Selasa, 9 Julai 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Siapa yang tidak kenal Azalina Othman .....

Posted: 09 Jul 2013 09:02 AM PDT


Saya tidak pasti samada kedua-dua nama iaitu, SHAFEZAH ABDUL WAHAB & NAJAH RAIHAN SAKRANI yang dipaparkan sebagai penulis dibawah tajuk : Artis Tiada Ilmu Jadi Bukti Ditolak Rakyatbenar-benar merupakan Pensyarah Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Melaka.

Rencana tersebut sudah lama diterbitkan kalau dilihat pada tarikhnya, tapi oleh kerana saya merasakan ada perkara yang relevan dengan perkembangan yang terbaru untuk diperkatakan, maka saya memilih untuk mengulas sedikit di mana yang perlu.

Pertamanya mengenai penulisan rencana tersebut amatlah menjengkelkan kalau benar ianya hasil dari penulisan 'pensyarah' Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Melaka itu, apalah sangat yang dapat kita harapkan untuk kemajuan anak didik asuhannya dalam fakulti tersebut jika tulisan pensyarah sendiri pun macam sampah!

Pensyarah itu mengulas mengenai kegagalan tiga selebriti Malaysia pada PRU-13 yang baru lalu iaitu Herman Tino yang bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Tanjung Karang, Dayangku Intan (PKR - Parlimen Penggerang, Johor) dan Aishah (PAS – Parlimen Jempol, Negeri Sembilan).

Penulis mengatakan bahawa masyarakat menolak penglibatan golongan artis dalam gelanggang politik dan gagal memenangi hati pengundi di kawasan masing-masing kerana "Artis Tiada Ilmu Jadi Bukti Ditolak Rakyat" 

Menurut pensyarah itu lagi , "mereka perlu terlebih dahulu melengkapkan diri dengan ilmu sains politik, perang saraf dan komunikasi……blah…blah macam-macam lagi! 

Jelas penulisan itu tanpa membuat kajian yang lebih teliti.Aishah sebenarnya pernah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland, namun beliau terjun ke dalam bidang nyanyian sekembalinya dari sana.

Dayangku Intan berlatar belakangkan pendidikan yang sederhana.Kelulusannya pada ketika itu janganlah nak bibandingkan dengan kelulusan orang zaman sekarang ini. 

Dulu kalau lulus darjah 7, sudah boleh jadi guru. Kemudian levelnya dinaikan ke LCE. Dinaikan lagi kepada SPM atau MCE dan terkini telah dinaikan lagi.Lihatlah  di sini

Tapi walau apa pun, tahniah kepada Dayangku Intan kerana memilih PKR untuk perjuangan politiknya.Rasa-rasanya, kalau dia memilih Umno, sudah lama dia menapak tinggi dalam Umno kerana Dayangku Intan merupakan cucu kepada bekas Menteri Besar Kedah yang ke-2! 

Lihat sajalah apa kelulusan Pengerusi Tabung Haji yang baru dilantik tu....

Herman Tino tu, aku tak mahu cakap apaapa.Dia tu penyokong tegar Umno. Jadi calon bebas sebab merajuklah tu.

Walau apa pun, saya amat bersetuju dengan pandangan pensyarah itu yang menyatakan, bahawa "strategi kempen menggunakan saluran ceramah semata tidak banyak membantu ketiga-tiga artis ini memikat hati pengundi."


Ketiga-tiga artis itu sepatutnya turut melakukan apa yang lawan mereka biasa lakukan : merasuahkan para pengundi mereka.Rasuah! Rasuah! Rasuah! Itulah kata kunci kejayaan dalam Umno!

Walaupun lawan mereka bukan dari kalangan penyanyi terkenal tetapi Isa Samad, Azalina Othman Said  dan Noh Omar adalah 'bintang" tersendiri dalam bidang mereka masing-masing iaitu pengamal rasuah yang tegar!

Siapa yang tidak kenal Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang terpaksa digantikan kerana terpalit dengan rasuah dalam Pemilihan UMNO 2004 dan digantung keanggotaannya selama 3 tahun. Kalau nak tahu betapa hebatnya Isa Samad ini, taip sahaja "Isa Samad Rasuah" dan google ….


Siapa yang tidak kenal Azalina Othman Said, bekas Menteri Belia dan Sukan (31 Mac 2004-7 Mac 2008)? 

Nama Azalina menlonjak menjadi bualan panas apabila  Ketua Audit Negara dalam laporan 2006, mendedahkan bahawa proses pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada kadar melebihi harga pasaran hingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM8.39 juta. 

Walaupun ada lapuran menyebut bahawa PAC mahu tindakan diambil ke atas kementerian yang terlibat, tidak ada sebarang dakwaan di hadapkan kepadanya.  Azalina sekadar ditukarkan ke lain kementerian, lalu menjawat Menteri Pelancongan pula. 

Seperti mana anjing yang dah biasa makan taik, kalau tak memakannya, menghidu pun jadi!

Begitulah juga Azalina dengan rasuah. Antara isu yang menjadi kontraversi ketika dia di Kementerian Pelancongan pula, ialah mengenai sekeping cek di sini.Sekarang Azalina sedang nak buat 'come back' dengan beradu kuat dengan 'Lembu Tua' NFC!


Siapa yang tidak kenal Noh Omar, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang gemar melancung ke luar negera khususnya ke Medan,Hadyai dan Jakarta 

Walau pun menang dalam PRU-13 yang lalu, PM Najib telah menggugurkan dari senarai jemaah Menteri , berkemungkinan besar kerana berapa skandal seperti di sini dan di sini?

Dalam entri saya ini, saya merasakan adalah lebih baik saya membelasah  menteri yang kuat rasuah itu daripada membelasah pensyarah yang menulis artikel tersebut.

Pensyarah yang menulis itu sekadar nak cari makan juga, maka kenalah rajin menggosok buah jadi kilat ~ Apple polisher, kata omputehnya! Samalah seperti mana kelakuan professor kangkong dan kongkang di negara kita ini hari ini. 

Sayugia dimaklumkan kepada para pengunjung setia alHusseyn, saya akan mengurangkan masa berbloging sepanjang bulan puasa ini kerana ada perkara lain yang perlu saya tumpukan.Doakan saya berjaya dengan penumpuan saya itu.Selamat menyambut Ramadhan alMubarak kepada semua. Jumpa lagi, insya' Allah.

Tiada ulasan: