Jumaat, 12 Julai 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Politik keluarga' di Kuala Besut

Posted: 12 Jul 2013 03:27 AM PDT

 


 
Walaupun rata-rata penduduk di DUN Kuala Besut kurang mengenali calon kedua-dua calon BN dan PAS dalam pilihan raya kecil kali ini, calon PAS Azlan Yusof bagaimanapun dilihat lebih berdepan tugas besar untuk merampas kerusi itu.

Faktor keluarga menjadi antara sandaran terbesar bagi calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mempertahankan kerusi DUN ini selepas kematian bekas wakil rakyatnya Datuk A Rahman Mokhtar, 64, akibat kanser paru-paru.

NONERata-rata penduduk yang ditemui Malaysiakini sekitar Kuala Besut mengakui faktor keluarga Tengku Zaihan memberi kelebihan padanya dalam pilihan raya kecil 24 Julai ini.

Bapanya Che Ku Abdul Rahman amat kenali di kalangan penduduk tempatan kerana pernah mengajar agama di masjid sekitar kawasan itu bahkan mempunyai ramai anak murid.

Che Ku - yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Besut - dipetik sebagai berkata, keluarga besarnya yang dianggarkan seramai 3,000 itu akan memberi kelebihan kepada anaknya.

"Di kalangan ahli keluarga itu, ada yang terdiri daripada pembangkang, tetapi menyatakan persetujuan untuk menyokong BN kerana faktor keluarga," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Perwatakan Azlan dapat pujian
Malah keluarga Tengku Zaihan juga mempunyai persatuan dan koperasi keluarga yang dikenali sebagai "Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long".

"BN boleh menang di sini. Ayah calon memang dikenali sini," kata seorang peniaga Cina yang ditemui Malaysiakini malam kelmarin.

"Calon BN tidak dikenali di sini. Tapi keluarga dia memang duduk di sini. Bapanya pula ustaz. 'Che Ku' pangkat bagi orang yang berada, keluarga bangsawan.

"Memang di sini (selama ini), menang calon BN," kata seorang penduduk yang enggan namanya disebut.

NONESekalipun begitu, Azlan (gambar kiri, dua dari kanan) juga tidak kurang hebatnya apabila perwatakannya mendapat pujian, menurut penduduk setempat.

"Beliau ini ahli perniagaan, kontraktor. Warak, tak tinggal solat, berniaga betul, amanah," katanya.

"Dia kalau masuk kedai makan, kalau ada orang 10 meja, dia bayar. Dia pemurah sekalipun tak gaul (dengan) sangat," celah seorang pemuda yang ditemui di Surau Kuala Besut.

Azlan merupakan anak tempatan di Kampung Baru, bekerja sebagai kontraktor kelas A dilantik sebagai bendahari PAS kawasan Besut.

Beliau yang mesra dipanggil Che Long dianggap sebagai anak tempatan yang "dermawan dan ahli perniagaan berjaya" oleh Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham A Rahman Mokthar daripada BN menewaskan calon PAS Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Pilihan raya kecil kali ini diadakan ekoran kematian A Rahman akibat kanser paru-paru.

Bimbang majoriti kurang


Sementara itu, bagi pemandu teksi Abdullah Derahim, 60, ketika ditemui Malaysiakini turut berpandangan BN boleh menang walaupun Tengku Zaihan kurang dikenali.

Apatah lagi, berdasarkan sejarah kerusi itu merupakan kubu kuat BN selama ini kecuali pada 1999.

NONE"Semua orang tidak biasa dengan dia (Tengku Zaihan). (Tetapi) Keluarganya memang ramai di sini. Memang ada peluang besar untuk menang," katanya.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai 'Pak Su Yee' berkata mengakui calon BN boleh menang disebabkan faktor keluarga.

Bagaimanapun, lelaki yang tinggal di situ sejak 48 tahun lalu, bimbang jumlah majoriti berkurangan disebabkan ada di kalangan penduduk yang mahukan calon lain memandangkan Tengku Zaihan kurang dikenali.

"Dia pegawai JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), tidak bergaul. Lagilah, kalau di sini orang nelayan, kalau duduk satu meja dalam kedai kopi, belanja minum orang suka.

"Banyak orang tidak kenal. Orang kenal sebab bapa dia. Kalau menang mungkin disebabkan bapanya," katanya.

Tee rayu penggantungan keahlian dalam MCA

Posted: 12 Jul 2013 03:19 AM PDT

 


 
ADUN Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Kiong akan mengemukakan surat rayuan kepada Jawatankuasa Disiplin MCA minggu depan, berhubung penggantungan keahliannya kerana menerima jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor.
  
NONETee (kanan) yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor berkata beliau mempunyai tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan itu selepas menerima surat rasmi daripada jawatankuasa tersebut, tiga hari lepas.
  
"Selepas menerima surat tersebut pada 9 Julai, saya membuat keputusan untuk membuat rayuan kerana saya ingin menegaskan bahawa pelantikan saya sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor (Exco) tidak berdasarkan sebarang pencalonan dari MCA sebaliknya telah nyata pelantikan itu atas titah Sultan Johor," katanya.
  
Tee berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Johor 2013, di Johor Bahru hari ini.
  
Beliau menegaskan penggantungan keahlian selama tiga tahun itu juga sebagai terlalu lama dan tidak adil untuknya sekiranya MCA menukar keputusan untuk menerima semula sebarang jawatan di dalam kerajaan pusat atau negeri.
"Saya sudah menyertai MCA sejak tahun 1983 iaitu hampir tiga dekad. Saya mula dari peringkat akar umbi selangkah demi selangkah. Saya mempunyai perasaan mendalam terhadap MCA, taat setia dan sayang serta tidak pernah meninggalkan parti. Jadi, saya akan mengemukakan rayuan," katanya.
  
Menurut Tee, beliau juga akan menyerahkan kepada peguamnya untuk meneliti tindakan untuk dikenakan terhadap Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berikutan kenyataan Wee berhubung pelantikannya.
  
MCA pada 20 Jun lepas menggantung keahlian Tee selama tiga tahun berkuatkuasa serta merta kerana menerima jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor.
  
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata anggota Majlis Presiden sebulat suara menerima syor Jawatankuasa Disiplin untuk menggantungkan keahlian Tee kerana melanggar keputusan parti.
  
Sebelum ini, MCA membuat resolusi pada 2011 dan 2012 untuk tidak akan menerima sebarang jawatan kerajaan pusat dan negeri sekiranya parti itu mencatatkan prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.
  
Pada 14 Jun lepas, Tee melalui kenyataan media mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam parti, sama ada di peringkat pusat dan negeri termasuk Setiausaha Organisasi Pusat, Anggota Jawatankuasa Mesyuarat Agung Parti serta semua jawatan di peringkat cawangan Pontian dan negeri Johor.
  
Tee turut mengumumkan beliau hanya anggota seumur hidup parti itu.- Bernama

Khalid Samad kalah saman kes 'jubah paderi'

Posted: 12 Jul 2013 03:18 AM PDT

 


 
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak saman fitnah Khalid Samad terhadap Ketua Penerangan Umno Hamidah Osman berhubung dakwaan penyiaran gambar superimpose (pertindihan) anggota Parlimen Shah Alam itu yang berpakaian jubah paderi.

NONEKhalid mendakwa gambar itu dimuatkan dalam artikel di blog Hamidah (kanan).

Bagaimanapun Pesuruhjaya Kehakiman Hashim Hamzah mengetepikan saman itu kerana plaintif gagal menunjukkan artikel asal di blog itu.

Hashim memerintahkan Khalid membayar kos RM20,000.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Nor Emelia Iszeham yang mewakili Hamidah mengesahkan perkara itu.

PERKASA: DAP biadap gesa gugur Tamadun Islam

Posted: 12 Jul 2013 03:16 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menyifatkan anggota Parlimen DAP Kampar Dr Ko Chung Sen sebagai biadab kerana menggesa subjek Tamadun Islam digugurkan sebagai subjek wajib kepada penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

NONEPresidennya Datuk Ibrahim Ali (kanan) berkata, gesaan "melampau" itu tidak menghormati agama persekutuan, Yang di-Pertuan Agong dan tidak menghormati kepentingan ilmu, lapor Utusan Online.

"Kenyataannya jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan biadab dari segi konsep di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar milik Umno itu.

Sambil menggesa kementerian berkaitan mempertahankan subjek itu, Ibrahim berkata, "DAP makin melampau dan malangnya PAS dan Umno diam sahaja".

Ko semalam mempersoalkan ketetapan baru kementerian pengajian tinggi yang menurutnya bakal menjadikan Tamadun Islam sebagai wajib bagi pelajar tempatan IPTS untuk diselaras dengan sukatan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Katanya, ketetapan yang akan dikuatkuasakan pada 1 September itu tiada kena mengena dengan kursus yang diberikan.

Beliau juga mempersoalkan, kenapa ia hanya diwajibkan pada pelajar tempatan dan merangkumi pelajar bukan Islam sekali.

SPR: Perjalanan PRK dirakam untuk rujukan

Posted: 12 Jul 2013 03:13 AM PDT

SINAR HARIAN

Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar 
 
KUALA BESUT - Buat pertama kalinya, pengurusan perjalanan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut akan dirakam untuk dijadikan model rujukan SPR pada masa depan.
  
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pengendalian pengurusan PRK Kuala Besut setakat ini, bermula dari proses penamaan calon dilihat sebagai yang terbaik, berbanding PRK dan pilihan raya umum sebelum ini.
  
"Kita sedaya upaya nak buat PRK ini model SPR sebab itu apa yang berlaku hari ini (penamaan calon) sehinggalah ke tempoh berkempen, penjumlahan undi dan pengisytiharaan keputusan nanti semua akan dirakam," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon PRK Kuala Besut di Kompleks Rakan Muda Kampung Raja di sini hari ini.
  
Wan Ahmad berkata SPR akan menggunakan rakaman perjalanan semua proses sepanjang PRK Kuala Besut sebagai landasan serta latihan kepada pegawai pada masa akan datang.   

"Mungkin kita akan edarkan kepada media supaya dapat tontonkan kepada rakyat mengenai perjalanan sebenar pilihan raya di negara ini agar mereka tahu dan tidak tertipu dengan mana-mana pihak yang cuba memancing undi," katanya.

Mengulas perjalanan proses penamaan calon hari ini, Wan Ahmad berkata secara keseluruhannya ia berjalan dengan baik dan lancar sambil tidak menolak kemungkinan ia disebabkan bulan Ramadan.
  
"Kita tengok penyokong kedua-dua parti yang hadir berkelakuan baik...kalau tidak (bulan puasa) kita boleh dengar bahasa atau cacian yang sangat kasar," katanya.
   
PRK Kuala Besut 24 Julai ini melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon Pas Endot@Azlan Yusof.
  
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.
  
Mengenai larangan pemasangan replika pada kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata pada PRK Kuala Besut itu, polis memberi jaminan keselamatan kepada pegawai penguatkuasa kempen SPR dan akan merobohkan replika yang didirikan parti politik bertanding.
  
Beliau berkata pemasangan replika sebagai bahan kempen, menyalahi Seksyen 4 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 kerana ia bukan sahaja bertujuan menarik minat dan menghantar mesej kepada pengundi, malah menyindir pihak lawan. - Bernama

Pejabat Star Bayan Baru terima panggilan bom palsu

Posted: 12 Jul 2013 03:06 AM PDT

 


 
Pejabat Star Publications (M) Bhd pejabat di Bayan Baru, Pulau Pinang menerima penggilan ancaman bom pagi ini, yang pertama sejak ibupejabat negeri akhbar itu berpindah ke kilang itu pada 2005.

Sepasukan skuad bom dihantar untuk memeriksa kawasan tersebut pada kira-kira jam 11 pagi, kata OCPD Balik Pulau, Supt Mohd Hatta Mohd Zin kepada media hari ini.

Kakitangan di situ mengosongkan pejabat semasa kehadiran skuad tersebut di bangunan empat tingkat itu.

Bagaimanapun, menurut Hatta, menjelang jam 1.30 tengahari, polis mengesahkan bahawa ia panggilan palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Mazlan kesah kemudian turut mengesahkan perkara itu.

Menurut sumber, penyambut tetamu di pejabat tersebut menerima panggilan dari seorang lelaki yang tidak dikenali pada kira-kira jam 10.15 pagi, mendakwa terdapat bom diletakkan di dalam bangunan itu.

Sumber itu berkata, sebaik sahaja menerima panggilan itu, pihak pengurusan segera mengarahkan kakitangan mengosongkan bangunan kerana ia merupakan sebahagian daripada prosedur standard operasi kilang itu.

"Polis kemudiannya dimaklumkan dan Skuad bom datang pada jam 11 pagi untuk menyiasat kawasan itu," kata sumber itu.

K'jaan fail rayuan terhadap keputusan Kugan

Posted: 12 Jul 2013 03:03 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Kerajaan hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bulan lepas yang memihak kepada keluarga mangsa kematian dalam tahanan, A Kugan.

Peguam N Surendran yang mewakili keluarga tersebut berkata beliau telah diserahkan notis rayuan itu yang bertarikh hari ini.

Menyifatkan rayuan itu sebagai "tidak perlu" dan "tidak adil", Surendran, yang juga ahli Parlimen Padang Serai, berkata langkah kerajaan itu hanya akan menyebabkan penderitaan kepada ibu si mati, N Indra dan seluruh keluarga tersebut.

NGO Melayu gesa wakil Vatican diusir dari M'sia

Posted: 12 Jul 2013 03:02 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Sekumpulan aktivis NGO Melayu mendesak kerajaan mengusir wakil Vatican City ke Malaysia Archbishop Joseph Marino kerana menyokong pendirian gereja Katolik tempatan menggunakan kalimah Allah apabila merujuk kepada Tuhan.

Gabungan NGO Islam-Melayu (GNIM) berhujah, kenyataan "biadap dan kurang ajar" itu jelas membuktikan kehadirannya di negara ini bukan dengan niat yang baik menjalin hubungan diplomatik tetapi tersirat agenda licik.

"Marino sudah melangkaui bidang tugasnya sebagai seorang diplomat yang mewakili Paus dengan mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan serta memihak kepada penganut Kristian di negara ini dengan menekan umat Islam," menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, GNIM berkata, mereka bimbang jika perbuatan itu tidak ditangani dengan segera dan tegas, ia akan menjurus kepada campur tangan yang lebih serius.

Ini menurut mereka lagi termasuk mendokong gerakan Kristianisasi yang disasarkan kepada umat Islam di negara ini.

NGIM akan akan menulis surat bantahan kepada Paus Francis berhubung perkara itu.

5,000 Bersama Perarakan Mengiringi 'Che Long'

Posted: 12 Jul 2013 02:54 AM PDT

Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/penamaan%20calon.jpgBESUT - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengimamkan solat hajat di Masjid Kampung Raja sebelum mengetuai perarakan mengiringi  penamaan calon PAS bagi pilihan raya kecil Dun Kuala  Besut yang diadakan di kompleks Rakan muda dekat sini.

Haji Azlan @ Endut Yusof  lebih mesra dengan panggilan Che Long turut menunaikan solat hajat, sebelum perarakan bermula pada kira-kira jam 7.45 pagi.

Antara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang turut kelihatan termasuk Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, Timbalan Presiden KeADILan,  Azmin Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Sebaik sahaja selesai berdoa perarakan dimulakan dengan diketuai Presiden. Kemudian turut menyertai perararakan ke pusat penamaan calon, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ramai lagi pemimpin lain.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/penamaan%20calon1.jpgKemudian turut menyertai sama barisan pimpinan Pakatan Rakyat di pusat penamaan calon di Dewan Rakan Muda, Pejabat Belia Daerah Besut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato '  Nik Abdul Aziz Nik Mat, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakub dan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.

Kehadiran bekas Menteri Besar Kelantan itu di celah-celah orang ramai, membuatkan sebahagian yang berada di situ bertakbir beramai-ramai. Biar pun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, namun beliau tetap datang memberi sokongan. [Lihat Video]Lebih 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat termasuk yang datang dari luar Terengganu mengiring perarakan calon PAS ke dewan tersebut, yang terletak kira-kira dua kilometer dari masjid.

Perarakan diteruskan biar pun dalam keadaan hujan renyai-renyai pada sebelah pagi. Kawalan anggota Unit Amal dan pasukan polis membolehkan perarakan berjalan lancar.

PRK Kuala Besut ulang sejarah 34 tahun lalu

Posted: 12 Jul 2013 02:49 AM PDT

SINAR HARIAN
PRK Dun Kuala Besut

KUALA BESUT - Penamaan calon untuk pilihan raya kecil Kuala Besut hari ini, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas, mengulangi sejarah 34 tahun lalu, apabila dua calon parti yang sama bertanding pada PRK yang juga diadakan dalam bulan Ramadan.

Pada 1979, pilihan raya kecil diadakan untuk Dun Kuala Besut juga dalam bulan Ramadan berikutan kematian wakil rakyatnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima borang pencalonan wakil kedua-dua parti di pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut pagi ini.

Calon Pas Endot@Azlan Yusof, 48, menyerahkan borang pencalonannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya A.Rahim Jusoh pada jam 9.03 pagi manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.10 pagi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut mengetuai kira-kira 3,000 penyokong mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon manakala calon Pas pula diiringi bilangan penyokong yang seimbang diketuai Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Calon BN yang mengenakan baju kebangsaan Melayu serba biru memasuki pusat penamaan calon dengan diiringi Datuk Wan Zakaria Abd Rahman selaku pencadang, dan Roslan Ayob sebagai penyokong manakala calon Pas yang berbaju hijau hadir bersama Ayat Hadi Mamat sebagai pencadang dan Zulkarnain Abdullah sebagai penyokong.

Hujan gerimis sejak awal pagi dan kehadiran Ramadan tidak menghalang kedua-dua penyokong parti berarak ke pusat penamaan calon yang mula dibuka pukul 9 pagi dalam suasana harmoni yang dikawal pasukan keselamatan.

Calon BN Tengku Zaihan merupakan seorang jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya sebelum ini dan pernah berkhidmat selama lima tahun di JPS Daerah Besut.

Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut itu mula mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat setelah menyertai JPS 15 tahun lalu dengan memegang jawatan jurutera daerah.

Tengku Zaihan berkata beliau bertekad untuk mengekalkan kerusi itu di tangan BN berdasarkan peluang yang dilihatnya melalui pertandingan satu lawan satu.

"Tiada masalah untuk mendekati rakyat seperti yang biasa saya lakukan sebelum ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai proses pencalonan.

Sementara itu, Azlan seorang kontraktor dan ahli perniagaan merupakan Bendahari Pas di Besut dan juga anak tempatan Kuala Besut yang menetap di Kampung Baru.

Azlan berkata Pas tetap dengan misi "16-16 Terengganu Baru" untuk menang pada PRK Kuala Besut yang juga kubu kuat BN.

SPR menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi.

Pada PRK Ramadan Kuala Besut 1979, calon BN Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman menang dengan majoriti 797 undi mengalahkan calon Pas Husin Jusoh.

PRK kali ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru, satu lagi persamaan dalam sejarah PRK Kuala Besut kerana Allahyarham Zakaria Muda (BN) meninggal dunia pada tarikh serupa 26 Jun tahun itu.

Pada PRU13, 5 Mei lalu, Dr Rahman (BN) menang dengan majoriti 2,434 mengalahkan calon Pas Napisah Ismail.

Dun Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan daripada jumlah itu, 17,463 ialah pengundi Melayu, Cina 125, manakala selebihnya pengundi bangsa lain.

Pada PRK ini BN menggunakan slogan 'Kuala Besut bertambah Biru' untuk kempen manakala Pas dengan moto '16-16', merujuk kepada kedudukan kerusi Dun Terengganu andai Pas berjaya merampas Dun Kuala Besut pada pilihan raya kecil berkenaan.

Pada PRU13, Terengganu yang mempunyai 32 kerusi Dun kekal ditadbir BN yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada Pas dan satu wakil PKR.

Berikutan PRK di Kuala Besut, jentera parti sama ada dari BN mahupun Pas mula berkampung di Kuala Besut sejak beberapa hari lalu selain petugas media. - Bernama

Peruncit manipulasi harga punca ayam mahal

Posted: 12 Jul 2013 02:45 AM PDT

SINAR HARIAN

Peruncit manipulasi harga punca ayam mahal

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkinan berlaku manipulasi harga oleh peruncit yang menyebabkan harga ayam naik secara mendadak sehingga RM9 sekilogram sekarang.
  
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana semakan harga di ladang oleh pihaknya menunjukkan harga tidak banyak berubah iaitu sekitar RM5 sekilogram, manakala bekalan di pasaran pula mencukupi.
  
"Tapi yang saya dengar harga ayam telah naik sehingga RM8.50 ke RM9 dan saya khuatir ada pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga," katanya pada sidang media di sini hari ini.
  
Katanya harga siling di pasaran yang ditetapkan kementerian masih pada RM7.80 bagi setiap kilogram.
  
Beliau diminta mengulas kenaikan harga ayam yang dikesan berlaku secara mendadak di kebanyakan negeri dalam tempoh dua minggu ini.
  
Katanya permintaan terhadap ayam pada hari-hari biasa ialah 1.2 juta ekor namun meningkat kepada 2.2 hingga 2.4 juta ekor sehari pada bulan Ramadan sehingga sambutan Aidilfitri.
  
Menurut Ismail Sabri kerajaan telah membuka permit import ayam bulat bagi menangani isu itu dan secara teorinya lambakan ayam di pasaran akan menurunkan harga barang berkenaan.
  
Dua bulan lepas memang berlaku peningkatan permintaan terhadap ayam tempatan apabila China menghentikan eksport poltri susulan penularan wabak H7N9, namun wabak telah berakhir dan pengimport kembali membawa masuk ayam dari negara itu, katanya.
  
Sidang media itu diadakan bagi menghebahkan Tekun Nasional memenangi Anugerah 'Best Innovation in Financial Services' pada satu majlis di Karlsruhe, Jerman. - Bernama

Kes Rogol: PBBM tambah baik SOP

Posted: 12 Jul 2013 02:44 AM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Persekutuan Bola Baling Malaysia (PBBM) akan menambahbaik Prosedur Operasi Standard (SOP) badan induk itu berikutan kes rogol membabitkan atlet Wilayah Persekutuan (WP) semasa Sukan Malaysia (Sukma) ke-16, minggu lepas.

Presidennya Pandak Ahmad berkata SOP itu akan diguna pakai oleh semua pegawai dan atlet yang terlibat dalam sesuatu kejohanan atau temasya sukan agar insiden memalukan itu tidak berulang.

Beliau berkata satu mesyuarat khas akan diadakan dalam tempoh dekat untuk membincangkan mengenai penambahbaikan SOP sedia ada

"Saya akan mencadangkan beberapa syor pembaharuan dalam SOP tersebut sebelum sebuah jawatankuasa khas meneliti dan membuat keputusan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pandak berharap penambahbaikan SOP itu dapat diguna pakai pada dua kejohanan akan datang iaitu Kejohanan Bawah 16 Tahun di Melaka, November ini dan Kejohanan Kebangsaan di Perak. Disember ini.

Katanya antara penambahbaikan ialah dari segi pengurusan kerana jika pihak pengurusan leka dan mengambil sikap mudah terhadap pasukan masing-masing maka ia akan menyebabkan atlet mereka bertindak sesuka hati sehingga menjejaskan reputasi skuad berkenaan.

Selain itu, beliau akan memastikan SOP terbaharu itu menyenarai garis panduan berhubung pelantikan pegawai pengiring oleh sesuah pasukan bahawa mereka yang dilantik itu lebih berpengalaman dan boleh mengawal tingkah laku atlet.

"Sebelum ini, mereka (atlet) tidak diberitahu secara langsung kerana kita anggap mereka sudah tahu. Tetapi, apabila berlaku sesuatu tidak diingini, mereka menyalahkan kita kerana mereka kata, tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai SOP itu.

"Mulai sekarang, atlet perlu diberi taklimat mengenai SOP itu sebelum bermulanya sesuatu kejohanan bagi memastikan mereka jelas dengan peraturan yang perlu dipatuhi," katanya.

SOP badan induk itu, sebelum ini menggariskan agar atlet mematuhi had waktu keluar-masuk dari kem penginapan masing-masing, tidak mengambil bahan terlarang seperti minuman keras dan dadah serta akur terhadap peraturan yang ditetapkan penganjur.

Semalam, tiga atlet bola baling WP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan merogol pegawai pengiring wanita berusia 20 tahun di Perkampungan Sukan Sukma 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, 4 Julai lepas. - Bernama

Kehangatan bermula di Kuala Besut

Posted: 11 Jul 2013 05:44 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Calon BN dan PAS hari ini bakal menghantar borang pencalonan mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi menggantikan bekas ADUN Datuk A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Walaupun cuaca mendung dengan angin sepoi-sepoi dari Laut Cina Selatan, ia bakal menambah semangat lagi kedua-dua calon serta penyokong masing-masing berkumpul di dua lokasi berbeza, sekalipun dalam bulan Ramadan.

Calon PAS Azlan Yusof adalah ahli perniagaan bersama kepimpinan parti itu berhimpun di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pejabat Agama Daerah Besut.

Mereka akan bergerak kira-kira satu kilometer ke pusat penamaan calon - Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja, Besut.

Manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diiringi kepimpinan parti akan bergerak kepimpinan BN berkumpul di Rumah Ahmad Saleh - kira-kira 700 meter daripada pusat penamaan calon.

Mereka akan menyerahkan borang pencalonan di kompleks tersebut. Masa penamaan calon bermula 9 hingga 10 pagi.

Polis juga dilapor akan menutup jalan utama bagi mengelak kesesakan antaranya Jalan Kampung Raja-Tembila dari persimpangan lampu isyarat Kampung Raja.

Hanya Agong boleh pecat Pengerusi SPR, kata menteri

Posted: 11 Jul 2013 05:41 PM PDT

Oleh Md Izwan

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menegaskan pemecatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Shahidan berkata, perkara itu hanya boleh diputuskan oleh Tuanku memandangkan pelantikan SPR dilakukan oleh baginda dan bukannya kerajaan.

"Hanya Agong yang boleh hentikan mereka (SPR).

"Untuk membuang Pengerusi dan Timbalan SPR, hanya pihak yang melantik sahaja boleh melakukannya iaitu Agong," kata Shahidan membidas pemimpin Pakatan Rakyat yang mendesak supaya kedua-dua pemimpin utama SPR meletak jawatan.

Gesaan supaya pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berundur hangat diperkatakan selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu.

Ia ekoran kontroversi penggunaan dakwat kekal tercetus ketika pilihan raya umum dimana banyak pihak mendakwa dakwat berkenaan mudah hilang selepas dibasuh, bercanggah dengan jaminan SPR bahawa dakwat berkenaan akan kekal sehingga dua minggu bagi mengelakkan pengundi daripada mengundi lebih dari sekali.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan anggota SPR digesa meletak jawatan kerana pengendali pilihan raya itu gagal memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)berjalan dengan bebas dan adil.

Selain itu, PR juga mengadakan perhimpunan besar-besaran #Black505 di seluruh negara sejak 8 Mei untuk memprotes dakwaan penipuan dalam PRU13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa walaupun kehilangan undi popular.

Shahidan sebelum ini berkata dalam sesi sidang Dewan Rakyat bahawa isu dakwat kekal yang tidak kekal itu timbul ekoran dakwat yang digunakan SPR menggunakan pewarna makanan.

SPR bagaimanapun sebelum itu berkata atas alasan kesihatan, kandungan silver nitrat dalam dakwat kekal itu dikurangkan bagi mengelakkan pengundi terdedah kepada risiko kanser.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga mempertahankan SPR apabila berkata Malaysia pada dasarnya tidak memerlukan penggunaan dakwat kekal, sebaliknya cukup menggunakan kad pengenalan untuk mengenal pasti individu tertentu sebagai pengundi.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata penggunaan dakwat kekal itu adalah atas permintaan pembangkang dari PR di Parlimen yang kemudiannya dipersetujui.-

SPR larang pasang replika dalam kempen PRK Kuala Besut

Posted: 11 Jul 2013 05:40 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak dibenarkan memasang sebarang replika sepanjang tempoh berkempen, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar).

Beliau berkata, larangan julung kali itu dibuat SPR bagi memastikan kempen PRK Kuala Besut berjalan dalam keadaan aman, harmoni serta lancar terutama semasa Ramadan tanpa sebarang sindir menyindir kepada mana-mana pihak.

"Kita (SPR) tahu bila replika itu dipasang, sama ada untuk tujuan menyindir pihak lain atau sebaliknya.

"Masalah timbul apabila pihak yang terasa itu mengadu kepada SPR misalnya melalui memo. Kalau kita tidak ambil tindakan pihak satu lagi akan sindir serta bertindak balas. Kalau macam ini sampai bila tidak akan selesai," katanya.

Wan Ahmad berkata, pemasangan sebarang bentuk replika sebagai bahan kempen yang bertujuan menarik minat dan menghantar mesej kepada pengundi serta menyindir pihak lawan adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Dalam akta itu disebut dengan jelas kempen ada pelbagai jenis misalnya sebar risalah, pasang poster dan menyediakan tetunggil iaitu replika.

"Kita (SPR) perhatikan menjadi satu 'trend' di Terengganu ini untuk membuat replika yang bertujuan menyindir pihak lawan," katanya.

Wan Ahmad menegaskan SPR tidak akan bertoleransi kepada mana-mana pihak yang melanggar larangan pemasangan replika pada PRK Kuala Besut dan berharap penyokong serta parti-parti politik yang bertanding dapat berkerjasama.

Terdahulu ketika menjadi tetamu dalam satu program terbitan Radio Televisyen Malaysia, Wan Ahmad berkata SPR menyedikan dua khemah khas di pekarangan Kompleks Rakan Muda Kampung Raja pada penamaan calon esok khusus buat pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, setiap khemah hanya mampu memuatkan seramai 100 orang dan jika lebih daripada itu tiada sesiapa akan dibenarkan masuk.

"Kita hormati setiap pemimpin yang datang untuk iringi calon sebab itu kita sediakan khemah supaya mereka boleh berteduh dan tak perlu berdiri pada jarak 50 meter dari tempat penamaan," katanya.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.

BN mengumumkan anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera sebagai calon, manakala PAS menamakan Endot@Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor sebagai calonnya. - Bernama,

Hukuman rasuah SPRM lebih berat berbanding undang-undang syariah, kata Jamil Khir

Posted: 11 Jul 2013 05:35 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Hukuman rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 lebih berat jika dibandingkan dengan hukuman di bawah undang-undang syariah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata hukuman atau penalti bagi kesalahan memberi atau menerima suapan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24 Akta SPRM 2009 lebih tinggi berbanding hukuman di bawah undang-undang syariah.

"Ini jelas menunjukkan bahawa hukuman bagi jenayah rasuah lebih tinggi berbanding dengan hukuman yang boleh dilaksanakan di bawah undang-undang syariah yang berkuat kuasa di negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab cadangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang menyarankan supaya kesalahan rasuah dimasukkan dalam undang-undang syariah.

Jamil Khir berkata, di bawah Akta SPRM 2009, hukuman atau penalti bagi kesalahan memberi atau menerima suapan apabila disabitkan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan. - Bernama,

Polis, DBKL punca huru-hara Bersih 3.0

Posted: 11 Jul 2013 05:29 PM PDT

Oleh Trinna Leong

Gambar fail menunjukkan peserta menjerit dalam konfrontasi dengan polis berhampiran Dataran Merdeka pada April, 2012. - Gambar oleh Reuters.Panel ditubuhkan kerajaan mengesahkan polis Malaysia menggunakan kuasa berlebihan terhadap penyokong berbaju kuning dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 tahun lalu sehingga menyebabkan kekacauan di ibu negara Kuala Lumpur.

Sumber dari dalam panel diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar itu juga menyalahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas alasan rapuh mereka dalam tidak membenarkan penganjur perhimpunan menggunakan Dataran Merdeka untuk acara itu dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), kerana menghentikan bas dan keretapi milik kerajaan daripada masuk ke bandar.

Kerajaan menubuhkan panel itu bertujuan menyiasat dakwaan keganansan polis terhadap peserta perhimpunan dan wartawan pada 28 April, 2012.

Mereka menyerahkan laporan 500 muka surat terhadap penemuan mereka kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu.

Bercakap kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya dirahsiakan, sumber memberitahu panel mengkritik polis kerana sikap keras kepala dalam berurusan dengan peserta perhimpunan selepas mereka merempuh kawat dawai di Dataran Merdeka.

Laporan menyertakan kronologi sebelum, semasa dan selepas perhimpunan yang diadakan untuk menuntut pilihan raya bebas dan asil.

Penyiasatan sepanjang tahun lalu menyebabkan ahli panel membuat kesimpulan polis menggunakan kekerasan terhadap provokasi.

"Sebelum 3 petang, polis bertindak secara profesional," kata sumber dan menambah maklumat ini diperolehi daripada 70 video yang dihantar pasukan polis kepada panel.

"Tetapi selepas 3 petang apabila beberapa peserta perhimpunan memecahkan kawat dawai di Dataran Merdeka, huru-hara tercetus," katanya.

Polis mengambil tindakan terhadap peserta perhimpunan, mengejar mereka di beberapa tempat di tengah bandar. Majoriti yang menjadi sasaran adalah mereka yang berbaju kuning Bersih.

"Polis mempunyai kekurangannya, tetapi sudah belajar daripada kesilapan melalui apa yang berlaku semasa Bersih 3.0," kata satu lagi sumber.

Buktinya adalah ketika perhimpunan Black 505 yang dianjurkan oleh pembangkang untuk membantah penipuan pilihan raya, kata sumber berkenaan.

DBKL dipersalahkan kerana tidak menguruskan dengan baik sebelum perhimpunan apabila memberikan alasan tidak munasabah mengapa Dataran Merdeka tidak boleh digunakan, tambah sumber itu.
"DBKL boleh menguruskan dengan lebih baik untuk elak kekecohan."

Panel membuat kesimpulan DBKL tidak memberikan alasan munasabah tentang mengapa Dataran Merdeka tidak boleh digunakan. Panel perlu menerima alasan itu kerana DBKL adalah pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap tapak bersejarah itu," katanya.

Panel juga mengkritik syarikat milik kerajaan SPNB kerana pengurusan bas dan keretapi ke ibu kota.

"Pada hari itu keretapi dan bas berhenti masuk ke bandar dalam langkah untuk tidak menggalakkan penyokong Bersih 3.0 daripada masuk ke tengah bandar," kata sumber itu.

Laporan 500 muka surat itu juga mendapati kesilapan pihak lain termasuk media, di mana panel berpendapat gagal untuk menjaga keselamatan wartawan mereka.

"Kebanyakan editor memberitahu wartawan mereka untuk menjaga diri, tetapi tidak ada garis panduan mengenai apa mereka perlu lakukan apabila situasi tidak terkawal seperti yang berlaku pada hari itu," katanya.

Panel juga menyatakan kebimbangan terhadap kesedaran orang ramai mengenai undang-undang dan risiko demonstrasi.

Sumber juga mendedahkan walaupun penyiasatan memanggil 45 saksi, panel tidak hanya bergantung kepada testimoni mereka.

"Panel mengkaji laporan media, blog dan media sosial. Polis dipanggil untuk mengesahkan laporan," kata sumber lain.

Panel itu walau bagaimanapun diboikot pembangkang dan penganjur Bersih 3.0 yang tidak gembira dengan terma rujukannya.

Pembangkang bertegas panel tidak mempunyai kuasa undang-undang dan kredibiliti untuk memanggil mana-mana saksi.

Fakta mengenai pengerusi panel, Hanif yang memberikan komen berat sebelah bagaimana perhimpunan Bersih 3.0 dirancang oleh komunis menambah kepada kehilangan kredibiliti panel berkenaan.

Bagaimanapun, ahli pembangkang terbabit dengan pendengaran Bersih 3.0 dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Kekurangan pembabitan orang ramai adalah salah satu sebab mengapa panel membuat keputusan untuk mencari bukti di atas talian.

"Penemuan tidak lengkap seperti diharapkan kerana ramai saksi enggan hadir," kata sumber itu dan menambah sebelum menerbitkan laporan mereka, panel juga menyemak laporan dikeluarkan Suhakam mengenai perhimpunan sama.

Sementara sumber yang diwawancara berpendapat laporan mereka adil, mereka tidak pasti sama ada kerajaan akan mendengar cadangan diberikan oleh panel.

Turut dilaporkan Kabinet akan membuat keputusan sama ada laporan panel akan dikongsi bersama orang awam.

Tabung Haji Layan Media Arus Perdana Saja

Posted: 11 Jul 2013 05:23 PM PDT


 

Oleh A Khadir Jasin

SEHINGGA saat ini, dasarnya adalah Lembaga Tabung Haji hanya memberi kenyataan kepada media arus perdana."

Demikian jawapan seorang petugas bahagian perhubungan awam LTH kepada pertanyaan yang saya kemukakan melalui wartawan majalah Malaysian Business.

Maksudnya, LTH tidak melayan isu dan persoalan yang dibincangkan dalam media baru dan alternatif, termasuk blog.

Saya meminta wartawan saya menghubungi LTH kerana setelah menyiarkan komen pembahas bagi tampalan bertajuk "Lima Puluh Tahun Tabung Haji" (baca di sini), saya mendapati beberapa daripadanya memerlukan reaksi LTH.

Tetapi sahlah sekarang yang LTH tidak mempunyai dasar untuk berkomunikasi dengan media baru dan alternatif. Namun kita janganlah putus asa kerana adalah kewajipan kita meneliti perjalanan LTH dan menegur di mana patut.

Mereka tidak peduli tidak mengapa kerana seperti kata nenek moyang kita, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Hari "pembalasan" bagi pemerintah di Malaysia datang setiap lima tahun sekali.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai LTH itu kerana menjawab e-mel Malaysian Business, tetapi mempertikaikan kebijaksanaan LTH hanya berkomunikasi dengan media arus perdana sahaja.

Saya tidak berani mengatakan yang LTH tidak sedar bahawa kebanyakan debat dan analisis kritikal yang berlaku hari ini mengambil tempat dalam media baru dan alternatif.

Wallahualam.
http://kadirjasin.blogspot.com

Banteras Rasuah; Keyakinan Rakyat Merosot

Posted: 11 Jul 2013 04:57 PM PDT

Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/spr.jpgRakyat Malaysia semakin kurang yakin terhadap usaha kerajaan negara itu membanteras gejala rasuah, menurut tinjauan terbaru Transparency International (TI), pada 2010 menunjukkan bahawa 49 peratus daripada 1,000 rakyat Malaysia yang ditinjau percaya kerajaan Malaysia berjaya memerangi rasuah.

Namun, perangkaan tersebut turun kepada 31 peratus dalam tinjauan tahun ini, lapor portal berita The Malaysian Insider (TMI), sambil memetik laporan dapatan kajian TI itu.

Malah, dapatan pertubuhan bukan milik kerajaan (NGO) antarabangsa itu juga menunjukkan bahawa polis dan parti-parti politik ditanggapi rakyat Malaysia sebagai institusi paling banyak mengamalkan rasuah di negara tersebut.

Polis mencecah paras 4.0 manakala parti-parti politik mencecah bacaan 3.8 pada skala ukuran rasuah yang disediakan TI, dengan paras lima menandakan ukuran paling rasuah, menurut kajian berkenaan.

"Adakalanya pelaksanaan oleh kerajaan memakan masa," kata Datuk Akhbar Satar, presiden cawangan TI-Malaysia, ketika mengulas dapatan itu.

"Rasuah terus berjalan kerana pihak awam rela memberi rasuah," ujarnya.

Beliau, bagaimanapun, menambah bahawa hanya 3 peratus daripada mereka yang ditinjau memberi rasuah sepanjang 12 bulan lalu, yang menurutnya, adalah lebih rendah berbanding Filipina (12 peratus, Thailand (18 peratus) dan Indonesia (36 peratus).

Tahun ini, Tinjauan Barometer Rasuah Global TI meninjau 107 negara di seluruh dunia.

Muslimat Sudah Gerakkan Jentera Bantu Kemenangan Kuala Besut

Posted: 11 Jul 2013 04:55 PM PDT

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/images.jpgKUALA BESUT - Dewan Muslimat PAS Terengganu menegaskan, pilihan raya bukan soal menentukan calon semata-mata, tetapi ia adalah perjuangan bagi memenangkan Islam di negeri ini.

Ketuanya, Safinah Jusoh berkata, muslimat tidak pernah 'berkecil' hati soal pemilihan calon, kerana ia adalah keputusan parti dan selaku 'sayap' dalam parti muslimat menerima segala keputusan bahkan, katanya, muslimat telah pun mengerahkan jenteranya dari seluruh negara bagi membantu kempen PRK di Kuala Besut.

"Kami (muslimat) akan turun 'padang' semaksima mungkin untuk bantu calon kita (PAS) yang bertanding pada PRK Kuala Besut ini. Sebab ini, bukan soal siapa calon tetapi soal perjuangan untuk kemenangan Islam.

"Jadi, tidak timbul langsung kepada kami (muslimat) soal calon walau pun pada pilihan raya (PRU) 5 Mei lalu, calon muslimat bertanding iaitu Puan Napisah Ismail," ujarnya.

Menurutnya, petugas parti terdiri dari jentera muslimat beberapa buah negeri telah pun 'berkampung' lebih awal iaitu Muslimat Kelantan, Johor, Pahang serta Terengganu.

Beliau menjelaskan jentera muslimat dari Hal Ehwal Wanita (Halwa) seluruh negeri di tempatkan di setiap Unit Peti Undi (UPU) di Dun Kuala Besut.

Katanya, Halwa sedang menyusun gerak-kerja sebelum turun ke lapangan mengikut portfolio yang diberikan kepada Muslimat PAS.

Safinah menjelaskan PAS perlu memenangi pilihan raya ini meski pun agak sukar pada pandangan mata kasar kerana Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan tersebut.

"Kita (muslimat) tidak bimbang kali ini walau pun orang kata sukar untuk PAS menang pada mata kasar kerana Umno-BN ada kelebihan yang berganda. PAS perlu menang untuk tentukan kedudukkan Dun Terengganu jadi seimbang (16-16).

"Kita (muslimat) harap dapat mencipta sejarah pertama kali dalam negara bukan sahaja di Terengganu, Insya'Allah," ujarnya.

Tiada ulasan: