembali oleh kerajaan BN Terengganu.

Pemimpin Umno-BN cuba memadamkan jasa baik bekas kerajaan PAS Terengganu yang berjaya menyediakan lebih 60,000 lot tanah kepada rakyat sepanjang satu penggal pemerintahannya.

Pada 4 Oktober 2012, operasi terakhir melibatkan beberapa rumah rakyat diroboh pihak berkuasa tempatan yang dibina di atas penempatan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tok Saboh.

Tinjauan Harakah ketika itu mendapati sejumlah lima buah rumah rakyat yang telah siap termasuk masih dalam pembinaan diroboh oleh pihak berkuasa tempatan.

Pemilik rumah terbabit melahirkan rasa dukacita, sedih dan kecewa dengan tindakan pihak berkuasa atas arahan kerajaan BN Terengganu.

Encik Rosli Jaafar, 50, merupakan salah seorang mangsa rumahnya dirobohkan pihak kerajaan negeri tanpa pampasan.

"Saya rasa sangat dukacita, kecewa, sedih dan keliru dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Pejabat Tanah Besut dan agensi terlibat.

"Tanah lot (RTB Tok Saboh) ini, saya dapat semasa zaman kerajaan PAS memerintah Terengganu lagi. Bila 'bunyi' (ura-ura) kerajaan nok ambil balik tanah, saya pergi jumpa wakil rakyat Umno ketika itu, Dr A.Rahman Mokhtar (Allahyarham) yang juga Exco Kerajaan Negeri.

"Dia (A.Rahman) suruh saya pergi pejabat (Pejabat Tanah Besut) dan bincang. Pada bulan Mac 2012, saya diberi kebenaran bayar lesen Jadual I. Selepas itu, bulan Mei tahun yang sama dia (Pejabat Tanah) datang dan ukur keluasan tanah tapak rumah kami.

"Tiba-tiba, pada 4 Oktober 2012 tahun lalu. Kami anak beranak tidak ada di rumah kerana keluar bekerja, mereka (kerajaan) datang roboh semua rumah yang telah kami duduk sejak enam tahun lalu," jelasnya.

Beliau melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian tersebut kerana sebelum ini diberi kebenaran membayar Jadual I pada bulan Mac 2012 serta melakukan kerja-kerja mengukur tanah bagi lot PT.1359 berkenaan.

Katanya, tanah lot PT.1359 tersebut diperolehi pada 15 Oktober 2003 ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu satu penggal dari tahun 1999 hingga 2004.

Menurutnya, keluasan rumah yang dirobohkan itu bersaiz 35 x 40 kaki persegi yang siap dibina pada tahun 2005 lagi.

Rosli dan keluarganya merupakan anak jati tempatan yang bekerja sendiri mempunyai seorang isteri Puan Faridah Daud serta tujuh orang anak dan lima daripadanya masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah.

Beliau mengakui pernah menerima notis roboh dari pihak berkuasa dan masalah tersebut diajukan kepada Allahyarham, Dato' Dr Abdul Rahman Mokhtar, tahun lalu.

Menurutnya, jawapan yang diberikan oleh wakil rakyat berkenaan amat mendukacitakan sekadar menyebut "nasiblah".

Seorang warga emas, Ahmad Awang, 65, pula mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis dari kerajaan agar rumah bersaiz 14 x 20 kaki persegi  yang masih dalam pembinaan tersebut dirobohkan.

"Ambo (saya) fahamlah selepas PAS kalah (2004) dan kerajaan Umno berkuasa semula, semua tanah rakyat zaman kerajaan PAS 'dirampas' semula oleh kerajaan (BN).

"Zalim lagu (cara) ini. Kita (rakyat) tidak ambil hak orang, ada sikit (duit) buat sikit. Kita (rakyat) orang susah tanah lain tidak ada doh…. Ini pun kerajaan roboh, macam mana kata rakyat diutamakan", jelas ketika menunjukkan lokasi rumahnya yang diroboh itu.

Seorang Ibu Tunggal, Puan Kalsom Abdullah, 60, tidak dapat menahan kesedihannya apabila rumah masih dalam pembinaan siap 70 peratus dirobohkan begitu sahaja.

Beliau mempunyai tujuh orang anak dengan bekerja mengambil upah menyiang ikan menangis sebaik sahaja diberitahu oleh penduduk yang melihat kejadian rumahnya dirobohkan pihak berkuasa.

"Saya orang susah, suami tidak ada…anak ramai, tujuh orang (anak). Saya cari rezeki (kerja) ambil upah siang ikan. Kumpul duit sikit-sikit, baiki (buat) rumah untuk sudah (siap).

"Saya sangat sedih dan tidak tahu hendak kata apa lagi. Harap Tuhan (Allah swt) balas, ganti dengan kerajaan lain," ujarnya.

Sementara itu, kesedihan dan kepiluan mangsa-mangsa perobohan rumah di RTB Tok Saboh itu turut dikongsi bersama dengan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Katanya, sudah tiba masa rakyat dan pengundi yang menjadi 'tuan' kepada mana-mana kerajaan yang dipilih membuat perubahan.

Menurutnya, kerajaan Umno-BN wajar ditukarganti dengan kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil, 24 Julai ini.

"Umno sudah tidak boleh diharap lagi, sudah tiba masa rakyat dan pengundi di Dun Kuala Besut kena tukar kerajaan (BN). Inilah peluang terbaik untuk rakyat di Kuala Besut.

"Rakyat (pengundi) adalah 'tuan' dan gunakan kuasa kita dengan baik dan bijaksana. Kita (rakyat) kena ganti BN dengan Pakatan Rakyat," tegasnya.

Kata Ustaz Wan Azhar, tanah rakyat satu lot dirampas dan diroboh rumah mereka sedangkan wakil rakyat Umno-BN Terengganu termasuk di Besut ini senang-lenang mendapat tanah.

Dimaklumkan, ketika kerajaan PAS Terengganu memerintah (1999-2004) sejumlah 88 lot disediakan bagi RTB Tok Saboh serta diagihkan kepada rakyat di kawasan tersebut.

1,000 Ekar Sawah Terbiar Akibat Empangan Pecah

Posted: 16 Jul 2013 02:55 AM PDT

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/Gong%20Manoka.jpg Calon BN, Tengku Zaihan Mesti Bertagggungjawab

BESUT - Seluas kira-kira 1,000 ekar sawah padi terbiar kerana tidak dapat diusahakan sejak lebih setahun lalu akibat sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Umno da Barisan Nasional (BN) dan kecuaian pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) , khususnya jurutera berkenaan.

"Sudah lebih 3 musim, kira-kira 1,000 ekar tanah sawah meliputi kawasan penanaman padi di Kampung Tok Saboh, Kampung Nangka, Kampung Bharu dan Kampung Gong Manok di dalam kawasan Dun Kuala Besut kering kontang,

"disebabkan Empangan Kampung Nangka yang merupakan nadi pengairan tanah sawah di lokasi-lokasi tersebut pecah kira-kira hampir 2 tahun yang lalu,"ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik.

Beliau yang juga mantan Exco Pertanian negeri Terengganu menganggarkan, para petani mengalami kerugian bersih antara RM800 hingga RM1,000 bagi satu-satu musim.

Selain itu, menurutnya, kerugian juga ditanggung oleh rantaian pengeluaran padi yang termasuk dalam jelapang KETARA itu, termasuk pengendali mesin pembajak, pengedali mesin penuai padi, pengeluar da peniaga input-input pertanian seperti racu, baja dan lain-lai.

"(kita) ambillah angka yang paling rendah, petani cuma memperolehi RM800 untuk setiap ekar padi semusim. (Jadi) 1,000 ekar sawah yang kering kontang bermakna keseluruhan petani-petani di kawasan terbabit telah kehilangan pendapatan kira-kira RM800,000!, Bagaimana pula angka kerugian selama 3 musim?,"
jelasnya.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/empangan%20kg%20nangka.jpgKataya, penduduk tempatan yang ditemui menyatakan, punca utama pecahnya empangan yang menjadi nadi pengairan tanah sawah di lokasi terbabit adalah kegiatan menyedut pasir secara tak terkawal yang mengundang berlakunya hakisan teruk yang difahamkan, kerja-kerja menyedut pasir tersebut dimonopoli oleh orang-orang kuat Umno Besut.

Beliau berkata, tragisnya, empangan tersebut pecah ketika calon BN bagi PRK Kuala Besut berkhidmat sebagai Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum beliau berpindah ke Putrajaya kira-kira 3 bulan yang lalu.

"Alangkah baiknya kalau beliau mengucapkan… sepatutnya saya bertindak cepat dan berkesan kerana saya adalah anak jati Kuala Besut, masalah empangan pula melibatkan petani-petani di kawasan Kuala Besut, kawasan saya,

"empangan ini pula di bawah bidang kuasa JPS Besut, saya pula adalah juruteranya tetapi saya telah gagal."ujar Dato' Abu Bakar.

Beliau menegaskan, Jurutera yang berkhidmat bagi JPS Besut ketika itu adalah Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman yang kini diangkat oleh Umno-BN sebagai calon menentang PAS di pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

Oleh itu, beliau berkata selaku Jurutera, Tengku Zaihan sepatutnya mempunyai maklumat lebih awal dan mengambil tindakan, bagi mengelakkan kerjadian itu daripada berlaku.

Justeru beliau menuntut penjelasan berhubung perkara tersebut, supaya rakyat dan pengundi DUN Kuala Besut diberikan maklumat sebenarnya

"Ini bukan serangan peribadi, tetapi rekod perkhidmatan sebagai kakitangan kerajaan yang berhak diketahui oleh pengundi......... kerana BN mencanangkan bahawa calonnya adalah professional anak tempatan yang diyakini mampu memberikan khidmat dengan baik untuk memajukan Kuala Besut,"tambahnya

Calon PAS Ditawar Projek Beratus Juta Ringgit Supaya Tidak Bertanding

Posted: 16 Jul 2013 02:53 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
Calon PAS Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof mendakwa, beliau pernah ditawarkan projek bernilai ratusan juta ringgit jika tidak menjadi calon dalam pilihan raya kecil tersebut.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Che Long mendakwa lagi, projek tersebut akan ditarik balik jika menjadi calon PAS di Kuala Besut.

"Saya tetap tidak berganjak dengan perjuangan Islam dan bagi saya akhirat itu lebih baik," katanya dalam temubual dengan Harakah.

Che Long di kalangan penduduk tempatan merupakan seorang kontraktor kelas A.

Beliau berdepan dengan bekas jurutera Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman yang merupakan calon Barisan Nasional pada 24 Julai ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar dari BN baru-baru ini.

Che Long turut mendakwa beliau pernah membelanjakan wang RM200, 000 untuk membawa lebih 40 orang ke Makkah menunaikan ibadah haji.

"Dan hampir setiap tahun jika ada duit lebih lagi saya hantar orang ke Makkah, yang nampak ada perubahan dan hendak kembali kepada Islam sebenar," tambah beliau lagi.

Penduduk daif

Che Long berkata, dari pemerhatiannya penduduk di Kuala Besut masih ramai yang daif dan berada di bawah paras kemiskinan dan kehidupan mereka agak susah kerana ada yang bekerja sebagai nelayan.

Beliau tidak menafikan kerajaan BN memberikan bantuan tetapi kadang kala berlaku `pilih bulu' yang menyebabkan terdapat orang yang memerlukan bantuan dinafikan.

Katanya, ini menyediahkan dan tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan yang memerintah ikut garis panduan Islam.

Mereka, tambah beliau pelu dibantu secara adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik.

"PAS nak bantu pun setakat mana sangat,sebab PAS bukan kerajaan lagi," tambah beliau lagi.

Che Long juga mendakwa BN mengumpan rakyat dengan duit RM200 atau RM300 menyebabkan anak-anak muda yang mendapat wang itu segan datang kepada PAS.

Katanya, BN jadikan duit sebagai senjata untuk `ikat rakyat' dan pengundi supaya memilih calom BN.

Rakyat, katanya rakyat yang mendapat duit seperti termakan budi dengan sumpah janji untuk memangkah BN .

Itu cara Umno berpolitik sebab mereka kaya dan banyak duit, kata Che Long. -FMT

Janji pangsapuri ‘percuma’ kurang meyakinkan

Posted: 15 Jul 2013 05:32 PM PDT

Khairul Azlam Mohamad,




BESUT: Pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut kini menjadi pentas kepada pemimpin Umno BN menabur janji sebagai 'umpan' rakyat miskin terus bersama parti tersebut.

Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, berkata kempen Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan pangsapuri 'percuma' kepada 72 keluarga miskin kurang meyakinkan.

Katanya, tawaran itu sama seperti yang diwar-warkan kepada penduduk di Kampung Ladang Kuala Terengganu, yang terlibat dengan pengambilan balik tanah oleh kerajaan.

Menurutnya lagi, mereka juga 'dijanjikan' rumah pangsa yang murah di Flat Ladang Gemilang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 tahun 2008 yang lalu.

"Hari ini penghuni di Flat Ladang Gemilang masih berstatus penyewa selamanya dengan kadar sewaan yang tinggi.

"Akhirnya, mereka sendiri tidak mampu untuk bayar sewa dan ada yang terpaksa berpindah ke tempat lain," ujarnya ketika bercakap pada sidang media di Markas Besar Pilihan Raya N1 Dun Kuala Besut, di Kampung Baru, Kuala Besut, dekat sini hari ini. Hadir sama pada sidang media tersebut Ahli Jawatankuasa Induk PRK Kuala Besut, Dr Dzulkefly Ahmad. (Gambar atas)

Wan Azhar berkata, orang Melayu di Kampung Ladang Kuala Terengganu juga kehilangan kampung tradisi mereka yang menjadi warisan sejarah termasuk hilang mata pencarian keluarga masing-masing seperti pembuatan tembaga, songket dan keris.

Justeru, katanya PAS tidak pernah menolak sebarang bentuk pembangunan untuk rakyat tetapi bukan semata-mata kerana kepentingan politik tertentu.

"Kita (PAS) tidak menentang sebarang bentuk pembangunan yang baik dibuat oleh kerajaan. Apatah lagi, jika sesuatu kemudahan yang hendak dibangunkan itu boleh diberi percuma kepada rakyat miskin yang tidak berkemampuan.

"Bahkan, itulah yang menjadi agenda PAS dan Pakatan Rakyat jika diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negeri dan negara, insya Allah," tegasnya.

Beliau turut mendakwa sepanjang kempen PRK Kuala Besut, kerajaan Umno BN mempergunakan peluang kemiskinan rakyat bagi mengikat sokongan kepada partinya.

Menurutnya, pelbagai janji dan habuan akan diterima oleh rakyat sepanjang kempen pilihan raya seperti bantuan dana khas, dana raya, dana bakti remaja, dana nelayan dan lain-lain.

Kenyataan menteri tidak selesai isu harga ayam

Posted: 15 Jul 2013 05:30 PM PDT

Salmah Mat Husain,


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek yang mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Bagaimanapun, Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri tersebut tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata kenyataan ini tidak berbeza dengan kenyataan  kerajaan sebelum ini yang mengajak rakyat mengurangkan pengambilan gula apabila berlaku kenaikan harga bahan itu.

"Begitu juga dengan kenyataan yang memohon rakyat menjimatkan penggunaan eletrik apabila berlaku kenaikan tarif eletrik juga.

"Jika hanya itu yang mampu dilakukan oleh kerajaan, DPPNK menyifatkan ia sebagai satu pandangan yang naif dan langsung tidak sesuai dikeluarkan oleh sebuah kerajaan yang sepatutnya mempunyai kuasa mempengaruhi harga barangan keperluan," ujarnya.

Tegasnya, kerajaan seharusnya mengkaji serta memberikan maklumat yang jelas kepada rakyat faktor yang menyebabkan kenaikan harga ayam pada hari ini yang sudah melampaui menjelang musim perayaan.

Sambungnya yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar, rakyat perlu diberikan maklumat sebenar adakah kenaikan harga ayam ini disebabkan oleh kenaikkan kos seperti produk makanan ayam, pekerja, penghantaran, pemasaran dan sebagainya.

Katanya, menggesa rakyat untuk tidak mengelakkan pengambilan ayam sebagai makanan dan sepenuhnya menyalahkan kepada peniaga menggambarkan seolah-olah kerajaan tidak serius di dalam menangani isu ini.

DPPNK turut mempersoalkan kenapa kerajaan mengambil sikap untuk menetapkan pelaksanaan skim kawalan harga Hari Raya Puasa 2013 pada awal Ogos 2013 nanti iaitu penghujung Ramadhan dan bukannya pada awal Ramadhan.

Sehubungan itu DPPNK menggesa kerajaan untuk sentiasa prihatin terhadap fenomena itu  menjelang musim perayaan.

Katanya, unjuran keperluan perlu sentiasa dilakukan dari masa ke semasa bagi membolehkan kenaikan harga ayam secara mendadak dapat dikekang.

Dalam hal itu pemuda yakin kerajaan sebenarnya tidak bersedia menghadapi fenomena dan menanggap ia sebagai satu situasi yang tidak serius setelah BN berjaya membentuk kerajaan sekali lagi selepas pilihanraya umum ketiga belas yang lepas.

Katanya lagi, kerajaan barangkali lupa bahawa pengundi-pengundi di Kuala Besut masih mempunyai peluang untuk memberikan 'tunjuk ajar' kepada kerajaan agar lebih berhemah di dalam menguruskan keperluan asas.

Pakatan Rakyat Saman 7 Jawatankuasa SPR

Posted: 15 Jul 2013 05:28 PM PDT


sivarasa pc izzah 01

KUALA LUMPUR  : Pakatan Rakyat (PR) hari ini memfailkan saman terhadap tujuh anggota jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  berhubung dakwaan penipuan dalam pelaksanaan penggunaan dakwat kekal ketika Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, saman tersebut akan turut memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan PRU13 sebagai tidah sah.

"Saman difailkan PR ini kepada tujuh anggota SPR termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi adalah secara individu kerana mereka kegagalan melaksanakan tanggungjawab secara jujur dan adil dalam pilihan raya.

"Adalah jelas dakwat kekal digunakan tidak kekal tidak sepertimana diumumkan akan bertahan sehingga tujuh hari," dakwanya ketika sidang media di parlimen hari ini.

Beliau berkata, sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada mereka maka mahkamah perlu mengarahkan pembentukan anggota jawatankuasa SPR yang baru.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa, tindakan SPR keseluruhannya dilihat berat sebelah dan memihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Mereka sedaya upaya mungkin mempertahankan kenyataan Perdana Menteri termasuk dalam urusan mengenai rasuah membeli undi serta menyerang Ketua Pembangkang," katanya.

PAS cuba retakkan sokongan keluarga besar calon BN

Posted: 15 Jul 2013 05:24 PM PDT

 


 
PAS mendakwa sebahagian anggota keluarga calon BN di Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman mula menunjukkan minat kepada mereka.

Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa, wujudnya pertemuan dengan dua kumpulan saudara mara dan kerabat keluarga Tengku Zaihan dengan pimpinan PAS tempatan malam tadi di Kota Bharu.

Katanya, pertemuan berasingan itu melibatkan jumlah yang "agak ramai" dan responnya cukup baik.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar terlibat walaupun ditanya beberapa kali oleh pemberita.

"Pertemuan itu diatur oleh pihak keluarga. Mereka memberi respon (positif) selepas kita menjelaskan apa yang akan dilakukan jika calon PAS menjadi wakil rakyat," kata Wan Azhar dalam sidang media di Markaz Besar Pilihan Raya kawasan Besut.

"Respon cukup meyakinkan. Harap berlaku peralihan sokongan (memihak kepada calon PAS)," celah ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefli Ahmad yang turut serta dalam sidang media itu.

Banyak pihak sebelum ini melihat faktor keluarga besar menjadi sandaran utama calon BN di kawasan kubu kuat BN itu.

MP DAP: Kita pertahan Islam agama persekutuan

Posted: 15 Jul 2013 05:17 PM PDT

 


 
Ahli Parlimen DAP hari ini menegaskan bahawa pihaknya menolak mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) menjadi subjek wajib di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bertujuan bagi mengelak pelajar belajar secara terpaksa.

Anthony Loke (DAP-Seremban) juga berkata, beliau turut mencadangkan supaya subjek tersebut tidak dijadikan sebagai subjek wajib sebaliknya subjek elektif di IPTS.

NONE"Saya di sini ingin tegaskan pendirian DAP, tak ada masalah pelajar Malaysia untuk pelajari tamadun Islam atau tamadun dunia. Kita galakkan pemahaman tentang ketamadunan agar dapat luaskan minda dan pengetahuan am.

"Cuma untuk mewajibkan di IPTS (Institusi Pegajian Tinggi Swasta) adalah tak wajar bila ada unsur-unsur kewajipan kerana ia beri satu imej yang negatif di kalangan pelajar seolah-olah terpaksa. Jadi saya ingin tegaskan agar jadikan subjek itu sebagai subjek elektif bukan wajib.

"Kita tak mahu pendirian yang diambil DAP atau mana-mana pihak dijadikan modal untuk puak-puak perkauman kononnya kita bantah agama Islam. DAP tak pernah anti Islam malah kita mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan usul Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kampar Ko Chung Sen mempersoalkan satu ketetapan baru Kementerian Pendidikan yang mewajibkan subjek Tamadun Islam terhadap pelajar tempatan yang akan dilaksanakan pada 1 September tahun ini.

Beberapa kumpulan, antaranya NGO anak muda Cina Emco, Buddhist Research Society of Malaysia (BRSM) dan Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM) meminta kerajaan mempertimbang semula keputusan kerajaan itu.

Mereka tidak bersetuju dengan usaha tersebut yang didakwa "indoktrinasi" ke atas pelajar.

Bung Mokhtar: Tak minta projek dayus

Posted: 15 Jul 2013 05:13 PM PDT

 


 
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin hari ini secara berseloroh berkata, mana-mana ahli PKR yang tidak meminta sebarang projek merupakan seorang yang "dayus".

Beliau yang bangun semasa Azmin Ali (PKR-Gombak) membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat tadi juga memberitahu bahawa di dalam Umno kini tiada lagi "kegiatan" memberi kontrak kepada ketua Umno bahagian.

Azmin dalam perbahasannya mendakwa bahawa, isu projek Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) bukan peruntukkan tambahan tetapi projek "mi segera" yang diberi oleh perdana menteri tanpa tender terbuka kepada ketua Umno bahagian menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Saya rasa Yang Berhormat sudah lama tinggalkan Umno sebab itu tak tahu perkembangan, kita pun marah dengan pimpinan sebab kita minta (projek) tak dapat. Semua pun tender terbuka. Menampakkan ketelusan kerajaan menjurus kepada tender terbuka. Gombak tak tahu perubahan yang berlaku," kata Bung.

Selepas itu, Azmin yang menyambung perbahasannya berterima kasih kepada Bung kerana mengesahkan bahawa memang wujud kegiatan ketua umno meminta projek.

"Terima kasih Kinabatangan (Bung) kerana bantu saya sahkan ketua umno bahagian memang minta kontrak," kata Azmin.

Bung yang secara spontan juga terus bangun dan berkata: "Dalam PKR pun minta juga. Tak ada tak minta. Kalau tak minta itu dayus nama dia.

"Wakil rakyat Perak dapat tanah di Kelantan, dapat juga. Sama sajalah," kata Bung yang disambut dengan ketawa oleh ahli parlimen di Dewan Rakyat.

Api marak bakar makmal Sains UiTM

Posted: 15 Jul 2013 05:11 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan beberapa makmal sains di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam terbakar petang semalam.

Difahamkan ketika kejadian pukul 4.15 petang itu, seramai tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan ujikaji di dalam salah sebuah makmal berkenaan.

Bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak yang dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.26 petang sebelum menggegaskan kira-kira 30 anggota berserta lima jentera ke lokasi kejadian.

Setibanya mereka tempat kejadian, kelihatan asap hitam naik berkepul-kepul dengan api sedang marak membakar bangunan, katanya.

"Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam," katanya ketika dihubungi.

Mohd Khairi berkata selain disebabkan struktur bangunan lama, api dipercayai merebak dengan pantas akibat bahan kimia yang terdapat di dalam bangunan makmal.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami.- Bernama

34 syarikat diberi lesen import ayam serta merta

Posted: 15 Jul 2013 05:08 PM PDT

Ismail Sabri
Ismail Sabri
 
BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memberikan lesen kepada 34 syarikat untuk mengimport ayam dari China, Thailand, Australia dan Kesatuan Eropah (EU) berkuat kuasa serta merta.
  
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah tersebut terpaksa diambil bagi menstabilkan semula harga ayam di pasaran yang kini mencecah RM10 sekilogram.
  
Bagaimanapun, katanya pengimport perlu mematuhi peraturan dan syarat tertentu seperti memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sijil kesihatan daripada Kementerian Kesihatan.
  
Beliau berkata syarikat juga dimestikan mengimport ayam dari pusat penyembelihan yang diiktiraf Jakim sahaja.
  
"Nanti akan timbul isu halal dan sebagainya serta sijil kesihatan juga mereka perlu perolehi kerana ini adalah perkara yang wajibkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan dan zakat Ahli Parlimen Bera kepada 524 peneroka gugusan Felda Tembangau di Felda Tembangau 1, di sini hari ini.

Katanya kementerian tidak mempunyai halangan memberikan kebenaran kepada pihak berkenaan untuk membawa masuk ayam dari negara-negara disenaraikan kerana ingin membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menstabilkan semula harga ayam di pasaran.
  
"Diharap pihak berkenaan dapat membawa masuk 2.2 sehingga 2.4 juta ekor ayam sehari bukan sahaja bagi menstabilkan semula harga ayam di pasaran tetapi dapat memenuhi keperluan umat Islam sepanjang bulan Ramadan sehingga menjelang hari raya Aidilfitri nanti," katanya.
  
Katanya kebenaran itu turut diberikan bagi mengimport ayam bulat dan juga ayam yang dipotong pada bahagian tertentu.
  
Dalam pada itu, Ismail Sabri menafikan pandangan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah kononnya permintaan terhadap ayam pada bulan Ramadan menurun.
  
"Sebenarnya permintaan terhadap ayam memang meningkat daripada 1.4 juta sehari kepada 2.2 juta sehari. Walaupun umat Islam berpuasa tetapi mereka makan ayam dua kali sehari seperti hari-hari biasa iaitu pada sewaktu berbuka puasa dan bersahur.

"Kita ada statistiknya kerana kementerian terlibat secara langsung berkaitan dengan industri ternakan ayam di negara ini," katanya.
  
Beliau juga akan mendapatkan penjelasan dan laporan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengapa harga ayam di Pasar Tani Shah Alam, Selangor masih mahal dan dijual pada harga RM8.40 sekilogram.
  
"Sepatutnya ayam yang dijual di pasar tani ialah RM7.80 setelah diberikan diskaun tetapi peniaga tidak menjual pada harga tersebut kepada pengguna," katanya. - Bernama

PRK: SPR buat persiapan simulasi celup jari

Posted: 15 Jul 2013 05:00 PM PDT

SINAR HARIAN

PRK Dun Kuala Besut

KUALA BESUT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal dengan kaedah mencelup jari pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Khamis ini.
  
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Bernama di sini hari ini bahawa segala persediaan bagi menjalankan simulasi itu sedang diatur oleh SPR Terengganu.
  
Beliau berkata simulasi itu penting untuk memberi gambaran jelas mengenai cara mencelup jari ke dalam dakwat kekal berbanding kaedah mencalit seperti digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.
  
SPR menetapkan 20 Julai ini sebagai tarikh pengundian awal PRK Kuala Besut manakala pengundian biasa ditetapkan pada 24 Julai ini.
  
Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata simulasi itu akan disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan seperti RTM bagi membolehkan pengundi dan parti-parti politik mengetahui tentang kaedah sebenar.
 
"Ia (simulasi) tidak akan mengambil masa yang lama. Kita akan panggil stesen televisyen untuk menyiarkan beberapa kali sebelum hari mengundi.
  
"Selain itu kita (SPR) juga akan letak gambar atau poster kaedah mencelup jari di bilik-bilik mengundi supaya pengundi boleh tengok dan tahu macam mana nak celup," katanya.
  
Wan Ahmad berkata SPR perlu memberi gambaran jelas mengenai kaedah mencelup jari sebelum hari pengundian awal kerana jika tidak ia mungkin dijadikan isu oleh pihak yang sentiasa cuba mencari kesalahan suruhanjaya tersebut.
  
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.
  
Pilihan raya itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dan anak tempatan dengan calon Pas, Endot@Azlan Jusoh, 48, seorang ahli perniagaan.  - Bernama

Mat Sabu: Nak ubah Najib, pangkah Che Long

Posted: 15 Jul 2013 04:58 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Jika tidak berpuas hati dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pemilih di Kuala Besut patut mengundi calon PAS Azlan Yusof dalam pilihan raya kecil Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad mendakwa, antara isu yang menjadi perbualan, termasuk di kalangan pemimpin kanan Umno Terengganu, berhubung pelantikan ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji awal bulan ini.

NONE"Orang Umno ini, kalau benda yang tak boleh bercakap, dia beritahu Abang Matlah (Mohamad)," kata Mohamad (kiri) dalam ceramah di Seberang Luar, malam tadi, tanpa mendedahkan identiti pemimpin yang dimaksudkannya itu.

"Dia (pemimpin Umno negeri) kata, tolong beritahu orang Besut, menangkan (PAS di) Kuala Besut, ajar sikit Najib (kerana) lantik orang yang tidak berupaya untuk menjadi pemimpin Tabung Haji."

Berkuatkuasa 1 Julai, Abdul Azeez yang juga anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji sejak 2011 secara rasmi menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan perbadanan itu sejak Ogos 2007.

Menurut perbadanan itu, pelantikan Abdul Azeez itu diyakini mampu meneruskan kesinambungan Tabung Haji, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang.

Sementara itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, rungutan itu disalurkan padanya ekoran masih ada pegawai atau bekas pegawai kerajaan yang berupaya dan mampu bekerja lebih baik berbanding Abdul Azeez

"Kata mereka, nak ubah pemikiran Najib ini, menangkan (calon PAS di) DUN Kuala Besut ini dan menangkan Che Long (Azlan), pada 24 Julai ini," katanya Mohamad

Azlan berdepan, 48, seorang ahli perniagaan berdepan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dalam pilihan raya kecil Kuala Besut kali ini.

Kekosongan kerusi DUN yang mempunyai 17,683 pengundi berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman dari BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Sebagai kawasan majoriti Melayu, isu-isu yang dekat dengan hati umat Islam, seperti yang berkaitan Tabung Haji dilihat antara strategi PAS untuk merampas kerusi kubu kuat BN itu.

PAS yakin dapat MB jika situasi 16:16 di T'ganu

Posted: 15 Jul 2013 04:57 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika Dewan Undangan Negeri (DUN) mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

Katanya, jika itu berlaku, PAS akan dapat menyelesaikan masalah tanah di negeri Pantai Timur itu.

NONE"Jika kita dapat capai 16:16, Insya-Allah jika ia benar-benar berlaku, PAS akan menjadi menteri besar dan menyelesaikan masalah tanah di negeri ini," katanya dalam ceramah di Seberang Barat Luar, Kuala Besut malam tadi.

Menurut bekas anggota Parlimen Kubang Kerian itu, PAS ketika memimpin Terengganu pada 1999 berjaya menyelesaikan 75 peratus masalah itu.

BN sekarang mempunyai penguasaan 17 kerusi DUN di Terengganu manakala Pakatan pula 15 kerusi.

Jika PAS berjaya merampas kerusi itu, jumlah kedua-dua pihak akan sama banyak, yang kemungkinan besar mewujudkan keadaan DUN 'tergantung'.

Pakar undang-undang berpendapat, jika itu berlaku, ia bergantung kepada sultan Terengganu untuk menentukan menteri besar atau membubarkan DUN supaya pilihan raya semula dapat dilangsungkan.

'Bayangkan PAS tak masuk pilihan raya'


Sementara itu, Salahuddin juga menegaskan, parti Islam itu akan terus mengambil bahagian dalam proses pilihan raya walaupun berhadapan situasi padang tidak sama rata.

NONEKatanya, ia "sumbangan besar demi negara" daripada aspek keselamatan negara kerana mereka tidak mahu Malaysia menjadi sebuah lagi negara Amerika Latin yang rakyatnya menggulingkan kerajaan bukan melalui proses pilihan raya.

"Pasukan keselamatan patut berterima kasih kepada PAS...

"Boleh kamu bayangkan, apa yang akan berlaku sekiranya PAS memutuskan tidak mengambil bahagian dalam proses pilihan raya," katanya sambil menambah parti itu mempunyai 1.3 juga anggota di seluruh negara

Tiada ulasan: