Selasa, 2 Julai 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Penipuan PRU-13: Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Sapina TV3, Utusan

Posted: 02 Jul 2013 12:45 AM PDT

Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Mohd Ali hari ini memberitahu dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), menurut Akta Siasatan 1950, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja seperti mana kuasa yang dimiliki Kerajaan Persekutuan

Justeru, Azmin mendesak Kerajaan Negeri mengambil langkah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kecurangan dan penipuan yang belaku di Selangor dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

"Ini kerana penyelewengan pilihan raya adalah hal yang melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan.

"Selaras dengan Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang memberi kuasa kepada sebuah suruhanjaya siasatan menjalankan siasatan yang berfaedah bagi kebajikan awam," kata Azmin.

Menurut Azmin lagi Seksyen 21 Akta Suruhanjaya Siasatan ini turut memberi perlindungan kepada saksi- saksi yang bersedia untuk memberikan keterangan termasuk di kalangan pegawai Perkhidmatan Awam dan juga SPR.

Menurutnya lagi, suruhanjaya itu juga diberikan kuasa undang-undang untuk mengeluarkan sapina terhadap mana-mana individu yang difikirkan dapat membantu siasatan termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dan waran tangkap boleh dikeluarkan sekiranya pihak terbabit ingkar.

"Suruhanjaya ini boleh mengeluarkan sapina terhadap media seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang digunakan sepenuhnya oleh Umno untuk memaparkan berita-berita fitnah dan pembohongan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri seperti isu sampah, isu air bersih dan juga program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," ujar beliau lagi.

Azmin menambah lagi, suruhanjaya ini akan berfungsi mencari jawapan melalui keterangan bersumpah daripada saksi-saksi yang boleh membantu siasatan yang menyeluruh terhadap isu kecurangan dan penipuan dalam proses pilihan raya bagi melindungi kepentingan awam dan kedaulatan negeri.

"Saya menyeru rakyat Negeri Selangor khususnya para pengundi untuk bersedia tampil sebagai saksi dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja ini dengan mengemukakan keterangan dan bukti-bukti yang kukuh kerana mereka akan diberikan jaminan perlindungan mengikut undang-undang.

"Negeri Selangor harus memimpin usaha untuk membersihkan sistem pilihan raya di Malaysia," kata beliau lagi. -selangorku

[VIDEO] Presiden PAS: Tubuh Tribunal Siasat PRU13

Posted: 02 Jul 2013 12:10 AM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan kepada Dewan Rakyat agar satu tribunal ditubuhkan bagi menyiasat kepincangan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Bercakap sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong semalam beliau berkata, terlalu banyak perkara yang dipertikaikan pada pilihan raya lalu yang memerlukan satu siasatan menyeluruh dari sebuah badan yang bebas.

"Kita mencadangkan ditubuhkan tribunal untuk melakukan postmortem PRU13.

"Anggota tribunal ini pula mestilah dilantik dari kalangan mereka yang diterima semua pihak," katanya.

Menurut Ustaz Hadi, beliau yakin jika tribunal ini ditubuhkan untuk menyiasat PRU13 lalu, banyak pendedahan akan timbul berkaitan masalah yang berlaku khususnya berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ianya termasuk isu daftar pemilih yang diragui, isu pengundi warga asing dan termasuk juga isu penggunaan dakwat kekal.

Katanya, SPR juga pelu dibuat perubahan dengan membebaskan suruhanjaya itu daripada kongkongan kuasa politik pemerintah.

"Kita perlu kepada SPR yang bebas, bukan lagi SPR yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Bila di bawah JPM kita melihat pegawai-pegawainya juga dikongkong," katanya lagi.

Menurutnya, kerajaan perlu berani untuk melakukan perubahan termasuk reformasi sistem pilihan raya bagi memastikan demokrasi negara ini berjalan dengan adil.

Mengulas isu keputusan PRU13 lalu pula beliau berkata, PAS mengiktiraf kemenangan yang diperolehi namun pada masa yang sama menentang segala penipuan dan salah laku yang berlaku.

"Sebab itu kami datang angkat sumpah. Kami iktiraf kemenangan ini walaupun menghadapi salah laku dan penipuan.

"Ada perkara yang kita tidak iktiraf, maka berlakunya petisyen oleh pembangkang dan juga BN.

"Menunjukkan kemenangan yang tidak menyenangkan kerana masih ada amalan yang tidak betul dalam amalan demokrasi," katanya. -HD



Kuala Besut Kekal Milik PAS: Jentera Pilihanraya Sudah Digerakkan

Posted: 01 Jul 2013 08:35 PM PDT

PAS Terengganu sedang membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut termasuk mengenal pasti dan menyenarai pendek calon yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu antara nama yang dipertimbangkan adalah terdiri daripada anak tempatan dan menolak cadangan pihak media yang menyebut tentang Ustaz Azhar Idrus sebagai turut disebut-sebut untuk menjadi calon.

YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, banyak pihak yang mahu bertanding pada PRK Kuala Besut, namun katanya, oleh kerana kerusi tersebut pernah ditandingi oleh PAS, Pakatan Rakyat akan memberi laluan kepada PAS.

"Ustaz Azhar Idrus dia orang (Kawasan) Ladang (Kuala Terengganu) bayak maklumat yag kita terima dia tak minat untuk bertanding politik ini, antara nama yang naiknya (disenaraikan) adalan nama anak tempatan,

"secara peribadi saya ada berbincang dengan saudara YB Azan, Insyaa Allah tidak ada masalah untuk diberikan laluan keada pihak PAS kerana PAS yang bertanding sebelum ini, kita (Pakatan Rakyat) bersetuju, kalau boleh satu lawan satu,"ujarnya. [Lihat Video]

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat PAS Terengganu, di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar di sini hari ini, pada Isnin 1 Julai.

Beliau menegaskan tidak timbul soal untuk memboikot pilihanraya kecil tersebut sebagaimana yang dicadangkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam.

Haji Wahid yang juga ADUN Wakaf Mempelan berkata, jentera telah disusun bagi menghadapi pilihanraya tersebut termasuk melantik Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri yang juga ADUN Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat sebagai Pengarah bagi Jawatankuasa Operasi bagi negeri Terengganu.

"tidak timbul soal boikot, kalau (kita) boikot....Umno 'amin' (sukacita) aje lah...........kita telah bermesyuarat, jentera telah kita susun, lepas daripada ini kita akan lancarkan jentera kita,

"kita dah setuju untuk lantik Timbalan Pesuruhjaya I YB Ustaz Satiful Bahri Mamat yang akan mengetuai jentera pilihanraya Pakatan rakyat khususnya PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Besut ini,"jelasnya. -BO

Azmin: Kerusi Dun Kuala Besut kekal milik Pas

PKR telah memutuskan bahawa kerusi bagi Dun Kuala Besut kekal milik Pas, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan panjang bersama pimpinan PKR pusat dan Terengganu.

"PKR telah buat ketetapan ini dalam satu majlis, kelmarin.

"Kita akan sokong calon Pas yang akan terus kekal di Dun Kuala Besut. PKR Terengganu dan Pusat telah mengerahkan jentera untuk membantu kemenangan Pas di sana," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, pendirian itu akan dibawa pada mesyuarat pimpinan PR minggu ini.

Menurut Azmin, walaupun terdapat gesaan daripada peringat negeri Terengganu untuk meletakkan calon PKR di kerusi tersebut, namun keputusan yang telah dibuat itu harus dihormati semua pihak.

Isu perebutan kerusi Dun Kuala Besut mula tercetus apabila Azmin dalam kenyataannya semalam tidak menolak untuk meletakkan calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu.

Sementara itu, mengulas kenyataan Lim Guan Eng agar Pas memboikot PRK Kuala Besut sebagai tanda protes keputusan PRU13 lalu, Azmin berkata, kenyataan Setiausaha Agung DAP itu adalah pendapat peribadi.

"Mengenai keputusan akhir kita akan tahu lepas majlis pimpinan PR rakyat (yang dijangka Rabu ini)," katanya.
-SH



Kerana Ali Rustam Kalah, K'jaan UMNO Tutup Pasar Ramadan Terbesar Di Melaka & Jonker Walk

Posted: 01 Jul 2013 05:40 PM PDT

UMNO dianggap petualang apabila sanggup bertindak menutup periuk nasi lebih 300 peniaga pasar Ramadan Taman Cempaka dalam kawasan Parlimen Bukit Katil selaras dengan penutupan Jonker Walk, Melaka. Pendedahan mengejutkan itu sekaligus meleraikan kontroversi di sebalik fitnah jahat Mingguan Malaysia semalam yang mendakwa DAP mencadangkan agar pasar Ramadan ditutup.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata demikian pada sidang medianya bersama Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau juga menyifatkan tulisan Awang Selamat terhadapnya dalam Mingguan Malaysia sebagai satu fitnah jahat dan bodoh dan meminta akhbar kawalan UMNO itu memperbetulkan tuduhan mereka.

"Utusan Malaysia hanya mengemukakan pembohongan dan memutar-belitkan segala kenyataan pemimpin DAP hingga 180 darjah untuk mewujudkan persepsi palsu bahawa DAP parti rasis walaupun hakikatnya tidak benar," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Utusan Malaysia membongkar kebenaran bahawa yang menutup pasar Ramadan, yang menyinggung perasaan umat Islam lebih-lebih lagi menjelang Ramadan adalah UMNO-Barisan Nasional (BN) Melaka.

"Konteks kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini amat jelas tetapi telah dengan sengaja disalah tafsir dengan tujuan jahat.

"Saya menyindir Ketua Menteri Melaka kerana memberi alasan tidak wajar bahawa pasar malam Jonker Walk dan Taman Cempaka ditutup untuk selesaikan masalah kesesakan lalu lintas,"
jelas Pua lagi.

Mengulas lanjut, Pua berkata, pihaknya tidak boleh menerima alasan itu kerana ia akan menyebabkan semua pasar malam, pasar tani dan bazar Ramadan ditutup dan bukan sahaja di Jonker Walk dan Taman Cempaka.

"Ini sekadar tindakan politik balas dendam Ketua Menteri Melaka yang baru dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam," katanya.-Roketkini

Asalkan Boleh Membantai Anwar, Itulah Bahan Berita Muka Depan Utusan...

Posted: 01 Jul 2013 07:30 AM PDT


Sewaktu Senator Nick Xenophone dihalau pulang dari Malaysia lantaran keterlibatan aktifnya dalam politik negara ini serta keakrabannya dengan pemimpin oposisi, pesuruh propaganda United Malays National Organisation begitu bersemangat sekali menyuruh Senator Australia itu tidak masuk campur urusan politik Malaysia.

Malaysia, bagi orang UMNO, dan politik Malaysia terutamanya hanya boleh dibicarakan, atau dimainkan oleh orang Malaysia sahaja. Malah para macainya turut galak menyatakan bahawa ehwal politik Malaysia hanya patut dikerjakan oleh mereka yang 'ahli'. Dalam kata lain, hanya politisi UMNO. Selain daripada itu, tak boleh.

Maka apabila saya melihat obsesi lidah rasmi UMNO dengan politisi Indonesia, si Jusuf Kalla; saya jadi keliru.

Adakah Jusuf Kalla itu halal terbabit politik Malaysia kerana dia bersongkok macam orang UMNO?

Muka depan Utusan Malaysia minggu lalu memetik Jusuf (disebut 'Yusuf') sebagai menyebut bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai imaginasi yang melampau. Selalunya kalau tajuk berita seperti ini disiarkan Utusan Malaysia, kita akan menyangka bahawa Utusan Malaysia mahu bercerita mengenai fantasi pelik Anwar yang pernah diberitahu kepada Jusuf.

Ya lah, Utusan dan kelucahan kan hampir langsung tidak dapat dipisahkan.


Tetapi Utusan Malaysia kali ini cuba memberitahu kita bahawa Anwar berimaginasi mahu menjadi Perdana Menteri meski kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Apa yang Utusan Malaysia tidak beritahu kita adalah Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar tidak kalah, malah menambah bilangan kerusi di Parlimen. Utusan Malaysia juga tidak beritahu kita bahawa 51% daripada jumlah keseluruhan pengundi memilih Pakatan Rakyat dan kerajaan UMNO yang ada hari ini ialah kerajaan minoriti yang gagal kelihatan popular di mata keseluruhan pengundi serata negara.

Namun disebabkan Utusan Malaysia ini akhbar milik UMNO dan melazimi fitnah dan mahir manipulasi politik persepsi, maka disembunyikan hakikat yang itu dan sekadar bermain retorika imaginasi Anwar dan keinginan rakyat untuk menggulingkan pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Seolah-olah BN, Najib Razak, Muhyiddin Yassin langsung tak ada nafsu untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.


Dan Jusuf Kalla dipergunakan UMNO dan organ propagandanya untuk memperlihatkan apa yang ia mahu rakyat tahu. Langsung tidak disebut apa sebenarnya rundingan belakang pintu yang dibuat antara ketiga-tiga pemimpin itu.

Asalkan boleh membantai Anwar Ibrahim, maka itulah dia bahan berita muka depan Utusan Malaysia. Seolah-olah tak ada berita lain, meski sudah hampir dua bulan pilihan raya berakhir. Ternyata obsessi Utusan Malaysia dan UMNO dengan si Anwar Ibrahim ini sampai kiamat pun tak akan berakhir.

Barangkali itulah imaginasi melampau Utusan Malaysia setiap malam sebelum tidur. Imaginasi yang menjadi igauan dan mimpi ngeri berulang kali – Anwar Ibrahim.-Roketkini

Suruhanjaya Diraja Perlu Ditubuhkan Untuk Siasat Najib & Zahid Hamidi

Posted: 01 Jul 2013 05:25 AM PDT

Bekas Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menyarankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat empat individu berprofail tinggi yang didakwa mempunyai konflik kepentingan.

Menurut Mat Zain mereka ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau menyarankan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan persetujuan jemaah menteri bagi mendapatkan perkenan Yang DiPertuan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat keempat mereka yang terlibat mengikut terma-terma rujukan yang kabinet fikirkan wajar.

"Rakyat sedang menunggu apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap Zahid yang didakwa telah mendatangkan cedera parah ke atas seorang awam Amir Bazli Abdullah pada tahun 2006.

"Begitu juga dengan Khalid setelah Hakim Datuk VT Singham mendapati beliau cuai untuk mempastikan keselamatan saspek di bawah jagaannya, selain cuba menyembunyikan punca kematian A Kugan, ketika beliau bertugas sebagai Ketua Polis Selangor," katanya.

Mat Zain berkata, orang yang boleh mengambil tindakan terhadap Zahid dan Khalid ialah Najib yang telah menasihatkan Yang DiPertuan Agong untuk melantik kedua-dua mereka.

"Orang yang mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Zahid dan Khalid atau sebaliknya ialah Abdul Gani.

"Peguam Negara dengan kuasa yang dibekalkan kepada beliau dalam perlembagaan, selain daripada bertanggung jawab untuk menasihati YDP Agong dan jemaah menteri dalam perkara berkaitan undang-undang.

"Malangnya kedua-dua Najib dan Gani pula, didakwa terlibat dengan beberapa salahlaku jenayah serius dan mereka masih belum membersihkan diri masing-masing, daripada siasatan polis yang sedang atau yang sepatutnya telah dijalankan ke atas mereka.

"Nyata keempat mereka iaitu Najib, Zahid, Gani dan Khalid berada dalam situasi konflik kepentingan masing-masing," katanya dalam suratnya kepada Muhyiddin hari ini.

Manakala salinannya dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun dan Khalid.

`Terdapat precedent'

"Saya ingin nyatakan di sini, terdapat precedent di mana Timbalan Perdana Menteri menyembahkan permohonan kerajaan untuk penubuhan RCI dan mendapat perkenan YDP Agong.

"Ini ialah berkaitan RCI mata-lebam yang dipekenankan oleh YDP Agong bersandarkan permohonan yang disembahkan dan ditandatangani oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu Timbalan Perdana Menteri pada 3 Februari 999 serta telah diperkenankan pada tarikh sama.

"Tindakan itu dipercayai kerana Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamed berada dalam situasi konflik kepentingan.

Ini berikutan pada 1 Oktober 1998, beliau telah mengumumkan pendapat beliau bahawa kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah akibat self-inflicted, sedangkan siasatan polis baru sahaja dimulakan beberapa hari sebelum itu pada 27 September 1998," tambah beliau.

Menurut Mat Zain lagi, pada 8 Oktober 1998, pegawai penyiasat telah memberi taklimat kepada Dr Mahathir kecederaan yang Anwar alami bukan akibat self-inflicted tetapi akibat dicederakan oleh mantan Ketua Polis Negara.

Beliau berkata, Muhyiddin tidak boleh mengenepikan cadangan menubuhkan RCI dalam menyelesaikan kemelut ini sebagai suatu cadangan yang tidak munasabah atau luar biasa.

Precedent menangani kebuntuan seperti yang dihadapi sekarang, bukan dicedok atau ditiru daripada mana-mana negara lain, sebaliknya adalah keputusan jemaah menteri sendiri di mana Tan Sri (Muhyiddin) dan Najib, antara menteri yang membuat keputusan sedemikian, tambah beliau.

Melainkan jika Muhyiddin atau kabinet sedia ada, mempunyai idea atau cara yang lebih berkesan dan efisyen lagi untuk menyelesaikan situasi deadlock yang dihadapi sekarang ini,maka RCI hendaklah ditubuhkan segera.

Kata Mat Zain lagi, sebarang kelengahan atau keengganan membuat keputusan berkaitan kemelut ini, akan dilihat sebagai percubaan untuk melindungi salahlaku jenayah mereka yang terlibat dengan tujuan mengelakkan mereka dari dikenakan hukuman undang-undang.

"Sekiranya seorang pegawai polis yang berpangkat sekadar Asisten Komisioner pada masa itu, sanggup bersemuka dengan Dr Mahathir dan memberikan pendapat yang bertentangan dengan pendapat Perdana Menteri yang telah diumumkan secara rasmi, maka saya yakin YAB Tan Sri tidak ada masaalah untuk menangani kemelut yang ada di hadapan rakyat dan kerajaan seperti sekarang ini," tambah Mat Zain. -FMT

Tiada ulasan: